04 di jasin - Google Blog Search |
GERAM <b>di</b> Pasar Besar <b>Jasin</b>. | Suara Melaka Posted: 05 Jun 2011 12:03 AM PDT Kredit to blogger: Legendz Jasin, 5/5/2011- Gerakan Anak Muda Melaka (GERAM) bersama rakan pakatan rakyat meneruskan kempen jelajah ke seluruh negeri Melaka bagi mendapatkan tandatangan penduduk Melaka sebagai tanda membantah kenaikan harga air oleh kerajaan negeri di bawah Syarikat Air Melaka Berhad (S.A.M.B). Petugas GERAM mendapatkan tandatangan peniaga di Pasar Besar Jasin Jelajah kali kedua di Pasar Besar Jasin semalam mendapat sambutan menggalakkan dari rakyat yang rata-rata tidak berpuas-hati dengan kenaikan bil air tersebut. Seorang peniaga kedai runcit, Lim Pin Seng 65 yang di temui di pasar besar tersebut mengeluh dengan kenaikan tersebut. "Setiap hari harga barang naik, dulu minyak naik, kemudian air naik dan sekarang elektrik pula naik, ini sangat membebankan saya sebagai peniaga yang sudah lama berniaga di sini" katanya yang sudah 10 tahun berniaga. Petugas GERAM meminta tanda tangan seorang pengunjung Pasar Besar Jasin Ada pengunjung yang di temui tidak sedar akan kenaikan bil air sejak 1 April lalu memandangkan notis rasmi tidak di keluarkan oleh S.A.M.B. "Saya langsung tak tahu dan tak di maklumkan tentang kenaikan air, sedar-sedar terpaksa membayar lebih walaupun penggunaan hampir sama setiap bulan" ujar Yusof Ahmad dari Jasin. Kadar lama tariff air adalah 55 sen bagi setiap meter padu untuk 1-15 meter padu pertama, 85 sen bagi setiap meter padu untuk 15.1 – 40 meter padu berikutnya dan RM1.33 sen untuk setiap meter padu berikutnya. Manakala kadar baru pula ialah 55 sen bagi setiap meter padu untuk 15 meter padu pertama, 85 sen bagi setiap meter padu untuk 15.1 – 30 meter padu berikutnya, 0.95 sen bagi setiap meter padu untuk 30.1 – 35 meter padu berikutnya dan RM1.45 sen bagi setiap meter padu berikutnya. Kenaikan sebanyak 20% berbanding sebelumnya. YB Tey Kok Kiew, ADUN Banda Hilir bersama petugas GERAM bergambar di Pasar Besar Jasin Sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong telah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Melaka Berhad (S.A.M.B) bagi mendapatkan maklum balas tentang ariff baru air dan jawapan yang di berikan adalah di sebabkan arahan dari pusat. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di jasin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |