Ahad, 14 Oktober 2012

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


Jutawan Hartanah » Kondiminium <b>di</b> Pantai <b>Klebang</b> , Melaka untuk <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2012 03:59 AM PDT

Lagi rumah yang aku terpaksa let go kan di sebabkan RPGT …. detail nye seperti dibawah..

Alamat :  Tingkat 8 , Sri Lagenda Kondominium ,  Pantai Klebang , Melaka ..

Keluasan : 1,388 sqt

FREEHOLD.

3 bilik tidur siap dengan aircond.

2 bilik air. ( 1 bathtub)

ruang tamu , 2 balkoni facing  laut dan juga swimming pool.

unit ini  adalah full furnish , katil queen pada setiap bilik, almari , dan peti ais . .. sofa dan tv …

Sewa bulanan pula ialah RM1500 …… beli  percuma tenant lah…

maintenance fees sebulan RM190 …

location dekat dengan dataran 1 malaysia… 5 minit pergi ke dataran pahlawan  , bandar hilir , mahkota parade …. GOOD for investment ..

Harga nak jual … RM185k …discount boleh sikit sikit … yang penting boleh mark up  dalam 10k lagi ..… Sapa berminat boleh tengok sendiri condition rumah tuu …. mmg tip top …  …. jangan request harga yang bukan bukann ……apa apa boleh calll 012 4720207 …. utk sett appointment view rumah tersebut pasall ada tenant …

gambar di bawah di ambil masa belum di furnish kan unit tu ….

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


Sepaktakraw: Siri Jelajah Gelanggang - Kampung Baru <b>Bukit Katil</b> <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2012 06:22 AM PDT

Siri Jelajah Gelanggang kembali lagi. Kali ini saya berkesempatan ke salah satu gelanggang yang berpengaruh di Ayer Keroh Melaka iaitu Kampung Baru Bukit Katil. Terletak berhamoiran dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka, lokasi gelanggang ini agak tersorok ke dalam.
Kedudukannya yang berada betul - betul di halaman rumah En. Zamri, gelanggang ini sebenarnya sudah berusia lebih 15 tahun. Pemain - pemain ternama dari Melaka pastinya pernah menjejakkan kaki di sini diantaranya Tony, Bonen, Boy, Izan , Saiful dan ramai lagi telah merasai gelanggang berpagar ini.
Khabarnya juga Saiful mengalami kecederaannya yang terkini iaitu terkoyak otot digelanggang unik ini.
Kepada anda yang ingin merasai pengalaman bergasak dengan pemain - pemain denga kawalan gelanggang yang baik, jangan lupa singgah di Kampung Baru Bukit Katil.

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Kem Nadwah Kepimpinan Islam SABK <b>Negeri Melaka</b> 2012

Posted: 13 Oct 2012 06:50 PM PDT

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka telah mengadakan Nadwah Kepimpinan Islam Peringkat Negeri Melaka pada 12-14 Oktober 2012 bertempat di Hutan Rekreasi, Ayer Keroh Melaka. 

Sebanyak enam buah sekolah Agama Bantuan Kerajaan di Negeri Melaka, telah menyertai Nadwah Kepimpinan Islam ini. Sekolah yang terlibat dalam program ini ialah SMA Al-Ehya El-Karim, SMA Assaiyidah Khadijah, SMA Al-Ahmadi, SMA Darul Falah, SMA Assyakirin dan SMA Tahfiz Chenderah. Masing-masing telah menghantar seramai 10 orang peserta untuk menghadiri program ini. Seramai 52 orang pelajar yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin pelajar tingkatan dua dan empat dari sekolah tersebut.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam tempoh tiga hari dua malam dengan bantuan 16 orang jurulatih-jurulatih dari Ilmu Amal Managemant Consultant . Antara ceramah-ceramah yang berkaitan dengan ciri-ciri pemimpin Islam, kejayaan kepimpinan, explorace dan sebagainya.

Antara tujuan Nadwah ini dijalankan adalah untuk membina jati diri yang kuat di kalangan pelajar sebagai seorang pemimipin di sekolah mahupun di dalam masyarakat sekeliling. Tema Nadwah Kepimpinan Islam tahun ini adalah bertemakan "Aqidah Kukuh Kepimpinan Teguh". Adalah  diharapkan agar semua peserta dapat menghayati dan mempraktikkan amalan kepimpinan Islam dalam reality kehidupan yang sebenar yang penuh cabaran dan dugaan.

Majlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Mohmd, KS, SPI Melaka. Dalam ucapannya, beliau menyeru para peserta dengan memetik pesanan Imam Al-Ghazali berkaitan ciri pemimpin yang berjaya iaitu berdasarkan 3M: Mujahadah (Bersungguh-sungguh), Muhasabah (Koreksi dan peka) dan Muqarrabah (Kebergantungan (kepada Ilahi).

Turut hadir, Ustaz Hj. Ridzuan bin Abdul Ghani - KU PIPA, SPI, Ustazah Hjh. Shamsiah bt. Mahmud, Penyelia Kanan HEM dan Ustaz Mohd Nasaruddin bin Harun, Penyelia SAR KAFA, SPI.

[ ALBUM 1] ||| [ ALBUM 2 ]

DISEDIAKAN OLEH:
USTAZAH HJH SHAMSIAH BINTI HJ MAHMUD
Penyelia Kanan HEM, SPI.

ads