Selasa, 16 Ogos 2011

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


Parah dalam kejadianAmbulans terbalik <b>di Ayer Keroh</b>

Posted: 16 Aug 2011 01:44 PM PDT

No of View :483

Seorang pegawai perubatan terbaring menunggu bantuan setelah ambulans yang membawa seorang pesakit terbalik dalam kemalangan di persimpangan Seri Negeri – MITC, Ayer Keroh, Melaka, kelmarin.

Seorang doktor, jururawat dan pesakit wanita parah apabila ambulans yang mereka naiki dirempuh sebuah teksi di persimpangan lampu isyarat Seri Negeri-MITC, Ayer Keroh di sini semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian pukul 6.50 petang itu, pemandu ambulans dan seorang pembantu perubatan yang menaiki ambulans itu serta pemandu teksi, hanya cedera ringan.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Melaka Tengah, Asisten Supritendan V. Gunasegaran berkata, kemalangan berlaku ketika ambulans itu dalam perjalanan menghantar pesakit ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari Hospital Melaka.

Menurut beliau, sebaik sahaja tiba di simpang empat lampu isyarat itu, sebuah teksi yang datang dari arah MITC menghala ke Seri Negeri gagal dikawal lalu merempuh ambulans tersebut.

"Akibat rempuhan itu, doktor dan jururawat yang mengiringi pesakit wanita di dalam ambulans mengalami cedera parah. Kesemua mereka dibawa ke HKL untuk mendapat rawatan lanjut," katanya.

Difahamkan, pesakit yang menaiki ambulans itu ialah mangsa samun yang ditetak dan perlu dirujuk ke HKL untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, seorang saksi, Tan Bun Han, 40 berkata, ketika kejadian dia berada di belakang ambulans tersebut namun terpaksa berhenti di persimpangan apabila lampu isyarat bertukar merah.

"Tiba-tiba, saya nampak sebuah teksi muncul dari arah MITC lalu merempuh bahagian belakang kiri ambulans yang menghala ke arah plaza tol Ayer Keroh.

"Rempuhan kuat itu menyebabkan ambulans tersebut hilang kawalan lalu terbalik ke sebelah kanan jalan," katanya.

Polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 43(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


SPYSHOTS : Exora Turbo <b>di</b> RNR <b>Machap</b> « funtasticko design

Posted: 16 May 2011 12:17 AM PDT

Spyshots terkini Exora Turbo telah diambil oleh bro Amir pembaca blog sembang-auto.com di RnR Machap. Nampaknya Exora Turbo ni terpaksa ditunda sehingga ke hujung tahun ini. Saya dapat satu info yang mengatakan sebab Exora Turbo ini ditunda ialah berkaitan dengan sistem ekzos yang bila hi-rev selama 3-4 jam, ia akan merah menyala & lama kelamaan jika dibuat secara berterusan kemungkinan akan berlaku keretakan pada paip ekzos tersebut. Jurutera Proton sedang melakukan pengubahsuaian untuk memastikan perkara ini dapat diatasi segera. Ada sesiapa lagi yang tahu punca delayed Exora Turbo ni boleh la berkongsi dengan kita semua ye ;)

sumber gambar dari : www.sembang-auto.com

Advertisement

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


SMK <b>DURIAN TUNGGAL</b>: Majlis Perasmian Penutupan Karnival <b>...</b>

Posted: 10 Aug 2011 06:53 PM PDT

28 Julai lepas, jam 8.30 pagi bertempat di SMKDT telah berlangsung Majlis Perasmian Penutupan Karnival Kokurikulum. Upacara perasmian yang meriah dan ceria dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Abdul Wahab Bin Abdul Latip, Adun Durian Tunggal. Terima kasih dari SMKDT atas kesudian YB Datuk Abdul Wahab merasmikan majlis kami.
Antara slot yang menarik perhatian adalah persembahan kawad kaki dari Kadet Polis. Pelajar-pelajar ini memberi persembahan yang begitu teratur, seragam dan segak sekali.



Matlamat bidang kokurikulum SMKDT adalah untuk:

1. Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi pelajar.
2. Membina dan meningkatkan minat pelajar.
3. Membina dan meningkatkan kerjasama dan disiplin pelajar.

Antara aktiviti kokurikulum sekolah sepanjang tahun 2011 ini adalah seperti sukan sekolah, merentas desa, Perkhemahan Perdana Badan Beruniform, Larian 1 Murid 1 Sukan, Pertandingan Kawad Kaki, gubahan buah-buahan, sukaneka, pertandingan bowling dan pelbagai lagi aktiviti yang telah berlangsung. Bersempena acara perasmian penutupan ini, beberapa acara dipertandingkan bermula jam 10.30 pagi iaitu Pertandingan Membuat Wau/Layang-Layang, Pertandingan Lipatan, Pertandingan Roket Air dan Pertandingan Power Point. Setiap acara begitu meriah dan mendapat sambutan dari pelajar.

Diharap pertandingan seperti ini dapat memperkembangkan bakat pelajar, membentuk pemikiran kreatif, berani memberi pendapat dan yakin pada diri.



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search


Bina lebih banyak kelong <b>di Serkam</b> - Utusan Malaysia Online - Selatan

Posted: 15 Aug 2011 05:49 PM PDT

Bina lebih banyak kelong di Serkam

Bina lebih banyak kelong di Serkam


Amran Mohd. Zan (kanan) menunjukkan ikan jenahak dan ikan kerapu bersaiz besar yang berjaya ditangkap di kawasan sekitar kelong miliknya.


JASIN 15 Ogos - Kelong memancing mampu menjadikan Serkam sebagai destinasi tumpuan orang ramai khususnya bagi kaki pancing dari luar negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Datuk Ghazale Mohamad (gambar) berkata, aktiviti memancing di atas kelong menjadi kegiatan yang semakin menarik perhatian dan boleh diketengahkan sebagai produk pelancongan baru di daerah ini.

Menurutnya, memandangkan Serkam terletak di kawasan pantai, ia merupakan antara kelebihan untuk membangunkan lebih banyak kelong.

''Ini bukan sahaja boleh menjadikan Serkam terkenal sebagai destinasi kaki pancing tetapi lebih penting lagi, nelayan boleh menjadikan aktiviti ini sebagai sumber pendapatan tambahan mereka.

''Kita cadang bantu pengusaha sedia ada untuk membaiki kemudahan yang ada di samping mengajak lebih ramai nelayan mengusahakan kelong memancing," katanya ketika dihubung di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, kelong memancing wajar dibangunkan memandangkan Serkam tidak mempunyai banyak produk pelancongan yang boleh ditonjolkan bagi menarik minat pelancong ke daerah itu.

Ghazale yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna berkata, setakat ini, kelong yang terdapat di Serkam diusahakan oleh pihak persendirian.

Sehubungan itu, katanya, persatuan nelayan di daerah itu dicadang mengemukakan surat permohonan bagi menaik taraf kelong sedia ada yang menternak kupang kepada kelong memancing.

''Dengan permohonan melalui persatuan nelayan mereka boleh mendapat peruntukan dari Jabatan Perikanan negeri dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri,'' ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, usaha untuk membangunkan kelong perlu dibuat sempurna dengan menyediakan kemudahan pelantar yang kukuh, kemudahan tempat tidur, dapur, tempat duduk dan tandas.

''Setakat ini, terdapat tiga kelong di Serkam iaitu dua di Kampung Pulai dan satu di Sempang,'' ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Malaysia Zoom » Bina lebih banyak kelong <b>di Serkam</b>

Posted: 15 Aug 2011 04:03 PM PDT

JASIN 15 Ogos – Kelong memancing mampu menjadikan Serkam sebagai destinasi tumpuan orang ramai khususnya bagi kaki pancing dari luar negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Datuk Ghazale Mohamad (gambar) berkata, aktiviti memancing di atas kelong menjadi kegiatan yang semakin menarik perhatian dan boleh diketengahkan sebagai produk pelancongan baru di daerah ini.

Menurutnya, memandangkan Serkam terletak di kawasan pantai, ia merupakan antara kelebihan untuk membangunkan lebih banyak kelong.

"Ini bukan sahaja boleh menjadikan Serkam terkenal sebagai destinasi kaki pancing tetapi lebih penting lagi, nelayan boleh menjadikan aktiviti ini sebagai sumber pendapatan tambahan mereka.

"Kita cadang bantu pengusaha sedia ada untuk membaiki kemudahan yang ada di samping mengajak lebih ramai nelayan mengusahakan kelong memancing," katanya ketika dihubung di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, kelong memancing wajar dibangunkan memandangkan Serkam tidak mempunyai banyak produk pelancongan yang boleh ditonjolkan bagi menarik minat pelancong ke daerah itu.

Ghazale yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna berkata, setakat ini, kelong yang terdapat di Serkam diusahakan oleh pihak persendirian.

Sehubungan itu, katanya, persatuan nelayan di daerah itu dicadang mengemukakan surat permohonan bagi menaik taraf kelong sedia ada yang menternak kupang kepada kelong memancing.

"Dengan permohonan melalui persatuan nelayan mereka boleh mendapat peruntukan dari Jabatan Perikanan negeri dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri," ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, usaha untuk membangunkan kelong perlu dibuat sempurna dengan menyediakan kemudahan pelantar yang kukuh, kemudahan tempat tidur, dapur, tempat duduk dan tandas.

"Setakat ini, terdapat tiga kelong di Serkam iaitu dua di Kampung Pulai dan satu di Sempang," ujarnya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

ads