Selasa, 20 November 2012

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


Kumbang Jingga: Eksiden teruk <b>di Ayer Keroh</b>

Posted: 24 Sep 2012 04:32 PM PDT

Satu kemalangan telah berlaku di hadapan Mydin Ayer Keroh semalam. Melibatkan 2 buah kereta, 3 lori serta 4 motosikal. Dalam surat khabar cakap 2 org mati. Seorang penunggang motosikal dan seorang lg pemandu lori

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


Sungai <b>Klebang</b> Besar melebihi Paras Bahaya

Posted: 14 Nov 2012 07:05 PM PST

alt

KUALA LUMPUR, 15 Nov - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan sekitar Lencongan Sungai Malim di Klebang Besar, Melaka Tengah berwaspada berikutan paras air di sungai itu kini melebihi paras bahaya iaitu 2.14 meter.

 

Menurut portal JPS, di Selangor setakat 9 pagi ini, paras air di Sungai Langat di JPS Sungai Manggis; Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat dan Sungai Selangor di Kuala Badong, Kuala Selangor melebihi paras amaran iaitu masing-masing 6.02 meter, 4.08 meter dan 3.97 meter.

 

Keadaan yang sama juga dicatatkan di Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau, Negeri Sembilan (6.22 meter) dan Empangan Labong, Mersing, Johor (7.60 meter).

 

Begitu juga di Sabah dengan paras air di Sungai Padas di Tenom (175.85 meter), Sungai Padas Beaufort (7.51 meter) manakala di Sarawak, bacaan paras air di Sarawak Maritime, Sibu ialah 2.56 meter.

 

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan bilangan mangsa banjir di Johor tidak berubah iaitu 143 orang manakala di Perak seramai 45.

 

Selangor pula mencatat 1,309 orang manakala Melaka menurun daripada 27 orang kepada 16 orang, dan Sarawak lima mangsa banjir.

04 di batu berendam - Google Blog Search

04 di batu berendam - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di batu berendam</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Nov 2012 07:24 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di batu berendam</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Nov 2012 07:40 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di batu berendam</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Nov 2012 07:28 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di batu berendam</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Nov 2012 07:05 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di batu berendam</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Nov 2012 07:02 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di batu berendam</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Nov 2012 07:01 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di batu berendam</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Nov 2012 07:02 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di batu berendam</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Aug 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di batu berendam</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Jun 2012 07:08 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di batu berendam</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jun 2012 07:27 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di batu berendam</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Apr 2012 07:33 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di batu berendam</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Mar 2012 10:48 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Trading the Intraday Breakouts | Free Forex And Gold Signals

Posted: 21 Mar 2012 10:58 PM PDT

Salam.

  1. Kelas Pattern and Strategies: Gold, Silver and Commodity Currencies akan di adakan pada 2 April di Batu Berendam Melaka. Fee RM500.
  2. Kelas Analisis Teknikal Harga Emas akan di adakan di Hotel Park Avenue, Sg Petani pada 7 April ini. Fee RM300.

Hubungi saya untuk pendaftaran. TQ

__________________________________________________________________________________

Good day traders!

When trading intraday breakouts, or when engaging in any type of trading, for that matter, it is important for traders to use every type of advantage possible. We want to search for situations in which the odds are in our favor and then take action.

Breakouts falls into three general type; real breakout, false breakout and pre mature breakout. A real breakout is spotted by an upward or downward movement of the price in a more convincing fashion. That is to be said, it is represented by either a long white or black candlestick or better, a marubozu. This is what we called candlestick attitude.

A false breakout occurs when the price appears to break below support or above resistance, only to rise back above support or fall back below resistance. A premature breakout is somehow between this two breakouts. First it break the support/resistance level, then it rise/fall back to the levels, only to continue its breakout direction back.

In trading the market, consolidation patterns exists in many forms such as:

Consolidation Patterns Diagram

For today's purpose, I shall explain the ascending and descending triangles patterns.

Ascending and Descending Triangles

These two patterns create excellent intraday breakout opportunities, because the pattern itself establishesa directional bias for the currency or commodities pair.

An ascending triangle is formed by a combination of diagonal support and horizontal resistance. The diagonal support is drawn by using the trendline tool.

Ascending Triangle

In the case of this pattern, the bulls are gaining strength and buying at higher and higher levels, while the bears are merely trying to defend an established level of resistance. Since the bulls are more aggresive than the bears, they are more likely to prevail in this battle. The odds favor a breakout to the upside.

A descending triangle on the other hand is formed by a combination of diagonal resistance and horizontal support.

Descending triangle

In the case of this pattern, the bears are gaining strength and selling at lower and lower levels, while the bulls are merely trying to defend an established level of support. The bears are the more aggresive party in this case, so the odds favor a breakout to the downside.

Trend filter

When trading these patterns, traders can gain a further edge by:

  1. Checking the direction of the currency pair prior to the formation of the triangle pattern;
  2. The time of the day filter.

On top of that, to be able to understand the buildup before the breakout would be essential in forecasting the breakout direction.

Happy piping!

Shufaad

Scridb filter

Pemeriksaan Verifikasi SSQS 2012 : BTP/BTPN-JNJK <b>Di</b> SK <b>Batu</b> <b>...</b>

Posted: 21 Oct 2012 09:40 PM PDT

SK Batu Berendam adalah antara 19 buah sekolah seluruh Negeri Melaka yang terpilih untuk Pemeriksaan Verifikasi SSQS 2012 oleh pihak Bahagian Tekonologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka dan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.
Pemeriksaan tersebut telah diadakan pada 18 dan 19 September 2012 (Selasa dan Rabu) dan dihadiri oleh En. Mohd Juraini Bin Ismail (JNJK Putrajaya), En. Zamani Bin Ashaari (JNJK Melaka), En. Mohd Kamarudin Bin Kasim ( BTPN Melaka) dan 2 orang wakil PKG Batu Berendam.
Pada 18 September 2012 (Selasa), pihak Nazir telah membuat pemeriksaan secara individu dan kumpulan terhadap beberapa orang murid, guru dan juga Guru Besar. . Keesokan harinya ialah pembentangan dapatan oleh pihak Nazir. 
Setinggi penghargaan diberikan kepada pihak sekolah kerana layanan dan kesediaan barisan pentadbir, guru dan murid untuk pemeriksaan verifikasi ini. Tahniah diucapkan.

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


Jejak Khazanah <b>Tanjung Tuan</b>: Siri 1 « Jejak Mihrab & Mimbar

Posted: 20 Oct 2012 10:33 PM PDT

 

Tarikh : 17 September 2012 
Lokasi : Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

 

Kunjungan ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan tiada dalam perancangan awal. Namun, agenda kunjungan saya sisipkan kemudian pada hari terakhir berada di Tanjung Tuan. Kunjungan ini dijalankan sehari selepas perhimpunan ahli keluarga saya (terdiri daripada adik-beradik, ipar duai dan anakanda saudara) di PNB Ilham Resort. Ayahanda membuat saranan agar pertemuan keluarga ini diatur agar dapat dihimpunkan semua anak, menantu dan cucunya. Perhimpunan ini dihadiri oleh 9 adik-beradik saya termasuk adik bongsu yang pulang bercuti dari Kaherah. Bukan mudah menyatukan kesemua kami yang masing-masing telah berkerjaya. Namun, perhimpunan keluarga pada kali ini amat bermakna buat kami semua.

Masuk para ke-2, saya ringkaskan kisahnya…
Pagi hari Isnin sempena cuti Hari Malaysia, saya mencadangkan kepada keluarga untuk beriadah di Hutan Rekreasi yang lokasinya hanya sepelaung dari arah lokasi penginapan. Saranan saya ini sebenarnya untuk membawa peneman sebelum meneroka dalam hutan. Mereka yang berminat turut serta adalah ayahanda, bonda, kedua adinda lelaki dan seorang ipar (isteri kepada adinda ke-4). Namun, ayahanda menarik diri di saat akhir dek agenda lain yang diatur dua menantu lelakinya. 

 

Tu dia,,,bukan main laju dua adinda lelaki meninggalkan kami di belakang. Saya berada pada kedudukan paling belakang sempat merakam langkah bonda (kanan) dan adik ipar (kiri). Saya tertanya-tanya juga, "Apahal pulak kedua adinda lelaki mencanak berjalan meninggalkan kami bertiga di belakang?" Sepatutnya mereka berdua menjaga kami bergelar wanita yang berada di belakang. Tetapi lain pula gelagat panglima kanan dan panglima kiri (gelaran peribadi yang sering saya tujukan kepada adinda lelaki ke-3 dan ke-4. Panglima hitam iaitu adinda ke-6 tidak dapat sertai kerana ada aktiviti yang diciptanya sendiri). "Gamaknya mereka tidak sabar menjejakkan kaki ke lokasi tapak kaki Hang Tuah." Itu sahaja telahan yang bermain dalam kotak fikiran saya apabila melihat kedua adinda seperti lipas kudung mendahului langkah kami bertiga.

 

Sebatang pohon yang merentangi laluan di tengah perjalanan. Kali ini saya memintas bonda dan meminta adik ipar pula menggalas tugas sementara sebagai jurufoto sambilan.

 

Jika tadi sepohon kayu merentangi laluan bawah, pada kali ini sepohon kayu bak pintu gerbang separas bahu merentangi di atas kepala pula. Kami perlu membongkok dan menundukkan kepala agar dahi tidak terhantuk mengenai pohon tersebut. Jika terhantuk, maka jendullah dahi ala-ala spesis flower horn.

 

Cagar budaya pertama yang ditemukan dalam perjalanan iaitu sebuah perigi yang dipagari tembok batu. Tembok ini berketinggian di antara 1.65 meter hingga 1.70 meter.

 

Tidak jauh dari kedudukan perigi tadi, ditemukan pula perigi ke-2 (lihat jari telunjuk). Perigi ke-2 ini berada di sisi kiri perigi per-1 tadi. Jarak di antara kedua-dua perigi ini kurang daripada 50 meter.

 

Perjalanan diteruskan ke arah destinasi dipercayai sebagai lokasi tapak kaki Hang Tuah. Lebih kurang 30 minit perjalanan, kami tiba di hujung tanjung. Sebaik tiba, kedua adinda lelaki melambai-lambai memanggil saya agar mempercepatkan langkah ke arah pantai. Mereka mendakwa menemukan tapak kaki Hang Tuah yang dimaksudkan. Sejurus berada di tempat mereka berpijak, saya tersenyum…"Patutlah mereka berdua ni bagai lipas kudung mendahului kami untuk sampai di sini. Nak mengenakan aku rupanya…" Lihatlah bagaimana mereka berdua mencipta lakaran tapak kaki Hang Tuah di atas permukaan pasir pantai.

 

Hampir 100 meter ke hadapan (jarak yang saya anggarkan), ditemukan kesan yang dipercayai sebagai tapak kaki Hang Tuah. Kedudukan kesan tapak kaki ini sukar dikenalpasti dek tiada sebarang papan info yang tertera di sini. Pencarian menjadi mudah apabila kedudukannya dimaklumkan oleh Saudara Radzi Sapiee dan isterinya melalui panggilan telefon semasa saya dan keluarga berada di kawasan ini. Saat berdiri di atas batu dengan ketinggian lebih kurang 3 meter (anggaran), saya terkenang situasi semasa berada di Gunung Bentan. Di sana terdapat sebuah batuan yang mendatar dipercayai pernah menjadi tempat persilatan Hang Tuah semasa hayatnya. Di atas permukaan batuan tersebut terdapat sebuah tapak kaki didakwa milik Hang Tuah. Di sisi kiri tapak persilatan pula terdapat sebuah telaga dipercayai tempat Hang Tuah mengambil wudhuk sebelum memulakan persilatan. Situasi yang sama dirasakan apabila menjejakkan kaki ke Tanjung Tuan apabila tapak persilatan, kesan tapak kaki Hang Tuah dan sebuah telaga tua ditemukan mempunyai persamaan kedudukan dengan khazanah di Gunung Bentan. Secara jujurnya, saya merasakan suasana di Tanjung Tuan telah menggamit ingatan saya terhadap  khazanah di Gunung Bentan.

 

Dari atas batuan saya merakamkan foto keluarga yang berada di telaga bawah sana. 

 

Kini, saya turun ke bawah pula…melihat air telaga yang  jernih dan dihiasi seakan rumpai laut di dalamnya. 

 

Dari arah telaga tua, saya rakam foto pemandangan nun jauh di hujung mata. Kali ini saya merasakan seperti berada di Benteng Inong Balee di Aceh Besar pula. Entah mengapa perasaan itu hadir, saya sendiri tidak pasti puncanya. Barangkali suasana yang hampir serupa membuatkan lamunan saya jauh menerawang ke wilayah Acheh. Saya biarkan himpunan rasa itu bersarang dalam minda kerana bagi saya, mana mungkin hadirnya rasa tanpa ada sebabnya. Jika bukan hari ini, mungkin esok, lusa atau entah bila pasti akan terungkai jua. 

 

Foto ini merakam segala cerita yang ingin saya kongsikan dengan pembaca. Al kisahnya, bonda saya telah mengambil segayung air telaga lalu membacakan ayat-ayat syifa. Sejak akhir-akhir ini saya dapati bonda begitu istiqamah mempelajari terapi dan kaedah penyembuhan rawatan Islam. Dari awal perjalanan memasuki pintu masuk ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, saya diajar bonda agar mengamalkan surah ar-Ra'd (ayat 11) sebagai pendinding diri yang maksud sebahagian terjemahannya~ Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah…

Berbalik kepada kisah di telaga tua…setelah ayat-ayat syifa dibacakan oleh bonda, salah seorang adinda saya termuntah-muntah setelah menjiruskan air di tubuh badannya. Adinda saya ini (yang sedang mempromosikan jenis gayung dalam iklan Gayung Cap Dugung) sering mengadu sakit, namun tidak diketahui punca sebenar walaupun telah mendapatkan rawatan di hospital. Saya yang  turut berada di tempat sama merasakan keanehannya apabila melihat adinda muntah-muntah beberapa kali di hadapan mata. Betapa hebatnya ayat-ayat syifa yang dibaca dan dihembuskan bonda ke dalam segayung air telaga sehingga menjadi penawar yang meresap di tubuh adinda. Adinda sendiri mengakui merasa segar sebaik bersiram…sempat pula dia berseloroh sambil merenjis-renjiskan baki air dalam gayung kepada si isteri sambil berkata, "Semoga kuruslah hendaknya." Saya dan adik ipar hanya ketawa dek gelihati dibuatnya.

 

Ini bukan iklan key chain tetapi kunci kereta adinda. Ada apa cerita di sebalik paparan foto ini pula? Saya dipersendakan adinda buat kali kedua. Dalam perjalanan ke rumah api Tanjung Tuan, adinda ke-4 secara tiba-tiba mengeluarkan objek ini yang saya sangka telefon bimbit bersaiz kecil miliknya. Dengan lakonan bersahaja, dia bersandiwara seakan bercakap dengan abang iparnya. Lalu diserahkan objek ini ke tangan saya sebelum saya berulang kali menyebut "Hello!" namun tiada jawapan disambut pihak sana. Gelagat saya ditertawakan adinda yang mengatakan bahawa, "Inilah akibat terlalu taksub, kunci kereta pun disangka hp…" Saya dengan selamba membalas kata-katanya, "Tiada apa yang mustahil, tiada apa yang pelik jika wujud hp sekecil ini…barangkali ada yang lebih kecil yang muat disumbatkan ke dalam lubang telinga!"

 

Tiba di lokasi Rumah Api Tanjung Tuan. Perjalanan ke rumah api ini memakan masa selama 15 ke 20 minit jika berjalan kaki (bergantung kepada kepantasan mengorak langkah) dari arah pintu masuk utama. Rumah Api Tanjung Tuan adalah yang tertua di Malaysia. Rumah api ini dibina pada tahun 1860 setelah binaan asalnya musnah pada abad ke-16. Laut berdepan rumah api ini merakamkan peristiwa bersejarah apabila pernah menjadi medan pertempuran sengit di antara armada Belanda dengan Portugis pada tahun 1606 (seiring zaman permulaan pemerintahan Sultan Iskandar Muda Acheh) sehingga menenggelamkan 4 kapal perang termasuk Nassau iaitu sebuah kapal perang Belanda. Kunjungan kami berakhir di sini sebelum mengatur langkah kembali ke lokasi penginapan di PNB Ilham Resort.

 

Dalam perjalanan pulang, kami sekeluarga yang bergerak secara konvoi singgah di pekan Seremban…pekena Maideen Cendol. Apa yang menarik tentang cendol ini ialah ketulan ais disagat pada alat yang permukaannya seperti kukur kelapa.

 

Pertemuan berakhir di meja makan sebuah restoran di Seremban dengan membuat pesanan menu nasi padang sebelum kami bersurai meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing.

Sekian sahaja catatan paparan Jejak Khazanah Tanjung Tuan: Siri 1 sebelum menyusul Jejak Khazanah Tanjung Tuan: Siri 2 yang akan ditampilkan sehari dua jika tiada kekangan masa. Wassalam…

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


14:21 - muslimat pas <b>bukit katil</b>

Posted: 20 Nov 2012 11:21 AM PST

Apakah akan masih ada lagi warga emas yang akan mengais barang-barang terbuang di tong sampah sekiranya Pakatan Rakyat di beri  mandat untuk  memerintah Malaysia.?
Kelihatan seorang warga emas yang berusia 82 tahun sedang menyelongkar barang-barang buangan untuk di kumpulkan lalu di jual.
"Nek , Asalamua'laikum....tak ada anak-anak ke"? penulis cuba mendekati nenek tua yang sedang asyik mnyelongkar barang buangan di salah satu pasaraya di Duyong semalam. Ini kali kedua penulis terserempak dengan warga emas itu di tempat yang sama'
" Ala..jangan sebutlah pasal anak-anak. Buat sakit hati aja" jawab nenek yang terkejut dengan sapaan penulis. Kelihatan nenek itu , agak terkejut dengan sapaan penulis yang tidak di sangka-sangka itu.
"Nek nak buat apa ini. Nek tak da anak-anak ke? selagi lagi penulis bertanya menyebabkan nenek itu memandang tepat  ke wajah penulis sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
" Sudahlah..macam-macam ..anak baik. menantu pulak jahat..tak guna" nada marahnya semakin tinggi. Penulis hanya terkedu kerana penulis   tahu bahawa dia seorang nenek yang masih waras.
"Umur nenek berapa?? penulis cuba bertanya lagi. Kelihatan  seorang pekerja pasaraya tersebut, terus menimbunkan sampah-sampah yang sudah tidak di perlukan lagi sambil tersenyum kearah penulis. Mungkin itu sudah menjadi satu  pandangan biasa baginya .
"Nek , umur 82" jawabnya tanpa menunjukkan sedikit penyesalan pun terhadap kerja yang sedang di lakukan itu. Mungkin dia berasa puas dengan apa yang dia lakukan berbanding orang-orang yang mencuri atau orang-orang yang malas bekerja.
"Tapi nenek masih kuat dan sihat" penulis cuba bandingkan dengan ibunnya sendiri, yang berusia 80 tahun , tapi telah  menggunakan kerusi roda untuk berjalan.
"Alhamdulillah. ALLAH beri". Jawabnya tersenyum dengan satu kepuasan.
"Nek tinggal di mana" penulis bertanya lagi sebelum meninggalkan nenek tua memandangkan ada beberapa urusan lagi yang perlu di selesaikan.
"Nek tinggal kat semabok, belakang ESSO" jawabnya rengkas
Penulis menghulurkan sedikit sumbangan sebelum meinggalkan nenek tersebut dengan harapan bila keluar dari pasaraya nanti. boleh menghantar nenek itu balik kerumahnya tapi malang sekali sebaik keluar dari pasaraya nenek itu sudah pergi dari situ.

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Jiwa Paradox: ADUN <b>NEGERI MELAKA</b> MENCABUL <b>DI</b> LUAR <b>...</b>

Posted: 11 Nov 2012 07:38 PM PST

APA KAU SEBUK KAT PENANG???
KALAU YER PUN LAKI KAU KETUA MENTERI...
KAN BANYAK LAGI KEJE KAU TAK SELESAI KAT SINI...
KALAU KAU DAH KEMARUK SANGAT NAK DUDUK PENANG...
APA KATA PRU 13 KAU BERTANDING JER KAT SANA...
TAK PAYAH SEBUK KAT MELAKA...
BUAT MALU ORANG MELAKA JER CINA KOMUNIS SORANG NI...

ads