Jumaat, 5 Ogos 2011

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


Jalan-jalan <b>di</b> Masjid Tanah dan <b>Tanjung Bidara</b> - Hanya Sebuah <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2011 07:05 PM PDT

Assalamualaikum .. hari ni iera rajin nak meng hupdate blog ni,sementara masa masih ada ni sebelum  exam tak lama lagi. Entry ni sepatutnya update awal lagi,tapi memandangkan gambar baru diambil dari tuan badan,baru la boleh update.  Hari ahad 12 Jun hari tu iera gi jalan-jalan dengan kawan iera. Terima kasih yang tak terhingga kepada kawan iera a.k.a  jiran iera jugak  cik Muhd Akmal dengan abang Ikbal yang sudi bawak iera jalan-jalan. =)

Diorang teman iera pergi kenduri tunang kawan iera ,Irine Nadia Marcello tu. Tahniah tau irine,dah tunang dah dia ni. Happy for you dear. ^_^  Lepas sarapan,kiteorang gerak ke Masjid Tanah dalam pukul 12 macam tu,dah sampai Masjid Tanah pastu mula lah operasi pencarian rumah Irine. Tanya kat akak kerja kat Petronas tu,last2 dia bagi info yang kureng tepat,meliau mata kiteorang cari papan tanda semua sampai ke tempat nama dia  'Londang' . Ahh sudah,memang kiteorang dah sesat jauh ni,lepas semua sekolah taman bagai. Patah balik tanya orang lain,last2 jumpa pun. Tu pun majlis dah habis dah,segan je nak masuk rumah. Hee,sory irine. =p

Masuk2 je taman tu nampak abang Aizul Marcello dengan gagahnya membasuh pinggan mangkuk semua,hehe. Hai abang,segan nak tegur hari tu,iera cuma salam mak Irine je. =)  Jom tengok gambar iera dengan si gadis cantik jelita ni :

Hahaha,serius kaku gila bila amik gambar dengan irine ni,1st time jumpa la katakan.. =p

kerusi tu empuk bangat! suka-suka =)

Then kiteorang jalan ke Tanjung Bidara,serius lagi cantik dan bersih dari Klebang dengan Pantai Puteri tu,alang-alang kat sana,kiteorang amik gambar,makan aiskrim kon yang 50 sen tu, sedap! haha. 

dari kiri Akmal,Ikbal dan tuan punya badan,saya la.. ^_^

serius suka gambar candid ni. thanks mal.. =)




My shoes.. cantik la pulak bila shoot camni... ^_^

Dan jejaka hot pujaan ramai,ingin berkenalan? sila dail 0172345678.  berusia 23 tahun,single dan available .

Sekian sahaja nurkilan saya pada hari ini,semoga kita berjumpa lagi di waktu yang lain. hoho. 

p/s: lepas ni nak final exam dah. busy...... 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


Coconut Shake, <b>Di</b> Pantai <b>Klebang</b> =) | Silampuneon

Posted: 02 Aug 2011 02:28 PM PDT

Ok, sumpah...saya betul betul jatuh hati dengan coconut shake yang direkemen oleh kawan saya, Izot. Gila siot...first sedut coconut shake, hati mula terpikat ! Tak percaya...sangat slurrrrpy !!

Lokasi : Pantai Klebang, Melaka

Paling Best : Coconut Shake Special With Vanilla Ice Cream On Top !

Harga : 

Coconut Shake RM1.50

Coconut Shake Special RM2.00

Mula mula, dalam hati.."aku tak berkenan betul benda benda berkaitan kelapa nih.." Tapi bila da sedut tu...mak aih..apesal coconut shake ni sedap sangat ? Balik KL nak cari la coconut shake macam ni ? Huarghhh...sape tau kat mana nak cari coconut shake yang sedap kat KL ??? Tell meee ~

mula mula saya jual mahal dengan coconut shake nih huhu

tiba tiba nampak macam menarik je...nak cuba

order nasi lemak pulak

disebabkan lapar...saya bedal je..

coconut shake da sampai weh !!!

haha..siap ada ice cream vanilla on top

sesi suap menyuap macam pengantin..saje je prektis

ngaaaa !

cak !

the gadis...

kekenyangan makan nasi lemak dan coconut shake =)

sedut till the last slurppp

kedai ni penuh wo...banyak peminat..tak kira melayu , cina dan india..

babai nasi lemak !

babai pantai klebang coconut shake..lain kali saya datang lagi ok !


P/s: Masih termimpi mimpi kesedapan coconut shake sampai sekarang...oh tidak...huhu...Oh coconut shake i will miss you bebeh =)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di batu berendam - Google Blog Search

04 di batu berendam - Google Blog Search


PSS SK <b>BATU BERENDAM</b>: Minggu Peperiksaan.

Posted: 21 Jul 2011 08:41 PM PDT

Perhatian kepada warga SK Batu Berendam dan ibubapa/penjaga! Pada minggu hadapan ialah Minggu Peperiksaan. Murid-murid boleh mengulangkaji pelajaran di Pusat Sumber. Kepada semua murid SK Batu Berendam, Selamat Menghadapi Ujian Prestasi 2. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


Komuniti Orang Hutan Malaya: Jungle Cleanup 2010 @ <b>Tanjung Tuan</b>

Posted: 30 Dec 2009 11:50 PM PST

(pintu masuk ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan)

Aktiviti : Jungle Cleanup
Tarikh : 30 Januari 2010
Masa : 9.00pg - 12.00pg
Tempat : Hutan Rekreasi Tanjung Tuan (Rumah Api)
(Sempadan Port Dickson/Melaka)


Peta Laluan :
(Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas)

Tentatif :
9.00pg - Berkumpul di pintu masuk Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
9.15pg - Taklimat Ringkas / Tandatangan Petisyen Save Ulu Muda
9.30pg - Aktiviti Jungle Cleanup (mula)
11.30pg - Berkumpul / Merekod Data
12.00pg - Aktiviti Jungle Cleanup (tamat)

* Aktiviti Sampingan : Lawatan Ke Rumah Api Tanjung Tuan.

Peralatan Yang Perlu Dibawa :
1. Beg Plastik Sampah (hitam / biru)
2. Sarung Tangan (jika Perlu)
3. Minuman & Makanan Ringan (jika perlu)
4. Kamera (jika ada)

Sukarelawan yang berminat dengan kerja-kerja sukarela digalakkan untuk turut serta. Sekiranya berminat, sila masukkan nama anda diruangan komen untuk di update ok...
1. garfu -Seremban
2. Rusmankhairul - Bahau
3. Zaidi - Bahau
4. Abg Eat -Bahau
5. Dura -Seremban
6. Mazu -Seremban
7. Zeti - Serdang

8. Echa - Melaka
9. Ezza - KL
10. Whooz - KL
11. Amy - KL
12. adik Whooz -KL
13. Izzati Aziz - Seremban
14. Ina Omar - Seremban
15. Wani - Seremban
16. Shima Aziz - Cyberjaya
17. Cikgu Salleh- Kajang
18. Ajuna Nestapa - PKKSEL
19. Lan - Seremban
20. Ima - Seremban
21.Nani - Serdang
22.Dayah - Serdang
23.Taibah - Serdang
24..
25.
26.
27.
28.
29.
30.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


once i talk: Review Karnival Udara Antarabangsa <b>Sungai Rambai</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2011 08:32 PM PDT

Assalamualaikum.

Minggu lepas (10-12 Jun 2011) telah berlangsung Karnival Udara Antarabangsa Sungai Rambai Melaka 2011 bertempat di Air Strip Kampung Tasek, Sungai Rambai Melaka. Karnival tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka. Ramai pengunjung yang datang ke tapak karnival tersebut bagi menyaksikan sendiri dengan lebih dekat pesawat-pesawat ringan. Aku sempat la juga pergi ke Karnival tu. Dekat je dengan rumah aku. 

Sepanjang karnival tu, pengunjung-pengunjung berpeluang untuk turut sama terbang dengan menaiki pesawat ringan yang ada di situ. Ada juga pertunjukan akrobatik udara. Ok la, jom layan sedikit gambar yang adik aku snap guna kamera handset. hihi..


Ada banyak lagi gambar yang aku nak kongsi, tapi tak larat nak upload banyak-banyak. hihi. Cukup la ni je ok. Tunggu pula Karnival Udara Antarabangsa pada tahun depan. Diharap karnival yang akan dianjurkan pada tahun berikutnya akan lebih menarik.

Sekian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


Perhentian Bas <b>Alor Gajah</b> Kini Dikenali AG Sentral - Berita Semasa

Posted: 21 Jul 2011 08:00 PM PDT

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

ag sentral Perhentian Bas Alor Gajah Kini Dikenali AG SentralKepada sesiapa yang menaiki pengangkutan awam di Melaka, khususnya di sekitar Alor Gajah, Perhentian Bas Alor Gajah,kini berubah wajah dengan bangunan serba canggih, AG Sentral.

Siap pada Jun 2011 yang lepas,bagi kami,ianya memang perlu.Kalau dahulu Perhentian Bas tersebut tidak ubah seperti tempat lepak mat gian dan sebagainya, kali ini, ianya nampak lebih sempurna dan lebih selamat.Selain itu, fasiliti yang lain yang dinaik taraf adalah perkhidmatan wifi dan juga bazaar yang lebih bersih serta ruang menunggu yang lebih moden.

Kalau dulu, memang sesiapa yang menaiki bas ke Alor Gajah dan sebaliknya, memang ngeri bila tunggu bas.Dengan kotornya,dan juga dipenuhi ramai pendatang asing,ianya tidak sesuai dan nampak tidak meyakinkan.lebih-lebih lagi, bagi kaum wanita dan juga pelancong asing.

Dengan adanya AG Sentral ini, ianya lebih nampak teratur dan juga lebih selamat.Dengan kos sebanyak RM 3.3 juta, ianya satu usaha yang baik buat kerajaan Melaka,untuk menaiktaraf tahap pengangkutan awam di mana, kadarnya amat tidak memuaskan.

Namun begitu, perkhidmatan basnya masih lagi di bawah tahap yang tidak selesa dan tidak meyakinkan.Walaupun mempunyai prasarana yang hebat,namun sekiranya perkhidmatan tersebut masih ditakuk yang lama, ianya tidak bererti sama sekali.

Nasihat kami, eloklah juga perkhidmatan bas dinaiktaraf sekali,agar kesinambungan di antara fasiliti dan juga perkhidmatan,dapat diselarikan.Buat apa kalau bangunan bagus, fasiliti yang bagus, tapi perkhidmatan bas yang maha lembab,tidak ikut jadual dan masih di takuk lama bukan?

Walauapapun, usaha Kerajaan Melaka dalam memberikan yang terbaik buat rakyatnya, harus dipuji.Apa pendapat anda pula?

P.S. Ianya lebih baik daripada buat monorel kecik yang selalu rosak tu!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Dua Cawangan Terkini Public Gold <b>di Negeri Sembilan</b> & Melaka <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2011 04:17 AM PDT

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia pada semua rakyat Malaysia.Untuk makluman semua yang belum mengetahuinya , Public Gold telah membuka 2 lagi cawangan iaitu di Negeri Sembilan dan Melaka.

So bagi mereka yang berada Negeri Sembilan dan Melaka boleh menggunakan kemudahan ini bagi melicinkan lagi proses.Alamat cawangan terkini di Negeri Sembilan dan Melaka seperti dibawah :

Melaka Branch: No. 9-A, 9-B,
Jalan Melaka Baru 22,
Taman Melaka Baru,
Batu Berendam,
75350 Melaka.

Seremban Branch: 152-1 & 152-2, Block M,
Taipan Senawang,
Jalan Taman Komersil Senawang 1,
Taman Komersil Senawang,
70450 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Alamat semua cawangan Public Gold seluruh negeri boleh klik link ini.

Related posts:

  1. Cawangan dan Goldbar Public Gold Terkini Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakyat Malaysia.Sebelum saya bercerita...
  2. Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua peminat emas di Malaysia.Alhamdulillah...
  3. Welcome – New Dealer Public Gold Rangkaian Emaskini Trading Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakyat Malaysia.Alhamdulillah beberapa hari...
  4. Kongsi Kejayaan Louis dan Kami Bersama Public Gold Pendapatan pengasas Public Gold melonjak daripada RM1000,000 kepada RM10 juta...
  5. Belajar Ilmu Saving & Berniaga Emas Secara Percuma Assalamualaikum…..Alhamdulilah semakin hari semakin ramai sedar akan fungsi dan kepentingan...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Kelong <b>Serkam</b> produk terbaru

Posted: 27 Jul 2011 04:03 PM PDT

MELAKA 27 Julai – Kelong memancing akan menjadi produk pelancongan terbaru yang akan dibangunkan di sepanjang pantai di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Ghazale Mohamad berkata, usaha tersebut dilihat mampu menjadikan Serkam sebagai kunjungan pelancong dari dalam dan luar negeri ini.

Menurutnya, kelong memancing wajar dibangunkan memandangkan Serkam tidak mempunyai banyak produk pelancongan yang boleh ditonjolkan untuk menarik minat kedatangan pelancong ke daerah ini.

"Memandangkan Serkam berdekatan kawasan pantai dan ia dilihat amat sesuai jika lebih banyak kelong memancing dibina bagi menjadikan daerah ini syurga memancing kepada kaki pancing," katanya kepada pemberita pada program Bersantai Sambil Memancing Bersama Warga Media di kelong Pantai Siring, Kampung Pulai, Serkam, Jasin, baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri, Bahrain Omar dan wakil dari Jabatan Perikanan negeri.

Ghazale yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri berkata, setakat ini, sebanyak dua kelong memancing telah beroperasi diuruskan nelayan di situ.

Dua kelong itu, katanya, telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kaki pancing penduduk tempatan dan juga dari Kuala Lumpur, Johor serta Negeri Sembilan.

"Boleh dikatakan setiap hujung minggu dan cuti umum banyak tempahan diterima," katanya.

Beliau berkata, cadangan untuk menambah beberapa lagi kelong memancing mendapat sokongan daripada Jabatan Perikanan dan LKIM negeri.

"Saya dimaklumkan LKIM menyediakan peruntukan untuk membangunkan kelong memancing, tetapi ia mesti dimohon melalui persatuan nelayan dan bukannya atas pemilikan individu," ujarnya.

Katanya, kelong memancing mampu menjadi sumber pendapatan tambahan kepada nelayan di Serkam.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

ads