Ahad, 1 April 2012

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


jOm meLancong Ke banDar BerseJarah: <b>Tanjung Bidara</b> banyak <b>...</b>

Posted: 26 Mar 2012 10:54 PM PDT

TANJUNG BIDARA 26 Mac - Strategi pembangunan oleh kerajaan negeri Melaka yang diterajui Barisan Nasional (BN) berupaya menjadikan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara terus berkembang pesat dan maju terutama dalam sektor pelancongan.
Sehubungan itu, tidak hairanlah Tanjung Bidara cukup sinonim sebagai pantai perkelahan terkenal di negeri ini yang menjadi tarikan pengunjung sejak dahulu hingga sekarang.
Pantai Tanjung Bidara yang terletak berdekatan Kem Terendak dan hanya 10 minit perjalanan dari bandar Masjid Tanah merupakan pantai perkelahan yang terkenal di kalangan pelancong.
Keadaan pantainya yang landai menghadap Selat Melaka menjadi persaingan utama pantai di Port Dickson yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Masjid Tanah.

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


Insiden Sembrong: Umno bawa budaya ganas, samseng- AMK <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2012 11:15 PM PST

(Oleh: Aedi Asri Abdullah)

KUALA LUMPUR 21 Feb: Insiden keganasan yang berlaku di Sembrong, Johor baru-baru ini membuktikan Umno- Barisan Nasional membawa budaya ganas dan samseng, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau berkata, keganasan sedemikian dilihat lebih kerap berlaku di negeri yang dianggap kubu kuat Umno, seperti Johor dan Melaka, bertujuan untuk menyekat pengaruh Pakatan Rakyat.

"Cara provokasi yang lebih kurang sama juga menunjukkan ada arahan khusus yang diberikan kepada jentera bawah,"

"Ini kerana Umno tidak mahu mesej perubahan yang dibawa Pakatan sampai kepada rakyat," kata Shamsul kepada Keadilandaily.

Insiden di Sembrong Ahad lalu, menyaksikan lebih 100 orang, kebanyakannya remaja belasan tahun, membuat kacau di program ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengakibatkan beberapa kecederaan.

Samseng Umno itu turut melempar mercun, telur, botol dan kayu selain berteriak melontar kata-kata kesat ketika Anwar berucap.

Malah, kumpulan samseng yang membawa bendera Umno dan BN itu turut memecahkan cermin kereta Anwar dan bertindak ganas menendang bahagian keretanya sehingga kemek.

Isnin lalu, ceramah Anwar di Felda Tun Ghafar Baba di Machap, Alor Gajah, Melaka turut dicemari dengan gangguan penyokong Umno- BNl.

Dalam pada itu, Shamsul kesal kerana pihak polis tidak memainkan peranan sewajarnya untuk meleraikan insiden keganasan tersebut.

"Polis yang bertugas tidak mengambil sebarang tindakan. Apakah perlu menunggu keadaan menjadi darurat terlebih dahulu?" soal beliau.

Justeru itu, beliau menuntut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bertanggungjawab berikutan insiden itu.

"Sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau harus beri penjelasan, bukan bertindak berdiam diri. Apatah lagi, beliau sendiri adalah ahli Parlimen di situ," jelasnya lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26909

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


Pertandingan Menulis Jawi (SR): SK <b>Durian Tunggal</b> Johan

Posted: 04 May 2011 09:16 PM PDT


Adik Nur Shakireen bt. Shaari dari SK Durian Tunggal (Johan) sedang menerima hadiah kemenangan
daripada Tuan Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka.

Seramai 109 peserta Pertandingan Menulis Jawi (sekolah rendah) termasuk 17 dari SJKC telah menyertai pertandingan yang diadakan seawal jam 9.00 pagi ini sempena Karnival Pendidikan Melaka 2011 yang sedang berlangsung di MITC, Ayer Keroh, Melaka.

Aktiviti kelolaan Sektor Pendidikan Islam ini merupakan antara acara awal Karnival Pendidikan pada tahun ini. Ianya telah diadakan bersebelahan dengan pentas utama yang akan menyaksikan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia iaitu  YAB. Tan Sri Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yasin merasmikan karnival ini pada 5 Mei 2011 (Jumaat), jam 3 petang.

Dalam pertandingan kali ini, Adik Nur Shakireen bt. Shaari peserta yang mewakili SK Durian Tunggal telah mengungguli pertandingan apabila telah diisytiharkan sebagai johan. Beliau telah berjaya mengalahkan 108 peserta lain yang bersungguh-sungguh menulis jawi berdasarkan petikan yang diberi dan juga menulis semula kalimah dalam tulisan jawi berdasarkan kemahiran mendengar. Tempat kedua pula dimenangi oleh adik Nur Fadiah Dina bt. Bahrin dari SK Batu Gajah, Merlimau manakala adik Muhd. Hazwan bin Afif dari SK Selandar pula telah mendapat tempat ketiga.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Mohmd, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka.

[ KOLEKSI GAMBAR ]

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


My Rainbow...: Makan <b>di</b> Melaka : Coconut Shake Pantai <b>Klebang</b>

Posted: 31 Mar 2012 12:38 AM PDT

Assalamualaikum.....

Entry ini sepatutnya scheduled weekend baru lepas nie, tapi dia tukar jadi draft pula. Suka hati blog jer kan... Anyway, kita publish kan juga. Happy Mondays all...
Ini, macam biasalah yer... hujung minggu nie kita cerita pasal tempat2 makanlah. Langkawi punya, Insyaallah minggu depan habislah postingnya...hehehehhehe

So, dah banyak giles dah orang buat entry pasal Coconut Shake di Pantai Klebang nie kan. Walaupun dah banyak dan rasanya malas sikit nak cerita, tapi mengenangkan ianya negeri Melaka, rumahku syurgaku di sana, maka buatlah juga entry. Jangan nanti orang kata sombong pula, tak nak pomot Melaka.

Anyway, coconut shake di Pantai Klebang nie memang dah jadi sebutan ramai. Asalnya, dia hanya berniaga di tepi simpang tepi jalan besar di Klebang tu jer. Tapi disebabkan pelanggan semakin bertambah dan ramai, ditambahkan pula dengan promotion tidak berbayar di blog2, maka jalan di pantai Klebang tu pun jadi traffic jam setiap kali hujung minggu terutama masa cuti sekolah. Untuk mengelakkan kesesakan sebegitu, maka mereka pindahkan warung coconut shake ke dalam. Ada signboard dari tepi jalan tu. Owhh, warung tepi jalan tu tetap wujud lagi, tapi untuk yang nak bungkus saja. Kalau nak duduk kat kerusi, minum shake sambil makan2 kuih, kenalah drive ke dalam sikit.

Inilah warungnya. Kaunter buat coconut shakelah tu...

Presenting the famous Coconut Shake of Klebang.

Adam nie memang perasan hensem la.. Dia ingat posing mcm tu nampak macholah kot..

Ada kerepek geragau kat tepi warung nie. Not bad juga, cuma tak cukup attractive untuk panggil kita membeli.
Ada nasi lemak juga... Sambalnya, pedass!
The taste of the shake bukanlah extravaganza sangat. Biasalah orang meniaga kan.. Sometimes ago, it used to be soo thick and soo creamy. Tapi nowadays dah kurang rasa creamy ad of course the thickness. Kuih muih pun rasa biasa2 jer. It's just that, sambil minum shake yang sejuk denganhembusan angin laut, priceless! Walaupun lautnya x nampak dah....
So friends, bolehlah kalau nak try the famous coconut shake...

04 di batu berendam - Google Blog Search

04 di batu berendam - Google Blog Search


La Memoria: #110: coconut shake <b>batu berendam</b>

Posted: 31 Mar 2012 12:33 AM PDT

Salam 1 malaysia,

Cuaca panas memang sedap minum coconut shake. Memang sedap betul.

Pertama kali  cuba coconut shake kat terengganu tapi tak berapa sedap lah...

Yang di batu berendam melaka ni,budak opis lama yang kenalkan..

Terletak berhampiran dengan jabatan perikanan melaka..

RM 1.50 satu cawan


Published with Blogger-droid v2.0.4

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


Menara Kehidupan: <b>Tanjung Tuan</b> dan Pantai Halimunan di Port <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 06:50 PM PST

 Lepas dari Pantai Pengkalan Balak kami menuju ke Tanjung Tuan Port Dickson pula. Maka kami ni pun berjala sajer la gamaknya bila bercuti.... Nama pun Cuti2x Malaysia.... Kat sana dah ada kawan satu tempat kerja yang menunggu sebab diorang nak berkemah di situ... Kami ni bawak anak kecik setakat singgah je la... lepak2x kejap kami pun terus pulang.....Ok la... Kat sini kami tak mandi manda pun... sebab dah letih nak salinkan pakaian anak2x... (bunyi macam kejam jee.... haaa3x) baju basah diorang pun dah penuh satu beg plastik. Punya la best ni kat tanjung tuan.... jom kita layan suasana di sana.....Masa kami sampai semua kawan opis tengah kepenatan berbasikal untuk ke Port Dickson... kami sampai pun sekadar lepak2x bersama rakan-rakan....ada yang berbasikal.... dan juga ada yang bersama keluarga...Kami pula memang dah tak larat nak mandi dah...











Hutan Rekreasi yang terdapat di Tanjung Tuan......... Memang best kalau buat jungle tracking dalam ni.... setakat pergi dengan anak2x kecik letih la jawabnyaaa....





Rumah Api yang terdapat di  Tanjung Tuan... Lama dah wujudnya rumah api ni untuk panduan mereka yang berlayar di Selat Melaka.


Rakan-rakan Opis yang hendak berkemah di sana.... Aku balik dahh laaa... binik aku kompem tarik muka kalau aku nak lepak dengan diorang... haaaa3x...


Pastu kita nikmati pemandangan Pantai Halimunan di Tanjung Tuan.... Memang cun la pantai ni... privacy sungguh.... tak ramai orang datang sini........ jom kita lihat pemandangan indah di sini.......







Begitu lah lebih kurang keindahan alam yang terdapat di Tanjung Tuan... Member2x opis aku terus berkemah dan bermalam di sana..... aku balik dah... anak2x pun dah letih dan tidur sepanjang perjalanan pulang kami ke rumah.... tapi rasa seronok la berjalan menikmati keindahan alam.... ... Bestnya kalau keter pakai NGV... jenjalan mana pun tak kisah.... Heee3x..... NGV dengan kami yg "Kaki Jalan" ni memang tak boleh dipisahkan....



04 di merlimau - Google Blog Search

04 di merlimau - Google Blog Search


SK PULAI <b>MERLIMAU</b> | cikgufiq.blogspot.com

Posted: 17 Mar 2012 09:07 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Esok insyaAllah aku akan bertolak ke rumah kawan aku yang terletak di MERLIMAU MELAKA. Aku dan beberapa orang kawan aku akan menjalani PBS (PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH) ataupun aku panggil ...

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


[Video] Penceramah UMNO mengamuk <b>di Bukit Katil</b>..

Posted: 11 Dec 2011 09:00 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Seperti kebiasaaan, setiap kali ceramah PAS di Bukit Katil, pasti akan ada gangguan dari UMNO. Biasanya mereka akan turut mendirikan khemah untuk berceramah di sebelah dengan hanya beberapa meter sahaja ...

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


indah.com: Mati terlentok <b>di</b> bahu ibu

Posted: 26 Mar 2012 09:25 PM PDT

ALOR GAJAH: Seorang penyelia kilang yang mengalami demam panas dan sesak nafas, mati terlentok di bahu ibunya beberapa minit selepas menerima rawatan di sebuah klinik swasta di Masjid Tanah, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, Hasrul Md Yasin, 32, ke klinik berkenaan bersama ibunya.

Hasrul yang tinggal di Kampung Berembang Jaya, Lubok China, berbual dengan ibunya di sofa klinik berkenaan selepas menerima rawatan sebelum mati beberapa minit kemudian.

Ibunya, Aminah Kecut, 63, berkata anaknya demam sehari sebelum kejadian dan mendapatkan rawatan di klinik berkenaan pagi semalam.

"Ketika tiba di klinik, anak saya yang mesra dipanggil 'Adik' semakin lemah dan menunggu di sofa beberapa minit sebelum menemui doktor dan dipapah kerana pandangannya kabur. Malah, ketika dirawat dia hanya menundukkan kepala," katanya.

Blog Nasir Hamzah: MENINGGAL <b>DI</b> BAHU IBU

Posted: 26 Mar 2012 10:03 PM PDT





ALOR GAJAH: Seorang penyelia kilang yang mengalami demam panas dan sesak nafas, mati terlentok di bahu ibunya beberapa minit selepas menerima rawatan di sebuah klinik swasta di Masjid Tanah, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, Hasrul Md Yasin, 32, ke klinik berkenaan bersama ibunya.

Hasrul yang tinggal di Kampung Berembang Jaya, Lubok China, berbual dengan ibunya di sofa klinik berkenaan selepas menerima rawatan sebelum mati beberapa minit kemudian.

Ibunya, Aminah Kecut, 63, berkata anaknya demam sehari sebelum kejadian dan mendapatkan rawatan di klinik berkenaan pagi semalam.

"Ketika tiba di klinik, anak saya yang mesra dipanggil 'Adik' semakin lemah dan menunggu di sofa beberapa minit sebelum menemui doktor dan dipapah kerana pandangannya kabur. Malah, ketika dirawat dia hanya menundukkan kepala," katanya.



dipetik dari metro online..

Takziah diucapkan pada keluarga ibu aminah

korang dah baca berita kat atas? sedih tak? aku rasa sedih bila membacanya.. sebabnya arwah meninggal di bahu ibunya.. sungguh beruntung dia..sebab jarang orang dapat merasakan kematian begitu.. ok sebab apa aku cakap macam tu ? kerana ibu kita telah menjaga kita dari kecil hinggalah dewasa.. kasih sayang ibu kepada kita tidak ada tolak bandingnya.. sungguh pun adakalanya kita tersasar , tapi ibu sentiasa membimbing kita dan menerima kita seadanya..


kasih sayang seorang ibu membawa kesyurga.. jika ibu redha dengan kematian kita, ALLAH juga akan meredhai kita.. begitu besar keistimewaan yg ALLAH berikan kepada seorang ibu..
cuba sesekali korang peluk mak korang, atau jika mungkin korang malu cukuplah dengan memegang tangannya.. apa yg korang dapat rasakan? ye satu ketenangan yg korang dapat.. rasa bahagia dan kasih sayang yg tak berbelah bagi..


P/s : sama2lah kita menghargai ibu kita.. 



Dia buat dah: Mati terlentok <b>di</b> bahu ibu

Posted: 26 Mar 2012 11:41 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Hasrul yang tinggal di Kampung Berembang Jaya, Lubok China, berbual dengan ibunya di sofa klinik berkenaan selepas menerima rawatan sebelum mati beberapa minit kemudian. Ibunya, Aminah Kecut, 63, berkata ...

ads