Jumaat, 2 Mei 2014

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


Buat Wanita: Bermain Pasir <b>Di Tanjung Bidara</b>, Melaka

Posted: 21 Apr 2014 06:39 AM PDT

Good Nite All ...

Korang pernah ke sesaja plan nak mandi pantai area Melaka? Tak pernah pula kami plan macam ni, sebab air laut area Melaka ni sama macam JB, keroh, tak ada hati nak mandi  :p Actually tak plan pun nak pergi bercuti kat Tanjung Bidara ni. Datang sini pun sebab nak jenguk my brother yang bujang ni, sebelum dia berangkat ke Sudan. Lama dah dia tak kerja kat Sudan, last sekali sebelum arwah mak sakit.

So, alang-alang dah sampai Tanjung Bidara ni, kami bawa la anak-anak main pasir. Nak bagi mandi memang tak la, keroh kot. Tapi ada je yang mandi. Kalau dok area Kuala Lumpur, Selangor better pergi mandi kat Port Dickson dari datang sini :p

Lama dah tak main pasir :)

 Seronok sangat la si adik tu sebab jarang-jarang bagi main kotor-kotor ni :p
 Si kakak dah berpindah kawasan, gaduh gamaknya :p
Ha, puas dah main, ready nak gi makan pula.
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


Cerita Komando Passing Out di PULPAK <b>di Sungai Udang</b>

Posted: 29 Dec 2013 06:23 PM PST


Hujung minggu yang sibuk dari hari sabtu sehingga ke hari ahad.  Memang memenatkan tapi happy ending.  Sepatutnya pagi sabtu planning nak pergi tengok komando passing out
di PULPAK Sg. Udang.  Tetapi mendapat makluman orang awam tak dibenarkan masuk kecuali ahli keluarga terdekat. So kat sini aku share sikit gambar yang dapat diambil oleh admin facebook The Realblackdaggers dan saudara Hazairi.

waadat: Ada <b>udang di</b> sebalik batu

Posted: 24 Apr 2014 06:38 PM PDT

Demang percaya peribahasa ada udang di sebalik batu sudah acap kita dengar. Setahu Demang ia bermaksud tindakan seseorang berbuat baik kerana sesuatu sebab yang tidak dinyatakan.

'Tidak dinyatakan' tidak bermakna orang tidak tahu. Bagi yang arif, sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya.

Jika seseorang yang kita kenal benar tetapi jarang mahu bertegur sapa malah kalau berselisih pun nampak sengaja memandang arah lain, tiba-tiba datang ke rumah membawa buah tangan, maka kemungkinan besar ada-lah hajatnya.

Mudah sahaja untuk mengenal kilasan ikan di air. Mula-mula anda perlu sedar apakah kelebihan anda? Adakah anda seorang pegawai di sebuah jabatan atau menantu anda baru sahaja menjadi wakil rakyat? Mungkin juga anda mempunyai anak gadis dan orang itu adalah ayah kepada seorang teruna.

Namun kita tidak perlu bimbang sangat. Udang bukanlah makhluk yang jahat atau berbahaya. Belilah udang sekilo dan bawa pulang. Masaklah apa sahaja: masak lemak, kari, tumis dengan petai, malah digoreng begitu sahaja pun sedap.

Masa kanak-kanak dulu Demang suka menangguk udang di sungai. Hasil tangkapan daripada aktiviti haram tersebut tidak dibawa pulang sebaliknya diselesaikan di tepi sungai sahaja. Udang itu Demang cucuk pada lidi dan dibakar. Anda pasti dapat bayangkan keenakannya.

Demang katakan aktiviti haram kerana jika bapa Demang tahu Demang ke sungai, berjalurlah kesan tali pinggang di tengah belakang.

Apabila meningkat remaja, aktiviti mencari ikan dan udang menjadi lebih seronok. Selain menggunakan pancing, kami ada musim menembak ikan, termasuklah udang galah.

Dengan 'pistol ikan' buatan sendiri berpelurukan sebatang besi tajam, kami memakai cermin khas bagi memudahkan gerakan mengintai mangsa.

Biasanya ikan-ikan besar bersembunyi di bawah batang kayu atau reba. Manakala untuk mencari udang galah, tumpuan Demang ialah di kawasan berbatu.

Benarkah udang suka bersembunyi di sebalik batu? Demang tidak tahu dan Demang cuma berpandukan peribahasa di atas yang diajar guru.

Setakat ini kita tidak nampak sesuatu yang negatif di sebalik batu. Udang adalah rezeki yang patut disyukuri. Justeru jika ada seseorang bersikap ada udang di sebalik batu maka jangan berprasangka buruk padanya sebaliknya layanlah dengan baik.

Barangkali ada hikmah yang bakal menguntungkan kita.

Wallahualam.

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


Angler&#39;s File: Pancing tengas <b>di Sungai Rambai</b>

Posted: 09 Apr 2014 01:03 PM PDT

Teks dan gambar Mohd Rifaat Abd Hamid
KEJERNIHAN dan kesejukan air dari Pusat Rekreasi Bukit Perak, Sungai Rambai, Pendang, Kedah memang memukau pengunjung dan tidak hairanlah pusat rekreasi itu menjadi aset pelancongan di negeri ini.
Terletak kira-kira 20 kilometer (km) dari Pekan Pendang dan 35km dari Lebuhraya Utara-Selatan, ia sudah pasti menjadi tarikan pengunjung terutama pada hujung minggu dan cuti persekolahan.

Di pusat rekreasi Su­ngai Rambai itu terdapat beberapa kolam dan ia amat sesuai untuk pelbagai lapisan usia sama ada dewasa atau kanak-kanak.


Walaupun air terjunnya datang dari bukit tetapi pengunjung boleh mendaki ke atas dengan menaiki anak tangga yang dibina.


Setiap ketinggian yang didaki memberi peluang kepada pengunjung melihat pokok berusia lebih 100 tahun dan keindahan flora dan fauna di Bukit Perak.

Selain kaya dengan flora dan fauna serta airnya yang sejuk, Bukit Perak yang menjadi Hutan Simpanan itu juga kaya dengan pokok herba serta sering dikunjungi sesiapa saja untuk mencari pokok herba.

Antaranya ialah tongkat ali, serai wangi dan tunjuk langit yang baik untuk kesihatan.

Pengunjung boleh memilih sama ada mahu bersantai di bawah teduhan bayang-bayang pepohon atau pondok yang dibina untuk kemudahan.

Pengunjung juga dapat memasak dan mengadakan berbeku di tebing kolam yang pasti menyeronokkan.

Rekreasi Sungai Rambai itu turut sesuai untuk aktiviti lasak dan perkhemahan.
Pada setiap hujung minggu, ada pihak terutama dari Daerah Pendang menganjurkan aktiviti kokurikulum untuk pelajar.

Aktiviti ini bertambah menarik lagi menjelang Julai dan Ogos apabila kegiatan memancing ikan tengas menjadi buruan pemancing ke situ.

Ada kanak-kanak sanggup meranduk air untuk menang­kap ikan kecil yang galak berenang.

Di samping itu, terdapat beberapa kemudahan asas dibina seperti bilik air, pondok dan surau.

Justeru, bagi yang sedang merancang untuk berkelah sambil menikmati keindahan alam semula jadi bersama keluarga, Pusat Rekreasi Bukit Perak, Sungai Rambai, Pendang, Kedah adalah destinasinya.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/26

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Aug 2013 01:02 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Jul 2013 01:29 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jul 2013 01:08 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jun 2013 01:15 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Jun 2013 01:02 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Warung Pak Mat Goreng Pisang <b>di Lubok China</b>, Melaka - Satu <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2012 04:26 AM PDT

Semasa Perjalanan pulang dari Melaka ke Putrajaya
aku telah memilih jalan Pantai Klebang-Sg Udang-Masjid Tanah-Lubok China-Seremban-Rantau-Nilai-Sg Merab-Putrajaya.
Tiba di Lubok China, Melaka jumpa satu warung tepi jalan
bertentangan dengan Klinik Kesihatan Lubok China, Melaka dan sebelah Pos Malaysia Lubok China, Melaka...

ads