Khamis, 30 Mei 2013

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 14 May 2013 11:16 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Feb 2013 11:40 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Dec 2012 12:07 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Dec 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Dec 2012 11:10 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kemalangan maut <b>di</b> jalan <b>Tanjung Bidara</b> ~ Kemalangan Jalan Raya

Posted: 02 Nov 2012 06:17 AM PDT

Inalillahi wainailaihi rojiun

2 November 2012

ALOR GAJAH - Seorang remaja maut selepas motosikal Modenas Kriss yang ditunggang merempuh sebuah motosikal lain sebelum bertembung dengan sebuah kereta di jalan Tanjung Bidara, dekat sini pagi semalam.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, motosikal ditunggang mangsa, Herman Rudin, 18, bersama dua lagi rakannya dari Tanjung Bidara ke Masjid Tanah hilang kawalan dan merempuh motosikal ditunggang warga emas, Baba Md Jasin, 74.

Rempuhan itu mengakibatkan mangsa melambung dan terseret ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Gen2 dipandu Rawi Yusof, 62, bersama rakan, Sidek Ahmad, 60, sebelum salah seorang lagi rakan mangsa, Mohd Firdaus Abdullah, 20, merempuh motosikal mangsa.

Rawi berkata, ketika kejadian dia bersama rakannya itu dari pekan Masjid Tanah dalam perjalanan pulang ke rumah di Tanjung Bidara.

"Selepas berlaku pertembungan, saya segera memberhentikan kereta dan membantu penunggang motosikal warga emas yang cedera sebelum menghantarnya ke Hospital Terendak," katanya.

Saksi kejadian, Mohd Khairul Aizad Abd Manan, 16, berkata, dia terdengar tiga dentuman sebelum melihat mangsa tercampak ke dalam longkang berdekatan.

"Bunyi dentuman kuat ketika mangsa merempuh motosikal warga emas terbabit yang kemudiannya terjatuh dan bertembung pula dengan kereta dari arah bertentangan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kemalangan membabitkan sebuah kereta dan tiga motosikal dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/remaja-maut-motor-bertembung-kereta-1.100058

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


meriah nyer hari sukan <b>di</b> tasik <b>ayer keroh</b> - aida&#39;s home sweet home

Posted: 03 May 2013 07:53 PM PDT

sabtu lepas ~  27 april ~ 7 pagi - 11 pagi















actually syuhada masuk 3 acara. yg last sekali is lari berganti-ganti 100m. but syuhada tak nak masuk, dia da penat!!! so, takde la hadiah and gambo... frust ibu!

alhamdullillah cuaca baik hingga ke abis program. anak-anak semua pun happy. ni julung-julung kali tadika ni buat sukan. sebab student da ramai kot. kebetulan syuhada final year this year, merasa la dia hari sukan...

after that, terus bwk diorang gi lunch kat feveret place ~ windmill, bukit beruang...



hari yg indah telah berakhir. balik umah ptg tu semua pengsan...
zzzzzzz ramai-ramai sekeluarga hi hi hi...

Photobucket

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


The Scribe A Kadir <b>Jasin</b>: Melayu DAP Cabar Cina BN <b>di</b> Raub

Posted: 01 May 2013 12:13 AM PDT


[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]
KETIKA meninjau kawasan Parlimen Raub, Pahang, terlintas dalam fikiran saya adakah pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini mencerminkan 1Malaysia atau satu lagi contoh transformasi politik semasa?
Raub adalah di dalam negeri Perdana Menteri Kerajaan Sementara (Caretaker Government), Mohd Najib Tun Abdul Razak. Secara tradisinya ia adalah kawasan Barisan Nasional yang diwakili oleh MCA walaupun DAP kuat.
Pada PRU 2008, calon BN ialah Ng Yen Yen yang mendapat 18,078 undi manakala pencabarnya, Abu Bakar Lebai Sudin (DAP) mendapat 15,326 undi.
Kali ini, secara agak "mysterious", Ng yang dilihat sebagai seorang menteri yang cergas dan berkesan, mengambil keputusan mengundur diri daripada bertanding. Sebagai ganti, BN memilih Hoh Khai Mun, yang sebelum ini ahli Dewan Undangan Negeri Bilut dalam kawasan Parlimen Bentong.
Yang menjadikan pertandingan kali ini menarik adalah pencabar BN ialah seorang Melayu DAP yang berprofil tinggi, iaitu Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang dalam tempoh 2004-2008 adalah Adun BN Pulau Manis dalam kawasan Parlimen Pekan.                                              Populariti PM teras BN
Dalam konteks itu, Raub mencabar kedudukan BN sebagai parti penyandang dan menaikkan prestij DAP sebagai pencabar. Hatta mengalami majoriti yang lebih rendah pun sudah berupa satu tamparan kepada BN kerana Raub adalah kawasan tradisional BN dan terletak di dalam negeri Perdana Menteri.
Peluang Mohd Sabri mencatat sejarah sebagai calon Melayu DAP pertama di Pahang mengalahkan BN tidak boleh ditolak begitu sahaja. Mohd Sabri nyata lebih berwibawa daripada Abu Bakar, calon DAP 2008.
Ahli Parlimen Melayu DAP terakhir ialah Allahyarham Ahmad Nor yang menang kerusi Bayan Baru dalam PRU 1990. Adakah Mohd Sabri boleh menjadi pewaris legasi itu?
Daripada aspek perangkaan, Raub boleh dianggap sebagai kerusi seimbang dari segi kaum dan sokongan kepada BN dan DAP. Pada PRU kali ini, ada 54,320 pemilih berdaftar terdiri daripada 49.8% Melayu, 40.3% Cina, 6.5% India dan 3.1% Orang Asli.
Daripada tiga DUN dalam kawasan Raub, dua dimenangi BN (Batu Talam dan Dong) (diperbetulkan) dan sebuah oleh DAP (Tras) pada PRU 2008.
                                                   Roket Menang DUN Tras 2008
 
Yang merumitkan BN adalah Mohd Sabri sebagai bekas pemimpin Umno sekian lama tentulah mempunyai maklumat terperinci mengenai kelemahan dan kekuatan Umno serta kebaikan dan keburukannya.
Kemudian ada drama sampingan yang cukup menarik. Mohd Arif yang juga seorang blogger disokong oleh bekas isterinya (juga seorang blogger) yang mendedahkan dalam blognya yang dia adalah orang Umno dan menggunakan blog itu untuk menyokong BN walapun sekali-sekala kritikal terhadap BN.
Dalam rencana mengenai bekas suaminya, dia antara lain, menulis: "Ya Allah..Please help Mohd Ariff Sabri Bin Haji Abdul Aziz win BIG in the PRU 13 in Raub Parliament P080, Pahang.
"Please make him the first Malay Parliamentarian from DAP for Raub, Pahang and bestow him the guidance to be one of the great Malaysian leaders around..Ameen."

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di durian tunggal</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2013 09:25 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di durian tunggal</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2013 09:33 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

RASEDY CANOPY: RASEDY <b>di Durian Tunggal</b>

Posted: 25 Dec 2012 05:19 PM PST

Pada 22 Disember 2012 yang lalu, telah selesai majlis resepsi menyambut menantu Encik Mazlan. Majlis tersebut talah di adakan di tanah lot yang bersebelahan Taman Seri Cempaka, Durian Tunggal, Melaka.

Tahniah diucapkan kepada kedua mempelai dan terima kasih kerana menggunakan perkidmatan kami. Diharapkan pihak tuan rumah berpuas hati dengan perkhidmatan kami.

Berikut beberapa gambar yang sempat kami shot untuk dikongsikan bersama. Gambar-gambar ini adalah malam persediaan sebelum hari langsung.

BLOG MELAKA: 04 <b>di durian tunggal</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Mar 2013 09:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Agrofarmstay @ skill-tech <b>Durian Tunggal</b>

Posted: 10 Jan 2013 11:08 PM PST

chalet
Pernah dengar Agrofarmstay di Durian Tunggal. Kalau orang Melaka tak tau Agrofarmstay @ skill-tech takpe jangan tak tau Durian Tunggal. Alamatnya adalah :

Kem Agro Farmstay @ IST
Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/Machap,
Durian Tunggal, 76100 Melaka.


View Larger Map

Daripada nama tempat tentu kita dah dapat bayangkan program apa yang biasanya sesuai untuk tempat ini. Sudah tentu program seperti kem motivasi,perkhemahan dan juga retreat pejabat. Untuk menginap mereka menawarkan Banglo,Chalet,Asrama dan Khemah. Maklumat lanjut mengenai penginapan sila klik sini.

Kelab Belia Usahawan Negeri Melaka sebagai contoh ada mengguna Agrofarmstay untuk program Kem Motivasi dan Kepimpinan Mereka. Sila klik gambar untuk brosur lanjut.

m_Brochure copy
m_Brochure (inside) copy

— asmaliana

Other Interesting posts:

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


Kapal Selam SMD Ouessant | Agosta 70 <b>di Klebang</b>, Melaka

Posted: 06 Apr 2013 07:39 AM PDT


Kapal Selam SMD Ouessant | Agosta 70 di Klebang, Melaka
Alhamdulillah, syukur kepada rahmat ALLAH….berkesempatan juga penulis menulis entri baru. Walaupun tatkala kadang-kadang berasa malas dan kebuntuan idea menulis. Minat menulis pun kadang-kadang sahaja datang. Mungkin juga kekangan masa penulis membuatkan penulis tiada masa menulis. Sekarang penulis sedang bercuti semester selama lebih kurang 2 bulan. (dalam hati, bila lah nak habis belajar degree)
BERKUNJUNG KE MAJLIS PERKAHWINAN
Baru-baru ini penulis berkesempatan bertandang ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah untuk ke majis perkahwinan di Masjid Tanah, Melaka. Boleh dikatakan majlis perkahwinan yang unik, terutamanya penulis pertama kali melihat pasukan kompang berirama (kompang + joget). Mungkin juga ia adat negeri Melaka yang tidak di tinggalkan, tidak lapok di telan zaman. Malangnya penulis tidak sempat menangkap gambar, merakam video jauh sekali.
Terdengar mengenai adanya muzium kapal selam di Melaka, membuatkan penulis menuju ke Dataran 1 Malaysia di Klebang Melaka. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit dari Masjid Tanah. Di katakan Dataran 1 Malaysia Klebang yang dulunya tempat rekreasi seperti Tanjung Emas, Muar bakal berubah wajah menjadi tempat kompleks muzium-muzium dan pameran maritim termasuk kapal selam.
Muzium yang di rasmikan Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam berada di lokasi yang strategi iaitu di Klebang, Melaka. Pada ketika ini kawasan sempadan Muzium Kapal Selam dipagari dengan dinding 'zink'. Kerja-kerja pembangunan infrastruktur dan dalaman masih lagi pada tahap sedang di bangunkan. Sewaktu penulis sampai pun di sana, jalan menuju ke muzium kapal selam masih belum berturap, penuis hanya berpandukan papan tanda dan kesan-kesan jalan kerap di lalui oleh pelawat dan lori-lori pembinaan.  
                                              Kompleks Muzium Maritim, Klebang Melaka
Muzium kapal selam ini di buka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Manakala bayaran masuk untuk setakat ini RM1.00 untuk dewasa dan RM0.50 kanak-kanak. Mungkin apabila kompleks ini siap sepenuhnya harga tiket masuk akan dinaikan (Rujuk Perbadanan muzium Melaka).
KAPAL SELAM SMD OUESSANT (AGOSTA 70)
Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta adalah buatan Perancis yang telah siap di bina pada 1979. Dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan kemudiannya diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan satu lagi mercu tanda pelancongan di negeri Melaka.
Pengunjung dalam melihat apa yang berada di dalam kapal selam ini. Membuatkan kita yang berada di dalam berasa seperti berada di dalam kapal selam yang masih di gunakan meskipun ianya sudah menjadi muzium. Dapat penulis kongsikan gambar-gambar yang penulis sempat tangkap;

                                       Di luar muzium kapal selam...masih dalam pembinaan                                                          Pintu masuk muzium                                       Panjang 67.57 meter, tinggi 11.75 meter. Lebar 6.5 meter                                                                Papan informasi                                                     Papan tanda perasmian Muzium                                                    Muzium kapal selam seluruh negara                                                        Ruangan senjata 'torpedo'                                                'Risiko kemalangan tangunggjawab sendiri'                                                 Ruangan senjata meriam 'torpedo'                                                Ruangan dalam kapal selam
                                                         Bilik motor elektrik                                                     Ruangan kawalan kapal selam                                                    Ruangan pemandu/ jurumudi 

                                                             Ruangan bilik tidur 
                                                      Bilik Mesyuarat


                                        Kronologi Kapal Selam SMD Ouessant di tempatkan                                         Kronologi Kapal Selam SMD Ouessant di tempatkan                                                         Ruangan memasak/ dapur                                     Kompleks Muzium Maritim yang masih dalam pembinaan                                                           Dari tepi kapal selam
Sebelum meneruskan perjalanan ke bandaraya Melaka untuk melawat lebih banyak tempat bersejarah. Penulis sempat singgah di gerai makanan western berhampiran dengan Shah Beach Resort, Melaka merasa menu yang begitu special iaitu coconut shake.

04 di ramuan china - Google Blog Search

04 di ramuan china - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di ramuan china</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Apr 2013 09:35 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di ramuan china</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 09:35 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Memoriku.....My Memoirs: Kenangan manis <b>di Ramuan China</b> Besar

Posted: 13 Jul 2009 07:40 AM PDT

Anak-anak yang dahagakan maklumat tentang Allahyarham Usman Awang.

Bergambar dengan adik-adik yang terlibat dalam diskusi tentang Usman Awang selepas wacana dari panel. Kelihatan dari kiri, di tangga atas : Dr. Ibrahim, Tan Sri Aziz Tape, Datin Rashidah, saya, Dato' Kemala, Dato' A. Samad Said dan Tn. Hj. Mokhtar Yassin. Kelihatan juga salah seorang dari AJK IPM.

Lihatlah wajah-wajah generasi baru yang berjinak-jinak dengan sastera. Di sebelah saya ialah penyair terkenal, Dato' Kemala dari UPM, yang juga salah seorang teman akrab Usman Awang. Beliau menjadi salah seorang dari panel wacana tersebut. Kertas kerja yang beliau bentangkan sangat menarik.
Adik-adik sedang memilih buku Usman Awang yang di hadiahkan kepada mereka.

Bercerita sedikit tentang Usman Awang dan pengendalian UA Enterprises Sdn. Bhd. Bersama saya adalah panel wacana, dari kiri : Tan Sri Aziz Tape, Dr. Arbak dari UPM, Tn. Hj. Mokhtar Yassin Ketua I- IPM dan Dato' Kemala juga dari UPM.

Dari kiri : Datin Rashidah, saya, SN Dato' A. Samad Said dan Dr. Ibrahim Ghaffar sedang mendengar wacana yang di bentangkan oleh panel.


Hari keramat - 12 Julai 2009, telah di sambut di Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Melaka. Sebelum ini, saya tidak pernah dengar nama tempat ini, tetapi sekarang ia telah membina harapan supaya saya terus berjuang untuk memperkenalkan Usman Awang semula kepada anak-anak muda yang dahagakan pengetahuan tentang seorang insan bernama Usman Awang yang tidak pernah mereka kenal secara fizikalnya.

Pada pagi 11 Julai, jam 11 pagi, kami sekeluarga dengan sanak saudara dan beberapa orang teman akrab Allahyarham Usman Awang dan Allahyarhamah Hasnah Den, berkumpul, membaca Surah Yassin dan berdoa agar roh mereka dan roh-roh ibu-ibu dan bapa-bapa mertua kami adalah di dalam perlindungan Yang Maha Esa. Amin, amin, amin.

Saya gembira dalam kesedihan. Bukan senang untuk kami berkumpul di rumah arwah ayah dan mak yang sekarang di diami adek bongsuku, Maya, suami dan anak-anaknya. Lebih-lebih lagi apabila beberapa teman akrab arwah ayah dapat hadir bersama.

Iman Karmyla, anak sulong Maya yang menyambut hari lahirnya ke 8 pada 10 Julai, memotong kek harijadinya. Iman adalah cucu yang terakhir di sambut Allahyarham Usman Awang. Selepas acara kenduri arwah itu, saya dan suami, Rahim, berkejar ke Melaka untuk acara seterusnya.

Apabila kami akhirnya ternampak papan tanda yang tertulis RAMUAN CHINA BESAR, barulah kami faham. Dalam sangkaan saya, mungkin acara ini di adakan di sebuah taman herba Cina atau di kawasan perkampungan orang-orang Baba dan Nyonya. Rupanya, tempat ini adalah sebuah perkampungan orang Melayu yang aman dan tenang. Di sini tiada kesibukan dan 'stress' seperti di kota. Hanya orang-orang biasa dengan kehidupan biasa mereka. Tetapi di sini, semangat dan minat pada seni dan sastera sangat dalam. Dari nenek tua yang masih boleh bersyair melalui ceritanya hingga anak-anak kecil yang berjinak dengan puisi, saya sungguh teruja.

Waktu kami tiba di sebuah rumah yang di panggil Villa Al-Ghaffur, Pak A. Samad Said sedang berucap di hadapan para sasterawan, cendekiawan, anak-anak dari kolej-kolej berdekatan dan orang-orang kampung. Pada malamnya, acara pementasan drama karya penulis dan dramatis terkenal tanahair, Dinsman, bertajuk "Menunggu Kata Dari Tuhan". Pelakon terkenal Sabri Yunus dapat mempersembahkan drama monolog ini dengan baik. Penghayatannya dalam walaupun keadaan pentas, fasilitas yang kurang dan gangguan anak-anak kecil berlari dan menangis, elemen-elemen yang tidak membantu keadaan, beliau masih dapat melanjutkan hasrat penulis dengan baik. Kata isteri Dinsman, Ella, yang hadir mewakili suaminya yang uzur ketika itu, lakonan Sabri lebih baik dari yang sebelum ini.

Kami juga membawa buku-buku terbitan UA Enterprises untuk di jual. Ella, dan anaknya Iman, membantu saya. Ella juga sedang menjual buku Dinsman pada waktu itu.

Keesokan harinya, 12 Julai, seperti hari sebelumnya, kami di sajikan makanan oleh tuan punya villa tersebut. Pagi itu kami sarapan dengan nasi lemak dan kuih kampung yang enak! Saya berkenalan dengan Tan Sri Abdul Aziz Tape, salah seorang teman seperjuangan arwah ayah sewaktu beliau berada di Melaka dahulu. Beliau menceritakan tentang hubungan mereka dahulu. Tetamu yang hadir untuk acara "Wacana Pemikiran SN Usman Awang" ialah : Dato' A. Samad Said dan isteri, Datin Rashidah, Dato' Kemala dan isteri Datin Pon Mariam, Dr. Ibrahim Ghaffar dan juga Dr. Arbak atau lebih dekat lagi katanya, panggil beliau cikgu dan Tn. Hj. Mokhtar Yassin selaku Ketua I - IPM.

Setelah selesai wacana dan sesi soal-jawab dengan para hadirin, majlis Tahlil untuk Allahyarham Usman Awang di adakan sebelum makan tengahari dengan lauk-pauk kampung.

Terima kasih kepada jawatankuasa acara - Encik Razali Endun selaku Ketua II, Encik Husin Embi - Setiausaha IPM, Cikgu Rani - pengacara, Encik Ghaffur (pemilik villa) dan jawatankuasa kerja yang lain. Tahniah dan syabas kepada mereka yang prihatin tentang perjuangan sastera tanahair.

Terima kasih kepada semua yang hadir, meraikan dan memberi penghormatan kepada Allahyarham Usman Awang, yang jika masih dengan kita, umurnya genap 80 tahun, hari ini.

ads