ads

Jumaat, 24 Februari 2012

04 di masjid tanah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

04 di masjid tanah - Google Blog Search


PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN <b>MASJID TANAH</b> <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2012 07:44 PM PST

SKUAD PUTERI PRIHATIN DI TAPAK PASAR MALAM MASJID TANAH


SKUAD PUTERI PRIHATIN DI TAPAK PASAR MALAM MASJID TANAH
Tarikh : 19/2/2012
Tempat : TAPAK PASAR MALAM MASJID TANAH
Masa : 6.00 -7.30mlm
Turut mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma & kaunter semakan SPR

04 di sungai rambai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

04 di sungai rambai - Google Blog Search


<b>Sungai Rambai</b> berubah wajah - Utusan Malaysia Online - Selatan

Posted: 24 Feb 2012 08:04 AM PST

Sungai Rambai berubah wajah

Sungai Rambai berubah wajah

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


Ketua Menteri, Mohd. Ali Rustam menyaksikan pertunjukan akrobatik pesawat jenis Extra 300L pada Karnival Udara Antarabangsa Sungai Rambai di Kampung Tasek Jasin, Melaka.


JASIN 23 Feb. - Kampung Sungai Rambai yang terletak di Selatan negeri ini melalui jalan utama Melaka-Muar melalui Lebuh AMJ sejauh 32 kilometer dulunya hanyalah sebuah penempatan kecil.

Dipercayai kampung ini mula didiami sejak awal 1800-an dan penduduk asalnya dari Kampung Tedong, Kampung Serkam dan Kampung Kesang, Muar, Johor.

Kampung Sungai Rambai mendapat nama daripada sebatang pokok rambai yang besar tumbuh di antara Kuala Parit Penghulu dan Parit Sidang Seman dan orang yang bertanggungjawab menamakan Kampung Sungai Rambai ialah Penghulu Dualim pada 1880.

Kini, landskap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sudah banyak berubah.

Dari sebuah penempatan kecil ia kini membangun pesat dengan banyak infrastruktur dan kemudahan awam menjadikan ia setanding dengan daerah lain di negeri ini.

Sejak kepimpinan diterajui Barisan Nasional (BN) sejak dulu hingga kini, daerah itu berubah mengikut arus peredaran zaman.

Pekan lama Sungai Rambai pula bakal berubah wajah tidak lama lagi apabila ia dinaik taraf menggantikan premis-premis bangunan papan digantikan dengan baru selain menyediakan pelbagai kemudahan awam.

Projek naik taraf itu akan dibangunkan oleh Yayasan Melaka menerusi peruntukan sebanyak RM7 juta dan ia sekali gus menjadikan Pekan Sungai Rambai berwajah baru.

Sungai Rambai mempunyai segala kemudahan asas seperti sekolah, balai raya, klinik kesihatan, balai polis dan sebagainya dinikmati oleh lebih 17,730 orang penduduknya yang terdiri daripada orang Melayu, Cina dan India.

DUN tersebut terbahagi kepada empat mukim iaitu Mukim Sungai Rambai, Sebatu, Semujok dan Merlimau dan ditadbir oleh lapan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

DUN Sungai Rambai mempunyai keluasan tanah seluas 9,214 hektar yang mana 7.218 hektar adalah kawasan pertanian seperti dusun buah-buahan, getah, kelapa sawit, sawah padi, kelapa, pisang dan ternakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman banyak memainkan peranan penting untuk membangunkan daerah itu.

Dari sebuah daerah yang bergantung kepada sektor pertanian sebagai sumber pendapatan penduduknya, kini sektor pelancongan semakin berkembang pesat mempopularkan kawasan tersebut.

Satu demi satu produk pelancongan mula berkembang di DUN tersebut walaupun ia berasaskan alam semula jadi yang terdapat di situ.

Inap desa di Parit Penghulu cukup popular dalam kalangan pelancong dari luar negara selain namanya turut terpahat dalam kalendar Pelancongan Malaysia.

Saban masa pelancong dari Singapura, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, England dan sebagainya menjadikan inap desa di sini sebagai destinasi untuk menikmati kehidupan kampung dan merasai kehidupan masyarakat Melayu.


PEMANDANGAN indah di Tebingan Sungai Rambai di Laman Belia 1Malaysia sentiasa menggamit kehadiran pengunjung.


Pada 2009, seramai 92 belia dari 53 negara Komanwel berkampung selama tiga hari di situ yang sekali gus melonjakkan nama Sungai Rambai di peta pelancongan.

Selain itu, Lapangan Terbang Microlight di Kampung Tasek menjadi salah satu mercu tanda apabila setiap tahun menganjurkan Karnival Udara Antarabangsa Sungai Rambai.

Pertunjukan udara menerusi pelbagai pesawat seperti Eagle, Cesna, Christaine Eagle, Extra 300, Microlight dan Paramotor jelas menarik minat penduduk di situ.

Sungai Rambai River Cruise menjadi produk pelancongan terbaru diperkenalkan di kawasan tersebut dan menjadikan daerah itu turut dikunjungi orang ramai pada cuti hujung minggu atau cuti umum.

Jika menaiki bot Melaka River Cruise di Taman Rempah, anda akan berpeluang menikmati pemandangan bangunan-bangunan sejarah.

Namun, dengan menggunakan perkhidmatan Sungai Rambai River Cruise, pengunjung berpeluang menikmati hutan paya bakau daripada pelbagai spesies.

Dengan menaiki Sungai Rambai River Cruise, orang ramai berpeluang menikmati suasana kampung dan menyaksikan flora serta fauna di samping hutan paya bakau yang unik di sepanjang laluan tersebut.

Di samping itu, Laman Belia Satu Malaysia pula menjadi mercu tanda terbaru untuk masyarakat di DUN tersebut berkumpul dan menjalankan pelbagai aktiviti.

Laman tersebut dibangunkan dengan pelbagai kemudahan seperti tempat duduk, restoran, jambatan gantung, gelanggang futsal, berkayak, pentas hiburan selain dihiasi landskap yang menarik perhatian.

Selain itu, Sungai Rambai Agrotourism Park yang terletak di Batu Gajah Pasir pula menjadi destinasi pelancongan berasaskan ternakan kerana di kawasan seluas 38 hektar itu diternak rusa, lembu bali, lembu trust, kambing trust dan premis burung walet.

Menerusi peruntukan RM3.8 juta daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, ia akan dibangunkan dengan pelbagai kemudahan lagi seperti pembinaan chalet, inap desa, restoran, surau, pusat kraftangan, tanaman buah-buahan, herba dan kolam ikan.

Bagi menambah pendapatan penduduk di DUN Sungai Rambai, projek ternakan udang yang terbengkalai kini dibangunkan semula di Sebatu.

Terdapat 15 kolam ternakan udang yang sudah beroperasi, tambahan 20 lagi kolam menerusi peruntukan sebanyak RM5 juta sedang dilaksanakan di kawasan tersebut.

R&R <b>Sungai Rambai</b> kedua-dua hala dibuka 1 - Utusan Malaysia <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2012 10:51 AM PST

R&R Sungai Rambai kedua-dua hala dibuka 1 Mac

R&R Sungai Rambai kedua-dua hala dibuka 1 Mac

JASIN 22 Feb. - Kompleks Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Rambai di Lebuh Raya AMJ di kedua-dua hala dari Muar dan Melaka akan mula dibuka kepada pengguna jalan raya pada 1 Mac ini.

Kompleks bernilai RM10 juta itu mempunyai 34 gerai iaitu 17 di laluan ke Muar dan 17 lagi di laluan ke Melaka menyediakan kemudahan menjual makanan, minuman, buah-buahan, cenderamata dan telekomunikasi.

Hentian tersebut menyediakan tandas awam, surau, kawasan letak kereta dan padang permainan kanak-kanak.

Di samping itu, ia dilengkapi dengan stesen minyak yang akan dimulakan pembinaannya tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, dengan pembukaan kompleks berkenaan ia akan memberi banyak kemudahan kepada pengguna Lebuh Raya AMJ yang berulang-alik dari Melaka ke Muar dan sebaliknya.

"Dengan adanya hentian R&R ini, pengguna yang melalui perjalanan yang jauh boleh berhenti untuk makan dan minum di sini sambil berehat sebelum mereka meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

"Mulai 1 Mac ini, orang ramai sudah boleh menggunakan kemudahan yang disediakan di R&R ini," katanya pada majlis penyerahan kunci gerai kepada peniaga di sini semalam.

Projek pembinaan kompleks berkenaan dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) bermula 2009 dan siap Disember tahun lalu.

Turut hadir Pengurus Kanan Industri dan Hartanah PKNM, Azhar Yaacob.

Hasan berkata, seluruh kawasan berkenaan akan dibangunkan dengan landskap yang menarik bagi menarik minat pengguna Lebuh AMJ dan masyarakat setempat singgah ke kompleks tersebut.

Sehubungan itu, beliau meminta peniaga yang telah menerima kunci gerai masing-masing untuk membuat persediaan lebih awal sebelum hentian R&R itu dibuka kepada orang ramai.

"Saya mahu peniaga menyediakan makanan yang sedap, menjaga kebersihan, memberi perkhidmatan yang cekap dan melayan pelanggan dengan sempurna," katanya.

Beliau juga turut meminta peniaga tidak menggunakan pekerja asing sebaliknya mengambil pekerja tempatan bekerja di gerai masing-masing.

di negeri melaka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri melaka - Google Blog Search


PM Melawat TYT Yang <b>Di</b>-Pertua <b>Negeri Melaka</b> - Maharum Bugis <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2012 10:48 PM PST

24.02.2012, Jumaat - Hari ini Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob dan Isteri Kepada TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Dato' Zurina bt Kasin telah menerima tetamu istemewa iaitu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Perjumpaan ini diadakan dikediaman rasmi TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka di Istana Melaka. Perdana Menteri dan rombongan sebenarnya dalam rangka lawatan sehari ke Melaka. Turut serta menyambut Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman.

04 di serkam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

04 di serkam - Google Blog Search


Beli kuih raya <b>di Serkam</b> , Hamidah Food Industry | Blog Zool <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2011 08:22 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Tak berapa hari je lagi, Syawal akan menjelang tiba menandakan hari raya. Banyak keperluan yang dicari pada penghujung Ramadhan ini. Antara yang perlu disediakan adalah kuih raya. Bagi pencari kuih raya di Melaka (terutama di daerah Jasin), mungkin ada yang pernah mendengar tentang kedai di Serkam yang menjual pelbagai kuih (tidak semestinya di hari Raya). Kedai ini terletak di tepi jalan dinamakan Mamaku Food Industries. Ia telah bertapak lama dan pernah mengalami kebakaran namun kini ia semakin maju. Jika dulunya hanya kedai kecil ditepi jalan namun kini lotnya semakin besar. Kepada sesiapa yang rajin singgah ke ikan bakar Umbai atau Serkam, mesti singgah ke kedai tersebut untuk mendapatkan kudapan walaupun bukan di hari raya.

Memandangkan membuat kuih agak leceh dan mak saya pun sudah berusia maka kaedah kuih tunjuk-tunjuk perlu digunakan. Dan lokasi yang menjadi kemestian adalah di kedai Mamaku Food Industries ( Hamidah Food Industry). Memang banyak pilihan di kedai tersebut dengan harga yang berpatutan. Banyak juga yang dibeli seperti rempeyek, kuih telinga dan pelbagai jenis kerepek. Kat situ ada juga kuih tart, cookies dan sebagainya. Tapi mak tak berapa minat. Jadi ambil apa yang boleh .. Kalau nak tau kuih apa bolehlah datang ke rumah ye…

Ini gambar yang sempat disnap..

Photobucket
Ni papan tanda kedai tersebut.
Photobucket
Pemandangan dari luar. Banyak khemah disediakan khas untuk kuih raya ni..
Photobucket
Siap ada banner kat jalanraya tu..
Sekian,

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1036
You can leave a response, or trackback from your own site.

Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini??

.

* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved