ads

Khamis, 18 Oktober 2012

04 di klebang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

04 di klebang - Google Blog Search


<b>Klebang</b> Original Coconut Shake | Lemprica.Com

Posted: 07 Oct 2012 04:20 PM PDT

Siapa yang pernah menjejakkan kaki ke Melaka , sure akan tanya " kat mana Klebang coconut Shake tu ? "

Kalau mereka yang datang dari arah bandar Melaka , melalui jalan Klebang Besar sure takkan termiss area ni . Sebab confirm 2 minit nak sampai area ni , akan jem. Kereta banyak + slow untuk masuk area parking , area dalam kawasan kedai . Kalau dari jauh nampak signboard caltex , haaa..dekat situ lah Klebang Original Coconut Shake .

Untuk yang datang dari arah Tanjung Kling dan sebagainya , selepas je traffic light di Jalan Klebang Besar- Masjid Klebang Besar dah nampak signboard Caltex. Slow down , masuk lorong tepi tu..and sila park di dalam ya . Tolong la pada mereka yang nak datang sini untuk minum dan makan , parking agak luas ada disediakan di area dalam .Jangan lah parking tepi jalan besar. Dah la Jalan Klebang Besar ni sempit ya amat .

Klebang Original Coconut Shake  ni ada 2 port. Port luar hanya untuk bungkus. Kuih muih , nasi lemak dan sebagai nya takde di luar . Kalau nak bungkus ..sila la beratur. Dan memang kalau weekend, beratur amat panjang .Port dalam pula adalah makan+minum di situ dan juga boleh bungkus . Luas. Amat luas dan berbumbung . So tak risau tetiba hujan ke apa . Kalau datang around jam 2-3pm , kuih muih macam macam yang ada. Kalau dah lepas kol 4pm , selalu nya dah berkurangan choice .

Anyway , memandangkan rumah ku dengan Klebang Original Coconut Shake  ni dekat je , so petang sabtu lepas , ajak Hanum jalan kaki . Memandangkan orang lain semua tido . So , cik kak ni dengan payung bagai berjalan lenggang mak minah ke sana. hehehhe.Dari keluar rumah sampai la balik , mulut dia tak habis-habis bertanya itu ini . Penat juga mama dia nak menjawab setiap soalan dia . :)

di negeri melaka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri melaka - Google Blog Search


Konvensyen BADAR Sekolah-sekolah <b>Negeri Melaka</b> 2012

Posted: 13 Oct 2012 03:03 AM PDT

13 Oktober 2012 - SM Tahfiz al-Quran, Chenderah mencatatkan sejarah tersendiri apabila telah berjaya menganjur dan mengelolakan Konvensyen Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) peringkat negeri Melaka buat julung kalinya dengan kerjasama MyConcern (Persatuan Belia Muslim Prihatin). Pelaksanaannya telah diadakan seawal jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di Dewan Pejabat Pelajaran Daerah Jasin.

Sebanyak 10 buah sekolah yang mempunyai BADAR yang aktif di negeri ini serta sebuah SMKA Segamat (jemputan) telah turut serta dalam konvensyen ini. Sekolah-sekolah terlibat adalah SM Tahfiz al-Quran Chenderah (pengelola), SMKA Sultan Muhammad, SMKA Tun Perak, SMKA Sharifah Rodziah, SBP Integrasi Selandar, SMK Dang Anum, SMA (JAIM) Al-Ahmadi, MRSM Kem Terendak dan SMK Air Molek.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Mohmd, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka.

[ ALBUM ]

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved