Rabu, 9 Oktober 2013

04 di merlimau - Google Blog Search

04 di merlimau - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


Addin: Faktor Sebenar Ali Rustam Tewas <b>Di</b> Parlimen <b>Bukit Katil</b> <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2013 07:20 AM PDT

Ali Rustam dakwa kekalahan beliau di parlimen Bukti Katil di sebabkan majoriti kaum Cina menolak beliau tetapi pendedahan oleh ACCCIM adalah sebaliknya.
Pengundi di parlimen Bukti Katil majoritinya adalah pengundi melayu dan ini membuktikan dakwaan Ali Rustam ternyata silap. Addin pernah bersembang dengan penyokong Umno selepas PRU13.
Menurut mereka salah satu faktor kekalahan Ali Rustam di parlimen Bukti Katil adalah kerana ada sesetengah ahli dan penyokong Umno menolak kepimpinan Ali Rustam.
Jika benar dakwaan ahli Umno tersebut, maka benarlah dakwaan di bawah..
ACCCIM: Ali Rustam kan tewas di kawasan Melayu?
Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menggesa bekas menteri besar Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyalahkan orang Cina ekoran kekalahannya dalam pilihan raya umum lalu.
Presidennya Datuk Lim Kok Cheong berkata, Parlimen Bukit Katil, di mana Mohd Ali ditewaskan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, merupakan kawasan majoriti Melayu.
Pengundi Cina tidak harus dipersalahkan ekoran kekalahannya, kerana beliau bertanding di kawasan majoriti Melayu," kata Lim.
Beliau mengingatkan Mohd Ali (kanan) bahawa pengundi Cina menyokong BN pada 1995, 1999 dan 2004 tetapi beralih arah daripada BN ekoran "kenyataan negatif yang sering dikeluarkan oleh beberapa kumpulan ultra kanan" dalam Umno.
Bukit Katil mempunyai 99,438 pemilih berdaftar dengan 53 peratus Melayu, diikuti Cina (41 peratus) dan India (6 peratus). Shamsul menang dengan majoriti 5,447 undi.
Lim mengulas ucapan Mohd Ali yang dilapor dalam forum anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) di Kuala Lumpur pada Isnin lalu. ~mk

ads