04 di jasin - Google Blog Search |
Rehatkan Badan <b>Di</b> Kolam Air Panas <b>Jasin</b> Melaka - Laman utama Posted: 14 Feb 2012 01:12 AM PST Kat Melaka banyak tempat yang kita boleh lawati seperti di Pantai Klebang, Bandar Hilir, Melaka Wonderland, Zoo Melaka, Taman Buaya dan tidak ketinggalan tempat yang menarik juga untuk dikunjungi adalah Kolam Air Panas Jasin. Sepanjang aku di Melaka aku berkesempatan melawat satu lagi tempat yang menarik di Melaka iaitu.....Taman Rekreasi Air Panas Jasin Apa yang menariknya di kolam air panas ini ianya dapat menyihatkan badan kita kerana kolam ini terhasil adalah dari sumber semulajadi. Aku pergi pada hari selasa 07hb Febuari 2012 bersama famili aku dan famili adik iparku. Taman Rekreasi Air Panas Jasin atau Jasin Hot Springs Recreational Park merupakan satu destinasi istirahat yang perlu dikunjungi sekiranya berada di Kampung Ayer Panas. Kolam yang menyediakan air mineral semula jadi iaitu Air Mineral Suam Tinggi Sulfur Putih Beralkali atau alkaline white-sulphur warm springs menyihatkan seisi keluarga kerana khasiat air mineral boleh mencantikkan kulit, menyembuhkan penyakit kulit dan menghilangkan tekanan. Sedikit maklumat berkaitan Taman Rekreasi Air Panas Jasin atau Jasin Hot Springs Recreational Park ini. Mengikut sejarah, seorang lelaki berketurunan Baba, Tan Kim Tian adalah orang pertama yang menemui kawasan tersebut pada 1884 dan seterusnya membuka kawasan tersebut. |
You are subscribed to email updates from di jasin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |