Selasa, 14 Februari 2012

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


Rehatkan Badan <b>Di</b> Kolam Air Panas <b>Jasin</b> Melaka - Laman utama

Posted: 14 Feb 2012 01:12 AM PST


Kat Melaka banyak tempat yang kita boleh lawati seperti di Pantai Klebang, Bandar Hilir, Melaka Wonderland, Zoo Melaka, Taman Buaya dan tidak ketinggalan tempat yang menarik juga untuk dikunjungi adalah Kolam Air Panas Jasin.


Sepanjang aku di Melaka aku berkesempatan melawat satu lagi tempat yang menarik di Melaka iaitu.....Taman Rekreasi Air Panas Jasin
Apa yang menariknya di kolam air panas ini ianya dapat menyihatkan badan kita kerana kolam ini terhasil  adalah dari sumber semulajadi. Aku pergi pada hari selasa 07hb Febuari 2012 bersama famili aku dan famili adik iparku.
Taman Rekreasi Air Panas Jasin atau Jasin Hot Springs Recreational Park merupakan satu destinasi istirahat yang perlu dikunjungi sekiranya berada di Kampung Ayer Panas


Kolam yang menyediakan air mineral semula jadi iaitu Air Mineral Suam Tinggi Sulfur Putih Beralkali atau alkaline white-sulphur warm springs menyihatkan seisi keluarga kerana khasiat air mineral boleh mencantikkan kulit, menyembuhkan penyakit kulit dan menghilangkan tekanan.


Sedikit maklumat berkaitan Taman Rekreasi Air Panas Jasin atau Jasin Hot Springs Recreational Park iniMengikut sejarah, seorang lelaki berketurunan Baba, Tan Kim Tian adalah orang pertama yang menemui kawasan tersebut pada 1884 dan seterusnya membuka kawasan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads