Sabtu, 20 Oktober 2012

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


Taman Muzaffar Syah , <b>ayer keroh</b> melaka untuk <b>di</b> jual - Kedai PMC

Posted: 18 Oct 2012 08:02 PM PDT

Satu lagi jualan rumah….kali ini rumah teres 1 tingkat di taman muzaffar syah , ayer keroh melaka …. tak perlu nak explain kawasan dia nie .. pasall semua  tau kat mana ayer keroh ini.. segala macamm ada di ayer keroh..  MITC … zoo melaka .. mydin .taman buaya…. water park wonder land … … mc D . … dann lain lain lagii … ….. rumah ini sebenarnye run sebagaii homestayy… tetapii ada  penyewa studentt yang sedang dudukk sekarang ini … rate sewa RM1k  sebulan ..siapp ada tenancy aggrement …

Detail rumah seperti berikut ..

Alamat :  no 19, jalan seri mahkota , taman muzaffar syah , ayer keroh  75450 melaka …

Keluasan :  22 x 70 ….. banyak besarr tu …

3 bilik tidur

2 bilik air.

LEASEHOLD

semua bilik tidur ada aircond … siap dengann astro … kerusi urutt …. dan macam macam perabot lagi yang ada …

location dekat dengan Multimedia Universiti , MITC , ZOO melaka , Jaya Jusco , sewa  tiada masalah kerana kawasan ini ramai orang cari untuk duduk … area student.

Nak jual RM135k … siap dengan perabot yang ada …. siapp dengan tenant ….. malas aku nak tawar tawar… kalau tak setuju dengan harga tu .. tiada masalah……

condition TIP TOP … rumah dah extend bahagian belakang… siap tiles..

first come first serve…. calll 012-4720207….

sapa yg mencarii rumah di ayer keroh.. boleh lah tengok nie rumah yeaa….berbaloii untuk beli inii …  nak duduk sendiri pun ok .. jiran semua melayuu …. nak buat homestay pun tiada masalah… kalau nak orang  housekeeping pun aku boleh kenal kan ….. no problemm ….

04 di masjid tanah - Google Blog Search

04 di masjid tanah - Google Blog Search


Pelajar kolej komuniti maut accident motosikal <b>di Masjid tanah</b>

Posted: 08 Oct 2012 03:21 AM PDT

ALOR GAJAH: Seorang pelajar program Teknologi Maklumat, Kolej Komuniti maut akibat dirempuh sebuah kereta selepas terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya di Jalan Durian Daun, Masjid Tanah di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada 8.30 pagi, Nurul Nabilah Daud, 18, sedang dalam perjalanan ke kolej terbabit di Masjid Tanah dipercayai hilang kawalan dan terjatuh sebaik tiba di satu selekoh akibat jalan licin lepas hujan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata mangsa kemudian tercampak ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta yang tidak sempat mengelak.

Beliau berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian dada dan perut.


Ibu mangsa, Rosnah Sulong, 54, jururawat di Hospital Alor Gajah, berkata anak bongsu dari 13 beradik itu aktif dalam sukan kayak dan berhasrat mewakili Melaka pada Sukan Malaysia (Sukma) akan datang.

Katanya, anaknya itu pernah memenangi tempat ketiga Cabaran Beregu Wanita Elit dan Cabaran Beregu Wanita Novis, Program Cabaran Kayak Kuala Linggi IPT-KPT Sungai Melaka 2012 sempena Jelajah Merdeka pada Sept lepas. - sumber : Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/08

04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


KELAB AMAZING NUTRISI KAT <b>SUNGAI UDANG</b> KLANG

Posted: 01 Oct 2012 12:25 AM PDT

Assalamualaikum, lamanyer tak hapdate cite terbaru  kat blog ni, lantaran banyak keroje yang nak dibuat, sampai terlupa nak hapdate cite2 baru. 
Alhamdulillah, start bulan Oktober 2012 ni dah mula operasi Kelab Amazing Nutrisi di Sungai Udang Klang. Lantaran sebelum ni buat kat rumah jer ramai plak kengkawan yang segan silu nak bertandang lama-lama kat rumah jadi permintaan untuk buka kelab tercapai juga. 
Jadi kepada yang tinggal berdekatan sila-silalah yer...
Waktu operasi untuk permulaan ni agak terhad. Sebab masing2 ada komitmen dan keluarga untuk diuruskan,  untung dekat jer ngan umah kalau berhajat lehla set appointment calling2/sms dulu.
Bagi yang dok area Kampung Delek n yg berdekatan dengannya meh la reramai datang Ke Kelab Amazing Nutrisi. Insyallah, kita sama-sama berusaha untuk lebih sihat.
Isnin/ Selasa/ Rabu/ Jumaat = 6ptg-9malam
Sabtu= 12.30tghari -  3ptg
Khamis/Ahad/ Cuti Am= Tutup( call utk sebarang temujanji)


04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di bukit katil</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Sep 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di bukit katil</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Sep 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Taman Melaka Baru FC Wakili Parlimen <b>Bukit Katil</b> Ke Peringkat

Posted: 25 Sep 2012 09:13 PM PDT

Futsal Melaka

BUKIT KATIL –  Berkat latihan yang konsisten berjaya membuatkan pasukan futsal dari Taman Melaka Baru menjuarai Kejohanan Futsal 1Malaysia Peringkat Parlimen Bukit Katil baru-baru ini.

Kejohanan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dan Pejabat Parlimen Bukit Katil ini telah dilangsungkan selama 2 hari iaitu pada hujung minggu yang lalu. Ianya menawarkan hadiah utama RM1000.00 untuk Johan bagi kategori Lelaki Terbuka. Turut dipertandingkan kategori Wanita Terbuka dan Lelaki Bawah-15 tahun.

Menurut salah seorang pemain Taman Melaka Baru FC, Sdr Abadrul Azan, mereka akan membuktikan kesungguhan dan menunjukkan prestasi yang maksimum di peringkat kebangsaan nanti. Mereka menyasarkan untuk sekurang-kurangnya mara ke peringkat separuh akhir.

Gambar 1.1 Aksi perlawanan Akhir : TMB FC vs MOHAMAS Paya Ikan FC

Gambar 1.2 Perlawanan peringkat awal di GF1M Taman Tasik Utama

Pada perlawanan akhir yang diadakan pada lewat petang itu, Taman Melaka Baru FC telah menewaskan Mohamas Paya Ikan FC dengan jaringan 3 berbalas 1. Manakala tempat ketiga disandang oleh pasukan Taman Tasik Utama. Manakala bagi kategori wanita telah dimenangi oleh beliawanis dari Taman Rumpun Bahagia FC setelah menewaskan Marble FC. Taman Jati FC pula menewaskan Pasukan Bachanglona Jr FC untuk menjuarai kategori bawah-25 tahun.

Gambar 1.3 Pasukan yang beraksi di perlawanan akhir : Marble FC dan Taman RB FC

Gambar 1.4 Pemain Taman RB FC(kuning) cuba mengejar penyerang Marble FC

Sebelum itu, YB Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Md Sirat Abu telah meluangkan masa bersama-sama menyaksikan perlawanan yang berlangsung dan merasmikan kejohanan futsal ini. Katanya, penganjuran kali ke-3 ini memperlihatkan sokongan dan komitmen sukan yang tinggi dari setiap pemain. Untuk kejohanan kali ini, sebanyak 4 buah Gelanggang Futsal 1Malaysia yang dibina oleh Kementerian Belia dan Sukan telah digunakan sepanjang kejohanan dengan GF1M Taman Merak Mas sebagai venue utama.

Tambahnya, prasana sukan yang telah disediakan harus digunakan dan dijaga sebaik mungkin untuk kemudahan sukan jangka panjang. Beliau juga memuji usaha dan kerjasama yang baik dari semua pihak yang menjayakan kejohanan kali ini. Beliau berharap program ini akan diadakan lagi sekerap yang boleh dan pihak Pejabat Parlimen sentiasa menyokong usaha Pejabat Belia dan Sukan Daerah dalam melahirkan masyarakat sihat yang aktif bersukan.

Gambar 1.5 Pen. Pengarah JBS Melaka, Tn Zailani Siran menyampaikan hadiah kepada pemenang

Gambar 1.6 Antara penyokong yang hadir memberi sokongan

Sebelum perlawanan akhir berlangsung, satu perlawanan persahabatan antara Jabatan Belia dan Sukan Melaka dengan Pejabat Parlimen Bukit Katil telah dilangsungkan.



BLOG MELAKA: 04 <b>di bukit katil</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Oct 2012 03:28 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Sidang Media Sekreteriat Pakatan Rakyat <b>Bukit Katil</b> | Penyelia DUN <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2012 03:28 AM PDT


Kami menyeru Ketua Menteri Melaka dan Barisan Nasional merealisasikan "politik keadilan", membatalkan usul yang menghalang wakil DAP menghadiri sidang DUN yang dijangka diadakan pada akhir bulan Oktober atau awal November 2012.

Dijangka sidang DUN akan membincangkan hal-hal belanjawan 2013, yang melibatkan kepentingan belanjawan 780,000 warga Negeri Melaka.

BN tidak boleh menafikan hak-hak wakil rakyat untuk menghadiri sidang DUN dan hak untuk membawa suara rakyat kedalam persidangan DUN.

Jika wakil DAP tidak dapat  menghadiri persidangan DUN, maka ini merupakan suatu sejarah di mana persidangan DUN akan dijangka meluluskan belanjawan tanpa kehadiran wakil  pembangkang buat kali pertama.

Dalam perkara yang melibatkan kepentingan awam dan perkara tertentu, maka Ketua Menteri boleh membawa usul tergempar dalam persidangan hari pertama supaya membatalkan usul terdahulu, iaitu membenarkan 5 orang wakil DAP memasuki dewan. Diharap wakil MCA dapat menyokong usul Ketua Menteri.

Adun DAP telah dihalang menghadiri DUN selama enam bulan, maka mereka terlepas daripada menghadiri persidangan belanjawan.

Kami sedar bahawa  terlalu banyak hal-hal yang akan dibaincang oleh wakil rakyat, ini termasuklah masalah banjir kilat di kawasan bandaraya dan kawasan sepanjang tebing sungai, masalah kerugian projek-projek "white elephant", projek rumah terbengkalai, projek terbengkalai, masalah kekurangan katil pesakit di Hospital Melaka, PBT enggan memaklumkan perbalajaan dan lain-lain.

Sekreteriat Pakatan Rakyat Bukit Katil.

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


GEMPAR!! : POLONG TAK BERTUAN MUNCUL <b>DI ALOR GAJAH</b> <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2012 06:06 PM PDT

MACAM TAU2 PULAK MAKHLUK HALUS YANG DILAKNAT OLEH ALLAH SWT NIH YANG TARIKH PRU-13 DAH NAK DEKAT, MAKA DIA PON MENAMPAKKAN DIRINYA DIKHALAYAK RAMAI..KEPADA ORANG DI ALOR GAJAH, MINTA ANDA SEMUA BERHATI2 KETIKA BERJALAN SORANG2 TERUTAMANYA DI TENGAH2 MALAM KAT ALOR GAJAH!!
WIZURAI NIH BUKAN SUKA SANGAT NAK CAMPUR URUSAN ORANG LAIN, TAPI BILA KELIBAT SI MUSIBAT NI DAH BERANI MENAMPAKKAN DIRINYA DIKHALAYAK RAMAI MAKA KENA LA WIZURAI TENGOK2 KAN..
KALU YE PON KONON2NYA NAK MENGGUNAKAN KEBEBASAN BERSUARA YANG SERING DISALAH ERTIKAN OLEH PARASIT2 NI, GUNAKAN LAH SEBAIKNYA DENGAN BIJAK AGAR TIDAK HANYA KERANA NILA SETITIK, MAKA ROSAK SUSU SEBELANGA..
TIDAK KIRA LA SAPE YANG TERPILIH SEBAGAI CALON, MATLAMAT UTAMA UNTUK MEMENANGI PRU-13 INI HARUS DIDAHULUKAN..KENA PAHAM CARA NAK MEMARTABATKAN ISLAM, MELAYU DAN RAJA ADALAH DENGAN MENGEKALKAN KUASA POLITIK DITANGAN KERAJAAN YANG DITERAJUI OLEH UMNO..
LASTLY..SUKA WIZURAI NAK QUOTE PESANAN USTAZ NASHARUDDIN SEMASA PEMBENTANGAN BELIAU DALAM CERAMAH DAKWAH DAN POLITIK DI PWTC KELMARIN..

"KEMENANGAN ISLAM HANYA DIBANTU OLEH UMAT ISLAM YANG LAIN..."


ads