Sabtu, 20 Oktober 2012

04 di masjid tanah - Google Blog Search

04 di masjid tanah - Google Blog Search


Pelajar kolej komuniti maut accident motosikal <b>di Masjid tanah</b>

Posted: 08 Oct 2012 03:21 AM PDT

ALOR GAJAH: Seorang pelajar program Teknologi Maklumat, Kolej Komuniti maut akibat dirempuh sebuah kereta selepas terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya di Jalan Durian Daun, Masjid Tanah di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada 8.30 pagi, Nurul Nabilah Daud, 18, sedang dalam perjalanan ke kolej terbabit di Masjid Tanah dipercayai hilang kawalan dan terjatuh sebaik tiba di satu selekoh akibat jalan licin lepas hujan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata mangsa kemudian tercampak ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta yang tidak sempat mengelak.

Beliau berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian dada dan perut.


Ibu mangsa, Rosnah Sulong, 54, jururawat di Hospital Alor Gajah, berkata anak bongsu dari 13 beradik itu aktif dalam sukan kayak dan berhasrat mewakili Melaka pada Sukan Malaysia (Sukma) akan datang.

Katanya, anaknya itu pernah memenangi tempat ketiga Cabaran Beregu Wanita Elit dan Cabaran Beregu Wanita Novis, Program Cabaran Kayak Kuala Linggi IPT-KPT Sungai Melaka 2012 sempena Jelajah Merdeka pada Sept lepas. - sumber : Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/08

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads