04 di machap - Google Blog Search |
Isu Lalat : Mahu Serah Memo Desak MB Campur Tangan <b>...</b> Posted: 02 Feb 2012 04:22 AM PST Rumah > Uncategorized > Isu Lalat : Mahu Serah Memo Desak MB Campur Tangan SIMPANG RENGGAM – Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Sdr. Suhaizan Kaiat berkata satu memorandum akan diserahkan kepada Y.A.B Dato' Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor di pejabatnya di bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Nusajaya, jumaat ini. Katanya para penduduk telah menandatangani memorandum itu bagi mendesak Ghani campur tangan berhubung isu lalat yang melibatkan penduduk di 14 Kampung dekat Machap, di sini. "Pada jumaat 3 Feb kita akan serah memo kepada MB Johor," kata beliau lagi dipetik melalui laman Facebook rasminya. Difahamkan, permasalahan ini berpunca dari pembuangan najis ternakan ayam yang sudah lama ditinggalkan. Antara kampung yang dikatakan terlibat adalah seperti Kg Sri Jaya; Kg Perak; Kg Bukit Batu; Kg Sima; Kg Ulu Benut; Kg Empangan; Kg Paya Parlembang; Kg GSA; Kg Parit Jepun; Kg Bukit Keremoiyang; Kg Baru; Kg Mat Amin; Kg Hj Noh dan Kg Batu 6. Satu laporan yang dipetik Sinar Harian semalam, kira-kira 500 penduduk di Machap, Kluang, telah menandatangani satu memorandum bagi menangani masalah lalat yang membelenggu mereka sejak 10 tahun lalu. Penduduk mendakwa masalah ini telah lama disuarakan kepada pihak berkaitan, namun isu ini masih berpanjangan. Sehubungan itu, penduduk berharap isu ini dapat diselesaikan segera kerana ia melibatkan kesihatan dan untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar berlaku. |
Omak Kau!!!!: DIMANA UMNO KUAT DISITU RAKYAT DILAYAN <b>...</b> Posted: 02 Feb 2012 05:33 PM PST Penduduk rimas dihurung lalat JOHOR BAHRU – Rimas dan lemas dengan isu lalat, Kira-kira 500 penduduk di 14 kampung di Machap, Kluang, menandatangani memoran dum menangani masalah lalat yang membelenggu mereka sejak 10 tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Abdul Rahman Maslar berkata, permasalahan mengenai kehadiran lalat itu telah lama dimaklumkan kepada pihak berkaitan, namun isu tersebut tiada kesudahannya. "Kami sudah banyak kali pergi ke pihak berwajib menyuarakan masalah lalat ini. Berikutan lalat ini bukan spesies membawa penyakit, masalah kami dipandang sepi," katanya pada sidang media di Kelab Media Cina Selatan, dekat sini, kelmarin. Menurutnya, sejak lima tahun kebelakangan ini, keadaan dihurung lalat semakin teruk dan serangga kecil itu dipercayai telah membiak dengan banyak bersama makanan, air minuman dan najis ayam. "Kami rimas, dan bosan dengan keadaan ini, mungkin mereka melihat masalah kami tidak serius hanya perasaan geli dan tidak selesa dengan kehadiran lalat, tapi ia sebenarnya lebih daripada itu. "Kami terpaksa berbelanja ratusan ringgit, bagi membeli alat menghalau lalat, namun ia hanya bersifat sementara kerana kehadiran lalat yang melampau, ia menjadi satu keadaan ala bisa tegal biasa," katanya. Atas desakan ini, memorandum yang ditandatangani penduduk itu akan dihantar kepada Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman mendesak campur tangan Kerajaan Negeri. Sementara itu, penduduk di Kampung Ulu Benut, Anuar Yusof, 47, yang merupakan anak jati di situ, mahu isu menangani masalah lalat ini seharusnya diperangi seperti kempen bebas denggi. "Memang lalat ini tidak membawa penyakit, tapi kami malu keadaan ini. Ia memberi satu perseptif yang buruk, keadaan kotor, buruk dan busuk," katanya. Bagi Borhan Johari, 40 dari Kampung Mat Amin berkata, hampir RM10 sehari dibelanjakan bagi membeli alat dan bahan pencegah lalat di rumahnya. "Siapa yang boleh hidup dalam keadaan selesa apabila lalat berterbangan, anak-anak membesar dalam keadaan persekitaran yang kurang menyenangkan. "Sebulan terpaksa membeli dua botol racun lalat bernilai RM150 setiap satu, dan pelekat lalat RM3 satu keping, sekurang-kurangnya menggunakan dua keping sehari," katanya. Jelas Borhan, apa pilihan lain yang ada selain mengambil langkah sepatutnya, selain berharap permasalahan tersebut dapat diselesaikan segera. Antara kampung yang dikatakan terlibat ialah Kg Batu 6; Kg Hj Noh; Kg Mat Amin; Kg Baru; Kg Bukit Keremoiyang; Kg Parit Jepun; Kg GSA; Kg Paya Parlembang; Kg Empangan; Kg Ulu Benut; Kg Sima; Kg Bukit Batu; Kg Perak dan Kg Sri Jaya. HELO FRENS... LAGI MAU SOKONG UMNO KA????.. BERSIHKAN MALAYSIA DARI BANKRAP DAN LALAT...CUKUPLAH SELAMA 55 TAHU RAKYAT MENJADI PERKAKAS DAN ALAT UMNO...JOM UBAH...UBAH DEMI KEBAIKKAN AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR. |
You are subscribed to email updates from di machap - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |