Ahad, 8 April 2012

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


Aloq Laloq: TERKINI!!! GAMBAR KESAN RIBUT <b>DI JASIN</b>...

Posted: 24 Mar 2012 04:25 AM PDT

Kesan kejadian ribut yang masih kelihatan di Kg Rim dan juga Kg Simpang Kerayung, Jasin. Tinjauan aloq mendapati hampir kebanyakkan rumah telah siap dipulihkan daripada kesemua 50 buah rumah yang terlibat. 
Kepantasan pihak Kerajaan mengambil tindakan membuatkan penduduk melahirkan rase bersyukur yang tidak terhingga kepada Kerajaan. Difahamkan tinggal sedikit sahaja lagi rumah yang masih menunggu untuk dipulihhara.
Keprihatinan pemimpin turut ditunjukkan dengan lawatan yab KM dan juga kedua-dua yb parlemen dan adun. Masing-masing mereka juga menghulurkan sumbangan peribadi manakala kos pembaikkan khabaunya ditanggung oleh PERTAM.
Yang peliknya tak ade pulak wakil-wakil parti yang memperjuangkan kebajikan rakyat datang untuk bertanya khabau. Mungkin mereka terlalu sibuk untuk menjengah kerana bussy dengan agenda menawan Putrajaya. Hahaha.

04 di ramuan china - Google Blog Search

04 di ramuan china - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: Negara Paling Selamat? Bekas Ketua Wanita <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2012 08:01 PM PDT

Nenek maut muka diserkup selimut, bantal

ALOR GAJAH: Bekas Ketua Wanita UMNO cawangan Solok Limau Nipis, ditemui mati dalam keadaan hidung berdarah di kediamannya di Batu 24, Kampung Ramuan Cina Kecil, Lubok Cina, Masjid Tanah, dekat sini, pagi semalam.

CUCU mangsa, Azniza Abd Latif (kanan) tidak dapat menahan kesedihan melihat mayat Sareah (gambar kecil) di Alor Gajah, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata Sareah Abd Rahman, 78, ditemui seorang anak lelakinya, Abd Ghafar Daud, ketika berkunjung ke situ jam 8 pagi. Katanya, polis belum dapat mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan.

"Mayat wanita ini ditemui dalam keadaan terbaring atas katil di bilik tengah rumahnya dengan muka ditutup kain selimut dan bantal. Pemeriksaan lanjut mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan luaran.

"Siasatan awal polis setakat ini mendapati tiada kesan pecah masuk di rumah itu, manakala barangan berharga termasuk wang tunai juga tidak hilang.

Berdasarkan soal siasat, kali terakhir dia dilihat pada jam 3.30 petang kelmarin," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.

Sareah yang juga saudara kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Datuk Latipah Omar menjadi Ketua Wanita UMNO cawangan Solok Limau Nipis pada awal 1980-an dan bersara daripada politik sejak lebih 15 tahun lalu.
Umar Ali berkata, pihaknya perlu menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 06-5562222.

Sementara itu, Abd Ghafar, 57, berkata beliau setiap hari menghantar sarapan kepada ibunya sebelum ke tempat kerja.

"Saya memanggil emak tetapi dia tidak menyahut. Saya kemudian meninggalkan sarapan untuknya dan terus ke tempat kerja.

"Apabila balik semula untuk memeriksa keadaannya, saya menemui emak terbaring di atas katil," katanya. -BH

Maut ditekup bantal

ALOR GAJAH - "Saya lihat plastik berisi kuih masih tergantung di pagar kawasan rumah menyebabkan saya rasa tidak sedap hati," kata Abd Ghafar Daud, 57.

Abd Ghafar adalah anak kedua kepada seorang warga emas yang ditemui mati, dipercayai lemas akibat mukanya ditekup dengan bantal di Kampung Ramuan China Kechil, Lubok China, di sini semalam.

Abd Ghafar berkata, biasanya dia akan menghantar sarapan pagi untuk ibunya, Sareah Abdul Rahman, 78, dengan menggantungkan plastik berisi makanan di pagar rumah dan ibunya akan mengambilnya sendiri.

"Pagi tadi (semalam) saya hantar sarapan pagi kira-kira jam 7.30 pagi sebelum pergi kerja.

"Kira-kira setengah jam selepas itu, saya berpatah balik melalui jalan di hadapan rumah emak tetapi saya hairan melihat plastik berisi kuih masih lagi tergantung menyebabkan saya tidak sedap hati dan mengesyaki sesuatu," katanya.

Menurutnya, dia segera masuk ke dalam rumah dan mendapati pintu terbuka sedikit sebelum melihat mangsa terbaring kaku atas katil di bilik belakang dengan keadaan muka ditekup dengan bantal yang dialas dengan kain selimut.

"Saya terkejut lihat keadaan emak dan terdapat juga kesan darah di hidungnya.

"Lebih menyayat hati, urat tangan emak kelihatan timbul, mungkin kesan daripada cubaan­nya mahu melepaskan diri," katanya.

Abd Ghafar berkata, kea­daan bilik juga berselerak dan dompet milik emaknya turut diselongkar.

"Terdapat juga beberapa keping sampul duit raya bertaburan atas lantai bilik.

"Malah selepas diperiksa, pintu bahagian belakang rumah juga ada kesan diumpil," katanya.

Menurutnya, berikutan itu, dia segera menghubungi polis memaklumkan kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa dipercayai lemas selepas mukanya ditekup dengan bantal.

Menurutnya, tiada kecederaan serius pada badan mangsa, namun terdapat darah keluar daripada hidung dipercayai akibat pergelutan.

"Siasatan awal mendapati, kali terakhir mangsa dilihat berada di rumah adalah sekitar 3.30 petang kelmarin (Selasa).

"Polis akan menjalankan siasatan terperinci untuk memastikan sama ada keja­dian ini melibatkan rompakan," katanya.

Umar Ali Saifuddin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah menerusi talian 06-5562222 untuk membantu siasatan. -SH

04 di umbai - Google Blog Search

04 di umbai - Google Blog Search


HOMESTAY BANGLO <b>DI UMBAI</b> - 5 BILIK: KOMPLEKS HOMESTAY <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2012 06:56 AM PST

Kami mempunyai sebuah banglo 5 bilik, 2 buah rumah sebuah 3 bilik dan 2 unit chalet yang dijadikan sebagai homestay & chalet yang dikenali sebagai KOMPLEKS HOMESTAY & CHALET UMBAI. Sedikit keterangan boleh dibaca di ruang sebelah kanan, dan untuk maklumat lebih lanjut, hubungilah saya...nombor telefon saya ada di sebelah kiri...terima kasih

HOMESTAY 1 : Homestay Umbai 5 bilik. 4 bilik air. Tepi jalan besar Melaka-Muar.

HOMESTAY 2 :  Homestay Umbai 3 bilik. 4 bilik air

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


Raptor Watch 2012 @ <b>Tanjung Tuan</b>, Melaka - RAKAN ALAM <b>...</b>

Posted: 20 Mar 2012 08:15 AM PDT

Raptor Watch kembali lagi..........

Acara Memerhati Burung Pemangsa pulang semula ke habitat asal di Siberia, China, Mongolia, Korea, Jepun dan Indochina apabila musim sejuk berakhir.

Waktu paling sesuai memerhati burung pemangsa ini adalah antara jam 11.00 pagi - 3.00 petang bermula pertengahan bulan Februari hingga pertengahan bulan April setiap tahun.

Tanjung Tuan menjadi pilihan persingahan ribuan burung-burung pemangsa saban tahun. Ini kerana Tanjung Tuan mempunyai geo-permukaan bumi yang sesuai, dimana ia menghasilkan suhu terma yang diperlukan oleh burung untuk terbang balik ke habitat asal. Selain itu, Tanjung Tuan mempunyai Hutan Hijau dan Hujan Persisiran Pantai yang kaya dengan sumber makanan bagi burung-burung pemangsa.

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


Homestay Taman Kasa Height, <b>Alor Gajah</b> | Rumah Sewa

Posted: 21 Mar 2012 08:10 PM PDT

Publish date: March 22, 2012 3:11 am
Contact Name: Zakwan
Price: RM120
Region: Melaka
Location: Alor Gajah
Phone: 0163144088
Tags:

Selamat datang ke HOMESTAY WANAMY yang terletak di Taman Kasa Height , Alor Gajah, Melaka.

LOKASI STRATEGIK-

Bagi mereka yang berkunjung ke Bandar Alor Gajah ,amat sesuai di jadikan tempat penginapan untuk percutian, kenduri kahwin , temuduga, mesyuarat, rombongan dan lain-lain lagi.

Jarak yang berada di tengah antara Pusat Bandar Melaka (25 minit) dan Tempat Peranginan seperti Tanjung Bidara, Pangkalan Balak dll (20 minit).

Berdekatan dengan lebuhraya AMJ, Bandar Alor Gajah (500 m) Serta berhampiran dengan pusat pengajian seperti SMV Datuk Seri Md Zin, UiTM Alor Gajah, MRSM Alor Gajah, Kolej Risda, Kem PLKN Alor gajah dll Amat sesuai di diami waktu hantar anak-anak pendaftaran.

Berhampiran Taman Tema Air iaitu WATER WORLD A'Famosa (10 minit).

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN :-

- Mempunyai 3 Bilik Tidur dan 3 Bilik Air
- Mempunyai 1 + 1 Ruang Tamu ( Tingkat Atas dan Bawah). Lengkap dengan Sofa dan TV (Astro).
- Ruang Makan dan Dapur yang lengkap.
- Semua bilik, ruang tamu dan ruang makan di lengkapi kipas.
- Parkir kereta yang besar (memuatkan 2 buah kereta).
- Menyediakan TOTO dan bantal tambahan.

PENYEWA:

Sesuai untuk yang berkeluarga dan rombongan yang besar (2 – 3 keluarga)

CATERING:

Ada menyediakan sarapan, makan tengahari dan malam bergantung kepada permintaan. Harga boleh dibincangkan.

KADAR/RATE :-

RM 120.00 (Weekday spt Ahad sehingga Khamis)

RM 150 (Weekend spt Jumaat dan Sabtu)

Kadar Isimewa bagi yang menyewa lebih dari tempoh 2 hari.

CHECK IN/OUT :-

IN – 2.00 pm
OUT – 12.00 pm

* waktu check in/out adalah fleksible jika tiada penyewa lain pada hari berikutnya.

En Zakwan : 016 3144088 (owner rumah).

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search


PENDEKAR <b>SERKAM</b> DARAT: Sidang Paling Bebal <b>di</b> Melaka

Posted: 16 Mar 2012 07:32 AM PDT

Naib Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Melaka, Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz kesal dengan tindakan biadap Pengerusi Masjid Serkam Darat, Ramli Hassan yang menghalau keluar rombongan Dewan Ulama' PAS Negeri Melaka dari masjid Serkam Darat petang tadi.
"Kami memberitahu Pengerusi Masjid Serkam Darat untuk bertemu Imam Masjid selepas Solat Jumaat tetapi kami dihalau supaya keluar dari masjid itu".
"Ini tindakan yang biadap kerana sebagai seorang Pengerusi Masjid beliau sepatutnya melayan tetamu dengan baik bukannya menghalau kami dengan biadap seperti itu" ujar Ustaz Khairi.
Beliau berkata tujuan rombongan hanya untuk beramah mesra dengan Imam Masjid serta menyampaikan sedikit cenderahati bukannya untuk berhujah dan sebagainya.
Menurutnya rombongan Dewan Ulama PAS Negeri Melaka turun ke Dewan Undangan Negeri Serkam hari ini bagi menjayakan program menziarahi golongan Al Mala'.
Walaubagaimana beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Imam Tua dan Bilal Masjid tersebut yang sudi menerima cenderahati dari Dewan Ulama' di luar pagar masjid.
Turut sama dalam rombongan Dewan Ulama tersebut ialah Ustaz Hasri, Ustaz Helmi, Ustaz Faris, Zulkifli Ghaus dan pimpinan PAS Cawangan Serkam Darat.

ads