Selasa, 21 Februari 2012

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


Insiden Sembrong: Umno bawa budaya ganas, samseng- AMK <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2012 11:15 PM PST

(Oleh: Aedi Asri Abdullah)

KUALA LUMPUR 21 Feb: Insiden keganasan yang berlaku di Sembrong, Johor baru-baru ini membuktikan Umno- Barisan Nasional membawa budaya ganas dan samseng, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau berkata, keganasan sedemikian dilihat lebih kerap berlaku di negeri yang dianggap kubu kuat Umno, seperti Johor dan Melaka, bertujuan untuk menyekat pengaruh Pakatan Rakyat.

"Cara provokasi yang lebih kurang sama juga menunjukkan ada arahan khusus yang diberikan kepada jentera bawah,"

"Ini kerana Umno tidak mahu mesej perubahan yang dibawa Pakatan sampai kepada rakyat," kata Shamsul kepada Keadilandaily.

Insiden di Sembrong Ahad lalu, menyaksikan lebih 100 orang, kebanyakannya remaja belasan tahun, membuat kacau di program ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengakibatkan beberapa kecederaan.

Samseng Umno itu turut melempar mercun, telur, botol dan kayu selain berteriak melontar kata-kata kesat ketika Anwar berucap.

Malah, kumpulan samseng yang membawa bendera Umno dan BN itu turut memecahkan cermin kereta Anwar dan bertindak ganas menendang bahagian keretanya sehingga kemek.

Isnin lalu, ceramah Anwar di Felda Tun Ghafar Baba di Machap, Alor Gajah, Melaka turut dicemari dengan gangguan penyokong Umno- BNl.

Dalam pada itu, Shamsul kesal kerana pihak polis tidak memainkan peranan sewajarnya untuk meleraikan insiden keganasan tersebut.

"Polis yang bertugas tidak mengambil sebarang tindakan. Apakah perlu menunggu keadaan menjadi darurat terlebih dahulu?" soal beliau.

Justeru itu, beliau menuntut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bertanggungjawab berikutan insiden itu.

"Sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau harus beri penjelasan, bukan bertindak berdiam diri. Apatah lagi, beliau sendiri adalah ahli Parlimen di situ," jelasnya lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26909

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


Pertandingan Menulis Jawi (SR): SK <b>Durian Tunggal</b> Johan

Posted: 04 May 2011 09:16 PM PDT


Adik Nur Shakireen bt. Shaari dari SK Durian Tunggal (Johan) sedang menerima hadiah kemenangan
daripada Tuan Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka.

Seramai 109 peserta Pertandingan Menulis Jawi (sekolah rendah) termasuk 17 dari SJKC telah menyertai pertandingan yang diadakan seawal jam 9.00 pagi ini sempena Karnival Pendidikan Melaka 2011 yang sedang berlangsung di MITC, Ayer Keroh, Melaka.

Aktiviti kelolaan Sektor Pendidikan Islam ini merupakan antara acara awal Karnival Pendidikan pada tahun ini. Ianya telah diadakan bersebelahan dengan pentas utama yang akan menyaksikan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia iaitu  YAB. Tan Sri Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yasin merasmikan karnival ini pada 5 Mei 2011 (Jumaat), jam 3 petang.

Dalam pertandingan kali ini, Adik Nur Shakireen bt. Shaari peserta yang mewakili SK Durian Tunggal telah mengungguli pertandingan apabila telah diisytiharkan sebagai johan. Beliau telah berjaya mengalahkan 108 peserta lain yang bersungguh-sungguh menulis jawi berdasarkan petikan yang diberi dan juga menulis semula kalimah dalam tulisan jawi berdasarkan kemahiran mendengar. Tempat kedua pula dimenangi oleh adik Nur Fadiah Dina bt. Bahrin dari SK Batu Gajah, Merlimau manakala adik Muhd. Hazwan bin Afif dari SK Selandar pula telah mendapat tempat ketiga.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Mohmd, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka.

[ KOLEKSI GAMBAR ]

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


Apo2 Yolah: Durian Tunggan atau <b>Bukit Katil</b>

Posted: 20 Feb 2012 03:50 PM PST

Assalammualaikum dan peace yo!

Oh tidak. Kecelaruan jiwa melanda atok laie. Sojak dari aritu laie atok try usha nak boli rumah. Kesian kan, dah pencen baru nak boli rumah. Antara topik perumahan yang atok ponah perbincangkan dolu di Sendayan, Bandar Utama Cheng,  isu perumahan di Melaka dan banyak lagi.
Tapi masalah eh, sampai la ke hari ni batang paip rumah pun tak nampak. Sampai orang nak muntah menjawab pertanyaan atok isu perumahan ni. Atok bab mengeluarkan duit banyak ni perlukan maso 2 3 tahun baru nak melabur. Perlu kajian yang banyak. Kono selalu tanyo orang yang berpengalaman. Buat research kat tenet. Kono jumpo Bok Miah.
InsyaAllah, mula bulan 3 ni atok dah bulih keluarkan duit KWSP. Atok ingat nak gunokan duit tu untuk boli rumah. Yang menjadi permasalahan atok sekarang ni, ado duo taman perumahan yang bersaing hebat di dalam kepala otak ni. Iaitu taman di Durian Tunggal dan Taman di Bukit Katil.
Malam ahad haritu, atok try usha perumahan di Bukit Katil dengan kawan atok. Tapi waktu malam la. Maso tu hatok dah rabon ayam. Rumah kat situ memang tenang, jauh dari hiruk pikuk kota. Dekat jugak dengan pusat pentadbiran kerajaan Melaka dalam 5 minit camtu kalau tak silap atok. Nak ke bandar Melako pun dokek. Kebetulan, semalam ado akak kat Melaka ni inform atok, terdapat satu rumah kat area situ yang dah siap sejak tahun 2008 tapi masih bolum dimiliki. Akak Eifa koba kalau nak buat homestay pun masyuk kat area situ. Kawan dio buat homestay boleh dapat sebulan dalam 500-600 hengget. Tapi atok tak tahu bukaan dia berapa. Kalau tak silap 20 x 70. Ado 3 bilik, 2 bilik air.


Pilihan yang keduo ni pulak, atok ado usha kat Durian Tunggal. Durian Tungga ni jaraknya dengan pusat pentadbiran Melaka dalam 9 minit. Dari tol ayer Keroh dalam 8 minit. Makno eh dekat dengan kampung atok lah. Rumah kat sini  dijangka siap tahun Febuari 2014. Ado 4 bilik, 2 hall dan 2 bilik air. Binaan tapak 20 x 71...Keluasan tanah 20 x 80, makno eh ado tanah 9 kaki kat belakang. Lokasi ni berdokatan dengan UtEM. So, atok bolih ajak student sana sewa umah atok samo2, dapek tampung 50% bayaran ansuran bolanan pun jadiklah kan. Tapi atok takut kawasan ni kawasan banjir. Then, kawan atok koba berisiko gak kalau rumah tak siap ni. Dio koba bayaran ansuran start di potong setahun rumah dalam proses pembinaan. Siap tak siap potong gak. Ek?


Camne ek? bagi pendapat tolong atok plis....Atok buto bab perumahan

ads