Selasa, 21 Februari 2012

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


Pertandingan Menulis Jawi (SR): SK <b>Durian Tunggal</b> Johan

Posted: 04 May 2011 09:16 PM PDT


Adik Nur Shakireen bt. Shaari dari SK Durian Tunggal (Johan) sedang menerima hadiah kemenangan
daripada Tuan Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka.

Seramai 109 peserta Pertandingan Menulis Jawi (sekolah rendah) termasuk 17 dari SJKC telah menyertai pertandingan yang diadakan seawal jam 9.00 pagi ini sempena Karnival Pendidikan Melaka 2011 yang sedang berlangsung di MITC, Ayer Keroh, Melaka.

Aktiviti kelolaan Sektor Pendidikan Islam ini merupakan antara acara awal Karnival Pendidikan pada tahun ini. Ianya telah diadakan bersebelahan dengan pentas utama yang akan menyaksikan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia iaitu  YAB. Tan Sri Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yasin merasmikan karnival ini pada 5 Mei 2011 (Jumaat), jam 3 petang.

Dalam pertandingan kali ini, Adik Nur Shakireen bt. Shaari peserta yang mewakili SK Durian Tunggal telah mengungguli pertandingan apabila telah diisytiharkan sebagai johan. Beliau telah berjaya mengalahkan 108 peserta lain yang bersungguh-sungguh menulis jawi berdasarkan petikan yang diberi dan juga menulis semula kalimah dalam tulisan jawi berdasarkan kemahiran mendengar. Tempat kedua pula dimenangi oleh adik Nur Fadiah Dina bt. Bahrin dari SK Batu Gajah, Merlimau manakala adik Muhd. Hazwan bin Afif dari SK Selandar pula telah mendapat tempat ketiga.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Mohmd, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka.

[ KOLEKSI GAMBAR ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads