Jumaat, 24 Mei 2013

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


AKAK DIBALIK PINTU: Lembaga Putih Berambut Panjang <b>Di Jasin</b>

Posted: 08 Mar 2013 03:50 AM PST

Memang tidak dinafikan, kadangkala anak-anak kecil ini diberi keistimewaan untuk melihat makhluk halus yang orang dewasa sendiri tidak nampak. Bahkan pengamal perubatan Islam pun tidak diberi keistimewaan                                         seperti ini. Bagaimanapun, tidak semua orang mempunyai kelebihan seperti ini.

 Di Jasin, seorang kanak-kanak mendakwa terakam satu makhluk yang berupa lembaga putih berambut panjang dalam telefon milik ibu nya. Sejak daripada peristiwa tersebut, kanak-kanak tersebut dipercayai telah diserang demam panas.

                                         

JASIN – Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun 5 bulan jatuh sakit selepas tidak sengaja merakamkan imej lembaga putih berambut panjang menggunakan telefon pintar milik ibunya di rumah mereka di Ayer Merbau, dekat sini, baru-baru ini.


Ibu kanak-kanak itu, Puteri Mas Ayu Abdullah, 36, berkata, anaknya mengalami demam panas, mengamuk dan sering berkelakuan pelik dengan membaling botol ke bawah rumah seolah-olah memarahi seseorang sedangkan sebelum ini dia tidak pernah bertindak sedemikian.


Menurutnya, anaknya, Dewi Narisha Qastury Marion memang suka mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya dan dalam kejadian kira-kira 1.10 petang Khamis lalu, anaknya masuk seorang diri ke dalam bilik dan terakam imej lembaga putih berambut panjang.


"Saya hanya menyedari imej itu dirakamkan setelah melihat semula telefon milik pada keesokan harinya.
"Selepas kejadian itu, bukan anak saya saja yang merasai sesuatu tetapi saya juga pernah terjatuh di hadapan rumah seolah-olah ditolak selain suami juga berasa tidak sedap hati," katanya.


Puteri berkata, melihat keadaan anaknya yang hampir seminggu masih tidak berubah, dia bersama suami kemudiannya membawa Dewi berubat dengan Perubatan Tradisional Islam di Muar dan Nyalas sebelum anaknya itu bertambah pulih.


"Ustaz di situ menyatakan anak saya berkemungkinan diganggu makhluk halus.
"Alhamdulillah dengan izin ALLAH, selepas berubat keadaan Dewi kembali pulih seperti sedia kala," katanya.

melayukini

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di durian tunggal</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Mar 2013 09:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Agrofarmstay @ skill-tech <b>Durian Tunggal</b>

Posted: 10 Jan 2013 11:08 PM PST

chalet
Pernah dengar Agrofarmstay di Durian Tunggal. Kalau orang Melaka tak tau Agrofarmstay @ skill-tech takpe jangan tak tau Durian Tunggal. Alamatnya adalah :

Kem Agro Farmstay @ IST
Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/Machap,
Durian Tunggal, 76100 Melaka.


View Larger Map

Daripada nama tempat tentu kita dah dapat bayangkan program apa yang biasanya sesuai untuk tempat ini. Sudah tentu program seperti kem motivasi,perkhemahan dan juga retreat pejabat. Untuk menginap mereka menawarkan Banglo,Chalet,Asrama dan Khemah. Maklumat lanjut mengenai penginapan sila klik sini.

Kelab Belia Usahawan Negeri Melaka sebagai contoh ada mengguna Agrofarmstay untuk program Kem Motivasi dan Kepimpinan Mereka. Sila klik gambar untuk brosur lanjut.

m_Brochure copy
m_Brochure (inside) copy

— asmaliana

Other Interesting posts:

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


Pengedar Shaklee <b>di Klebang</b>, Malim, Melaka ~ Princess Fisya

Posted: 12 May 2013 03:18 AM PDT

Pengedar Shaklee di Klebang, Malim, Melaka
FB Page : Riena Beauty Vitashop
No. HP : 017-8480658
Alamat: No.483-1, Jalan Taman Orkid, Klebang Besar, Melaka
 
Area pick up: Klebang Besar, Limbongan, Tg.Kling, Pokok Mangga, Lorong Pandan, Malim, Cheng & Tangga Batu

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


Dataran Keris <b>Alor Gajah</b>, Melaka | Bro Framestone

Posted: 20 Apr 2013 01:56 AM PDT

Dataran Keris Alor Gajah
Bagi Masyarakat Alor Gajah, keris merupakan lambang kemegahan orang melayu terutamanya sewaktu Perang Naning. Oleh itu Replika Keris ini dijadikan identiti utama Daerah Alor Gajah.

Replika Keris gergasi terletak di Dataran Keris manakala Replika Keris yang saiznya lebih kecil boleh didapati dibeberapa pintu masuk utama ke Daerah Alor Gajah iaitu di Simpang Empat, Simpang Ayer Keroh – Durian Tunggal dan Simpang Lubuk Cina.

Kredit : Blog Pok Zaid

Alhamdulillah

Dalam perjalan Bro dari Kuala Lumpur menghala ke Bandar Hilir, Melaka. Tersinggah sebentar di Alor Gajah semata-mata nak perkena cendol di Dataran Keris Alor Gajah.

Kalau bukan kerana cendol, pasti Bro terlepas untuk menyaksikan replika keris yang menjadi landmark kepada Daerah Alor Gajah.

Banyak sebenarnya tempat menarik yang terdapat di Melaka, Bandaraya Bersejarah ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


#black505 <b>di Negeri</b> Sembilan, Kedah, Terengganu dan <b>Melaka</b> <b>...</b>

Posted: 15 May 2013 10:33 PM PDT

Gelombang #black505 demi menzahirkan suara bantahan rakyat menentang penipuan pilihanraya diteruskan di negeri-negeri Kedah, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

#black505 yang seterusnya akan diadakan di Negeri Sembilan pada hari Jumaat 17 Mei 2013, bertempat di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland, Seremban. Orang ramai dinasihatkan hadir awal untuk mengelakkan kesesakan.

Tarikh-tarikh bagi #black505 yang seterusnya adalah seperti berikut:

21 Mei 2013 (Selasa) – Kedah
23 Mei 2013 (Khamis) – Terengganu
24 Mei 2013 (Jumaat) – Melaka

Tempat akhir perhimpunan akan dimaklumkan melalui laman media sosial dan kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh PKR.

Semua perhimpunan telah berjalan dengan aman dan mematuhi nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun beberapa tempat perhimpunan terpaksa diubah di saat akhir. Penganjur telah menghormati nasihat PDRM untuk menukar tempat perhimpunan di Pulau Pinang, Pahang dan Johor walaupun ia dibuat beberapa jam sebelum perhimpunan.

Ini tidak sedikit pun melemahkan semangat rakyat terutamanya orang muda untuk turun menyuarakan bantahan dalam simbolik #black505 ini. Mengikut anggaran kasar penganjur, seramai lebih 400,000 rakyat Malaysia telah menyerti #black505 setakat ini (120,000 – Kelana Jaya, 120,000 – Batu Kawan, 60,000 – Ipoh, 60,000 – Kuantan dan 60,000 – Ulu Tiram).

Saya yakin menjelang minggu depan apabila gelombang #black505 tiba di Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Melaka, lebih setengah juta rakyat Malaysia telah turun menyatakan bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan menolak kerajaan tidak sah yang diterajui Dato' Seri Najib Tun Razak.

Semangat kerjasama dengan pihak PDRM demi menjamin kelancaran dan keselamatan rakyat akan diteruskan. Oleh itu, saya menyeru seberapa ramai rakyat untuk turun menyertai #black505 sebagai bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan sokongan kepada reformasi pilihanraya yang perlu diadakan segera.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
16 MEI 2013

ads