Khamis, 14 Mac 2013

04 di umbai - Google Blog Search

04 di umbai - Google Blog Search


Tempat Makan Wajib <b>di</b> Melaka @Ikan Bakar Parameswara <b>Umbai</b>

Posted: 25 Nov 2012 05:21 AM PST

Memang kalau pi Melaka tak sah kalau tak singgah di Umbai untuk menikmati masakan berasaskan makanan laut, salah satu daripada tempat menarik di Melaka. Kat Umbai ni lebih kurang 13 kilometer dari bandar. Kat sini memang banyak restoran yang menjual ikan bakar tapi yang paling besar dan ramai pengunjung ialah Ikan Bakar Parameswara. Ianya terletak dihujung sekali.
Ni le menu yang ada dan juga harga bagi masakan kat sini. Secara keseluruhan ianya lebih murah dari di Kuala Lumpur ataupun di Bagan Lalang, lebih kurang separuh harga.
Mula-mula pilihlah ikan atau hidupan laut yang berkenan di hati pas tu bagi kat diaorang untuk ditimbang dan juga kena order masakan apa yang kita nak.
By the way, nak masuk untuk makan di Umbai ni, parking dikenakan bayaran sebanyak RM1.
Selepas order makanan pas tu diaorang bagi nombor dengan benda alah besi tu untuk diletak atas meja. Then order le pula minuman.
Nak tahu alamat Parameswara? Ianya terletak di Medan Ikan Bakar, Pengkalan Pernu, Umbai, 75450 Melaka. Boleh call 06-261 6106 ataupun boleh e-mail ikanbakarparameswara@yahoo.com.
Lepas order air dan juga nasi, diaorang ada tanya nak tak buah-buahan. Kalau nak diaorang akan letak atas meja. Untuk buah-buahan ni ianya berharga RM4.00. Memang OK juga, ada tembikai, jambu dan epal.
Kitaorang order tomyam @RM9.00. Rating saya bagi 7.5, tak rasa sangat macam tomyam tapi macam sup aja. Tapi OK gak sebab Afiqah enjoy makan benda alah ni.
Seperti biasa, sotong goreng tepung memang menjadi kegemaran saya. Tengoklah sotong tu memang nampak sedap, tak macam sesetengah tempat yang mana bentuknya macam cekodok. Kitaorang ambil seekor aja, yang medium. Maklumlah makan untuk dua dewasa dan satu kanak-kanak. Danish lebih prefer makan makanan lain. Sotong ni tepungnya tak garing sangat maybe untuk elakkan sotong jadi kenyal. Yang ni saya bagi rating 8.3 out of 10. Percaya tak harga sotong ni hanya RM3.80?
Pas tu kitaorang order ikan siakap masak masam manis. Ikan ni sederhana besar, memang kenyang betul untuk makan dua orang. Maybe next time datang sini kitaorang order, sotong, udang dan juga ketam. Ikan memang garing dan rasanya memang sedap, tak rasa macam tanah. Yalah sesetengah ikan macam rasa tanah aja, tapi yang ni boleh dikatakan sempurna. Rating saya bagi 8.1 out of 10.  Harganya adalah RM23.40, tak sampai sekilo.
Ni sosnya, pilihlah yang mana satu berkenan.
Memang kenyang makan kat sini, nak jalan pun terasa malas aja.
Semua sekali termasuk air, buah-buahan dan naasi adalah RM51. Memang OK. Lain kali datang Melaka, nak singgah lagi di Ikan Bakar Parameswara yang bertempat di Umbai.

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


peraturan penggunaan perpustakaan smk <b>durian tunggal</b> - pss smkdt

Posted: 12 Mar 2013 02:19 PM PDT


1    Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan
2    Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangan buku
3    Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di perpustakaan
4    Pelajar tidak dibenarkan membuka dan menutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS
5    Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu & kaunter
6    Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
7    Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran
8    Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru
9    Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka diluar perpustakaan di tempat yang disediakan
10  Pelajar dikehendaki menanggalkan kasut, stoking dan meletakkannya di rak yang disediakan
11  Pelajar tidak dibenarkan berada di bahagian kaunter edaran dan pulangan kecuali pengawas PSS
12  Tidak dibenarkan sama sekali membawa keluar buku yang ada di perpustakaan tanpa kebenaran


1    Buku pinjaman yang dipinjam hendaklah menggunakan kad automasi
2    Buku Rujukan (R) hanya boleh dipinjam 1 buah selama 3 hari sahaja
3    Buku Fiksyen BM dan BI boleh dipinjam maksi 3 buah sekali pinjam tidak termasuk buku rujukan
4    Buku Kamus, Ensaiklopedia tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar daripada PSS
5    Buku Red Spot (bertanda merah) tidak boleh dipinjam oleh murid
6    Majalah dan surat kabar tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar dari PSS
7    Majalah berjilid tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar dari PSS
8    Koleksi Akhbar dan Koleksi Soalan PMR & SPM boleh dipinjam tidak melebihi 24 jam
9    Buku yang hilang mesti diganti dengan harga asal buku tersebut
10  Pinjaman yang lewat akan didenda sebanyak 10 sen sehari
11  Pinjaman CD ROM dan CDRI hendaklah dicatat pada BUKU REKOD PINJAMAN CD MURID
B. SEMUA GURU DAN KAKITANGAN

1    Buku pinjaman yang dipinjam hendaklah menggunakan KAD AUTOMASI atau merekodkan ke dalam BUKU PINJAMAN GURU DAN KAKITANGAN
2    Buku Rujukan (R) hanya boleh dipinjam 1 buah selama 7 hari sahaja
3    Buku Fiksyen BM dan BI boleh dipinjam maksi 3 buah sekali pinjam tidak termasuk buku rujukan
4    Buku Kamus, Ensaiklopedia boleh dipinjam atau dibawa keluar daripada PSS bagi tujuan P&P tidak boleh lebih tempoh 4 jam
5    Buku Red Spot (bertanda merah) tidak boleh dipinjam oleh guru tidak lebih daripada 3 hari
6    Majalah dan surat kabar tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar dari PSS
7    Majalah berjilid boleh dipinjam tidak melebihi 24 jam untuk rujukan
8    Koleksi Akhbar dan Koleksi Soalan PMR & SPM boleh dipinjam tidak melebihi 24 jam
9    Buku yang hilang mesti diganti dengan harga asal buku tersebut
10  Pinjaman yang lewat akan didenda sebanyak 20 sen sehari
11  Pinjaman CD ROM dan CDRI hendaklah dicatat pada BUKU REKOD PINJAMAN CD MURID
12  Pinjaman buku secara pukal bagi P&P catat di dalam Buku Rekod Pinjaman BBM
13  Pinjaman buku dalam kotak nilam hendaklah direkodkan dalam Buku Rekod Pinjaman Pukal

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


~We Gain & We Spent~: Coconut Shake <b>Klebang</b>, Melaka

Posted: 12 Jan 2013 03:57 AM PST

                     

Famous coconut shake klebang! Ramai gile orang mai sini. Lagi sekali aku bangga tengok Melayu berjaya.
Ni trip pendek aku kat Melaka hari tuh. 1 malam cukop untuk kami meronda2 sakan. Memang dah agak lama nak rasa coconut shake nih. Tapi asik la terlepas pandang. So kali ni aku betui2 tak mo terlepas rasa ayaq special ni.

Seperti biasa, google map membantu kami. Dari Naza Talyya kami terus ke sini. Ia dibuka pada pukul 1230 tengahari sampai petang. Tutup pula, jika perlu. Means tak tutup la kalau tak ada emergency, agaknye!

Sampai2 je memang slam gile. Ramai orang. Dah la tuh aku tatau cemana cara dorang serve. 1st time la katakan. Memule kami parking di luar, which is di tepi jalan klebang tuh. Betul2 bersebelahan Caltex. Sekali turun kereta tengok ada petunjuk yang tulis luar tuh untuk tapau sahaja. Nak makan situ harus masuk ke dalam. Le.. Baru kami tahu. Siap ada parking lot kat dalam tuh. Tak perlu la parking di gigi jalan raya yang busy.

So jom masuk kreta semula and drive ke dalam. Parking mudah!


Ini la tanda yang kami baru nampak selepas kami parking dan turun di kawasan tapau. Sabor je la kan? Padan la laki aku cakap, nape semua Q? Mana kerusi meja nak makan? Gulp!


Suke gambar 2 beranak ni. Happy moment plak aku tengok. IKLAN jap.
Ni aku snap masa balik.. Masa kami sampai tak dan nak snap. Orang terlalu ramai. So aku nak kejar seat. lol. Kang tak dapat seat kang haru jadik nye. Dah la panas berdenting masa tuh. Bayangkan la ada group motor besar konvoi kat situ. Menjela2 la parking dorang. Dah la tuh ingat 1 group. Rupa2nya mai lagi group lain masa tuh. Lagi la aku rasa nervous untuk dapat kan seat. Tamak haloba mood on. Ahaks! Ye la takkan nak mencangkong kat bawah tuh if seat penuh. Nak tapau tak chill weh!
Cara nya mudah. Masuk2 kedai je terus duduk, dalam 30-40saat (maybe less) depa datang terus dengan coconut shake nya.. Memule aku dapatkan seat utk hubby and aku pegi kat depa and tanya, nak kena order kat uols ke, ataupon uols dtg amik order? Katanya haqaq duduk je dlu. Nanti kami hantar. Aku memang suka bertanya sambil buat muke nerd gile! Kalau duduk panas2 tunggu benda yang tak tatau apa jadi, tidak la aku namenye tu. So kalau ada orang duduk je, bertepek2 la coconut shake die bawak dalam dulang untuk kita, sebut je nak brapa gelas. SIAP!

Bagus kan depa? Laju gils! Walaupon cust ramai!
Itu la shaker and blender nye. Blakang mamat tuh ada bentangan meja yang besar and panjang. So kat situ dorang terus buat coconut shake dalam gelas2 kosong tuh. Laju!
Genap 5tahun mamat ni kerja aku rasa dah bole jadi body builder dah. Dah la kat depan mata aku je, punya cekap die buat kerja. Supsap supsap tangan dia pantas duk nenyeh natang2 tuh semua. Memang laju and non stop. No wonder la!
Selain coconut shake, dorang pon ada letak food kat tengah2 kedai ni. Kuih muih, pulut kuning, nasi lemak t*tek, and ada cucur2. Ramai yang cakap nasi lemak t*tek die sedap. Tapi masa tuh kami dah full plak breakfast di Naza Talyya. So kami tak amik la makanan2 berat tuh. Kami hnya amik kuih muih je.
Putih, bersih, suci, murni je aku tengok budak coconut shake ni. Memang menyelerakan. Siap plak die letak isi kelapa kat dalam tuh. Di blend skali tapi tak hancur. Masih bole rasa and gigit2. Hubby kata ok2 jer, memang macam tuh coconut shake yang die penah rasa before, cuma isi kelapa tuh kat sini terlalu kasar kata nya. Menganggu konsentrasi nak telan bila haus!

Yang aku plak tak kena pada tekak. Aku rasa biasa2 je. Aku dah boleh agak rasa dia camtu walaupon aku tak pernah minum before ni dimana2 pon. So tak la wow sangat. AKU KATE, orang lain.. lain la rasa, kan? Tekak masing2. Tapi memang ok la. Sedap la. Cute and wangi vanilla ice cream tuh terasa!


Ini plak kuih muih yang aku amik masa tuh. Apam polkadot ni aku cubit je. Lepas tuh aku tak usik dah. Huhuhuhu. Saje amik ingat laki aku suke. Sbb apam biasa tuh die suke. Ni die takmo plak. Huhuhuhu. Aku lagi la xlayan sangat kuih2 ni. X gemar. Aku gemok sebab lauk and nasik! ngehngehngehngeh! lain2 kureng.

Setiap Kuih muih RM0.40
Coconut Shake RM1.50 without ice cream.
Coconut Shake RM2.00 with ice cream.

So sekian. Mari cuba mari cuba!

Famous Coconut Shake Klebang
(landmark-caltex petrol station)
1230pm-630pm daily.
Friday 2pm-630pm.
Tel 6013-3994061

Lepas je minum2 kami terus ke Jusco Mlk. Cuci mata.

View coconut shake klebang in a larger map

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


50000 Pegawai Kontrak Akan Disambung Setahun

Posted: 13 Feb 2013 10:45 PM PST

[unable to retrieve full-text content]MACHAP – Kejohanan Futsal Mesra Belia Dun Machap telah berlangsung dibeberapa kawasan dan antaranya adalah di Gelanggang Futsal 1Malaysia (GF1M) Sungai Linau. Kejohanan yang disempurnakan oleh Ketua kampung Sungai ...

04 di batu berendam - Google Blog Search

04 di batu berendam - Google Blog Search


Ado Den Kisah!!!: Coconut Shake <b>Batu Berendam</b>

Posted: 19 Jan 2013 05:09 AM PST

Di Melaka ni, seolah-olah makanan dan minuman dah mula menjadi tarikan utama para pelancong dan antaranya adalah Coconut Shake. Dulu Coconut Shake yang terkenal di Melaka ni terletak di Klebang sahaja kemudian di Alai. Tak berapa lama pula dibuka di Lereh dan terbaru adalah di Batu Berendam. Semua pemiliknya bukan orang yang sama kerana rasanya yang berbeza diantara satu sama yang lain, di Batu Berendam ini asalnya hanya menjual air kelapa dan air mata kuching sahaja tapi mulai tahun lepas 2012, pemiliknya telah menambah menunya dengan mengadakan Coconut Shake pula. Rasanya agak berlainan dari stall Coconut Shake yang ada di Melaka ni, bagi aku ianya memang sedap selain sebatian isi kelapa yang dikisar tidak terlalu halus membolehkan kita seolah-olah mengunyah Coconut Shake ni dan bila ditambah aiskrim perisa vanila, resipi standard yang perlu ada dalam Coconut Shake...tentunya rasa ia benar-benar terangkat....ahakss




Menonton TV ditengahari sambil pekena segelas Coconut Shake Batu Berendam....pehhhhh!!!!!

....


04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


Blog Naim: Picnic <b>di Tanjung Tuan</b>, Blue Lagoon ! Awesome Day.

Posted: 22 Jan 2013 12:00 AM PST

3 hari sebelum operation adalah saat2 genting yang perlu diperuntukkan dengan sehabis baik memandangkan beberapa bulan lepas operation berlangsung, aku akan berkabung di rumah sepanjang hari. Maka, agenda percutian tanpa malam dirancang dengan baik bersama 5 orang sekawan Ripo, Cimam, aku, box dan Mum. Maaf, nama mereka sangat tidak menarik dan tidak komersial utk dihebahkan..apatah lagi utk berkenalan. hahaha.
Mungkin ramai yang tertanya tanya, "Where is actually d location of Blue Lagoon"
Kalau tuan tuan sekalian tahu lokasi Port Dickson, maka insyaAllah perjalanan tuan tuan ke Tanjung Tuan juga tidak jauh daripada situ. Jika memandu dari Melaka, Tanjung Tuan ini terletak sebelum sampai ke Pantai Teluk Kemang, PD. Ianya tersorok di belakang sebuah Kem Tentera yang terletak di sebelah kiri jalan. Hanya mereka yang cekap memandu dan bijak menggunakan Papa-go sahaja akan berjaya sampai ke kawasan misteri ini. Jadi, jangan lepaskan peluang..! Ayuh selongkar misteri di sini.
Tapi sebelum tu, sukalah saya untuk berkongsi beberapa perkara. Sebenarnya, pantai Tanjung Tuan ni adalah kawasan Teluk..ianya tidak lah besar dan lapang macam Pantai Teluk Kemang..tapi saya jamin, kepuasan mandi di sini lebih seronok memandangkan sy sendiri telah merasainya, ehemm, harap anda jelezz. 
Seronok betul mandi kat sini, sebab kita berpeluang pergi sampai ke tengah-tengah pantai..kira-kira 2-3 KM dari jarak tepi pantai sebab keadaan air yang cetek dan sesuai utk kanak2. Tapi utk orang dewasa pun seronok. Air kat sini, jernih bak air yang keluar dari mata ikan duyung. Sungguh boleh nampak ke dasar laut. Sesuai utk peminat Snorkeling !
Memandangkan kami berlima ini datang tanpa persediaan BBQ ataupun masak memasak. Jadi, hadir kami ke sini sekadar memenuhkan ruang2 waktu yang ada. Kami pun berjalan di tepi2 kawasan berbukit dan berbatu untuk sampai ke suatu kawasan persisiran pantai yang lain. Di situ, kawasannya seperti x pernah diteroka manusia. Sungguh kami bangga jadi manusia pertama jejak di situ ! hahaha. Percaya ke?
Sudah jauh ke tengah laut, matahari pulak naik menegak sehingga menyebabkan kulit mula berasa seperti dibakar. Inilah orang kata SunBurn. Mujur awal2 aku da pakai Losyen kulit. haha. 
Kemudian, projek NKRA kami bermula dengan pembinaan Istana Pasir terbesar dengan 100% gunakan bahan semula jadi yang ada di sekitar kawasan pantai. Maklumlah, masa kecik2 dulu x mampu nak buat Sand Castle besar2...main2 pasir kene roboh dek air...kasihann...
Sudah penat main pasir, penat berpanasan dan berlumuran dengan peluh..pastinya tekak menjadi kering kontang dan perut memainkan lagu 60 an.. Sangat klasik ! Arghh laparnya.. Teringin benar pancing ikan lalu panggang kat situ jugak. Tapi ikan semua size bilis sajee..apo nak buekk. haha.
Mujurlah wujud manusia seperti aku yang rajin membeli makanan..kami berlima pun menyantap 2 bungkus Twisties dan sebungkus Potato Chips..perghh..nikmat yang x terkata..sungguh pantas bak pirana dapat makanan..cukuplah sekadar mengalas perut sebelum menjamu juadah yang lebih lengkap..
Setelah menyantap semua hidangan ekspress ini..maka bermulalah sessi fotografi bajet2 gempak dengan Sand Castle buatan kami berlima ! Nampak keghairahan kanak2 berusia 20 tahun kat bawah ni. Hahaha. Maklumlah, cuti semester baru bermula..masa untuk lupakan kenangan Final Exam yang mengerikan..jadi, waktu bersama kawan2 ni adalah waktu Release Tension yang bagus...di samping terus menerus melaksanakan aktiviti Rohani  !!
Pukul 3 petang kami pun beredar mencari Masjid terdekat utk bersihkan diri dan solat. Dah selesai solat, maka kami pun menyantap juadah yang lebih menyelerakan..dan pulang ke Melaka dalam keadaan yang sangat meletihkan.. Masing2 terkulai layu di pusara..tidur sepanjang dalam kereta.. Tabik spring diberikan kepada Encik Ripo kerana terpaksa bersengkang mata memandu keretanya..apa nak buat..adat driver..memang kene tahan mata..kawan2 lain sedap ketiduran..
Begitulah kisah suka duka aku dan D Brothers walaupun x cukup ahli..masih ramai lagi yang belum bercuti.. Blue Lagoon meninggalkan satu lagi sejarah yang terukir nama kita.. ewahh. 
Kepada pembaca, jangan lepaskan peluang menarik ini utk berkunjung ke Pantai Tanjung Tuan atau Blue Lagoon. Semoga perjalanan anda selamat sampai dan pulang. Selamat bercuti ! :)

04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


mee <b>udang</b> manja, jeti <b>sungai</b> rambah - yang halal itu fardhu, yang <b>...</b>

Posted: 31 Jan 2013 07:42 AM PST


PONTIAN 30 Jan. - Kira-kira 15 tahun lalu, gerai yang dibuka tidaklah begitu menarik ramai pelanggan namun pemilihan menu Mi Udang Manja menjadikan gerai itu yang terletak berhampiran Jeti Sungai Rambah di sini, semakin popular.
Kini keenakan mi udang di gerai tersebut menjadi satu jenama kepada Kampung Rambah khususnya Sungai Rambah yang menempatkan jeti nelayan dan hasil tangkapan segar memberi kelebihan kepada pengusaha gerai makanan laut di kawasan berkenaan.
Kesegaran dan keenakan mi udang itu berjaya menggamit ramai pengunjung bukan sahaja masyarakat tempatan malah penduduk sehingga ke Kuala Lumpur untuk menikmati hidangan berkenaan.
Menurut pengusahanya, Hamidah Abu, 38, nama 'Manja' merupakan panggilan untuk suaminya, Ismail Sirat, 43, yang menjadi nelayan sepenuh masa dan kini pelanggannya lebih mengenali panggilan itu berbanding nama sebenarnya.
"Selain memperoleh udang hasil tangkapan sendiri, kami juga mendapatkan udang dari pasar awam sekiranya bekalan tidak mencukupi bagi memenuhi permintaan pelanggan.
"Setiap hari sebanyak 20 kilogram udang segar diperlukan memandangkan setiap menu yang disediakan mempunyai udang sebagai menu utama seperti mi bandung udang, mi goreng udang, nasi goreng kampung udang, nasi goreng biasa udang selain nasi ayam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Bagi menguruskan kedainya setiap hari dia mempunyai lima orang pembantu, namun kerja memasak dilakukannya sendiri di samping tukang masak yang lain.
"Bagi menu biasa, sebanyak lima udang akan dimasukkan manakala untuk pesanan istimewa sebanyak lapan udang," katanya.
Beliau berkata, setiap hidangan ditawarkan pada harga RM8.50 sehingga RM13.40 sepinggan manakala kedainya dibuka setiap hari kecuali Ahad bermula pukul 4 petang hingga 12 tengah malam.
Menurutnya, resepi mi udang itu diperturunkan ibu mertuanya, Salmah Md. Salleh, 83, yang mula-mula mengusahakan gerai itu sebelum diwariskan kepada suami dan kemudian kini kepadanya.
"Tarikan kedai kami ini adalah saiz udang yang besar dan segar. Pelanggan tetap biasanya akan menghubungi kami terlebih dahulu untuk membuat tempahan sebelum datang menjamu selera bersama keluarga atau kenalan," katanya.
Menurutnya, dia dan suami bercadang menambah menu makanan iaitu masakan asam pedas memandangkan permintaan daripada pelanggan luar yang ingin menikmati masakan itu.
Sehubungan itu, katanya, dia kini sedang melakukan kerja-kerja penambahan ruang agar dapat menampung jumlah pelanggan yang semakin ramai terutamanya pada cuti hujung minggu dan cuti umum.
Sementara itu, seorang pengunjung, Sahlan Selamat, 49, mengakui menikmati juadah di kedai berkenaan sekurang-kurangnya dua kali seminggu bersama isteri dan anak-anaknya.
"Kuahnya cukup istimewa di samping layanan mesra daripada pemilik kedai yang sentiasa memberikan perhatian kepada kehendak pelanggan," katanya.
Bagi Suhaimi Abd. Manap, 30, menikmati hidangan mi udang segar pada waktu malam amat menyelerakan dan harga yang ditawarkan juga berpatutan memandangkan saiz udang yang besar.
"Sama ada biasa atau special, ia cukup berbaloi kepada pelanggan yang datang bersama ahli keluarga dan rakan-rakan," katanya.
Rakannya, Mohd. Khalid Musa, 30, berkata, jika pengunjung luar seperti dari Melaka dan Kuala Lumpur sanggup datang semata-samat untuk menikmati hidangan berkenaan, ia pastinya sesuatu yang cukup istimewa kepada daerah Pontian.
"Pihak yang berkenaan boleh membantu menjadikan hidangan Mi Udang Manja ini sebagai jenama atau ikon daerah Pontian seperti Mi Bandung Muar yang begitu sinonim dengan daerah berkenaan," katanya.
Seorang lagi pengunjung, Mohd. Azlan Mohamad, 34, berkata, walaupun terdapat banyak saingan namun Mi Udang Manja tetap mendapat perhatian orang ramai yang ingin menikmati keenakan masakan tradisional itu pada waktu petang dan malam.

Mancing Sampai Pengsan: <b>Udang</b> Galah Penghujung Musim

Posted: 04 Feb 2013 05:35 PM PST

Musim hujan di Sandakan hampir sampai ke penghujungnya. Musim kemarau dan cuaca panas bakal mengambil alih dalam tempoh sebulan lagi. Ini bermakna musim mancing udang galah di Sungai Beruang akan berakhir dan lazimnya semua pemancing akan mula cuba turun ke laut sesudah Tahun Baru Cina.
Dua hari yang lalu, Arbakin, Cjepp, Yazid dan Lelek cuba lagi untuk memancing udang galah di akhir musim.  Bagi yang ingin masih memancing udang galah selepas bulan Februari, dicadangkan supaya ke Beluran dan Sungai Kinabatangan, di mana udang galah di sana boleh dipancing hampir sepanjang tahun kecual pada musim banjir.


Udang cacing, udang pasar dan satu lagi umpan rahsia menjadi taruhan mereka berempat. Walaubagaimanapun Arbakin enggan berkongsi umpan rahsia yang dimaksudkan. Memang tiap-tiap kali mancing udang, umpan yang berlainan dibawa dan dicuba sebab selera udang ni sentiasa berbeza-beza.

Memang benar, udang kebanyakkannya bersaiz M, susah betul nak dapatkan yang sepit biru. Beberapa spot berpotensi dan pernah mencatatkan rekod sebelum ini dicuba, namun keputusan masih sama.

Salah satu halangan yang terpaksa ditempuh bila air surut.





Anak udang yang berpaut pada mata kail, belum sempat masuk mulut dah kena pancing.







Salah satu daripada beberapa ekor udang galah sepit biru yang berjaya dinaikkan, namun masih bersaiz M nak ke L sahaja.



Bila air mulai pasang, semakin sukar untuk udang dinaikkan kerana tahap kemasinan air mula bertambah. Bagi Lelek, dapat melelapkan mata lebih berbaloi dari melayan ragutan kecil sang semprideng.

Cjepp dengan anak ikan puput
Sehingga pukul 6 petang, Arbakin mendapat 18 ekor dengan 100% menggunakan umpan rahsianya, Cjepp 15 ekor, Yazid 12 ekor, manakala Lelek 7 ekor. Sehingga berjumpa lagi dalam eksplorasi udang galah Sungai Beruang akan datang.

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


[FOTO] Percubaan mencederakan Anwar Ibrahim <b>di Bukit Katil</b> <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2013 07:03 AM PST

Panas: Lagi Video Serangan Berdarah <b>Di Bukit Katil</b> - Pahang Daily <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2013 09:48 PM PST

Gaya Peneroka: Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat <b>di Bukit Katil</b> <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2013 09:01 AM PST

Seorang pendengar di Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Bukit Katil, Melaka telah cedera dikepala kerana dibaling dengan objek keras dipercayai batu oleh para samseng upahan UMNO sebentar tadi.

Balingan batu itu sebenarnya bertujuan untuk mencederah parahkan DSAI yang sedang berucap.

Penyokong Pakatan Rakyat telah mendapat luka parah dibahagian kepala dan kini sedang dibawa ke klinik berhampiran untuk menerima rawatan. Dipercayai menerima beberapa jahitan dikepala.

Inilah UMNO parti paling bacul dan brengsek dalam sejarah dunia moden.

Budaya samseng sudah sebati abadi sampai ke tulang sonsom.

Belum pernah kedengaran Najib Razak maupun mana-mana pemimpin UMNO mengutuk politik samseng lagi.. BELUM PERNAH!!!!!



LIHAT DENGAN MATA KEPALA SENDIRI RAKAMAN GAMBAR SEBAGAI SAKSI BERBICARA.
Inilah dia perangai dan gelagat para penyokong UMNO didikan Ali Rustam.

Gelagat biadap dan kurang ajar melampau ini dirakam di Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat DSAI malam tadi di Bukit Katil, Melaka.

Apakah mereka ingat, anak-anak muda akan tertarik, terpikat, terpesona, kagum dan tersilau cara biapab melampau mereka?

Adakah Ali Rustam dan keseluruhan pimpian UMNO inagt cara ini anak-anak muda terutamanya yang atas pagar akan berikan sokongan kepada UMNO/BN pada PRU 13 nanti?

Hujah lawan hujah bukan dengan terjah...Politik samseng sudah berlalu.. Hanya sesuai zaman batu saja.. Kini zaman politik guna otak bukannya guna otot.

Politik guna otot sesuai pada mahluk yang duduk dalam hutan.. Kerana disana politik ikut Undang-Undang rimba diterima pakai.

Adakah para penyokong dan pendokong UMNO mau samakan dirinya setaraf haiwan buas dan liar didalam hutan?

Tepok dada tanya iman.. Cuitkan minda tanya akal logik.

http://omakkau.blogspot.com/2013/03/pergh-penyokong-dan-pendokong-umno.html

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


Sabahdaily: Samseng Ganggu Pesta Ponggal <b>Di Alor Gajah</b>

Posted: 04 Feb 2013 02:39 PM PST

Sekumpulan samseng Umno BN cuba menganggu sambutan Pesta Ponggal bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Melaka Perdana, Alor Gajah, petang semalam.

Lebih 20 samseng berkumpul kira-kira 50 meter dari tapak program dan menaikkan sepanduk provokasi serta memaki hamun dengan kata-kata kesat.

Tiada kejadian buruk berlaku berikutan penyokong Pakatan Rakyat tidak menghiraukan provokasi mereka, sebaliknya menumpu perhatian terhadap atur cara sambutan.

Anwar menyifatkan gangguan berkenaan membuktikan Umno BN semakin terdesak berikutan kebangkitan rakyat yang menolak mereka.

"Jadi, upah orang-orang ini untuk kacau supaya rakyat jangan dengar apa yang kita ingin sampaikan.

"Kita datang untuk cerita apa yang akan kita lakukan bila perintah kelak. Apakah ia salah?

"Nasib rakyat tidak boleh diubah dengan upah RM20 untuk ganggu dan buat kacau. Negeri ini bukan milik Umno BN tapi milik rakyat.

"Kamu di seberang sana boleh kata macam-macam tapi saya tidak akan berganjak untuk menyampaikan agenda keperubahan pada rakyat," katanya.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian depan lebih 1,000 rakyat tempatan yang menyertai program berkenaan.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Najwan Halimi, Exco AMK, Ginie Lim dan pimpinan lain.

Anwar kesal kerana Umno BN terus mengamal budaya politik maki hamun sedangkan Pakatan membawa amalan politik menjaga ehwal rakyat.

"Tapi saya percaya – walaupun diganggu – kehadiran ramai rakyat membuktikan mereka mahukan perubahan," katanya. -KD


di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


<b>Melaka</b> Maju Negeriku Sayang <b>Negeri</b> Bandar Teknologi Hijau <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2013 10:26 PM PST

suasana semasa penyerahan cek kepada nelayan di seri bendahara (rumah rakyat 1malaysia) .tk salam 1Malaysia melaka maju negeriku sayang negeri bandar teknologi hijau, melaka 751 tahun dar

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


ADAT PERPATIH: <b>LUBOK CHINA</b> OH <b>LUBOK CHINA</b>!!

Posted: 09 Nov 2008 06:52 PM PST

Kembalikan zaman gemilang Lubuk Cina

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID

MELAKA 9 Nov. - Nama Lubuk Cina cukup terkenal di kalangan penduduk tempatan di sini sebagai tempat persinggahan pedagang-pedagang zaman dahulu.

Menurut cerita penduduk tempatan, Lubuk Cina yang dipisahkan antara Negeri Sembilan dengan sebatang sungai dikenali Sungai Rembau menjadi tempat persinggahan dan berkumpul pedagang-pedagang dari serata dunia yang melalui Selat Melaka.

Bagaimanapun dakwa mereka, tempat yang dahulunya sibuk dan sama penting dengan Sungai Melaka itu kini semakin dilupakan, mungkin kerana kedudukannya yang agak jauh untuk menerima tempias pembangunan di pusat bandar raya Melaka yang pesat.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, nasib pembangunan pekan Lubuk Cina yang menjadi pintu masuk ke Melaka sebagai Bandar Warisan Dunia dari arah Negeri Sembilan, seolah-olah tidak pernah berubah sedangkan penduduknya juga mengidamkan perubahan infrastruktur dan ekonomi yang bertambah baik.

Agak memalukan, apabila kunjungan mereka yang memasuki pekan ini disambut dengan landskap sisa-sisa kayu dan tiang batu deretan kedai lama yang sudah dirobohkan dan tidak dibersihkan.

Lebih menyakitkan mata apabila mata terpandang sebuah kawasan semak yang mempunyai dua blok bangunan iaitu pasar basah dan stesen bas yang terbiar kerana sudah terlalu lama ditinggalkan.

Menurut anak kelahiran Kampung Teluk Berembang di sini, Mohd. Khalid Omar, 55, beliau kesal kerana Lubuk Cina tidak dapat mengulangi kemajuannya ketika zaman kegemilangan suatu ketika dahulu sejajar dengan era pembangunan hari ini.

"Pakcik sedih, sejak pakcik kecil lagi, tidak banyak perubahan pembangunan berlaku di sini. Jalan-jalannya juga sama. Kalau berubah pun, tidak banyak dan pakcik masih ingat bentuknya dari dulu hingga sekarang.

"Sepatutnya, Lubuk Cina serta pekan-pekan kecil lain yang menjadi pintu masuk ke Melaka perlulah dibangunkan sebaiknya kerana ia menjadi penilaian pertama pengunjung sebelum terus memasuki Melaka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Azman Khamis, 44, berkata, sudah tiba masanya Lubuk Cina menerima pembangunan yang rancak sejajar dengan keperluan penduduk di kawasan itu yang semakin berkembang.

"Melihat kepada pekan usang yang ada, seperti tidak sesuai untuk menampung keperluan dan kehendak penduduk daripada empat buah taman perumahan yang terdapat di sini.

"Saya harap, kerajaan negeri tidak terlepas pandang perkara ini terutamanya bagi mengelak penghijrahan generasi muda ke kawasan bandar bagi mencari peluang pekerjaan yang tidak terdapat di sini," katanya.

Tambahnya, tidak mustahil, jika Pekan Lubuk Cina terus dibiarkan begitu, ia akan semakin dilupakan kerana hanya dihuni golongan tua yang akan meninggal dunia suatu hari nanti dan tiada generasi baru yang akan menyambung kelangsungan penempatan di situ.

Salah seorang penduduk, Norizan Osman, 49, berkata, projek pembangunan teratur yang dirancang di Lubuk Cina kelak juga diharap akan dapat membantu meningkatkan lagi sumber pendapatan penduduk setempat.

"Kerajaan negeri perlu mencari satu produk luar bandar yang boleh menjadi kekuatan dan tarikan pelancong ke sini selain tertumpu di pusat bandar sahaja.

"Janganlah pula nanti sampai pelancong luar cuma kenal Melaka pada bandarnya sahaja tetapi daerahnya yang lain dibiarkan sepi dan tidak dikenali," katanya.

Seorang lagi penduduk, Zaleha Mohidin, 43, berkata, kerajaan negeri perlu merangka satu pelan mengatasi banjir sebelum sebarang pembangunan dilaksanakan di Pekan Lubuk Cina supaya pelaburan yang dilakukan tidak merugikan semua pihak.

"Sejak 20 tahun lalu, apabila hujan di Negeri Sembilan, air dari Sungai Rembau akan terus melimpah ke pekan ini sehingga ke paras dada menyebabkan kami terputus hubungan dengan dunia luar.

"Justeru saya amat berharap, selesaikan dahulu masalah banjir di kawasan ini kerana tiada guna juga mempunyai bangunan cantik tetapi ditenggelami banjir," katanya. (Utusab Malaysia online, 11 nov.08)

Komen:
Jika ke Lubok China tidak lupa akan kisah masa lalu yang menarik tentang pekan kecil ini. Satu ketika, ia laluan orang Minangkabau mudik ke hulu melalui Sungai Penajih/Rembau - ke kanan mereka ke hulu ke Kota dan ke utara mereka menuju Sungai Hujung.

Lebih daripada itu, masih teringat pula dua orang penyelidik gigih tentang adat Negeri Sembilan. Seorang daripadanya ialah Allahyarham Norhalim Ibrahim dan Allahyarham Yaakob Idrus. Allahyarham Norhalim antara lain menghasilkan buku Negeri Yang Sembilan dan Sejarah Linggi. Kedua-duanya diterbitkan Penerbit Fajar Bakti dengan tajaan Kerajaan Negeri Sembilan, ketika negeri beradat itu dipimpin Menteri Besarnya, Tan Sri Mohd. Isa Dato' Abdul Samad.

Di pekan Lubok China, air Sg. Rembaunya tetap keruh tapi tenang walaupun pada musim kemarau.Jalur Sg. Linggi/Sg. Rembau/Sg. Penajih adalah laluan utama orang Minang menyebarkan adat perpatihnya ke seluruh Negeri Sembilan dan Naning.

ads