Ahad, 23 Disember 2012

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


Rumah Rehat Tg <b>Bidara</b> Masjid Tanah: Tempat-tempat Menarik <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 23 Dec 2012 08:56 PM PST


Apa yang menarik di Pengkalan Balak dan kawasan sekitarnya ? 
Pantai Pengkalan Balak merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara. Pesisir pantainya yang luas ditambah dengan keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya amat damai dan permai.
Pantai yang popular dengan pelbagai bentuk chalet persendirian ini memberikan peluang kepada pengunjung dan pelancong untuk menginap dan menikmati suasananya yang permai pada sebelah malam. Para Pengunjung juga berpeluang menyaksikan kegirangan nelayan-nelayan yang pulang membawa hasil laut menjelang senja hari. Pengkalan Balak merupakan sebuah pantai yang terkenal bagi Negeri Melaka. Ianya terletak berdekatan dengan kem tentera, Kem Terendak. Pusat Bandar yang paling hampir ialah Bandar Masjid Tanah hanya terletak kira-kira 10km sahaja dari pantai tersebut.
Penempatan ini terdiri daripada 11 buah kampung tradisional dengan kebanyakan penduduknya bekerja sebagai petani dan nelayan
Berdekatan pantai terdapat Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang menempatkan Balai Cerap, Planetarium, Pusat Latihan Falak dan Balai Cerap Robotik.
Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tanjung Bidara
Pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka. Keadaan fizikal pantai yang landai dan pasir yang memutih serta angin sepoi-sepoi bahasa ini merupakan persaingan utama pantai Port Dickson yang terletak lebih kurang 70 km dari Masjid Tanah.
Pantai kegemaran ramai ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta, padang permainan kanak-kanak, surau, medan selera, tandas awam dan bilik mandi untuk keselesaan para pengunjungnya.


Kota Yang Pernah Dijajah

Nama Kuala Linggi diberi bersempena dengan nama sebatang sungai. Disebabkan kedudukan kampung ini terletak di Kuala Sungai Linggi, maka kampung ini diberi nama Kampung Sungai Linggi. Kampung Sungai Linggi terletak di kawasan yang strategik bagi memerhatikan laluan keluar-masuk kapal pada masa dahulu. Oleh itu, sebuah kota telah dibina di Kampung Kuala Linggi.
Kota Kuala Linggi merupakan sebuah kota pertahanan di puncak Bukit Supai. Ia dibina oleh tentera Belanda dan Bugis sebagai tanda perdamaian perang yang berlaku pada 1756 hingga 1757. Selain dikenali sebagai "Supai Fort", kota ini juga dikenali dengan nama For Filiphina di mana namanya diambil bersempena dengan nama anak perempuan Gabenor Belanda ketika itu.
Berdasarkan sejarah, perjanjian di antara tentera Belanda dan Bugis telah berlangsung pada 1 Januari 1758. Hasil perjanjian tersebut Belanda dibenarkan menguasai kawasan Linggi dan perdagangan bijih timah di situ. Kota ini berbentuk segi empat dan dibina dari susunan batu laterit. Di setiap empat penjuru telah dibina separuh bulatan bagi menempatkan meriam untuk tujuan pertahanan.
Jambatan Kuala Linggi boleh dikatakan pemisah atau sempadan antara Negeri Sembilan dan Melaka. Melintasi sahaja Jambatan Kuala Linggi bermakna anda telah tiba di Negeri Melaka, Bandaraya Bersejarah. Kuala Linggi terletak di Daerah Alor Gajah di samping beberapa mukim atau pekan kecil lain seperti Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru dan Masjid Tanah.
Jika di Negeri Sembilan, Adat Perpatih menjadi sanjungan namun Melaka yang terkenal dengan sejarah kepahlawanan Hang Tuah menjadikan Adat Temenggung sebagai budaya hidup sehari-hari. Bagaimanapun di Kuala Linggi terdapat juga masyarakat Minangkabau kerana kedudukannya yang bersempadan dengan Negeri Sembilan.
Kira-kira beberapa tahun yang lalu, sebelum kewujudan jambatan yang menghubungkan Port Dickson dan Kuala Linggi, perahu tambang menjadi pengangkutan utama menghubungkan kampung itu dengan kawasan-kawasan di Negeri Sembilan dan sebaliknya. Apabila jambatan Kuala Linggi siap dibina pada sekitar 1990-an, perhubungan melalui jalan raya telah menjadi keutamaan.
Menariknya di Kuala Linggi, terdapat beberapa peristiwa bersejarah yang boleh dikaitkan dengan kuasa-kuasa luar. Di sini terdapat sebuah kota pertahanan di Puncak Bukit Supai yang dibina oleh tentera Belanda dan Bugis sebagai tanda pendamaian perang di antara kedua-duanya yang berlaku pada tahun 1756-1757. Berdasarkan perjanjian tersebut, orang-orang Belanda diberi kuasa di kawasan Linggi dan dalam perdagangan bijih timah.
Perpustakaan Desa Kuala Linggi terletak di Pekan Kuala Linggi. Bangunannya terletak di antara deretan rumah-rumah di sepanjang jalan Kuala Linggi. Jika anda ternampak papan tanda Perpustakaan Desa Kuala Linggi bermakna anda telah pun sampai.











 

 

 

Selamat Datang ke Restoran Ikan Bakar Terapung Fort Supai........

Restoran Terapung Fort Supai terletak di Kompleks Terapung Fort Supai, Kuala Linggi  Melaka. Dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri Datuk Seet Har Cheow pada Jumaat 12 April 2009.
Kompleks Medan Ikan Bakar Terapung Fort Supai merupakan projek pelancongan yang dilaksanakan selain kemudahan perlancongan di Tanjung Bidara, Pengkalan Balak, Padang Kamunting, Dataran Alor Gajah dan rumah rehat Tanjung Bidara, Masjid Tanah.
Restoran Terapung Fort Supai  telah mula beroperasi pada 29hb April 2009. Di usahakan oleh Puan Aizan Mat Ramli.
Restoran ini menyediakan Ikan Bakar biasa & Sambal Terutub (Resepi Pak Teh) dan Makanan Laut & Thailand. Pembekal ikan adalah dari nelayan-nelayan di sekitar Kuala Linggi.

Medan Ikan Bakar Nelayan Kuala Sungai Baru

Masjid yang diperbuat daripada tanah.  Asal usul nama Masjid Tanah

Rumah Tradisional Melayu Londang
Juara 2 kali Kampung Tercantik Peringkat Kebangsaan - Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah


Pulau Besar mempunyai keluasan kira-kira 168 hektar dan merupakan pulau yang terbesar sekali di Melaka.  Ia merupakan sebuah pulau di luar pantai Melaka. Terletak 15km daripada Bandar Melaka serta dihubungkan melalui pengangkutan air. Terdapat kemudahan feri  disediakan di antara Tanah Besar iaitu di Jeti Anjung Batu dan juga kemudahan bot yang boleh disewa di Jeti Umbai, Melaka. Banyak lagenda dikaitkan dengan pulau ini. Pulau Besar dari jauh kelihatan seperti seorang wanita hamil yang sedang berbaring.
Pulau Besar dikatakan penuh dengan sejarahnya yang menjadi daya tarikan pelancong tempatan dan luar negara khususnya bagi mereka daripada keturunan India Muslim Malaysia dan Singapura. Di antara tempat pelancongan yang menjadi tumpuan adalah seperti Makam Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail, Makam Syarifah Rodziah, Makam Saiyid Ibrahim (R.A), Batu Tengkorak, Pokok Disula, Tasik Biawak, Batu Belah, Keramat Masin Tawar, Istana Bunian, Perkampungan Bunian, Gua Yunus, Keramat Ular, Makam Nenek Kebayan, Makam Tok Janggut, Makan Seribu, Makam Tujuh Beradik, Makam Nisan Satu, Tapak Kaki Sultan Arifeen dan sebagainya. Pulau ini dianggap suci oleh orang-orang tempatan dan pelancong dinasihatkan untuk berkelakuan baik apabila berada di pulau ini.

Terdapat chalet dan gerai-gerai yang disediakan bagi pelancong agar mereka dapat menikmati pantai yang cantik dan pemandangan yang indah. .
Perigi Hang Tuah terletak di kampung Duyung, Melaka. Perigi  ini dikatakan mempunyai kaitan dengan Hang Tuah seorang pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini di Zaman Kesultanan Melayu Melaka (1398 – 1511). Hang Tuah Yang dilahirkan di Kampung Duyung ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya.

Hang Tuah merupakan seorang pahlawan Melaka di mana kisah keberaniannya terbukti apabila semasa remaja lagi dengan tanpa bantuan sesiapa, beliau telah dapat menangkap seorang lelaki yang mengamuk di Kampung Duyong. Kehebatan ini sampai ke telinga Sultan dan Hang Tuah dipanggil ke istana untuk dijadikan pahlawan termuda berkhidmat dengan Melaka. Kebolehannya yang cemerlang membuatkan beliau bersama empat sahabatnya legenda dalam sejarah Melaka.

Walaupun terdapat beberapa hikayat bahawa Hang Tuah hilang begitu  sahaja dan terdapat yang mengatakan Hang Tuah meninggal dunia di Perak. Sejarah Melayu daripada tulisan Tun Seri Lanang, yang dianggap sahih dalam pengisahan Sejarah Melayu, mengatakan Hang Tuah meninggal dan dikebumikan di Tanjung Kling dengan penuh adat istiadat.
Makam Hang Jebat bertempat di Kampung Pali, berdekatan Jalan Gelanggang di Bandar Melaka. Hang Jebat merupakan seorang wira terkenal semasa Kesultanan Melayu Melaka. Beliau merupakan salah seorang daripada empat sahabat rapat Hang Tuah.

Namun begitu, Hang Jebat akhirnya dibunuh oleh Hang Tuah dalam pergaduhan yang memakan masa 3 hari dan 3 malam. Demi keadilan terhadap hukuman Sultan yang berat sebelah ke atas Hang Tuah, Hang Jebat dituduh sebagai seorang penderhaka kepada Sultan. Perbalahan ini menimbulkan tanda tanya tentang moral Hang Jebat terhadap pihak berkuasa dan mengenai  Hang Tuah yang menurut perintah Sultan walaupun kesalahan Hang Jebat ialah untuk membela nasib Hang Tuah.


Hang Kasturi merupakan salah seorang pahlawan lima bersaudara yang terdiri daripada Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Reka bentuk Makam Hang Kasturi banyak dipengaruhi seni bina India, yang mana terdapat ruang-ruang untuk menempatkan pelita untuk menerangi makam tersebut. Makamnya juga dalam bentuk bertingkat sederhana besar, tidak seperti makam-makan berukuran panjang yang dianggap keramat.

Tun Teja atau Tun Teja Retna Benggala adalah anak kepada Seri Amar Diraja, Bendahara Negeri Pahang. Beliau sebenarnya tunangan Yang Dipertua Pahang, Sultan Abdul Jalil. Mengikut Sejarah Melayu, Tun Teja telah dilarikan dari Negeri Pahang dan diyakinkan oleh Hang Tuah untuk mengahwini Sultan Mahmud Shah. Hasil perkahwinan ini, baginda telah dikurniakan Putera Amar Dewi. Semasa Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka ke Bentayan (Muar) akibat serangan Portugis, Tun Teja mangkat dan dimakamkan di sini dengan penuh kehormatan.

BANGUNAN MERAH , BANDAR HILIR
Bangunan Stadhuys serba merah dan dilengkapi sebuah menara jam.'Bangunan Stadthuys' ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.
Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di bidang pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang kaya.
Catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa perlunya diwujudkan sebuah sekolah Inggeris di Melaka. Surat itu dikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja, Encik J. Humprey, J.W. Overee dan A.W. Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar. Pengetua Malacca Free School yang pertama ialah Encik T.H. Moore.
Tidak lama kemudian bilangan pelajar di sekolah itu meningkat sehingga 200 orang. Waktu belajar bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung dari jam 2 petang hingga jam 4 petang. Bilangan pelajar Melayu pada masa itu tidak ramai kerana kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu atau sekolah agama. Walaupun bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris, bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Portugis dan Bahasa Cina juga diajar.
Pada bulan Ogos 1878, kerajaan British mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut daripada golongan paderi dan menamakannya Malacca High School atau Sekolah Tinggi Melaka. Pengetuanya yang baru ialah Encik A. Armstrong. Pada tahun 1931, Sekolah Tinggi Melaka berpindah ke tapak barunya di Jalan Chan Koon Cheng hingga sekarang. Bangunan itu kini menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi. Paparan harian muzium ini ialah pakaian pengantin tradisional dan artifak dari zaman kegemilangan Melaka.
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
Ia terletak di Bandar Melaka dan berhampiran dengan kesan-kesan sejarah yang lain seperti A Famosa dan  replika Istana Kesultanan Melaka. Di hadapan memorial ini ialah Dataran Pahlawan. Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Bangunan ini juga digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan Inggeris. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan.
Memorial ini ditubuhkan untuk mengambil dokumen tentang kemerdekaan negara. Selain itu, pameran di bangunan ini meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Barang-barang yang dipamerkan meliputi dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah, keratan akhbar dan bahan-bahan artifek yang berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.
Memorial Perisytiharan Kemerdekaan
KINCIR AIR YANG BESAR DI BANDAR HILIR
Kincir Air Kesultanan Melaka

Kincir Air Kesultanan Melaka dibina pada akhir 2007 dan siap pada Mac 2008. Ia telah mencipta rekod sebagai kincir air yang pertama dan terbesar di Malaysia. Strukturnya adalah berasaskan teknologi Islam yang boleh didapati di Syria dan juga Lijiang, China.

Terletak berhampiran dengan tebing Sungai Melaka, anda boleh mengalami pemandangan mercu tanda Melaka yang baru ini sambil menikmati hidangan lazat.

river_cruise
Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu  
Zoo Melaka, yang dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.
 terletak di Ayer Keroh, adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strategik, iaitu di Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Zoo ini dianggap sebagai salah sebuah zoo yang tertua di Malaysia dan ianya menjadi kediaman pelbagai spesies binatang yang kini diancam kepupusan.
zoo1
Antara binatang yang boleh didapati di zoo ini termasuklah Panda Merah, binatang dari keluarga panda tetapi berlainan dari panda yang sering dikaitan dengan simbol negara China. Selain dari menyaksikan binatang yang dikurung di dalam kandang, pengunjung juga boleh menikmati keseronokan menaiki gajah atau kuda, yang mana sering menjadi kegemaran pengunjung muda zoo. 
zoo2
Tarikan lain di Zoo Melaka adalah taman mini safarinya di mana pengunjung boleh berjalan di sepanjang titian kayu untuk menyaksikan binatang dari jarak dekat. Buat masa ini, terdapat kira-kira 80 binatang dari 16 spesies yang dibiarkan bebas dalam kawasan safari seluas 1.5 hektar ini. 

Taman Buaya Melaka mempunyai kira-kira 100 spesies buaya dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka.Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu. Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk.
taman_buaya
Tarikan terbaru di Taman Buaya yang menjadi salah satu tarikan utama kepada pengunjung ialah  Taman Permainan Air. Terbuka   kepada semua dan ia mempunyai keluasan 6000 kaki per segi dan kedalaman diantara 1.5'  dan 2.5'.Tarikan lain di taman ini termasuklah rumah hantu dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain.

Taman Rama-rama & Reptilia
Satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi di kawasan Ayer Keroh adalah Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka yang menjadi tempat tinggal berbagai spesies rama-rama dan reptilia.

Selain rama-rama, yang merupakan hidupan utama di sini, pengunjung juga boleh menyaksikan pelbagai jenis reptilia termasuk ular, labah-labah, kala jengking dan ratusan jenis serangga yang pastinya akan membuatkan pengunjung merasa geli geleman.

Menyaksikan reptilia ini secara dekat, terutamanya ular, tentunya akan membuatkan pengunjung lebih memahami kehidupan dan habitat binatang yang seringkali disalah anggap  ini.

Istana Kesultanan Melaka ini merupakan sebuah replika Istana Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka dari 1456 hingga 1477. Muzium ini dibuka secara rasminya pada 17 Julai 1986. Kini, muzium ini mempunyai lebih kurang 1,350 item dalam bentuk artifak, cetakan, gambar dan lukisan yang mewakili sejarah dan budaya Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada tempoh tersebut. 
Bangunan tiga tingkat ini dibahagikan kepada lapan bilik dan tiga galeri termasuk bilik pancaragam Diraja, senjata, seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi, balairung seri dan dewan Islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat, pakaian tradisional dan kamar diraja.

Di antara barang pameran di sini termasuk cetakan dan gambar Kesultanan Melaka, model Istana Sultan Mansur Shah, senjata Melayu, pakaian perkahwinan tradisional Melayu, barangan kemas dan barangan loyang.

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


Taman Muzaffar Syah , <b>ayer keroh</b> melaka untuk <b>di</b> jual - Kedai PMC

Posted: 18 Oct 2012 08:02 PM PDT

Satu lagi jualan rumah….kali ini rumah teres 1 tingkat di taman muzaffar syah , ayer keroh melaka …. tak perlu nak explain kawasan dia nie .. pasall semua  tau kat mana ayer keroh ini.. segala macamm ada di ayer keroh..  MITC … zoo melaka .. mydin .taman buaya…. water park wonder land … … mc D . … dann lain lain lagii … ….. rumah ini sebenarnye run sebagaii homestayy… tetapii ada  penyewa studentt yang sedang dudukk sekarang ini … rate sewa RM1k  sebulan ..siapp ada tenancy aggrement …

Detail rumah seperti berikut ..

Alamat :  no 19, jalan seri mahkota , taman muzaffar syah , ayer keroh  75450 melaka …

Keluasan :  22 x 70 ….. banyak besarr tu …

3 bilik tidur

2 bilik air.

LEASEHOLD

semua bilik tidur ada aircond … siap dengann astro … kerusi urutt …. dan macam macam perabot lagi yang ada …

location dekat dengan Multimedia Universiti , MITC , ZOO melaka , Jaya Jusco , sewa  tiada masalah kerana kawasan ini ramai orang cari untuk duduk … area student.

Nak jual RM135k … siap dengan perabot yang ada …. siapp dengan tenant ….. malas aku nak tawar tawar… kalau tak setuju dengan harga tu .. tiada masalah……

condition TIP TOP … rumah dah extend bahagian belakang… siap tiles..

first come first serve…. calll 012-4720207….

sapa yg mencarii rumah di ayer keroh.. boleh lah tengok nie rumah yeaa….berbaloii untuk beli inii …  nak duduk sendiri pun ok .. jiran semua melayuu …. nak buat homestay pun tiada masalah… kalau nak orang  housekeeping pun aku boleh kenal kan ….. no problemm ….

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


Coconut Shake <b>Klebang</b> Aku datang | AkuBiomed

Posted: 13 Dec 2012 08:32 PM PST

Apalah yang best sangat asyik hinggakan 3 kali balik kampung dan 3 kali juga sehingga Coconut Shake Klebang. Alasannya adalah Coconut Shake Klebang memang tersangat sedap dan saya suka lepak bersama keluarga setelah penat memandu dari KL ke Melaka.

coconut shake klebang

Jom layan gambar-gambar suasana di Coconut Shake Klebang saya bersantai bersama keluarga. Terima kasih kepada kakitangan Coconut Shake Klebang yang memasang payung tambahan ketika cuaca agak terik untuk kami makan dan minum didalam cuaca panas terik. Anak-anak pula tidak mahu bergenjak ke tempat yang lebih teduh.

coconut shake klebang

nasi lemak sedap

kuih donat dan karipap gulung

baby aslah makan karipap gulung

Kuih karipap favorite baby Aslah

baby aslah sedut coconut shake

Baby Aslah punya sedut coconut shake tak ingat.

abang koning makan nasi lemak

2012 tahunku yang kacak

Babah lain kali bawa coconut shake klebang.

baby aslah dan abang ngah

Sudah kenyang bergurau senda adik beradik.

balik ke kereta

Jom kita balik.

Semalam kami anak beranak memakai jersi Harimau Malaya sempena perlawanan diantara Harimau Malaya vs Gajah Perang malam tadi. Kekecewan telah terbit apabila kita kalah dan agak sukar untuk bermain 10 pemain. Saya rasa ramai yang berharap pasukan Malaysia akan bertemu Singapura bagi misi menebus kekalahan di peringkat kumpulan tetapi hajat pasukan kendalian Datuk Rajagopal untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2 tahun lalu tidak kesempaian.

tempat letak kereta di coconut shake klebang

Tempat letak kereta di coconut shake klebang

Klik link lokasi: Coconut Shake Pantai Klebang.

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Dec 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Dec 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Dec 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Jun 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 04 May 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Jun 2012 09:16 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jun 2012 09:01 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 04 May 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 04 May 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Apr 2012 09:28 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Feb 2012 04:56 PM PST

URL Sumber Asal :-

Kekecohan Sembrong: Seorang Dilastik Manakala Lelaki Tua <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2012 05:34 PM PST

Malaysiakini

PKR menafikan ceramahnya di Jalan Mersing, Sembrong pada malam Ahad lalu di mana kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah itu diadakan tanpa permit.

"Majlis yang mendapat permit dari pihak polis itu diganggu dari awal hingga akhir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Tujuan mereka ialah untuk menimbulkan kekecohan dan huru-hara," kata Ketua Penerangan PKR, Johor Syed Hamid Ali (kiri) dalam satu kenyataan memperincikan apa yang sebenarnya berlaku pada malam berkenaan.

Menurut beliau, pada kejadian itu, lebih 100 orang yang dipercayai kakitangan dan anak-anak muda yang diupah oleh Umno tempatan telah melakukan segala macam provokasi untuk mengganggu dan mencederakan orang ramai dan pemimpin yang hadir di situ.

"Mereka membuat bising dan menjerit-pekik; buat rioh-rendah dengan membunyikan enjin motorsikal, air horn dan siren.

"Kemudian, berpuluh-puluh anak muda yang bermotosikal terus mengganggu lalu lintas; batu, telor, botol plastik dan mercun bola berterbangan ke arah penceramah dan orang ramai," katanya.

Syed Hamid juga berkata pada malam itu, tidak kurang 4,000 orang membanjiri ruang di hadapan pejabat Cabang Semberong di Batu 4 Jalan Mersing, Kluang untuk mendengar ucapan daripada pemimpin-pemimpin parti peringkat negeri dan pusat.

Antara mereka termasuk ketua umum PKR itu sendiri, dirinya, ahli parlimen Kapar S Manikavasagam dan ADUN Mengkibul Ng Lam Wah.

"Ketika rombongan Anwar sampai di tempat ceramah kira-kira jam 11.30 (malam), suasana menjadi semakin ribut.

"Beliau dan rombongannya diserbu dan dikepung. Pergelutan kecil berlaku sebelum Anwar berjaya diselamatkan.

"Kami diberitahu, seorang mengalami cedera ringan di dahi dipercayai akibat dilastik; seorang lelaki tua cedera dibaling kayu; bendera PKR dibakar; cermin kereta Anwar pecah dan pintunya kemek," katanya.

Sehubungan dengan kejadian itu, katanya PKR menuntut supaya pihak polis bertanggungjawab untuk melakukan penyiasatan secara profesional.

Syed Hamid juga berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein selaku Ketua Bahagian Umno Semberong dan ahli parlimen kawasan itu juga perlu bertanggungjawab atas peristiwa buruk dan memalukan itu.

Kejadian itu antara beberapa siri gangguan yang disaksikan sejak beberapa minggu kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pada 13 Februari lalu, kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap, Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.

Manakala pada Jumaat lalu pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.

Malah, Anwar terpaksa membonceng motosikal untuk menuju ke lokasi ceramahnya.

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di durian tunggal</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Sep 2012 09:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BACAAN YAASIN DI TAMAN CEMPAKA <b>DURIAN TUNGGAL</b>

Posted: 25 Sep 2012 07:31 PM PDT

Salam Perjuangan

Perguruan Seni Silat Kota Sendeng malam tadi telah mengadakan lawatan dan kunjungan ahli perguruan yang baru sahaja mendapat cahaya mata di Tmn Chempaka Durian Tunggal..

Ahli perguruan juga telah sama sama membaca yaasin yang diketuai oleh Tuan Guru Hasan dan bacaan doa diketuai oleh Tuan Guru Utama Rahman..Kita semua sama sama doakan kesihatan kepada bayi itu supaya cepat pulih dan ceria seperti anak anak yang lain.

Semuga Allah memperkenankan permohonan dan hajat kami semua..InsyaAllah..




04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di bukit katil</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Nov 2012 12:31 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di bukit katil</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Nov 2012 11:41 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

projek melaka maju .....: Porjek Rumah Melaka <b>Di Bukit Katil</b> Telah <b>...</b>

Posted: 30 Jun 2012 10:17 AM PDT


Gambar Rumah Melaka Di Bukit Katil.....
Berikutan permintaan produk kayu-kayan yang dihasilkan oleh pengusah-pengusaha dari seluruh Melaka, Kerajaan Negeri Melaka telah mengambil inisiatif untuk membina dan memajukan sektor kayu-kayan dengan membina sebuah pusat promosi perabot dan perkayuan atau lebih dikenali sebagai Rumah Melaka. Rumah Melaka akan menjadi pusat promosi dan pameran bagi produk-produk yang dihasilkan di Melaka. Terletak di Bukit Katil, Rumah Melaka dijangka mampu menjadi tumpuan pembeli-pembeli produk perkayuan dan perabot dari seluruh negara serta para pelancong domestik dan antarabangsa.
Kerajaan Negeri Melaka sememangnya bijak dalam mengekploitasikan sektor perkayuan yang mana dijangka mampu memberi keuntungan kepada pengusaha-pengusaha tempatan sekaligus mampu mengukuhkan sektor utama negeri iaitu pelancongan.
Dibina daripada pelbagai jenis kayu-kayan, Rumah Melaka terbina indah dengan pelbagai ukiran dan mengekalkan ciri-ciri tradisional seni bina rumah Melayu Melaka. Berikut merupakan artikel mengenai sektor perkayuan dan Rumah Melaka.
Gambar Semasa Merasmikan Rumah Melaka Di Bukit Katil Melaka...
MELAKA, 18 Mac (Bernama) -- Eksport industri kayu dijangka mencecah RM23 bilion tahun ini berbanding RM20.52 bilion pada tahun lepas, yang mencerminkan satu sumbangan kepada ekonomi negara yang masih signifikan.
Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin berkata Jepun yang dilanda gempa bumi baru-baru ini merupakan pasaran eksport terbesar negara, iaitu kira-kira 19 peratus.
Selain Jepun, negara utama pengimport industri kayu Malaysia berdasarkan statistik 2009 ialah Amerika Syarikat (12.2 peratus), India (6.85 peratus), Korea (5.85 peratus), United Kingdom ((4.65 peratus), Taiwan (4.30 peratus) dan Australia (4.11 peratus).
"Oleh kerana eksport kayu berkait rapat dengan ekonomi sesebuah negara itu, kita menjangkakan permintaan menurun dari negara matahari terbit itu dan juga pasaran dari negara-negara Timur Tengah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pusat Promosi Perabot dan Perkayuan Negeri Melaka (Rumah Melaka) di Bukit Katil di sini Jumaat.
Rumah Melaka yang dibina menggunakan pelbagai spesies kayu sebagai pusat promosi berharga RM5 juta di kawasan seluas dua hektar disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Menurut Hamzah, prestasi pasaran eksport boleh ditingkatkan dengan nilai tambah terutama industri perabot mengikut spesifikasi khas seperti yang dikehendaki pelanggan.
Pada masa yang sama, beliau berkata industri kayu dan perabot juga tidak seharusnya bergantung kepada pasaran eksport sebagai salah satu sumber pertumbuhan utamanya.
"Pasaran tempatan mempunyai potensi mewujudkan kesan berganda dan mampu mengimbangi cabaran ketidaktentuan pasaran antarabangsa," katanya.
Beliau berkata langkah mempromosi dan mempertingkatkan kayu kayan di pasaran tempatan termasuk pembinaan "Rumah Melaka" merupakan langkah yang tepat dan selaras dengan hasrat kerajaan menerusi Dasar Perindustrian Kayu Malaysia (NATIP) yang menyasarkan eksport kayu negara mencecah RM53 bilion menjelang 2020.
Pada masa ini, penggunaan kayu di pasaran tempatan dianggarkan bernilai RM24 bilion setahun di mana pengguna kayu terbesar di negara ini adalah di sektor pembinaan yang boleh diperluaskan lagi.
Rumah Melaka, katanya adalah sebuah projek kementerian yang berpotensi dijadikan hab atau pusat sehenti produk keluaran syarikat Bumiputera.
Furniture Industry Technology Centre (FITEC) sebuah anak syarikat milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA), telah dilantik untuk menguruskan penjualan produk keluaran Bumiputera di pusat itu.
Dengan bimbingan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan FITEC, katanya pengusaha perabot Bumiputera dijangka dapat memperluaskan jaringan pasaran mereka melalui penyertaan dalam aktiviti dan program yang akan dijalankan secara berkala di Rumah Melaka.
Prestasi eksport pengusaha kayu Bumiputera meningkat 5.5 peratus kepada RM32 juta tahun lepas berbanding RM30 juta pada 2009.

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Ijtima&#39; Tarbawi Jihad Pilihanraya peringkat <b>Negeri Melaka</b> ~ Rakyat <b>...</b>

Posted: 01 Dec 2012 09:34 PM PST

Dis 2 - Ijtima' Tarbawi Jihad Pilihanraya telah berjaya dilaksanakan semalam. Program yang dianjurkan oleh Akademi Tabiyah Pemuda PAS Negeri Melaka dengan kerjasama Pemuda PAS Malaysia itu dirasmikan oleh al-fadhil Ust Faisol bin Sheikh Mohd, Timb. Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Negeri Melaka.

Beberapa kertas kerja telah dibentangkan oleh pimpinan-pimpinan pemuda PAS seperti Ust Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Timb. Ketua Pemuda PAS Malaysia), Ust Zaharudin Mohamad (Ahli Majlis Syura Ulama), Ust Shahril Azman (Ketua Pemuda PAS Pahang) dan Ust Fadhli Ghani (Arkib PAS Pusat). Begitu juga pimpinan PAS Negeri seperti Ust Faisol Sheikh Mohd (Timb. Pengerusi Lajnah Tarbiyah) dan Jauhar Mohd Dawi (Exco Pemuda PAS Negeri).

Antara tajuk yang dibentangkan adalah "Pemuda PAS Ke Arah Memenangi PRU-13", "Pilihanraya dan Fiqh Waqie'" dan "Tarbiyah Siasah". Manakala forum pula membincangkan tajuk "PAS sebagai gerakan Tarbiyah, Dakwah dan Siasah".

Program yang bermula jam 9.00 pagi itu dihadiri sejumlah hampir 100 orang anak muda dari pelbagai latar belakang. Turut hadir pimpinan Pemuda PAS negeri dan kawasan-kawasan.

Akademi Tarbiyah Pemuda PAS Pusat dalam rangka program untuk turun ke setiap negeri dalam misi mengadakan Ijtima' Tarbawi di peringkat negeri bagi menggantikan Ijtima' Tarbawi peringkat Pusat yang ditangguhkan. Ijtima' Tarbawi Pemuda Pusat ditangguhkan bagi memberi laluan kepada persiapan Pilihanraya Umum ke-13.

ads