Rabu, 8 Jun 2011

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


TUKAR TAYAR BARU: ALI RUSTAM CABUT LARI, PENIAGA <b>DI JASIN</b> KECEWA <b>...</b>

Posted: 07 Jun 2011 04:56 PM PDT

JASIN 7 Jun - Kira-kira 40 peniaga kedai di Pekan Asahan di sini melahirkan rasa tidak puas hati dengan bayaran pampasan yang dicadangkan kerajaan negeri untuk memindahkan mereka bagi memberi laluan kepada projek menaik taraf pekan lama itu tidak lama lagi.

Rata-rata mereka yang mula menyewa kedai papan itu sejak lebih 15 tahun lalu mendakwa, pampasan sebanyak RM3,000 yang ditawarkan kerajaan negeri kepada setiap penyewa itu tidak mencukupi bagi menampung pelbagai kos untuk berpindah ke lokasi baru.

Seorang peniaga kedai runcit, M. Nadarajah, 52, yang telah menyewa kedai di pekan itu sejak 27 tahun lalu berkata, dia menyokong usaha kerajaan negeri untuk merobohkan bangunan kedai kayu di pekan lama bagi dibina baru.

"Cuma saya kecewa dengan jumlah pampasan RM3,000 yang diberikan itu tidak setimpal dengan usaha kami yang telah sekian lama membantu menghidupkan pekan ini sejak negara merdeka lagi.

"Lebih malang, ketika proses bicara pampasan di Pejabat Tanah dan Daerah 26 Mei lalu, kami tidak diberitahu lokasi baru untuk berpindah," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurut Nadarajah, pampasan itu tidak mencukupi bagi kos menyewa lori untuk mengangkat pelbagai barang runcit di kedainya.

Malah katanya, sejak menyewa kedai itu hampir 30 tahun lalu, dia telah menghabiskan lebih RM10,000 untuk kerja-kerja membaiki dan mengubahsuai kedai kayu itu yang dilakukan sedikit demi sedikit.

"Saya harap, pampasan itu dapat dinaikkan kepada RM8,000, barulah cukup untuk kami berpindah dan sebagai deposit untuk menyewa kedai baru," katanya yang menjelaskan menyewa kedai itu pada kadar RM150 sebulan.

Bagi penyewa kedai membaiki motosikal, Tay Guan Huat, 43, menyifatkan pampasan itu tidak setimpal kerana mereka terpaksa mencari lokasi baru untuk meneruskan perniagaan.

Justeru, dia berharap kerajaan negeri dapat membuat penilaian semula nilai pampasan yang akan diberikan itu supaya bersesuaian dengan keadaan semasa.

"Jika kerajaan negeri tidak boleh berikan antara RM30,000 hingga RM60,000 kepada pemilik tanah, sekurang-kurangnya berilah penyewa RM8,000 seorang untuk memulakan perniagaan di lokasi baru," katanya.

Pandangan sama dilontarkan peniaga kedai membaiki radio dan televisyen, R. Sandra, 60, yang berharap setiap penyewa diberikan pampasan sekurang-kurangnya RM5,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


Anis Anwary: Bercuti <b>di</b> Pantai <b>Tanjung Bidara</b>,Melaka

Posted: 14 Apr 2011 12:31 PM PDT

Assalamualaikum semua.Mesti kamu semua  rasa pelik kan dengan entry saya kali ni?haha!saya dah tak tulis dalam english dah.Saya tulis dalam bahasa melayu dah.Kenape?sebab saye ikot Babydiera lah.Ape lagi.HAHAHA!alah,bukan ape,saya tulis entry dalam english pon sebab maybe ada yang non malay baca blog saya.Tapi saya tgk mcm takde je non malay yang baca.Semua malay je.So,baik saya tulis dalam bahasa melayu.HIHIHI.

Untuk entry kali ni,saya nak bercerita tentang percutian saya ke Pantai Tanjung Bidara,Melaka.Percutian ni dah lama kami bincangkan dari bulan lepas lagi.Tapi still tak ada peluang nak pegi.Pada sabtu lepas,baru lah kami berpeluang nak pergi bercuti bersama-sama.Yang pergi dalam percutian ini ialah kekasih hati saya Babydiera,Bab Xavies,Kecik Lazara,Aiman Biber,Aizat smith dan Bittu batman.Setelah semua sudah bincang pada minggu tu,kami pon bersiap sedia dari hari sabtu lagi.Alhamdulillah bersyukur pada Allah apabila Aizat Smith menyedari bahawa tayar kereta mak saya telah botak dan dawainya sudah terkeluar-keluar.Pada malam itu juga saya minta duit papa untuk beli tayar baru.Pada awalnya,kedai dah nak tutup,tapi bisnes punya pasal,sanggup tutup lewat.Selepas menukar spender,eh silap,selepas menukar tayar kereta,kami pon pulang untuk packing barang.Saya sempat tidur sekejap,sebab terlalu mengantuk.Dalam pukul 1,aku terjaga,sebab Aizat Smith kacau saya tido.Saya pon mandi dan siapkan diri.Aizat Smith dan Kecik lazara sempat buat video shuffle di dalam bilik saya sebelum kami bertolak.

Saya comel kan?please ckp saya comel :)


Kami bertolak dari rumah pada pukul 2 pagi.Kami pon pegi ambil babydiera dan bab xavies seterusnya ke kedai mamak untuk mengalas perut kami.Pada pukul 3 tepat,kami pon meneruskan perjalanan ke Melaka.Ketika dalam perjalanan,Aiman bieber tido nyenyak sambil mulutnya ternganga sementara Bitu pula tido berdengkur sampai kami sesat jalan.Alhamdulillah,nasib baik bitu sempat bangun ketika kami sesat.Kami sempat masuk ke simpang masjid tanah,kalau tak dah pergi bandaraya Melaka dah.Kami pon teruskan perjalanan dan akhirnya,sampailah di Pantai Tanjung Bidara.Banyak chalet yang penuh ketika itu.Ketika Aizat Smith nak buat U-turn,tiba2 tayar kereta terjerlus di dalam pasir.Dalam juga pasir itu.Kami cuba menolak kereta,tapi tak jadi.Hasil otak cerdik Aiman Bieber,kami berjaya menolak kereta itu dengan meletakkan kayu dan spring di bawah kereta.

Tough tak saya?Huhu


Setelah penat dengan kerja itu,kami minum pagi di gerai.Selepas minum,kami ke rumah nenek Bitu utk berehat sebentar.Selepas setengah jam berehat,kami menuju ke pandai yang berdekatan dengan kem sebab bitu ckp kat situ best.Apabila sampai,kami mencari port yang hujung sekali,sebab port di situ aman dan tiada org.Saya agk hampa skit sebab ombak tidak kuat.Saya gemar bermain ombak.Babydiera tidak mandi dan hanya bermain handphonenya saja sementara saya menemaninya.Hai,cantik tak?ni bab yang tulis
Ini tapak sulaiman yang saya jumpa.Pelik kan?

Ini obor-obor yang saya jumpa.Masak gulai sedap ni :P


Babydiera kesian saya tak dapat mandi dan akhirnya dia mengizinkannya.Saya mandi kejap je sebab tak suka dengan keadaan laut disitu.Seterusnya,saya dan kawan-kawan tulis mcm2 di atas pasir.Kami juga turut terjumpa obor-obor dan tapak sulaiman di situ.Hehe.Setelah hampir sejam di pantai,kami berehat sebentar di rumah nenek Bitu.Kami sempat mengambil gambar di sekeliling kawasan umah nenek Bitu yang cantik dan aman tu.Selepas sejam berehat,kami pon meneruskan perjalanan ke Bandaraya Melaka.Ketika dalam perjalanan,semua tidur nyenyak kecuali saya dan Aizat Smith.Apabila sampai,Babydiera terus terjaga.Saya mengajaknya jalan-jalan di sekitar mahkota parade.Kami sempat makan McDonald sebab tak boleh keluar dari bangunan kerana hujan yang amat kebat.Selepas selesai makan,kami berjalan di sekitar Mahkota Parade.Apabila hujan sudah berhenti,kami pon kembali semula ke kereta.Ketika itu kereta sudah overheated,nasib baik saya datang dan off engine.Kalau tak,habis meletup kereta saya.Ketika itu,saya pon ambil camera untuk menangkap gambar baby comel saya Babydiera.Ketika saya sedang ambil camera,Aizat Smith dan Aiman Bieber terjaga.Saya pon ajak diorang ke dataran pahalawan.Kami sempat buat photoshit disekitar padang Dataran Pahlawan.Selepas photoshit,kami pon pulang ke kuala lumpur.Kami bertolak dalam pukul 6 petang dan sampai di rumah dalam pukul 9 malam.Saya yang drive tau.Sumpah ngantok gila,tapi demi cinta saya terhadap Babydiera dan kawan-kawan.Saya sanggup tahan.

Ini lah gambar babydiera yang comel hasil tangkapan saya.Comel tak?comel kan?nak cium?tak boleh.Saya je boleh.HAHA!

SAYA GEMBIRA SANGAT SEMUA ORG BERGEMBIRA PADA HARI ITU TERUTAMA KEKASIH HATI SAYA BABYDIERA.SAYA MINTA MAAF KERANA BUAT HAL HARI TU.SAYA JANJI SAYA TAK BUAT LAGI.


Thanks for reading . I hope you like it . Come here again . Have a nice day :)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Asmara Pantai <b>Tanjung Bidara</b>

Posted: 14 Apr 2011 09:54 PM PDT

Share

 Tempat Remaja Memadu Nafsu

Apa hendak jadi dengan `kebanyakan` remaja kita kini, kalau bercinta sekalipun biarlah beradab serta mengikut lunas-lunas agama. Itulah yang selalunya diperkatakan, cinta mahu dicari, kerja tidak menentu, hendak kahwin, hantaran yang dikenakan terlalu mahal..dunia-dunia.

Memalukan saja apabila ada pasangan bercinta menjadikan kawasan pantai Tanjung Bidara, di sini, sebagai 'port' untuk melakukan aksi 'ringan-ringan'. Tambah memburukan lagi apabila terdapat pasangan yang tidak segan-silu melakukan aksi sumbang itu secara terang-terangan berdekatan masjid pada hari Jumaat ketika umat Islam menunaikan solat Jumaat.


Perbuatan itu bukan saja menyakitkan mata, malah menjatuhkan imej kita sebagai seorang Islam malah turut menjejaskan pantai yang menjadi tumpuan termasuk pengunjung dari luar negeri ini. Tinjauan yang telah dibuat tengah hari Jumaat lalu mendapati terdapat beberapa pasangan asyik memadu asmara tanpa mempedulikan orang ramai yang pergi dan balik menunaikan solat Jumaat.


Seorang peniaga, Abd Ghani Kedel, 60, berkata dia sering melihat pasangan melakukan aksi memalukan itu tanpa berselindung. Mereka bercumbuan serta berpelukan tanpa rasa malu dan bersalah apabila perbuatan itu dilakukan di khalayak ramai.

Malah ada pasangan yang asyik memadu kasih tidak menyedari perbuatan mereka ditonton segelintir 'kaki skodeng' atau pengintai di situ. Menurutnya, kaki skodeng di pantai berkenaan datang awal dan bersembunyi di dalam semak berdekatan pantai semata-mata untuk melihat aksi sumbang dan mengghairahkan pasangan terbabit.

Ini sikap remaja melayu sekarang, tidak kira di mana saja termasuk dalam semak untuk melepaskan rindu bernafsu. Penduduk di sekitar kawasan tersebut kesal dengan situasi ini dan sesuatu perlu dilakukan bagi mengelak ia terus berlarutan dan menjatuhkan imej pantai tersebut. Imam Masjid Tanjung Bidara, Abu Khir Jamaluddin, berkata ibu bapa perlu berperanan bagi mengelak anak mereka daripada terjebak dengan masalah sosial seperti apa yang berlaku itu.


Menurut beliau lagi yang juga Pengerusi Pegawai Syarak negeri berkata, ibu bapa tidak boleh dipersalahkan 100 peratus dalam hal ini kerana sikap remaja boleh berubah serta terpengaruh dengan rakan ketika di luar rumah.


Namun apa yang sangat dikesali ialah ada segelintir pasangan terbabit tidak mengira waktu untuk memadu kasih sama ada ketika solat Jumaat atau Maghrib. Justeru beliau juga nasihatkan mereka agar menghormati perasaan orang lain dan segera bertaubat serta menghindari diri daripada melakukan perkara maksiat yang boleh meruntuhkan iman serta akhlak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


Silver: Traded at the launch pad | Free Forex And Gold Signals

Posted: 06 Jun 2011 10:48 PM PDT

Kelas forex di Ayer Keroh masih lagi di buka untuk pendaftaran. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

_____________________________________________________________________________________________

Good day traders!

Daily Silver

Technically;

  1. Silver is traded at our 29 Mac low at $36.71. This is where the price start to build its momentum last time and ended up at the record level.
  2. Two tops has been fully formed by silver. A march towards the uptrending trendline need to be complete if reversal were to take place.
  3. Nearest resistances are found at $38.05 (50.0% fibo), $39.56 ( start of pullback a.k.a first top) and $40.79 (61.8%).
  4. Supports are found at $35.31 (38.2% fibo), $33.59 (pullback) and $31.87 (23.6%).

I've to say one thing; silver is traded very differently from gold. For that, I'm bias to the downside, at least until the first support and trendline.

Shufaad

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di umbai - Google Blog Search

04 di umbai - Google Blog Search


Sekolah Menengah Sains Rembau: Jamuan Ikan Bakar <b>di Umbai</b>

Posted: 15 Apr 2011 02:50 AM PDT

Terima kasih diucapkan kepada Pengetua Cemerlang SEMESRA, Dato' Hj Azam b. Md Atan yang telah sudi menganjurkan satu jamuan ikan bakar di Umbai, Melaka untuk semua staf sekolah malam Selasa yang lalu.


Staf SEMESRA telah berkumpul di sekolah sebelum bertolak ke Umbai menaiki bas SEMESRA. Rombongan ini telah tiba di destinasi pada pukul 6.30 ptg.

wajah-wajah yang hadir pada malam itu

Jamuan ini bermula lebih kurang 7 malam dan bacaan doa telah diketuai oleh Ustaz Rozelli bin Yahya.



Dato' mengaminkan doa

Alhamdulillah, selepas menjamu selera dengan hidangan yang telah dihidangkan para staf telah mengambil kesempatan ini untuk bergambar kenangan bersama Dato'.



Kelab Guru dan Staf SEMESRA juga telah mengambil peluang ini untuk menganjurkan satu perlawanan tenpin boling dikalangan staf di MITC, Melaka selepas jamuan makan tersebut.


antara yang mengambil bahagian

Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada Dato' atas jamuan ini. Semoga Allah melimpah-ruahkan rezeki Dato' sekeluarga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

amal_fc1303: dinner at <b>umbai</b> ikan bakar

Posted: 06 Jun 2011 07:36 PM PDT

Tidur melaka of course la kena pekena ikan bakar kan. malam tu makan malam dekat umbai ikan bakar. sapa yang biasa pergi tu tau la dekat mana. nak dekat dengan muar la tempat tu. family aku kalau stay melaka memang akan pekena ikan bakar dekat sana la. aku pon tak tau la napa suka makan ikan bakar dekat sana. sana je kot yang glamour nye. wallahualam. dari ayer keroh nak ke umbai tu mau makan masa dalam 30 minit kot masa pergi tu rasa lambat je. bila balik hotel eh rasa kejap je.











Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di ramuan china - Google Blog Search

04 di ramuan china - Google Blog Search


Pengawas SK <b>Ramuan China</b> Besar: Kem Pemimpin <b>Di</b> Kolej Tinggi Mara <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2011 05:39 AM PST

Tarikh : 11 & 12 Februari 2011
Tempat : Kolej Tinggi Kemahiran Mara, Alor Gajah
Penyelaras : Encik Azizul Jamin
Kem Komander : Encik Asmaniza Mohamed

Ulasan:
Seramai 40 orang pengawas sekolah bertuah dipilih mengikut Kem Kepimpinan. Pelbagai aktiviti menarik telah kami lalui. Antaranya ice breaking dikendalikan oleh 9W2CKJ,9W2DZA & 9W2PTR, LDK Pemimpin Contoh oleh Cik Wazilawati Wahab (Kaunselor KKTM), takzirah pemimpin oleh Iman 2 Masjid Ramuan China Besar (En. Abd. Rahim Abd. Jalal), En. Abd. Malek Taha (JU Sistem Displin Sekolah JPM) dan Mohd Shah Aziz (Kaunselor SMK Ghafar Baba). Terima kasih kepada semua guru dan staf SKRCB yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini...seronoknya.........

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


KBHI: Gegaran <b>Di Klebang</b> Prima

Posted: 08 Mar 2011 05:26 AM PST

Tarikh : 26.2.2011 (Sabtu)
Sambutan Maulidur Rasul dan Malam Kesenian Islam
Lokasi: Padang Taman Klebang Prima

Pihak KBHI telah diberi tanggungjawab untuk menjadi supplier kumpulan nasyid dalam menjayakan sambutan tersebut. Dengan itu, pihak KBHI telah menjemput 2 team nasyid iaitu (Firwan dan Nur-ONE) di mana masing-masing telah membawa 2 buah nasyid yang berunsurkan selawat dan nasihat.

Anggota Firwan dianggotai oleh 4 orang terdiri daripada bekas peserta JDK 2010/2011 manakala Nur-ONE pula merupakan kumpulan nasyid yang bakal menyerlah dimana salah seorang daripada mereka merupakan ahli KBHI (Hairul A.Samad). Turut memeriahkan program tersebut ialah Azhan Atan (pemenang Akademi Nasyid TV9) dan ceramah Maulidur Rasul.

Pihak KBHI juga tidak ketinggalan untuk menyewa satu tapak niaga di situ. Produk yang popular di kalangan ahli KBHI - Keropok Krispy, Otak-otak, Samosa dan Air Roselle.

Diharap pihak Klebang Prima tidak akan jemu untuk menjemput kami atau bekerjasama dengan pihak kami lagi untuk menganjurkan program yang mampu meningkatkan hubungan kita dengan Allah swt.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


®ø©kÅ elalu™: Fishing Trip : Toman <b>Machap</b>

Posted: 23 Apr 2011 06:19 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Fishing Trip : Toman Machap. Memburu ikan toman di Machap Melaka. (April 2011). Posted by Ma at 4/23/2011 06:26:00 PM · Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz ...

04 di batu berendam - Google Blog Search

04 di batu berendam - Google Blog Search


Love Homemade: Hadiah buat insan istimewa <b>di Batu Berendam</b>

Posted: 03 Mar 2011 09:00 PM PST

Alhamdulillah... Encik (lupalak namanya) dari Badan Kebajikan anak yatim di Batu Berendam kerana sudi membawa hadiah kami kepada kanak-kanak istimewa... Nak beri duit... tak mampu hihii... Semuga chocolate kami dapat membawa kegembiraan di hati kanak-kanak istimewa itu dan selamat maju jaya.

Gambar anak bersama Pegawai Badan Kebajikan di Batu Berendam, terima kasih di atas kesudian membawa juadah chocolate kami kepada kanak-kanak istimewa.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


Medium berkongsi informasi: Kelibat Buaya <b>Tanjung Tuan</b>

Posted: 16 Feb 2009 07:29 AM PST

Gambar di atas dirakam di Port Dickson oleh seorang ahli persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Khoo Swee Seng yang terkejut dan teruja kerana berpeluang meneropong seekor buaya air masin yang kebetulan timbul di perairan Tanjung Tuan semalam. Beliau yang datang ke situ setiap tahun bagi memenuhi hobinya meneropong pelbagai jenis raptor di kawasan itu dan terkejut apabila ternampak kehadiran seekor buaya sepanjang kira-kira 2.5 meter.

"Saya tidak menyangka ketika cuba meneropong pelbagai raptor di kawasan ini tiba-tiba objek yang saya lihat dalam teropong itu adalah seekor buaya," katanya.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin ketika beliau dan isteri bersama dua sukarelawan datang ke Tanjung Tuan dekat sini.

"Setiap tahun saya datang ke Tanjung Tuan sempena Minggu Melihat Raptor untuk menyaksikan penghijrahan pelbagai jenis raptor seperti helang yang menyeberang dari Pulau Rupat, Sumatera ke sini, tetapi kali ini, saya tidak menyangka seekor buaya berada di kawasan ini.

"Buaya yang dipercayai buaya air masin atau nama saintifiknya, estuarine crocodylus prosus, muncul kira-kira 20 meter dari pantai selama kira-kira 30 minit dan kelihatan bergerak melawan arus ke arah selatan," katanya.

Kesimpulannya, kawan-kawan kita yang mandi-manda di pantai Port Dickson dan sekitar eloklah berhati-hati. Bukan apa, kita beringat. Memang diketahui, terdapat buaya air masin tapi jarang ditemui. Dalam National Georaphic Channel ada dirakamkan kehidupan buaya air masin dan habitatnya. Di Malaysia, kita lebih mengenali buaya air tawar yang senang di temui di sungai-sungai di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Buaya-buaya ini kebiasaannya tidak menyerang manusia dan memakan haiwan kecil, ikan dan udang. Ini kerana jenis buaya itu sendiri memang diketahui tidak agresif terhadap manusia. Antara buaya-buaya itu adalah buaya katak, buaya jenjulung dan buaya tembaga. Cuma kita jangan mengancamnya atau mengganggu habitatnya, kebanyakan haiwan lain juga akan bertindak balas apabila merasa diri mereka terancam termasuklah buaya.

Namun berlainan pula buaya yang terdapat di Sungai Rajang, Sarawak. Buaya-buaya ini agresif dan memburu manusia. Banyak laporan akhbar melaporkan serangan buaya ini terhadap manusia. Ramai yang menjadi mangsa dan terkorban. Antara hulu sungai yang bersambungan dengan Sungai Rajang dan sering melaporkan serangan buaya ganas ini terhadap manusia adalah Batang Lupar.

Tiada petua terbaik menghalang serangan ini selain menjauhi dan tidak mengganggu habitatnya. Beringat dan berhati-hati sebelum kena, "air tenang jangan disangka tiada buaya". Seandainya kita dalam situasi diserang buaya, langkah yang terbaik adalah elakkan buaya mengheret kita ke dalam air. Tapi kalau dah berada di dalam air, maka langkah terbaik adalah mencucuk-cucuk sekitar dan sebaik-baiknya tepat ke mata buaya. Ini adalah petua ketika berdepan serangan buaya, besar kemungkinan buaya akan melepaskan gigitannya.

Gambar di atas, ihsan Metro Online 160109

Mungkin anda berminat membaca post:
Penemuan bangkai buaya di Port Dickson
Buaya Bujang Seruai-siapa kejam
Harimau bintang tumpaskan buaya
Badak air tumpaskan buaya
Ular gergasi telan buaya
Buaya darat ditemui di Brazil

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


ORANG KECIL ORANG BESAR: Mee <b>Udang</b> Ceduk Original <b>Sungai</b> Dua

Posted: 15 May 2011 03:02 AM PDT



Mee Udang Ceduk Original Sungai Dua

Kebelakangan ini bila disebut Mee Udang Sungai Dua, ramai yang merujuk kepada Mee Udang Pak Ngah bersetentangan Stesen Minyak Esso di Sungai Dua itu. Ataupun terkini boleh menjamu selera di Tesco Extra (Makro) Seberang Prai. Tidak pasti pula sama ada cawangan di Bertam Perdana masih beroperasi atau tidak kerana kunjungan dua, tiga kali kebelakangan ini asyik tutup sahaja.

Antara ingat lupa semasa awal 90an dahulu aku selalu diundang menjamu selera Mee Udang Ceduk di Permatang Pasir. Lokasinya betul-betul di tepi sungai yang ketika itu masih belum ada highway PLUS. Katanya di sinilah Mee Udang Sungai Dua yang original.

Hinggalah dua bulan lepas, seorang rakan dari Perkeso KL belanja makan Mee Udang di sini.

Semalam aku dan orang rumah seorang aku itu revisit semula Warung Mee Udang ini.

Semasa awal 90an dahulunya, Mee nya berharga Cuma RM 2.00 manakala Udang ketika itu sekitar RM 3.00 – RM 4.00 sahaja 100 gram. Kini Mee dan Udangnya berharga sekali ganda!

Walaupun begitu tidak dapat dinafikan kualitinya masih terasa sama seperti awal 90an dahulu!

Kami mencuba menu tambahan iaitu Nasi Goreng. Malangnya seperti kata orang rumah seorang aku itu, Nasi Gorengnya disediakan ala-Nasi Goreng Bodoh hanya terasa kicap. Mujur Udang Gorengnya sahaja menaikkan selera!

Orang dah pesan, kalau tempat itu terkenal dengan Mee Udang, orderlah Mee Udang! Kenapa nak order Nasi Goreng Udang pula!

Sate OK! Air Kelapa berharga RM 4.00 sebiji. Ada buah potong dan kuah rojak kicapnya enak sekali!

Jaraknya 2.8 km dari susur keluar / persimpangan lebuh raya Sungai Dua.

Sedikit comment penambahbaikan – service nya terlalu slow walaupun ramai pekerja!

Selamat menjamu selera!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

*Di warung ini tersedia kemudahan Bilik Solat












Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads