Rabu, 27 November 2013

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung tuan</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Nov 2013 03:03 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Zulheimy Ma&#39;amor: <b>TANJUNG TUAN</b>, PORT DICKSON

Posted: 19 Jun 2013 12:41 AM PDT

Rumah Api Tanjung Tuan adalah nama yang tidak asing bagi pelaut-pelaut yang menyusuri Selat Melaka. Terletak di Port Dickson Negeri Sembilan, rumah api ini merupakan yang tertua di Malaysia. 
Rumah Api adalah merupakan panduan penting bagi kapal-kapal yang berlayar di sekitar kawasan berdekatan terutama di waktu malam. 
Sebagai bekas Pelaut, ketika berkhidmat dengan Tentera Laut Di Raja Malaysia dan bertugas dengan kapal-kapal TLDM ketika itu... kapal saya sering melalui Selat Melaka dan setiap kali melayari Selat Melaka, kami sering melalui perairan Tg Tuan.  Ketika itu di atas dek kapal, saya sering melihat Rumah Api Tanjung Tuan ini dari kapal. Ketika itu pernah terfikir dalam hati bahawa satu hari nanti saya ingin mengunjungi rumah api ini.....
Ternyata apa yang pernah saya fikirkan puluhan tahun dahulu menjadi kenyataan ketika saya bekerja dengan sebuah badan NGO iaitu Yayasan Jantung Malaysia yang ketika itu mengadakan Kursus Motivasi di Casa Rachado Beach Resort yang terletak tidak jauh dari Rumah Api Tg.Tuan. Kursus yang berlansung selama 2 hari itu turut memasukan acara lawatan ke Rumah Api Tg Tuan dalam program latihan. Ini ialah kerana untuk sampai ke Rumah Api tersebut terpaksa mendaki lorong berbukit yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal.
Tanjung Tuan yang juga dikenali sebagai Cape Rachado mengambil sempena nama "Battle of Cape Rachado" berlaku pada tahun 1606 antara Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) dengan Armada Portugis yang akhirnya membawa kepada penyerahan Melaka oleh Portugis kepada Belanda pada tahun 1641.
Rumah Api ini dibina oleh Portugis pada tahun 1528 untuk membantu kapal-kapal memasuki pelabuhan Melaka ketika itu. Rumah Api ini dibina semula oleh British pada tahun  1817 semasa pemerintahan sementara British dibawah arahan Sir William Farquhar.
Pada tahun 1990, Rumah Api ini menempatkan Radar MEASAT yang dibina untuk memantau lalu lintas kapal di Selat Melaka dan membantu dalam komunikasi. 

Melihat lautan luas dari Rumah Api ini mengimbau kembali kenangan ketika saya bertugas di kapal dulu.... kalau dulu saya sering memerhatikan rumah api Tg Tuan ini dari atas dek kapal... kini saya berada di Rumah Api Tg Tuan dan melihat lautan luas yang suatu ketika dulu disinilah saya memerah keringat dan juga adalah lubuk rezeki saya suatu ketika dulu. Sungguh sayu rasa hati bila memikirkan yang saya pernah melayari lautan ini... 

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa di Tg Tuan ini terdapat pusaran air yang ganas yang pernah menenggelamkan sekurang-kurangnya 4 buah kapal perang milik Belanda dan Portugis sekitar tahun 1605. 
Banyak kisah-kisah misteri yang diceritakan mengenai Tanjung Tuan ini... sejauh mana kebenarannya ... hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. 
Saya juga pernah mengalami beberapa peristiwa aneh setiap kali  kapal melintasi Tg Tuan... kapal akan terputus hubungan radio (Radio Silence) kerana aku ketika itu adalah anggota Komunikasi TLDM... perkara ini jarang berlaku di tempat lain.. cuma di Tg Tuan sahaja hubungan radio akan terputus... tidak kedengaran apa - apa pancaran pun dari mana - mana stesen. 
Hal ini memang banyak kali terjadi terutama ketika aku bertugas dengan kapal  Ronda TLDM KD Sri Negri Sembilan ketika itu... apakah mungkin agaknya secara kebetulan nama kapal saya bertugas ini adalah nama negeri terletaknya Tg Tuan ini....
Wallahu Alam



Melihat matahari terbenam di Tg Tuan adalah merupakan suatu pemandangan yang cukup indah dan sangat cantik sekali. Saya tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan itu dalam sebuah foto yang saya ambil.

CASA RACHADO BEACH RESORT, PORT DICKSON, NS



Casa Rachado Beach Resort, Tanjung Tuan Port Dickson, N.Sembilan adalah penginapan kami ketika kursus motivasi tersebut dijalankan dari 11 - 12 February 2012...

Zulheimy Maamor
19.6.2013





BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung tuan</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Mar 2010 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Tanjung Tuan</b> Light House | DrPlaces

Posted: 23 Oct 2004 05:00 PM PDT

The light house is situated 17km south of Port Dickson,Negeri Sembilan. Formerly known as Cape Rachado. The light house is 130 years old which built by the Portugese in 1860 to help ships passing the harbour.

Built by the Portuguese in the 16th century, the lighthouse still holds vigil today. But the lighthouse is no longer just a vantage point to view trade or enemy ships sailing close to the coast. It now houses a revolving MEASAT Radar used for transmissions and communications.

To get to the top of the lighthouse, you must ascend a beautiful but narrow, spiral staircase with 72 steps. A stone staircase behind the lighthouse also makes access to the lighthouse easier. Once on top, you can enjoy an unobstructed 360-degree view of the coastline as well as the woodlands of the mainland.

GPS

2.4072446, 101.8522793

Attractions

BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung tuan</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Sep 2013 03:25 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Coastal rainforest – <b>Tanjung Tuan</b> - Rainforest Journal

Posted: 15 Mar 2010 06:52 AM PDT

Tanjung Tuan or Cape Rochado is a cape with a small stand of primary coastal rainforest standing there. It is situated in Port Dickson, Negeri Sembilan, near the border with Melaka. The site is famous for being a stopover for migratory birds from Siberia and East Asia during their annual migratory flights. Raptors are commonly spotted during March, each year.

The forest reserve itself is just a relic patch of beach and coastal hill rainforest that hasn't been commercially logged. However, many traces of human activity can be seen inside the forest, and I bet the locals took some timber in the past for firewood, etc. All in all though, it is still "undisturbed" and pleasant trekking, if you want to venture into the trails. The entire forest is probably around 30+ hectares, or 80+ acres.

Tanjung Tuan is basically a hilly forested cape with a lighthouse at the top and a road leading to the summit and lighthouse. The lighthouse is closed most of the time, but there are trails leading down to the fairly pristine beaches below. There is even a small coral reef located offshore, it seems.

If you want to know how a primary coastal hill dipterocarp forest looks like in Peninsular Malaysia, Tanjung Tuan is one of the few remaining examples remaining on the West Coast. A nice little forest with an intact canopy and host to many small animals, birds, and insects. I hope it stays this way.

Tanjung Tuan forest reserve

The entrance to Tanjung Tuan forest reserve

Tanjung tuan road

The road that runs through Tanjung Tuan

Tanjung Tuan lighthouse

Tanjung Tuan or Cape Rochado lighthouse, dating back to the 16th century

Tanjung Tuan coastal hill forest

Tanjung Tuan coastal hill forest with a rocky shoreline

A type of kelat tree with papery bark

A type of kelat tree with papery bark similar to eucalyptus trees, near the summit.

Interior of Tanjung Tuan forest reserve

The interior of Tanjung Tuan forest reserve, resembling a lowland rainforest.

Coastal rainforest canopy

The intact coastal rainforest canopy of Tanjung Tuan, stands at more than 30 meters high.

Shorea leprosula

A fine example of Shorea leprosula, a dipterocarp tree. This one was nearly 40 meters tall.

Tags: , , , ,

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Nov 2013 09:26 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Melaka <b>Sungai Rambai</b> Fly In dan Ekspo Usahawan 2013

Posted: 04 Jul 2013 01:26 AM PDT

Assalamualaikum Dan Salam Melaka Maju, Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 751 Tahun....

Baru-baru ini jebat berkesempatan untuk menyaksikan Pertunjukan Udara di "Melaka Sungai Rambai Fly In dan Ekspo Usahawan 2013" bertempat di Sungai Rambai Aerodome di Kg. Tasek, Sungai Rambai Melaka. Pelbagai aktiviti yang diadakan disana termasuklah pertunjukan udara, sessi penerbangan, pertandingan futsal, auto show, sukan rakyat dan bermacam lagi acara. Terdapat pelbagai gerai usahawan yang disediakan menjadikan karnival ini sangat hebat dan telah berjaya menarik ribuan pengunjung sepanjang 3 hari karnival ini berlansung. Sekalung tahniah jebat ucapkan kepada Jawatankuasa Penganjur bagi karnival ini dimana jebat rasakan mereka telah berjaya untuk tahun yang ke-empat penganjuran karnival ini.
Karnival ini telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Wira Ir Hj Idris bin Haron. YAB Ketua Menteri dalam ucapannya merasa amat kagum dengan pencapaian ini dan berharap agar ramai warga Sungai Rambai merebut peluang untuk melibatkan diri dalam industri penerbangan ini.




Sementara itu, Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan yang juga ADUN Sungai Rambai ketika ditemui telah menceritakan serba sedikit akan sejarah Lapangan Sungai Rambai ini. "Lapangan terbang ini telah dimulakan sejak dari tahun 1999 lagi yang mana saya ketika itu adalah pemimpin Belia 4B telah membina landasan sepanjang 100 kaki untuk kegunaan aktiviti Kelab Penerbangan Belia 4B. Dan dalam tahun 2006, kita telah mendapat kebenaran untuk menggunakan tanah rezab kerajaan ini bagi dijadikan lapangan terbang. Kita telah jadikan kawasan semak samun ini sebagai landasan kapal terbang menjadi 1,900 kaki panjang dan dengan keluasan sebanyak 100 kaki bagi membolehkan pesawat yang lebih besar seperti casena dan piper untuk mendarat. Projek ini juga mendapat sokongan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia." Ujar beliau. Beliau turut menambah apabila sambutan yang diterima amat menggalakkan, kemudahan penginapan, terminal, hangar, cafe, kemudahan servis dan maintanance untuk pesawat telah dibina untuk pengunjung juga pesawat dan hasilnya pada tahun 2012 lapangan terbang ini telah diberi kebenaran untuk dinaik taraf menjadi "Sungai Rambai Aerodome". Lapangan terbang ini juga telah menjadi hub untuk pesawat mengisi minyak.



YB Datuk Hasan juga optimis apabila selesai sahaja urusan pengambil-alihan tanah selesai, landasan ini akan diubah-suai bagi membolehkan pesawat yang lebih besar seperti Fawker untuk mendarat seterusnya menjadikan "Sungai Rambai Aerodome" sebagai lapangan terbang sokongan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) untuk aktiviti-aktiviti "general aviation dan rekreasi". "Kita percaya sekiranya kita bekerja dengan lebih kuat, pada tahun 2014 lapangan terbang ini akan dinaik-taraf menjadi landasan "Tarmade" dan kita akan memasang lampu bagi membolehkan pesawat untuk mendarat di waktu malam" tambah beliau lagi.

Ketika ditanya tentang sambutan yang diterima dari agensi serta kelab penerbangan yang lain beliau memberitahu yang sambutan yang diterima amat baik sehinggakan pihak Sungai Rambai Aerodome terpaksa menahan beberapa permohonan untuk mendarat berikutan kekurangan tempat letak (parking) pesawat. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri yang memberikan sokongan dan juga kepada Mantan Ketua Menteri YBhg. Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang sentiasa mendorong dan memberikan sokongan kepada beliau selama ini.

Jebat - Orang Melaka semua HEBAT!!! Tahniah YB Datuk Hassan!!

Antara aktiviti lain di Melaka Sungai Rambai Fly In serta Karnival Usahawan 2013





ads