04 di sungai rambai - Google Blog Search |
Melaka <b>Sungai Rambai</b> Fly In dan Ekspo Usahawan 2013 Posted: 04 Jul 2013 01:26 AM PDT Assalamualaikum Dan Salam Melaka Maju, Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 751 Tahun.... Baru-baru ini jebat berkesempatan untuk menyaksikan Pertunjukan Udara di "Melaka Sungai Rambai Fly In dan Ekspo Usahawan 2013" bertempat di Sungai Rambai Aerodome di Kg. Tasek, Sungai Rambai Melaka. Pelbagai aktiviti yang diadakan disana termasuklah pertunjukan udara, sessi penerbangan, pertandingan futsal, auto show, sukan rakyat dan bermacam lagi acara. Terdapat pelbagai gerai usahawan yang disediakan menjadikan karnival ini sangat hebat dan telah berjaya menarik ribuan pengunjung sepanjang 3 hari karnival ini berlansung. Sekalung tahniah jebat ucapkan kepada Jawatankuasa Penganjur bagi karnival ini dimana jebat rasakan mereka telah berjaya untuk tahun yang ke-empat penganjuran karnival ini. Karnival ini telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Wira Ir Hj Idris bin Haron. YAB Ketua Menteri dalam ucapannya merasa amat kagum dengan pencapaian ini dan berharap agar ramai warga Sungai Rambai merebut peluang untuk melibatkan diri dalam industri penerbangan ini. Sementara itu, Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan yang juga ADUN Sungai Rambai ketika ditemui telah menceritakan serba sedikit akan sejarah Lapangan Sungai Rambai ini. "Lapangan terbang ini telah dimulakan sejak dari tahun 1999 lagi yang mana saya ketika itu adalah pemimpin Belia 4B telah membina landasan sepanjang 100 kaki untuk kegunaan aktiviti Kelab Penerbangan Belia 4B. Dan dalam tahun 2006, kita telah mendapat kebenaran untuk menggunakan tanah rezab kerajaan ini bagi dijadikan lapangan terbang. Kita telah jadikan kawasan semak samun ini sebagai landasan kapal terbang menjadi 1,900 kaki panjang dan dengan keluasan sebanyak 100 kaki bagi membolehkan pesawat yang lebih besar seperti casena dan piper untuk mendarat. Projek ini juga mendapat sokongan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia." Ujar beliau. Beliau turut menambah apabila sambutan yang diterima amat menggalakkan, kemudahan penginapan, terminal, hangar, cafe, kemudahan servis dan maintanance untuk pesawat telah dibina untuk pengunjung juga pesawat dan hasilnya pada tahun 2012 lapangan terbang ini telah diberi kebenaran untuk dinaik taraf menjadi "Sungai Rambai Aerodome". Lapangan terbang ini juga telah menjadi hub untuk pesawat mengisi minyak. YB Datuk Hasan juga optimis apabila selesai sahaja urusan pengambil-alihan tanah selesai, landasan ini akan diubah-suai bagi membolehkan pesawat yang lebih besar seperti Fawker untuk mendarat seterusnya menjadikan "Sungai Rambai Aerodome" sebagai lapangan terbang sokongan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) untuk aktiviti-aktiviti "general aviation dan rekreasi". "Kita percaya sekiranya kita bekerja dengan lebih kuat, pada tahun 2014 lapangan terbang ini akan dinaik-taraf menjadi landasan "Tarmade" dan kita akan memasang lampu bagi membolehkan pesawat untuk mendarat di waktu malam" tambah beliau lagi. Ketika ditanya tentang sambutan yang diterima dari agensi serta kelab penerbangan yang lain beliau memberitahu yang sambutan yang diterima amat baik sehinggakan pihak Sungai Rambai Aerodome terpaksa menahan beberapa permohonan untuk mendarat berikutan kekurangan tempat letak (parking) pesawat. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri yang memberikan sokongan dan juga kepada Mantan Ketua Menteri YBhg. Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang sentiasa mendorong dan memberikan sokongan kepada beliau selama ini. Jebat - Orang Melaka semua HEBAT!!! Tahniah YB Datuk Hassan!! Antara aktiviti lain di Melaka Sungai Rambai Fly In serta Karnival Usahawan 2013 |
You are subscribed to email updates from di sungai rambai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan