ads

Selasa, 12 November 2013

04 di masjid tanah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

04 di masjid tanah - Google Blog Search


Lebih 200 buah motosikal musnah dalam kebakaran <b>di Masjid Tanah</b>

Posted: 24 Sep 2013 06:30 AM PDT

ALOR GAJAH – Lebih 200 motosikal baru dan lama musnah dalam kebakaran sebuah bengkel dan stor penyimpanan motosikal di Taman IKS Bandar Baru, Masjid Tanah semalam.

Kebakaran bengkel dan stor penyimpanan motosikal dua tingkat itu menyebabkan kerugian kira-kira RM2 juta.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah Penolong Penguasa Bomba Samsol Fuad Mohd berkata kebakaran dipercayai bermula di tingkat atas yang diguna sebagai tempat penyimpanan motosikal.

"Pihak bomba tiba di tempat kejadian pada pukul 6.32 petang dan api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 10.43 malam. Bengkel itu terbakar teruk di tingkat dua manakala sebahagian motosikal di tingkat bawah juga terbakar," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata operasi memadam kebakaran melibatkan empat jentera dengan 22 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah, Alor Gajah dan Tangga Batu.

Punca kebakaran dan jumlah sebenar kerugian masih disiasat, katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved