Ahad, 24 Julai 2011

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Apr 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Senarai Hotel <b>Di Tanjung Bidara</b>, Melaka, Malaysia - Melaka <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2011 03:28 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Senarai Hotel Di Tanjung Bidara, Melaka, Malaysia. Senarai Hotel Di Tanjung Bidara:-. Samudera Bidara Resort Lorong Hj. Abdullah, Kg. Balik Batu. 78300 Tanjung Bidara, Melaka Tanjung Bidara Beach Resort Tanjung Bidara ...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jul 2011 11:40 PM PDT

URL Sumber Asal :-

CheOtot Blogspot....: Borang Night Fun Ride <b>Tanjung Bidara</b>

Posted: 14 Jun 2011 06:56 AM PDT

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.... Kepada semua rakan2, pelanggan yang dihormati... Satu karnival sukan komuniti Dun Tanjung Bidara akan berlansung pada 8-9 Julai 2011 dengan pertandingan seperti Futsal,Bola JAring, Sepak Takraw, Badminton, Karaoke dan Berbasikal. Kepada peminat2 berbasikal aktiviti Night Fun Ride akan diadakan pada 9hb jam 8.30 malam di Kompleks Japerun Tanjung Bidara dengan menyediakan pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk 3 buah basikal berjenama Polygon berharga RM2000. Jangan ketinggalan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


PROGRAM JERAYAWARA BAHASA <b>DI</b> SMK <b>AYER KEROH</b> - WADAH KETERAMPILAN <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2011 05:51 AM PDT




Tarikh: 6 Julai 2011 (Rabu)
Masa : 8.30 - 11.45 malam
Tempat: D'Village Resort, Ayer Keroh.
Terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam program tersebut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di durian tunggal</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jun 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di durian tunggal</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jun 2011 09:06 PM PDT

Assalam bloggers / readers,

Just a quick update untuk hari ni.

Hari ni adalah hari memenuhi undangan majlis perkahwinan kengkawan.

Lokasi yang di tuju adalah durian tunggal.

Cik Izah ade 2 jemputan dan nasib baik dua-dua nye kat durian tunggal. So takyah lah berpusing jauh-jauh. (padahal sesat jugak mulanye...huhuhu).

Oh ya sempat la amik gambau dengan pengantin tapi tak banyak. Rumah yang kedua tak sempat amik gambau dengan camera sendiri sebab mase tu pengantin sibuk bergambau gek.

 Bersama puan katy yang gojes. (ni umah pertama yang gi..)


Bersama cik Nurul a.k.a adik cik Izah. (on the way nak gi umah yang kedua)

Cam dibagitau tadi, tak sempat posing sakan dengan pengantin kat umah kedua sebab mereka sangat bizi bergambau. tapi tengok la kalau pengatin ade upload gambau kat fb ke nanti cik Izah cilok...hehehehe

Sekian update hari ni.

p/s: naseb baik tak salah umah tadi. mane taknye ade 2 lagi kenduri kawen kat tempat yang same. adehhh

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jul 2011 12:00 AM PDT

Kes ini sesuai disebut sebagai kes rompakan kerana, pencerobohan dan salah laku ADUN Machap ini dilakukan secara terang-terangan seolah-olah beliau melakukan perkara yang sah. Pencuri buat kerja jahat sembunyi-sembunyi, tapi ADUN Machap buat kerja jahat terang-terangan.

Beberapa hari lalu, Saudara Mazlan Aliman selaku Ketua Penerangan PAS Negeri Johor telah membuat satu laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Central Johor Bahru terhadap salah laku yang dilakukan oleh YB Dato' Abd Hamid bin Abdul Rahman ADUN Machap, Johor selaku Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam. Beliau didakwa telah mendapat konsesi mengeluarkan kayu balak di kawasan yang telah digazetkan sebagai hutan simpan. Berikut adalah kandungan Laporan Polis yang telah dibuat:

Laporan Polis di Ibu pejabat Polis Central Johor Bahru.

18 hb. Mac 2011.

Aduan terhadap :

1. YB Dato' Abd Hamid bin Abd Rahman, ADUN Machap

2. Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Johor.

3. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor.

4. Pentadbir Tanah Daerah Mersing.

Muqadimah

Hutan Simpan Semberong Tambahan telah diwartakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor pada 3 hb Mac 2005 melalui no warta 362. Ianya terletak di Kahang di antara Daerah Kluang dan Mersing dengan anggaran keluasan 15,000 ekar.

Aduan

1. Mengapa Syarikat Hamid Sawmill Sdn Bhd yang dimiliki oleh YB Dato' Abd Hamid bin Abd Rahman, ADUN Machap mendapat konsesi mengeluarkan kayu balak di kawasan yang telah digezetkan sebagai hutan simpan?

2. Mengapa Syarikat Hamid Sawmill dibenar membuka Ladang Hutan Getah di kawasan Hutan Simpan Semberong Tambahan sedangkan telah ada papan tanda larangan memasuki kawasan hutan simpan kekal, mengambil dan menebang isi hutan serta membuat kerosakan khazanah hutan?

3. Mengapa Syarikat Hamid Sawmill dibenarkan mengusahakan aktiviti pertanian seperti tanaman keledek sedangkan telah ada papan tanda larangan meneroka tanah dan pertanian?

4. Adakah Pejabat Tanah dan Galian Johor, Jabatan Perhutanan Negeri Johor dan Pejabat Tanah Daerah Mersing terlibat memberi kelulusan terhadap aktiviti mereka?

Aduan dibuat berdasarkan maklumat yang diterima dan tinjauan sendiri di lokasi bekaitan. Siasatan dan tindakan mesti dibuat segera kerana dakwaan membabitkan syarikat milik seorang wakil rakyat yang menunjukkan contoh buruk selaku pemimpin masyarakat.

Pelan lokasi hutan

Saudara mazlan Aliman di lokasi hutan Simpan Sembrong

Papan tanda Hutan Simpan Semberong.

Hutan simpan dah jadi Ladang Hutan Getah. Siap terpampang lagi nama Syarikat Hamid Sawmill Sdn Bhd.

ReJaM© "Banyak lagi skandal pemimpin BN akan didedahkan dalam masa yang terdekat ini..."


[Selatan Online] Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Jun 2011 09:19 PM PDT

MUAR - "Saya tidak menyangka panahan petir telah menyebabkan rumah ibu saudara saya musnah terbakar," demikian pengakuan saksi kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Parit Raja, Pagoh, di sini, semalam.

Mahzan Abdul Manaf, 46, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.10 petang, dalam keadaan hujan lebat yang disusuli dengan dua panahan petir sangat kuat.

Menurutnya, semasa kejadian dia berada dalam rumahnya yang terletak kurang daripada 50 meter di belakang rumah ibu saudara.

"Sejurus selepas :panahan petir ini menyebabkan bekalan elektrik di rumah saya turut terputus.

"Selepas 10 minit berada dalam rumah tanpa bekalan elektrik memaksa saya keluar ke beranda hadapan rumah kerana kurang selesa dengan keadaan rumah yang agak panas," katanya kepada Sinar Harian.

Mahzan berkata, sebaik berada di hadapan rumah, dia terhidu bau hangit yang kuat tetapi tidak tahu dari mana puncanya.

"Kerana bimbang, saya memeriksa seluruh rumah dan lega apabila mendapati keadaan rumah selamat kerana kesemua suis dan plug elektrik rumah telah ditutup sebaik sahaja bekalan elektrik terputus.

"Tetapi, saya terkejut apabila keluar semula dari rumah apabila melihat kepulan asap hitam keluar dari bumbung rumah ibu saudara," katanya.

Menurutnya, melihat keadaan api mula marak dia segera bertindak menghubungi pihak bomba kerana bimbang api merebak ke rumah berhampiran.

Mangsa kebakaran, Asiah Taib, 50, berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana berniaga kedai makan di Machap.

"Saya mendapat berita rumah terbakar selepas dihubungi saudara mara dan bergegas pulang ke rumah.

"Sejak berniaga di Machap, saya tinggal di sana dan hanya balik ke rumah ini sekurang-kurangnya seminggu sekali," katanya.

Menurutnya, meskipun terkejut dengan insiden yang berlaku itu, tetapi Asiah bersyukur kerana tiada anak-anak yang tinggal di rumah berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar berkata, sebaik menerima laporan seramai sembilan anggota bomba dengan dua jentera bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba keadaan api semakin marak dan rumah berkenaan telah terbakar sebanyak 80 peratus.

"Pihak bomba mengambil masa 10 minit untuk memadamkan api bagi mengelakkan api daripada merebak ke rumah berhampiran.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Sinar Harian
9 Jun 2011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jul 2011 09:14 PM PDT

TANJUNG BALAI, KARIMUN- KEPULAUAN RIAU INDONESIA

HARI 01  KOTA BHARU> KUKUP

Jam 1700                Berkumpul

Jam 1800                Bertolak ke Kukup, Johor Bharu

Jam2000                 Singgah di R & R Bukit Besi untuk makan malam (tidak disediakan)

                                Meneruskan perjalanan

Hari 02                    Kukup> Tanjung Balai             (T/M)

Jam 0600                Dijangka tiba di Pekan Kukup. Solat subuh

Jam 0700                Sarapan pagi di Kukup sementara menunggu urusan feri dan imigresen

Jam 0745                Daftar masuk ke Terminal Feri

Jam 0830                Berlepas dari Kukup ke Tanjung Balai

                                Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit

Jam 0930                Dijangka berlabuh di Terminal Feri Tanjung Balai (waktu Indonesia)

                                Urusan Imigresen

                                Disambut dan di bawa ke hotel menaiki KIJANG

                                Daftar masuk hotel dan rehat

Jam 1100                Berkumpul di lobi untuk dibawa ke Pasar Karimun (Jalan kaki)

                                Bebas membeli belah

Jam 0100                Makan tengahari disediakan

                                Acara bebas… Membeli belah

Jam 0700                Hidangan Nasi Padang untuk makan malam

                                Berehat….Manja diri.

HARI 03  TANJUNG BALAI                  (S/T/M)

Jam 0730                Sarapan pagi di hotel.

                                Acara membeli belah

Jam 1100                Berkumpul di lobi

                                Di bawa ke restoran untuk mencuba masakan selera melayu

                                Kampung Melayu Pondok Otek untuk makan Tengah hari dengan menaiki BAS KAYU.

                                Singgah bergambar di Masjid Agung Karimun.

Jam 2000                Hidangan istimewa tanjung balai nasi goreng ayam bakar disediakan.

                                Aturcara bebas.. Manja diri.

HARI 04                  TANJUNG BALAI > KUKUP > KOTA BHARU                    (S)

Jam 0730                Sarapan pagi disediakan.

Jam0930                 Daftar masuk hotel.

                                Dibawa ke jeti untuk daftar masuk dan urusan imigresen.

Jam 1030                Berlepas dari Tanjung Balai ke Kukup

Jam 1230                (Wkt Malaysia). Dijangka berlabuh di terminal feri Kukup.

                                Urusan imigresen/ kastam.

                                Menaiki bas terus ke R&R Machap.

                                (Makan tengahari tidak termasuk dalam pakej.

Jam 1330                Dijangka tiba Di R&R Machap.

Jam 1430                Meneruskan perjalanan.

Jam 1440                Singgah membeli belah di Air Itam .

Jam 1540                Bertolak balik ke Kota Bharu.

Jam 1900                Singgah di R&R untuk makan malam dan solat.

HARI 05                  KOTA BHARU

Jam 0400                Dijangka tiba di Kota Bharu.

Membeli Belah         :               Pekan Tanjung Balai….T-Shirt, Jeans & Busana Muslim.

Mana Diri                 :               Reflexologi, Spa Massage Dan Mandi Lumpur.

S: Sarapan Pagi / T: Makan Tengahari/ M: Makan Malam

Harga Pakej            :               Dewasa                   RM560.00 seorang (30-40 Pax)

                                                                                RM635.00 seorang (15-20pax)

 Kanak-Kanak          RM450.00 seorang 

v  Pengangkutan bas dari Kota Bharu > Kukup > Kota Bharu.

v  Feri dari Terminal Kukup > Tanjung Balai > Kukup.

v  Tax pelabuhan pergi / balik.

v  Pengangkutan (Van / Bas) Terminal Feri> Hotel> Terminal Feri.

v  Penginapan 2 malam di Hotel Rasa Sayang (2 Sebilik).

v  2 Sarapan pagi (hotel), 2 Makan Tengahari, 2 Makan Malam.

v  Insurans berkumpulan. (P.A)

v  Makan minum tambahan yang tidak dinyatakan dalam aturcara.

v  Bil telefon, laundry dan lain-lain yang tidak dinyatakan dalam aturcara.

v  Lawatan pusing pulau rm 90.00 / van satu trip (2-3 jam)

**Aturcara lawatan dan harga tertakluk kepada perubahan semasa tanpa sebarang notis**

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search

Posted: 12 May 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Japerun <b>Sungai Rambai</b> rai pihak bantu pembangunan - Utusan <b>...</b>

Posted: 12 May 2011 03:14 AM PDT

Japerun Sungai Rambai rai pihak bantu pembangunan

Japerun Sungai Rambai rai pihak bantu pembangunan

JASIN 11 Mei - Beberapa agensi kerajaan, syarikat swasta dan media tempatan diraikan pada majlis penghargaan kepada pihak terlibat yang banyak membantu dalam usaha membangunkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai dalam tempoh tiga tahun lalu.

Anugerah dan penghargaan daripada Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Sungai Rambai itu disampaikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Muhammad sempena majlis Tiga Tahun Berlalu DUN Sungai Rambai di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Datuk Yusof Jantan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin.

Antara media yang menerima penghargaan ialah Utusan Malaysia, Melaka Hari Ini, Sinar Harian, Astro Awani, Berita Harian dan Harian Metro.

Penerima Anugerah Khas diberikan kepada Pegawai Daerah Jasin, Roslan Eusoff dan Murad, diikuti Anugerah Pegawai Terpuji kepada Juruteknik Kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) Jasin, Mohd. Yusof Abdullah.

Anugerah Pegawai Harapan pula diberikan kepada Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan negeri, Lim Chow Beng; Juruteknik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Jasin, Muh Hardian Abd. Hamid dan Pegawai DUN MPJ, Ismail Ibrahim.

Turut sama ialah Penyelia Kemas Jasin, Juminah Sidi dan Penyelia Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Seri Mutiara, Sarah Sabrah.

Anugerah Agensi Cemerlang Japerun Sungai Rambai turut diberikan kepada PKNM, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri, Pejabat Tanah dan Derah Jasin, MPJ, JKR, Ibu Pejabat Polis Daerah, Pejabat Belia dan Sukan Daerah, JPS negeri dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Rambai Tengah pula dipilih sebagai pimpinan kampung paling aktif dalam DUN berkenaan di samping JKKK Batu Gajah Pasir yang diiktiraf sebagai kampung harapan.

Sementara itu, Hasan ketika ditemui berkata, anugerah itu adalah sebagai tanda penghargaan Japerun Sungai Rambai kepada semua pihak yang banyak membantu dalam usaha membangunkan kawasan tersebut sebagai Zon Gerbang Selatan.

"Saya begitu bangga dengan sumbangan tenaga dan idea semua pihak termasuk media cetak dan elektronik yang banyak membantu merealisasikan segala perancangan di Sungai Rambai sehingga ia begitu dikenali hari ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Pasukan aerobatik tarikan Karnival Sg. <b>Rambai</b> | Bugil Bagus

Posted: 08 Apr 2011 07:34 PM PDT

JASIN 7 April – Ruang udara di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai bakal diwarnai kehadiran pesawat Cesna, Eagle, Christaine Eagle dan pesawat mikro sempena Sungai Rambai Melaka International Fly In 2011 dari 10 hingga 12 Jun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, karnival tersebut akan diadakan di Lapangan Terbang Microlight Sungai Rambai dekat sini menyediakan pelbagai acara menarik berkaitan rekreasi udara buat penduduk dan pengunjung.

Menurutnya, antara tarikan utama ialah pertunjukan pasukan aerobatik dari Persekutuan Udara Malaysia (MSAF) yang menggunakan pesawat jenis Eagle di samping aksi dua juruterbang persendirian dari Thailand yang menggunakan pesawat Christaine Eagle serta Extra 300.

"Karnival kali kedua dianjurkan ini bertujuan menarik minat masyarakat terutama golongan belia menyertai sukan udara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan prapelancaran Sungai Rambai International Fly In 2001 di Lapangan Terbang Microlight Sungai Rambai di sini hari ini.

Sempena pelancaran tersebut dua pesawat jenis Cesna daripada Kelab Penerbangan Diraja Selangor yang berpengkalan di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi mendarat di sini.

Dua pesawat tersebut dipandu oleh juruterbang Kapten Norhisham Kasim dan Kapten Farid Rahman.

Mengulas lanjut, Hasan berkata, karnival tersebut turut menarik penyertaan daripada tiga negara jiran iaitu Singapura, Indonesia dan Thailand.

Katanya, program tersebut turut menyaksikan ramai penggiat sukan penerbangan dan rekreasi udara dari dalam serta luar negara berkampung di situ untuk menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang karnival itu.

"Orang ramai berpeluang melihat dari dekat pelbagai pesawat ringan selain mereka turut berpeluang merasai pengalaman menaiki pesawat yang disediakan," ujarnya.

Dipetik dari Utusan Malaysia


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di serkam</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Jun 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di serkam</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Jun 2011 12:00 AM PDT

SELAMAT DATANG KE UMRI HOMESTAY, SERKAM PANTAI, MELAKA


Kami mengalu-alukan kedatangan tuan puan ke homestay kami. Umri Homestay adalah sebuah homestay yang terletak di Serkam Pantai, Merlimau, Melaka berdekatan dgn Pulau Besar dan Pantai Siring perkampungan nelayan. Terdapat banyak tempat2 bersejarah di sini dan mengambil masa hanya 5 minit untuk ke medan2 ikan bakar popular di Serkam, Umbai, Anjung Batu dan lain-lain..

Sila hubungi Tn Haji Abd Jabar utk tempahan bilik 013- 457 8603/ Pn Hjh Safwan 019- 380 1786

Lokasi kami berdekatan dengan pulau terkenal di Melaka- Pulau Besar! 

Sejarah & Photo Pulau Besar..

Kawasan Pelancongan Berhampiran Menarik Untuk Dikunjungi Di Merlimau...

Pusat Ikan Bakar Popular Di Umbai, Serkam, Anjung Batu, Pulai..

Ruang Tamu/ Istirehat

Kami menyediakan ruang tamu yang luas dan selesa utk para tetamu, kemudahan asas spt televisyen, sterika, mesin basuh, dapor memasak dan lain2 utk kemudahan pengunjung2 ke homestay kami.

Ruang Dapor/ Memasak

Dapor kami sentiasa bersih dan dilengkapi dengan kemudahan asas memasak, peti ais, mesin basuh, cerek air letrik dan lain-lain. Complimentary Drinks pihak kami sediakan bagi mengalu-alukan kedatangan pengunjung2 ke homestay kami.

LOT SEWAAN BILIK BERLIAN & BILIK DELIMA


Homestay kami mempunyai 2 lot sewaan 1) Bilik Berlian 2) Bilik Delima. Terdapat 6 bilik kesemuanya untuk tempahan.

Di Bilik Berlian terdapat bilik utama, bilik kedua dan juga bilik bujang yang dilengkapi dengan perabot asas bagi kegunaan pengunjung seperti almari baju, sejadah, meja solekan dan lain-lain. Di sini kami sediakan 2 bilik air/ tandas di bilik utama dan kedua. Dan di ruang dapor juga terdapat tandas kecil.

Kesemua bilik2 kami dilengkapi dengan air-cond dan juga kipas angin bagi keselesaan tetamu.



Di Bilik Delima juga terdapat 3 bilik iaitu bilik utama, bilik kedua dan bilik bujang yang dilengkapi dengan perabot asas bagi kegunaan pengunjung seperti almari baju, sejadah, meja solekan dan lain-lain. Di sini kami sediakan 2 bilik air/ tandas di bilik utama dan kedua. Dan di ruang dapor juga terdapat tandas kecil.

Kesemua bilik2 kami dilengkapi dengan air-cond dan juga kipas angin bagi keselesaan tetamu.

Perkhidmatan lain: 

1) Urutan Tradisional Refleksologi - kami juga menyediakan pakej urutan tradisional/ refleksologi bagi yang memerlukan. Berpengalaman berbelas tahun dan ramai yang telah berpuashati dan sembuh dari penyakit dengan izin Allah SWT. Kami hanya membantu dan berusaha.

2) Permintaan boleh dibuat bagi yang ingin mengadakan BBQ di homestay kami. Peralatan akan kami sediakan.

3) Keselamatan diri dan harta benda tetamu-tetamu ke homestay adalah keutamaan kami. Semua kenderaan tetamu boleh di letakkan dalam kawasan  rumah/ homestay dengan selamat kerana homestay kami adalah berpagar. Jadi para tetamu boleh lah beristirehat dengan tenang dan senang hati.

Untuk tempahan bilik anda boleh hubungi terus Tn Haji Jabar atau isteri beliau Pn Hajah Safwan, butiran homestay adalah seperti berikut:-

Alamat: Jalan Demang Baba, Off Jalan Serkam Pantai, Km 18, Sekam Tengah, 77300, Merlimau, Melaka.

Tel: 06- 261 0129

Hotline: Tn Hj Abd Jabar 013- 457 8603/ Pn Hjh Safwan 019- 380 1786
Harga Sewa Harian Lot Berlian @ Delima  (3 Bilik): RM 200/ sehari
Harga Sewa Harian Untuk Sebilik Sahaja Atas Permintaan : RM120/ sehari

Email: 

ADD FACEBOOK KAMI!


Bagi yang minat memancing anda boleh ke Kelong Abu, lokasi 5 minit dari Umri Homestay!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG MELAKA: 04 <b>di serkam</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Jun 2011 01:30 AM PDT

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

ads