Sabtu, 2 April 2011

Edisi Hiburan

Edisi Hiburan


borak kosong

Posted: 02 Apr 2011 09:35 PM PDT

borak kosong


David Teo renyuk surat menteri

Posted: 02 Apr 2011 09:00 PM PDT

Saya petik dari kosmo online

APABILA masuk isu hiburan tahap nasional, gentar juga tangan kecil Diva nak mengetuk keyboard. Eh, jangan nak jiwanglah, ini soal isu royalti hiburan bukannya soal penulisan liriklah.

Diva bukannya jenis penulis yang dijemput ke acara melibatkan menteri tapi kalau rajin, Diva menyamar juga, mengaku wartawan junior bila ditanya. Maklumlah Diva ini pucuk muda.

Cuma Diva nak jentik sikit pasal pemulangan duti hiburan yang kerajaan kutip sebanyak 20 peratus daripada hasil jualan tiket filem tempatan di pawagam. 

Mengikut dasar terdahulu, kerajaan akan mengagihkan semula duit duti hiburan itu kepada penerbit filem tidak kira berapa pun hasil kutipan tiket filem mereka di pawagam. 

Namun, arahan terbaru itu menyatakan duti hiburan tidak akan dipulangkan kecuali bagi penerbit yang filemnya mendapat kutipan kurang daripada RM6 juta. Jika melebihi angka itu, wang duti hiburan itu akan dimasukkan ke dalam sebuah tabung khas.

Apabila ada perubahan, ada penerbit suka dan sebaliknya. Tapi kalau tak suka sekali pun janganlah tunjuk protes terang-terangan seperti yang dilakukan David Teo. 

Diva macam nak menyorok bawah meja bila lihat David bangun dan tunjuk protes depan menteri. Habis surat tentang insentif itu direnyuk-renyuknya. Tak setujulah agaknya. Nasib baik keadaan terkawal, lega hati Diva.

Mungkin tindakan David itu cuma nak mempertahankan hak penerbit, tapi pasti ada tujuan yang lebih besar bila menteri sudah buat keputusan.

Guru belasah murid..Kenapa?

Posted: 02 Apr 2011 08:00 PM PDT

Kenapa guru ini boleh jadi sebegini rupa?
saya petik dari myMetro

ARAU: Guru syaitan! Demikian gelaran yang patut diberi kepada seorang guru lelaki sebuah sekolah agama, di sini, yang sanggup membelasah seorang murid lelaki berusia tujuh tahun sehingga koma, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, guru berusia 26 tahun itu juga dikatakan bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya. 

Difahamkan, guru terbabit tidak mengendahkan walaupun mangsa merayu dan menangis supaya perbuatan itu dihentikan. 

Sumber polis berkata, mangsa yang diikat dan dipukul hampir dua jam itu bagaimanapun pengsan selepas mengalami kecederaan dalaman di kepala dan badan akibat dipukul bertubi-tubi oleh guru terbabit. 



Katanya, guru terbabit berang dengan mangsa yang enggan mengaku terbabit dalam beberapa kejadian kecurian di asrama sekolah berkenaan sebelum itu. 

Difahamkan, sebelum itu mangsa pernah dua kali dipukul suspek akibat enggan mengaku mencuri barangan milik pelajar lain di asrama sekolah. 

"Selepas mangsa pengsan, guru terbabit panik dan memanggil guru lain sebelum membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin," katanya. 

Bagaimanapun, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kira-kira jam 3 pagi kelmarin dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). 

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata dia hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 8 malam kelmarin melalui ibunya ketika anak tunggalnya dipindahkan ke HSB. 

"Saya bergegas ke HSB dan sebak melihat keadaan anak saya kini terlantar koma dengan mukanya bengkak selain lebam di mata dan pipi kiri. 

"Malah, ada kesan melecet di tangannya kesan akibat diikat dan kini terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan," katanya ketika ditemui di HSB, Alor Setar, semalam. 

Saiful Sopfidee yang juga pemandu pelancong di Jitra berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya terbabit dalam kecurian kerana dia bukan nakal dan lebih banyak mendiamkan diri. 

Katanya, anaknya tinggal bersama keluarga angkatnya di Kangar sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006 dan kali terakhir dia berjumpa Saiful Syazani setahun lalu. 

"Muka anak saya betul-betul seiras arwah isteri saya. Doktor kini memaklumkan keadaan anak saya semakin kritikal," katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, malam kelmarin. 

Katanya, dia mahu individu yang terbabit dalam kejadian itu dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal dengan apa dilakukan terhadap anaknya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain ketika dihubungi berkata, mangsa dipercayai dipukul kerana disyaki sering mencuri duit seorang pelajar sebelum aktivitinya dilaporkan kepada seorang warden di situ yang juga suspek utama kes ini. 

"Suspek yang juga guru sekolah itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, petang kelmarin," katanya. 

Mohd Nadzri berkata, suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan polis kini menyiasat secara menyeluruh mengenai motif dan punca kejadian itu. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Gambar erotik Elizabeth Taylor ditunjukkan

Posted: 02 Apr 2011 07:00 PM PDT

Orang dah mati pun nak dipermalukan..
saya petik dari kosmo online

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Selama ini, sudah banyak gambar Elizabeth Taylor terpampang di dada media tetapi tiada satu pun yang lebih sensasi daripada sekeping gambar bogelnya yang dimiliki seorang pengumpul memorabilia, Jim Shaudis, lapor sebuah akhbar semalam.

Kini, selepas kematiannya, gambar bogel Taylor itu buat pertama kalinya didedahkan untuk tontonan umum.

Gambar itu yang dirakam ketika Taylor berusia 24 tahun oleh rakan karibnya, Roddy McDowall, merupakan hadiah pertunangan pelakon bermata ungu lembayung itu kepada penerbit Hollywood, Michael Todd.

Todd, seorang penerbit Hollywood yang popular menerusi filem klasik Around the World in Eighty Days, meninggal dunia dalam satu nahas udara di New Mexico, AS pada tahun 1958, selepas 13 bulan mereka berkahwin.

Selepas kematian suaminya, Taylor memberikan gambar itu kepada jurusoleknya, Penny Taylor sebagai hadiah kenang-kenangan.

Ia kemudian dibeli oleh Shaudis pada tahun 1980 dan sejak itu, gambar tersebut dipercayai telah hilang.

Namun, selepas kematian Taylor pada usia 79 tahun akibat kegagalan jantung minggu lalu, Shaudis memutuskan untuk mendedahkan imej erotik itu untuk tontonan para peminat aktres berkenaan. 

Sepanjang hidupnya, Taylor membintangi lebih 50 buah filem dan telah dua kali memenangi anugerah Oscar iaitu menerusi filem Butterfield 8 pada 1960 dan filem Who's Afraid of Virginia Woolf?, enam tahun kemudian. - Agensi

A.R Badul nafi dia cabul budak berumur 13 tahun

Posted: 02 Apr 2011 06:00 PM PDT

KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelawak terkenal, A.R. Badul (gambar) menafikan dia terlibat dengan laporan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang mendakwa menjadi mangsa cabul baru-baru ini.

Badul atau nama sebenarnya, Armaya Arman Ramlie, 63, ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam berkata, dia tidak tahu dirinya dikaitkan dengan perbuatan tidak bermoral itu seperti yang dilaporkan akhbar dan laman portal kelmarin.

"Saya belum membaca akhbar lagi. Saya tak tahu hal (cabul) ini," katanya yang pernah membintangi filem Si Badul (1978), Panglima Badul (1979) selain sitkom Puteri di TV3.

saya petik dari kosmo online

Aksi keterlaluan terhadap kucing

Posted: 02 Apr 2011 05:00 PM PDT

sampai macam tu sekali....

Adakah ini cara yang betul untuk elak kereta dicuri?

Posted: 02 Apr 2011 11:01 AM PDT



Siapa sangka rumah macam ni pun ada air cond

Posted: 02 Apr 2011 10:01 AM PDT


Gadis ini curi wang dimasukkan kedalam 'anu'nya

Posted: 02 Apr 2011 09:47 AM PDT

Video dari cctv  menangkap gambar seorang gadis mencuri wang. Yang lucunya, gadis tersebut memasukan wang hasil curian itu ke dalam 'anu'nya..



[Gila]Sekolah untuk belajar jadi pelacur

Posted: 02 Apr 2011 08:40 AM PDT

Seorang bekas ibu ayam di Belanda mendirikan sekolah untuk belajar jadi pelacur. Namanya cukup hebat Hanky Panky School. Kurikulumnya disusun sedemikian rupa agar para lulusannya boleh menjalankan profesinya lebih profesional, lebih banyak menghasilkan wang dan akhirnya boleh ebih awal 'pencen' dengan bekal kewangan yang cukup.

Elene Vis, 43, yang sebelumnya heboh gara-gara buku autobiografinya Escort Queen with Turbopower, membuka sekolahnya di Amsterdam beberapa waktu lalu yang menawarkan ilmu pemasaran eksklusif. "Anda boleh menyebutnya teknik pemasaran. Anda harus punya ketrampilan menjual, tak peduli yang Anda jual tubuh sendiri atau peralatan rumah tangga. Prinsipnya tetap saja sama," kata Elene.



Belanda yang membenarkan industri seks membuat distrik-distrik lampu merah di ibu kota menjadi tujuan utama pelancung dalam dan luar negeri serta menghasilkan jutaan euro per tahunnya. Sektor ini juga penyumbang cukai yang cukup besar bagi negara. Elene mengatakan bahawa para pekerja seks komersial yang bekerja lewat agensinya boleh  mendapat 6000 euro per bulannya, dengan hanya 40 jam kerja. Itulah sebabnya ia lalu mendirikan sekolah tersebut. "Kami memberikan training untuk mendapatkan hidup yang lebih baik dan wang lebih banyak dari pekerjaan mereka," katanya.


Dengan biaya 450 euro per orang para 'murid' akan diberi perlajaran dalam bentuk tutorial dan video presentasi tentang berpikir positif dan teknik-teknik bercinta, termasuk ajaran Kama Sutra. Selain dirinya sendiri, Elene juga menyewa tenaga pengajar lainnya untuk subjek yang berbeza, seperti bagaimana berpakaian yang seseuai. "Intinya setiap orang boleh jadi cantik, dengan menonjolkan kekuatan dan menutupi kelemahan Anda. Anda harus sedar seperti apa penampilan Anda di mata orang lain," tambahnya.





Menurut Elene, cara berpikir positip dan rasa percaya diri amat penting untuk membuat klien lebih betah dan menghabiskan waktu lebih lama. "Seks 10 menit tidak akan menghasilkan banyak uang," katanya. Prostitusi telah menjadi profesi legal di Belanda sejak 1988. Mereka mulai membayar pajak pendapatan sejak tahun 1996 dan rumah prostitus

Wow !!! Penyakit Ini Boleh Diatasi dengan Masturbasi Atau Berhubungan seks

Posted: 02 Apr 2011 07:00 AM PDT

Sindrom Kaki Resah (Restless Leg Syndrome) menghantui ramai orang kerana membuat susah tidur. Sindrom ini ditandakan dengan keinginan tak tertahankan untuk menggerakkan badan terutama kaki. Dan keadaani ini paling parah ketika penderitanya  ingin tidur.

Sudah bermacam cara dicuba untuk mengubati sindrom ini. Mulai dari teknik relaksasi, mengurangi eminum kopi dan bahkan memakan ubat-ubatan seperti dopamin.

Lalu apa hubungannya dengan masturbasi?

Dalam edisi April 'Sleep Science', Prof Marin Luis dari Universiti Groningen, Belanda, memperlihatkan sebuah kajian ejakulasi pada lelaki boleh membuat otak mereka memproduksi dopamin.
"Paralel antara ejakulasi dan suntikan heroin," hasil penelitian itu seperti dilansir kembali oleh News.com.au, Sabtu 2 April 2011.

Prof Luis menyatakan, penelitian ini membuat cara mengatasi Sindrom Kaki Resah menjadi lebih murah, hampir tanpa biaya dan kesan samping. Penderitanya tinggal berhubungan seks dengan pasangannya atau bagi yang sendirian tentu tak punya pilihan lain bukan?Melainkan dengan masturbasi.

Cara main bowling yang tak pernah kita lihat

Posted: 02 Apr 2011 06:00 AM PDT

Buah tembikai penganti bola bowling....
macam-macam idea yang penting bersukan

Bob Arno penyeluk saku ulung yang dengan kecepatan tangannya

Posted: 02 Apr 2011 05:00 AM PDT


Video dari Bob Arno pencopet ulung yang dengan kecepatan tangannya dapat mengambil dompet, dasi, kacamata, jam tangan atau gesper dengan cepat tanpa disedari oleh mangsanya

Aksi bodoh remaja

Posted: 02 Apr 2011 04:00 AM PDT

Kanak-kanak hampir buta kerana telur

Posted: 02 Apr 2011 03:00 AM PDT

PARIS : Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun buta selepas memanskan telur rebus dalam ketuhar gelombang mikro.Dia dikatakan memasukkan telur tanpa menanggalkan kulitnya dan memanaskannya dengan suhu maksimum selama 40 minit.

Kemudian dia menggeluarkan telur itu dan memasukkannya kedalam mangkuk,Selepas 30 saat ,telur itu meletup semasa dia membawanya ke meja,menyebabkan dia menglami kecederaan pada muka dan mata kanan.
Kecederaan matanya amat teruk dan kata doktor kanak-kanak itu terpaksa menjalani beberapa pembedahan dan hanya dapat melihat dengan bantuan kanta plastik.

Makanan Mewah Di Perancis Ini..Proses Pembuatannya Sungguh kejam..

Posted: 02 Apr 2011 02:00 AM PDT

Foie Gras atau disebut juga dengan "Fat Liver" dari angsa, adalah menu mewah yang berasal dari Perancis. Anda mungkin merasa sangat bangga jika Anda sudah memakan hidangan ini sebelumnya di sebuah restoran "kelas tinggi" dan mewah pastinya, tetapi apakah Anda tahu bahwa hidangan ini berasal dari angsa yang DIPAKSA MAKAN untuk mengembangkan LEMAK HATInya ?








Ada Katak Berkaki Tujuh

Posted: 02 Apr 2011 01:00 AM PDT

GUANGZHOU – Wu Xiaotan, seorang pelayan restoran di wilayah Guangzhou, China, menemukan seekor katak berbentuk aneh. Katak tersebut memiliki tujuh buah kaki.

Berdasarkan laporan China Global Times, Jumaat (01/04/2011), katak ajaib tersebut  ditemukan ketika pelayan hendak menghidangkan sajian berbahan dasar katak.

Menyedari hal ini, Wu menghentikan kegiatan memasaknya dan memelihara katak unik tersebut sebagai haiwan peliharaannya.

Sumber :http://www.okezone.com/

Lihatlah si cacat ini

Posted: 02 Apr 2011 12:00 AM PDT









Lelaki bodoh yang lekat topi kecil dikepala gunakan superglue

Posted: 01 Apr 2011 11:00 PM PDT

Lelaki bernama Shawn Merter dari UK ini telah melekatkan
topi kecil di kepalanya untuk kelihatan menarik.Dia telah menggunakan superglue untuk
melekatkan topi tu dan akhirnya topi itu susah untuk ditanggalakan.Dia
terpaksa pergi kehospital untuk menanggalkannya...

















Kambing Ini Berjalan Dengan Dua Kaki Depan

Posted: 01 Apr 2011 10:00 PM PDT

TEMPO Interaktif, Seekor kambing yang lahir tanpa kaki belakang di China menjadi selebriti setelah belajar berjalan dengan kaki depannya.

Lv Shanlu, pemilik kambing bernama Yang Yang itu,  mengatakan kambing berusia tiga bulan tersebut boleh berlari di sekitar halaman rumahnya beberapa kali tanpa berhenti.

Lv, 61 tahun, warga Desa Hexing, Yanji, Provinsi Liaoning, mengatakan semula ia meragukan kambing kecil itu boleh bertahan ketika lahir dengan sedikit tunggul bukan kaki belakang.

"Kambing itu berusaha berdiri, tapi setelah berbagai upaya, dia gagal dan hanya boleh berbaring di tanah," ujar Lv seperti dilansir situs Orange, Khamis (31/3). "Kami berusaha keras untuk merawatnya. Isteriku dan aku bergantian membawa kambing itu ke ibunya untuk disusui, kami berharap dia dapat bertahan".

Cao Yulan, istri Lv menambahkan, "Sunggung menyedihkan. Dia berusaha berdiri, jatuh dan menghantam tanah tapi kemudian berusaha lagi".

Lv memutuskan membantu Yang Yang dengan mengajarnya berjalan menggunakan kaki depannya. Setiap hari, dia membantu kambing itu berdiri dan membawanya di sekitar halaman. Dalam waktu satu bulan Yang Yang boleh melakukannya sendiri.

"Sekarang dia berjalan dengan ibunya setiap hari dan membantunya mencari makanan. Saya berusia 61 tahun tapi tidak pernah melihat atau mendengar hal semacam itu".

Utusan Online - Hiburan

Posted: 02 Apr 2011 03:21 PM PDT

Utusan Online - Hiburan


Lega suami tak marah dia

Posted:

Lega suami tak marah dia

Lega suami tak marah dia



BILA Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar mengatakan pemandu perempuan selalunya memandu dalam keadaan bahaya, Joyah turut menyokong. Joyah tabik sebab Bung berani bercakap tentang realiti, walaupun ada yang menjadi emosi dengan kata-kata Bung itu.

Pada Joyah apa yang dikatakan oleh Bung banyak kebenarannya sebab kebanyakkan pemandu perempuan 'terlebih berhati-hati' semasa di jalan raya. Orang kampung Joyah kata 'terkemut-kemut' nak pusing stereng, nak lintas, nak masuk kiri atau kanan.

Sebab tu banyak orang marah perempuan memandu termasuk Datuk Bung kita. Tetapi bukan semua tau, ada juga perempuan yang gaya pemanduannya okey dan selamat. Orang lelaki pun ada juga yang terlebih 'tak selamat' bila bawa kereta sebab selalu perasan mereka hebat.

Okey, bila Bung buat kenyataan rupanya si isteri yang jelita, Zizie Izzette pun terasa juga. Kata Zizie dia terfikir Bung turut mengaitkan dirinya tergolong dalam kategori wanita yang tidak selamat memandu itu.

Tetapi rupanya lain yang dimaksudkan Bung. Jadi Zizie reda sebab tak masuk dalam senarai perempuan 'malang' yang dikatakan oleh suaminya itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terima kasih wahai Astro!

Posted:

Terima kasih wahai Astro!

Terima kasih wahai Astro!

Selamat berhujung minggu. Kita bertemu lagi pada minggu pertama bulan April 2011. Lama juga saya bercuti sehingga ruangan Katarsis pun turut bercuti. Sesekali bercuti sakan, memang seronok sampai sudah tak ingat hendak ke pejabat. Jangan marah ya bos!

Maaf juga kepada pembaca yang bertanya mana Katarsis menghilang, terima kasih atas keprihatinan. Saya bukan hilang cuma berehat melepaskan lelah barang seketika.

Semoga dapat menjana lebih banyak idea yang baik dan cerdas tubuh badan untuk mencatat anekdot seni kepada pembaca tersayang bersama dengan team Pancaindera yang lain.

Masuk saja pejabat, banyak berita gembira saya terima. Rasa bersyukur sangat sebab kegembiraan itu ada kaitan dengan hal-hal tentang kerja.

Ini termasuklah mulai Mac yang lalu, Pancaindera muncul dengan wajah baru. Wajah yang lebih segar gabungan unit kreatif kami ini menjadikan saya cukup teruja. Saya harap kalian suka dan semakin sayang dengan akhbar kita ini.

Walaupun Katarsis sudah berpisah dengan sahabat baiknya, Siti Jarum, dalam penyelarasan semula Mingguan Malaysia, anda janganlah risau.

Siti Jarum masih bersama cuma di dalam akhbar utama Mingguan Malaysia dan jarum dia di situ saya rasa lebih tajam berbisa berbanding ketika di Pancaindera. (Sebenarnya saya lega sebab akhirnya orang tidak lagi menganggap saya sebagai Siti Jarum. Hehehe!)

Apa sekalipun, di mana sekali pun anda berada, teruskan menyokong Mingguan Malaysia ya, kerana tanpa anda siapalah kami.

Sejajar dengan perubahan, kami juga mengharapkan maklum balas pembaca terhadap perubahan yang telah dilakukan. Tak kira, positif ke negatif ke, silalah komen. Jangan malu dan segan, kerana kita semua adalah kawan.

Jangan lupa e-mel kepada Pancaindera kalau ada sebarang idea menarik untuk dikongsikan dengan kami. Atau boleh juga undang kami sebagai rakan anda di laman sosial Facebook, insya-Allah, banyak manfaat yang boleh kita kongsi bersama.

Satu lagi cerita gembira yang saya dan anda juga terima, sudah tentunya tentang apa yang berlaku semalam. Malam tadi, pihak Astro telah menamatkan segala teka teki dengan mengumumkan pengetua Akademi Fantasia yang baru. Nyata, orangnya bukanlah 'mamat Indonesia' si Ahmad Dhani, tetapi lagenda rock kita sendiri, Amy Search. Hilang segala debaran.

Saya mewakili seluruh pembaca Katarsis rakamkan terima kasih kepada pihak Astro kerana peka dengan kehendak masyarakat.

Sejujurnya saya kena akui, saya bukanlah peminat AF yang tegar, menonton hanya sekadar ada kaitan dengan tugasan, itu sahaja. Tidaklah saya sampai 'bertunggu-tangga' depan TV setiap kali AF membuka tirai. Sebab itu sepanjang AF bersiaran selama sembilan musim (hampir 10 tahun), saya sangat bangga dengan diri sendiri sebab satu sen pun duit saya tak habis untuk mengundi mana-mana bintang baru yang dicipta AF.

Tetapi saya sangat prihatin apabila mendengar desas-desus Astro ingin mengundang Ahmad Dhani sebelum ini. Sudah ada beberapa perbincangan, dan kalau sumber saya tak salah Dhani pun nampaknya cukup berminat dengan tawaran yang diberikan. Hari ini, kalau tak ada yang suara-suara untuk menghalang, mungkin Dhani akan berkampung di Kuala Lumpur selama tiga bulan.

Tetapi apabila kita (media dan masyarakat) bersatu dan melahirkan pandangan termasuklah dalam ruangan Kartasis ini bahawa kita tidak menyokong AF kalau ia dipimpin oleh Ahmad Dhani, pihak Astro pun prihatin juga.

Meskipun banyak yang terpaksa diubah dan ditukar, mereka akhirnya mendengar keluh kesah rakyat Malaysia yang tidak mahu ketua kumpulan Dewa yang terkenal dengan imej tidak berapa baik itu, dibawa masuk ke sini.

Sebenarnya memilih Ahmad Dhani, bukan hanya sekadar isu AF dan pengetuanya, tetapi seperti yang saya sudah katakan sebelum ini ia menghantar banyak makna yang boleh memberi konotasi kurang menyenangkan, termasuklah kepada dunia seni tanah air secara keseluruhannya.

Ada yang kata saya ni jenis wartawan yang emosi, buruk sangka kepada Ahmad Dhani, tetapi kepada saya orang kita pun ada yang hebat juga. Bangsa Malaysia yang berdaulat tidak kurang hebat, anda setuju?

Memilih Amy adalah pilihan yang bijak dan tepat kerana dia lagenda yang cukup hebat. Sifat rendah diri, sentiasa berfikiran positif dan sarat dengan daya juang sedari zaman susah sehingga ke tempat seperti sekarang, memang banyak ilmu yang boleh diperturunkan kepada budak-budak yang baru nak naik ni. Syabas Astro!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Celebrity News

Posted: 02 Apr 2011 03:10 PM PDT

Celebrity News


Al-Fatihah Untuk Arwah Bayu

Posted: 02 Apr 2011 12:15 PM PDT

Al-Fatihah buat arwah Bayu yang telah kembali kepadanya, semoga roh beliau berada dikalangan orang-orang yang beriman.

AL-FATIHAH

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Panas : Mangsa Cabul Pelawak Berusia 63 Tahun !!?

Posted: 01 Apr 2011 09:38 PM PDT

Sekadar Hiasan

Alahai satu lagi kisah artis kita yang memalukan rakan artis yang lain, tidak tahu dimana silapnya artis tersebut dikatakan menggunakan usia dan duit untuk mengaburi mangsa ketika mencabul. Malah gadis malang yang dicabul adalah orang yang dikenali, dan paling memalukan umur pelawak ini yang sudah mencecah 60 an.

Jika ingin mengetahuinya siapa calon-calon pelawak pencabul ini lawati laman forum ini <--- CLick 2x !!
Dan berikut kisah pelawak pencabul ini dibawah :

KUALA LUMPUR: Seorang pelawak berusia 63 tahun yang popular sejak era 70-an diburu polis selepas seorang pelajar perempuan membuat laporan mendakwa dicabul lebih tiga kali lelaki itu.Lebih keji, pelawak otai yang lebih memberi tumpuan dalam bidang pengarahan itu dikatakan menyogok sejumlah wang kepada pelajar berusia 13 tahun itu dengan harapan mangsa patuh kepada arahan, selain tidak membongkar kejadian itu kepada ahli keluarga serta orang ramai termasuk ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.
 

Difahamkan, pelajar malang itu dicabul lebih tiga kali sejak Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu, di dua kediaman berasingan milik ibu saudara mangsa di Kepong dan Klang, selain beberapa kali di luar kediaman berkenaan apabila mereka bertemu. 


Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Jinjang, kira-kira jam 10 pagi semalam.
Sumber polis berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 11 malam Disember tahun lalu di sebuah rumah di kondominium di Kepong apabila mangsa dicabul di kediaman ibu saudaranya itu.
Beliau berkata, ketika kejadian suspek berkunjung ke rumah berkenaan kononnya melawat ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.


"Bagaimanapun, selepas berbual lebih 30 minit, ibu saudara mangsa mendakwa letih dan mahu tidur sebelum mengarahkan suspek berehat dalam bilik tetamu jika tidak mahu pulang.

"Suspek bersetuju sebelum masuk ke bilik berkenaan. Lima minit kemudian suspek keluar semula sebelum memanggil mangsa masuk ke dalam bilik berkenaan dan meminta mangsa mengurut badannya," katanya.
Mangsa pada mulanya menolak, namun bersetuju berbuat demikian selepas dipujuk suspek.
"Sebaik masuk ke dalam bilik itu, suspek dikatakan mencium mulut dan pipi mangsa serta memegang bahagian sulit mangsa.
"Tersentak dengan perbuatan itu, mangsa berlari keluar dari bilik. Bimbang mangsa mengadu kepada ibu saudaranya, suspek memohon maaf, selain berjanji tidak akan mengulanginya.
"Termakan pujukan suspek, mangsa bersetuju merahsiakan perbuatan itu. Malah, suspek dikatakan menyogok RM100 kepada mangsa sebelum berpura-pura insaf dengan keterlanjurannya itu," katanya.
Sumber berkata, kejadian terbaru berlaku pertengahan Mac lalu kira-kira jam 5.30 petang di sebuah lagi rumah ibu saudara mangsa di Klang.
"Kejadian berlaku dalam tandas di rumah berkenaan apabila suspek meluru masuk sebelum mencabul mangsa yang ketika itu ingin membuang air. Kali ini, bertindak lebih ganas ketika memegang bahagian sulit dan payudara mangsa," katanya. 


Difahamkan, suspek sekali lagi memberikan wang RM100 kepada mangsa untuk menutup mulut.
Biarpun mangsa enggan menerima wang berkenaan, suspek dikatakan meletakkan wang itu di atas meja sebelum meninggalkan rumah berkenaan. 


Sumber berkata, disebabkan mangsa masih mendiamkan diri selepas insiden itu, dia dikatakan dicabul lagi suspek setiap kali bertemu ataupun apabila suspek berkunjung ke kediaman ibu saudaranya itu.
Tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa memberitahu ibu saudaranya sebelum mereka tampil membuat laporan di balai polis. 


Katanya, sehingga kini, suspek masih belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.


Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

( Gambar ) Cico anak Uji Rashid masuk PAS !!

Posted: 01 Apr 2011 09:19 PM PDT

Entah betul ke tidak tapi ini yang ZoOM dapat kongsi bersama pembaca dengan anda di ZoOmartis, jika sebelum ini kisah Bob Lokman secara terang-terangan menghebahkan beliau masuk parti PAS. Kini timbul pula artis kita bernama Cico ini dilihat hadir sama dengan Bob Lokman yang sedia maklum dan rasmi menjadi penyokong PAS.

ZoOM bukan nak bercerita mengenai politik tetapi sekadar memberitahu kepada anda bahawa artis kita juga ada yang suka mengikuti perjalanan politik di Malaysia.

Menurut info gambar ini diambil selepas kuliah maghrib di Masjid Al-Azim Pandan Indah.

Namun simboliknya Cico kini cuba mendekati rumah Allah...ALhamdulillah...

ZoOM : APa Kata Anda di ZOoMartis @ Facebook ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Update :Gambar Miera Leyana Pakai Baju Sekolah

Posted: 01 Apr 2011 08:52 PM PDT

Sehingga hari ini cerita dan gambar artis muda bernama Miera Leyana ini menjadi Top search didalam google dan yahoo. Dek kerana kesalahan yang baru dilakukan sebelum ini menyebabkan nama artis ini naik mendadak dan menjadi bualan seluruh rakyat di Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan artis di Malaysia.

Malahan tempias populariti Miera Leyana juga turut dirasai di ZoOmartis.Net sehingga saat ZoOm menulis "post" ini. Tidak salah jika ZoOM labelkan Miera Leyana kini setanding dengan gossip yang sering melanda Fasha Sandha sebelum ini.

Dikala mood boring pagi ini ZoOm cuba search google image Miera Leyana untuk dikongsi bersama pembaca di ZOOMartis. 


Bersama rakan sekolah




Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Berita Harian: Hip

Posted: 02 Apr 2011 11:21 AM PDT

Berita Harian: Hip


Sentuhan SIMPLYSITI

Posted: 01 Apr 2011 03:44 PM PDT

Hip

Inspirasi Audrey Hepburn, bibir merah menyala dan celak mata tebal, mungkin menghiasi wajah Siti Nurhaliza untuk malam ABPBH2010 esok

SLOGAN rangkaian produk penjagaan kulit dan kosmetik SimplySiti Sdn Bhd milik Datuk Siti Nurhaliza, Rahsiaku Kini Milikmu.... begitu jelas memberi gambaran apa yang ingin dikongsinya. Lebih membanggakan empayar perniagaan yang dilancarkan sejak Mac tahun lalu mula mempunyai pengikutnya sendiri.

Tidak perlu lagi mencemburui kecantikan yang dimiliki pemegang rekod selama tujuh kali bagi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ini, kerana anda tahu bagaimana untuk mencari jawapannya. Impian atau angan-angan mahu jadi cantik seperti Siti bukan sesuatu yang mustahil. SimplySiti menawarkan pelbagai kelebihan dengan bantuan teknologi nano yang canggih untuk memberikan lebih banyak manfaat kepada kulit wanita. Teknologi nano yang digunakan adalah partikel bersaiz sangat halus yang didapati dalam semua rangkaian produk yang ditawarkan di bawah label ini.

Menariknya tahun ini, SimplySiti turut memberi penajaan kepada penganjuran ABPBH edisi ke-24 yang bakal berlangsung malam esok di Arena Of Stars, Genting Highlands. Bersama Sabtu, kita selami pelbagai rasa yang terbuku di hati tauke kosmetik ini termasuklah agenda perancangan meluaskan skop perniagaannya.

"Hajat dan impian Siti untuk membuka pusat sehenti kecantikan yang menawarkan spa dan pelbagai rawatan badan serta kecantikan seperti yang diperkatakan sebelum ini bakal menjadi kenyataan. Tapi bukanlah dalam masa terdekat. Siti sasarkan tiga tahun lagi untuk merealisasikannya.

"Sekarang Siti mahu fokus kepada apa yang sudah ada di bawah rangkaian SimplySiti. Akan datang, insya-Allah, Siti akan menawarkan produk penjagaan badan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Selain itu, Siti juga berhasrat mahu tampil dengan wangian sendiri dan eksklusif," ungkap Siti yang sempat mengikuti siri jelajah promosi SimplySiti yang berakhir di Alamanda, Putrajaya, semalam.
Dalam perkembangan lain, Siti sempat ditanya dengan soalan mengenai ABPBH 2010. Saban tahun acara ini menjadi medan bagi calon ABPBH dan selebriti tempatan melaram sakan. Tidak ketinggalan, lensa kamera juga tidak pernah segan untuk merakamkan penampilan wajah dan fesyen penyanyi kesayangan ramai ini.

Sekalipun membuat keputusan nekad dengan menarik diri dalam sebarang pencalonan ABPBH tahun ini, jenama Siti tetap terus bernyawa. Selain memberi penajaan menerusi SimplySiti, Siti masih tetap memberi sokongan menerusi kehadiran di samping membuat persembahan finale ABPBH 2010 dengan persalinan Rizman Ruzaini.

Beliau yang sudah menggenggam trofi Penyanyi Wanita Popular selama 13 kali berturut-turut ini turut memuji usaha Berita Harian mengangkat tema Klasik Moden. Siti akan membiarkan wajah mulusnya ditatarias jurusolek kesayangan, Nurul Shukor menggunakan rangkaian kosmetik SimplySiti.

"Untuk tema ini, Siti masih memikirkan gaya solekan apa yang perlu dipertimbangkan. Bab pakaian, Siti serahkan kepada Rizman Ruzaini. Tetapi selalunya, tatarias klasik ini selalu mengingatkan Siti kepada Audrey Hepburn dengan solekan bibir merah menyala dan celak mata yang tebal.

"Solekan muka itu lebih 'nude' dan aspek mata serta bibir itu antara fokus utama yang perlu ditekankan dalam menepati tema ini. Siti akan menggunakan koleksi gincu dipanggil SimplySiti Glam Red. Ia dilancarkan hujung tahun lalu.

"Jika mahu bibir yang merah dan mungil, Glam Red menawarkan lima rona merah yang elegan sekali gus dapat menyerlahkan pesona si pemakai. Glam Red dibahagikan kepada dua pecahan iaitu Destinasi Cinta I dan II (berwarna merah cili) dan Debaran Cinta I, II dan III (merah gelap)," katanya sambil memberitahu koleksi simplySiti Glam Red turut dilengkapi dengan pelembap bibir.

Tambah penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa itu lagi, untuk penumpuan mata, beliau lebih selesa menggunakan Simply Liquid Eye Liner ditambah lagi dengan Simply Luscious Dual Mascara untuk mata lebih menyerlah. Manakala bagi pembayang mata, Siti selesa menggunakan pembayang mata dari Koleksi Gold Edition Simply 4 Eye Color dengan empat warna asas merangkumi pembayang hitam, warna cerah coklat dan warna pembayang mata emas untuk kesan dramatik 'Smokey Eyes'.

"Untuk melengkapkan wajah, Siti wajib pakai Simply Eye Brow Pencil (Charcoal Brown). Manakala bagi pembayang mata, Siti selesa menggunakan pembayang mata dari Koleksi Gold Edition Simply 4 Eye Color dengan empat warna asas merangkumi pembayang hitam, warna cerah coklat dan warna pembayang mata emas untuk kesan dramatik 'Smokey Eyes'.

"Sebagai tambahan, sebelum langkah untuk bibir dan mata, Siti akan menggunakan bedak asas dan krim dasar solekan dari Simply 5 Cream. Untuk hasil yang lebih menawan, Siti juga boleh menggunakan Simply Perfect 2 Way Cake yakni bedak silikon semula jadi yang mengawal minyak dan mengandungi SPF 30," kata isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu.

Cadangan miliki imej moden klasik dengan hasil yang anggun bersama rangkaian kosmetik SimplySiti

1) Gunakan Simply 5 Cream
Mulakan litupan yang menyeluruh dengan Simply 5 Cream. Mengandungi lima faedah merawat, melembap, pelindung UV, krim dasar solekan dan bedak asas.

2) Simply Perfect 2 Way Cake
Litupan yang mengagumkan untuk hasil kelihatan profesional. Bedak Silikon Semula Jadi yang mengawal minyak dan mengawal SPF 30. Bedak padat yang mengawal sebum dan mengurangkan minyak serta mengekalkan warna dan tidak mudah tanggal untuk menghasilkan kulit wajah lebih berseri. Hadir dalam lima warna Light Beige, Natural Beige, Deep Beige, Dark Honey dan Tan.

3) Untuk dapatkan imej moden klasik, solekan muka lebih nude dan simple. Gabungan dua langkah di atas (Simply 5 Cream dan Simply Perfect 2 Way Cake) untuk mendapatkan wajah licin dan berseri (ala porcelain doll).

4) Tumpukan solekan mata sedikit dengan Simply 4 Eye Color Gold Edition, kemudian serlahkan mata dengan Simply Liquid Eye Liner (celak mata lebih gelap dan tebal, sesuai juga untuk membuat celak mata ala Cat's Eyes) kemudian galakkan lagi dengan Simply Luscious Dual Mascara dan akhiri solekan dengan Simply Gorgeous Lip Color Glam Red Collection.

5) Untuk bibir, gincu koleksi Glam Red Collection menawarkan 5 rona merah Simply Gorgeous Lip Color yakni Destinasi Cinta I & II (rona merah cili) dan Debaran Cinta I, II & III (rona merah gelap, maroon). Juga terdapat pelembap bibir Glam Red Collection sebagai pelengkap gaya.

INFO

  • Rangkaian produk SimplySiti boleh dibeli di seluruh Malaysia dan dijual di Watson, Jusco, Carrefour dan Tesco.
  • Siti Nurhaliza akan muncul sempena Minggu Setiausaha anjuran Hotel Quality City Centre 5 April depan Bertemakan Nostalgia Datuk Siti Nurhaliza bertempat di Matrade Exhibition & Convention Centre (MECC), Kuala Lumpur. Harga tiket untuk seorang bagi menyaksikan persembahan itu bermula dari RM560, RM460, RM400 dan RM340. Untuk sebarang tempahan dan keterangan lanjut, hubungi 03- 26939233 sambungan 8023 atau emel kepada fnb@quality.com.my.
  • Siti Nurhaliza juga akan membuat persembahan penutup di malam ABPBH2010 yang bersiaran secara langsung di TV3 mulai jam 9 malam dari Arena Of Stars Genting Highlands.
  • Siri jelajah SimplySiti bermula dari awal Mac lalu di Plaza Angsana JB, Alor Star Mall, Kedah dan KB Mall Kelantan. Ia berakhir di Alamanda, Putrajaya dari 29 Mac lalu hingga 3 April ini. Dapatkan promosi istimewa 25 peratus ke atas semua produk SimplySiti. Dengan pembelian RM88 ke atas bolehlah dapatkan Kemeja T eksklusif SimplySiti atau solekan percuma. Dengan belian RM150 ke atas pula anda berpeluang mendapatkan tiket ke Malam Gala SimplySiti. Anda juga berpeluang untuk beramah mesra bersama Datuk Siti Nurhaliza.
  • Kempen 'Wajah-wajah SimplySiti' dilancarkan sejak Januari lalu kerana SimplySiti berhasrat untuk mengumpul seramai mungkin wajah pengguna-pengguna SimplySiti dan meraikan mereka pada majlis kemuncak 'Malam Gala SimplySiti' sempena ulang tahun pertama SimplySiti.

  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Hati kembali terisi

    Posted: 01 Apr 2011 03:41 PM PDT

    Hip

    Rossa akui rapat dengan anak orang kenamaan, namun belum terfikir soal kahwin

    ADA rona bahagia yang terpancar pada wajah penyanyi jelita ini. Canda tawa, bahasa tubuh yang ditunjukkannya seakan menterjemahkan bahawa si empunya diri sedang asyik dilambung ombak cinta. Apatah lagi saat diusik pertanyaan apakah benar kekosongan di hatinya sudah terisi, reaksi yang diberikan pemilik nama penuh Sri Rossa Roslaina Handiyani atau lebih akrab disapa Rossa ini sudah cukup untuk membuktikan hatinya yang dulu kosong kini sudah berpenghuni.

    Dalam malu-malu, Rossa masih mampu menjawab pertanyaan yang dilontar wakil media, walaupun ada di antara soalan yang dikemukakan hanya mampu dijawab dengan hilai tawa dan senyuman. Tidak mahu terus berselindung, Rossa mengaku dia sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang. "Kami masih dalam peringkat mengenal hati budi dan tiada sebarang perancangan untuk melangkah lebih jauh lagi dalam fasa perhubungan kami," ujar penyanyi yang mula memikat hati pendengar di Malaysia menerusi lagu Tegar ini.

    Walaupun bersikap terbuka, namun seboleh mungkin Rossa tidak mahu kisah hubungannya dengan anak seorang kenamaan bernama Raja Sapta itu terus menjadi topik perbincangan kerana tiada kepastian yang boleh dijanjikan darinya.

    "Segala-galanya masih terlalu awal untuk saya jelaskan mengenai hubungan ini. Cuma saya tak nafikan, buat masa ini, dia lelaki paling rapat dalam hidup saya. Saya ulangi lagi sekali, buat masa ini... Kerana saya sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Namun, mengenalinya, tidak dinafikan dia mempunyai ciri-ciri lelaki idaman saya seperti pintar dan amat memahami diri ini.

    "Dia bukanlah peminat setia saya, cuma dia menggemari lagu nyanyian saya. Tapi kalau nak tahu lebih lanjut mengenai dia, google saja!" kata Rossa sambil disambut gelak tawa sekumpulan wartawan yang diundang menjayakan sesi fotografi bersama penyanyi kecil molek itu di The Coronade Hotel, Kuala Lumpur, petang Selasa lalu.
    Kehadirannya ke ibu kota adalah untuk mempromosikan album kompilasi terbaru berjudul Harmoni Jalinan Nada & Cerita.

    Beralih kepada kisah bekas suaminya, pemain dram kumpulan Padi, Surendro Prasetyo atau Yoyo, yang ditahan gara-gara terbabit dengan penyalahgunaan dadah, berkali-kali Rossa menyatakan perasaan simpatinya terhadap lelaki yang juga bapa kepada anak lelakinya, Rizki Langit Ramadan, yang berusia empat tahun itu.

    "Sewaktu mendapat tahu mengenai berita penangkapan itu menerusi Blackberry dan juga laman Twitter, saya memang terkejut kerana sehari sebelum itu, dia datang ke rumah untuk bertemu dengan Rizki. Tak sangka boleh jadi begitu.

    "Walaupun saya tahu yang dia terbabit dalam penyalahgunaan dadah, tapi saya tak pernah melihat dengan mata kepala sendiri. Begitupun, bagi saya dia tetap suami yang baik meskipun terbabit dalam gejala tidak sihat seperti itu," terangnya.

    Ditanya apakah pembabitan Yoyo dengan dadah menjadi punca perceraian mereka, seperti juga reaksinya sebelum ini, Rossa tetap mengunci mulut dan menyifatkan perkara itu sebagai rahsia peribadi mereka berdua.

    "Apakah puncanya, biarlah kami berdua saja yang tahu. Apa yang pasti, keputusan ini ialah jalan penyelesaian terbaik buat kami," ujar Rossa yang kini bergelar kontraktor berjaya di Jakarta.

    Showcase istimewa Jun nanti

    KETIKA ini lagu Ku Menunggu yang juga single keduanya hangat diputarkan di corong radio di sini. Namun bagi sesiapa yang menghayati melodinya, pasti akan perasan lagu berkenaan pernah dinyanyikan oleh Ella dan juga Shah sebelum ini. Bagaimanapun tajuk dan liriknya amat berbeza. Apabila perkara ini berlaku, timbullah pertanyaan siapa ciplak siapa?

    Mengulas perkara itu, Rossa mengaku dia tidak tahu langsung lagu terbabit pernah dinyanyikan penyanyi Malaysia sebelum ini.

    "Apabila komposernya, Mery, menyerahkan lagu itu kepada saya, saya akui tertarik dengan melodi dan juga liriknya. Lantas saya muatkan dalam album ini. Bagaimanapun, persoalan siapa ciplak siapa, itu bukan urusan saya. Saya hanya menyanyikan saja," terangnya.

    Selepas mengadakan konsert Melodi Cinta Rossa tahun lalu di Stadium Putra, Bukit Jalil, Rossa juga sedang merancang untuk mengadakan sebuah lagi persembahan khusus untuk peminat yang tidak pernah puas menyaksikannya beraksi.

    "Pada 9 dan 10 Jun nanti saya akan mengadakan showcase di Tropicana Glof Resort. Diharap semua peminat dapat bersama-sama berhibur dalam persembahan itu nanti," katanya dalam nada teruja.

    Tajaan lokasi: The Coronade Hotel, Kuala Lumpur


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    - Blog Hanz -

    Posted: 02 Apr 2011 07:16 AM PDT

    - Blog Hanz -


    30 Cara Hilangkan Mengantuk Dalam Kuliah

    Posted: 01 Apr 2011 04:41 PM PDT



    1. Kunyah chewing gum pastu letak kat kerusi kawan-kawan...


    2. Ikat tali kasut kawan yang tidow kat meja atau kasut kawan yang lain...


    3. Skodeng amoi-amoi yang cun... Kalau takde, skodeng diri sendiri je...



    4. Cabut bulu kaki banyak-banyak pastu kira jumlahnya...


    5. Cabut kasut kawan pastu baling depan lecturer... Kalau lecturer marah, cakap kat dia yang tadi tu hanya latihan firedrill...


    6. Hidu gam...


    7. Kalau lecturer tanya ada soalan ke tak, angkat tangan dan ajak dia pergi tengok wayang...


    8. Buat-buat mengamuk sakan... Kalau lecturer tanya kenapa, jawab je nampak kuman kat atas meja...


    9. Buat muka marah pastu tenung muka lecturer lama-lama sambil genggam pembaris...


    10. Curik dompet kawan dan gelakkan I.C mereka...


    11. Cepatkan jam dalam dewan kuliah...


    12. Ambik 2 bijik botol dan ketuk kuat-kuat... Cakap kat lecturer Safee Sali ada kat belakang whiteboard...


    13. Lari keliling kuliah sambil bukak baju dan sangkut selipar kat tangan...


    14. Kumpul batu-batu kecik dan baling kat budak pompuan yang pakai tudung pelik-pelik...


    15. Lagakan kawan-kawan sampai mereka gaduh... Bila dah gaduh, rakam dan upload ke facebook...


    16. Geledah beg budak-budak pompuan dan curik pad mereka...


    17. Bila kelas tengah senyap, main mercun pastu salahkan lecturer...


    18. Bila kelas dah nak abes, puji lecturer tu cantik atau hensem berkali-kali...


    19. Kumpul air dalam baldi dan simbah kat depan kelas... Bagi alasan tu untuk padamkan api kejahatan...


    20. Pergi kelas pakai kain kapan dan duduk sebelah lecturer...


    21. Bila dah abes satu bab, jerit "goooolllll!!!"... Lakukan sampai kelas tamat...


    22. Kalau lecturer bagi assignment banyak-banyak, mintak tambah lagi...


    23. Ajak kawan-kawan main batu seremban dalam kuliah...


    24. Kalau lecturer tu laki, cakap kat dia zip terbukak... Cakap banyak kali...


    25. Jual popcorn dalam kelas...


    26. Miskol nombor lecturer banyak-banyak kali...


    27. Masuk dalam kuliah dan bagitaw ada pak gad tengah clamp kereta lecturer...


    28. Pergi kuliah pakai towel je... Bawak syampu sekali...


    29. Edarkan poster Dr. Rozmey dalam kuliah...


    30. Kalau dah ngantok sangat, tidow jelah...

    Blog Sensasi Ohbayu

    Posted: 02 Apr 2011 03:23 AM PDT

    Blog Sensasi Ohbayu


    404 Not Found

    Posted:

    Sorry, Readability was unable to parse this page for content.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Hiburan

    Posted: 02 Apr 2011 01:59 AM PDT

    Kosmo Online - Hiburan


    Eksplisit Maroon 5

    Posted:

    Eksplisit Maroon 5

    Eksplisit Maroon 5



    JIKA bukan kerana kebanyakan lirik lagu yang eksplisit dan beberapa unsur seks yang pernah ditonjolkan dalam beberapa klip video lagu mereka termasuk This Love, She Will Be Loved dan Harder To Breathe serta yang terbaru menerusi klip video untuk single pertama, Misery, daripada album terbaharu mereka, Hands All Over, Maroon 5 adalah sebuah band rock yang 'bersih'.

    Mereka yang terdiri daripada lima sahabat sejati sejak bangku sekolah, Jesse Carmichael (keyboard) Ryan Dusick (dram) Adam Levine (vokal dan gitar), Mickey Madden (bass) dan James Valentine (gitar) tidak pernah dikaitkan dengan sebarang kontroversi seperti kebanyakan band rock lain.

    Sejak meledak naik sekitar tahun 2004 walaupun debut mereka, Songs About Jane dilahirkan pada tahun 2002, Maroon 5 terus menjadi salah sebuah band yang digilai.

    Tetapi, satu-satunya isu yang terus mengekori mereka adalah sensasi unsur seks yang kerap diselitkan dalam klip video serta lirik-lirik yang mempunyai makna kurang baik di sebaliknya.

    Malah untuk kulit album terbaharu ini juga, Maroon 5 memaparkan tubuh seorang wanita bogel di atas katil dengan tangan menutup bahagian dadanya.

    Apabila hal itu diajukan kepada vokalisnya, Levine yang memang terkenal dengan sikap terbuka tidak menafikan hal tersebut.

    Dia malah menjawab secara sinikal: "Saya sukakan seks. Saya tidak akan tipu tentang itu kerana saya berpendapat seks adalah satu aktiviti yang baik."

    Tambahnya lagi dia tidak mengerti mengapa sesebuah klip video harus menjadi terlalu klise dengan memaparkan aksi sesebuah band sedang memainkan instrumen mereka. Apa salahnya jika jalan lagu divisualkan dalam imaginasi tersendiri.

    Di luar isu tersebut, Maroon 5 tidak mempunyai sebarang masalah untuk digilai. Jika tidak, masakan sejak album sulung mereka dilahirkan sehingga yang ketiga, band ini telah menjual lebih 25 juta unit album di seluruh dunia.

    Bercakap tentang termometer sukses Maroon 5, Levine memberitahu, mereka hanya menjadi diri sendiri dan melahirkan karya yang jujur. Bagaimanapun katanya tidak mudah bagi mereka untuk berada pada tahap sekarang.

    "Pada satu ketika, kami sendiri keliru untuk memilih muzik yang ingin kami berikan kepada khalayak. Kami juga mempunyai pengaruh muzik yang berbeza. Namun sebaik kami menukar nama Kara's Flowers kepada Maroon 5 pada awal kemunculan dulu, kami berjaya menyelaraskan muzik kami dan memilih pop rock sebagai paksi baru berbanding alternatif rock yang tidak menjadi," kata Levine.


    MAROON 5 terdiri daripada Jesse Carmichael, Ryan Dusick, Adam Levine, Mickey Madden, dan James Valentine.


    Dia turut memberitahu walaupun populariti kini melingkari mereka, itu tidak bererti Maroon 5 sudah boleh tersenyum bangga. Sebaliknya kata Levine ringkas: "Kami akan terus memberikan yang terbaik kepada peminat untuk setiap produk yang bakal dikeluarkan.

    Levine yang juga menulis kebanyakan lirik lagu untuk album mereka menambah, pada kebanyakan lirik lagu yang dihasilkan, ia tidak dibikin secara formal di dalam studio atau bersama instrumen. Sebaliknya ia dihasilkan secara spontan.

    "Kebanyakannya saya hasilkan dalam bilik mandi, bukan sewaktu saya sedang memetik gitar. Pelik bukan? Tapi saya rasa menghasilkan lagu secara spontan adalah seni yang lebih unik berbanding kita terlalu berusaha untuk melakukannya," katanya.

    Rapat

    Sejak ditubuhkan lebih 10 tahun lalu, mereka tidak pernah berpecah kecuali Ryan Dusick meninggalkan band tersebut kerana masalah kecederaan.

    Ditanya rahsia mereka mampu mengekalkan keharmonian dalam band, Levine memberitahu, kerana hubungan akrab yang terjalin sejak sekian lama membuatkan mereka kekal bersama.

    Mengaku sesekali bertengkar dan tidak sefahaman, katanya: "Tapi ia adalah proses biasa. Sebenarnya kami sudah lebih sekadar sebuah band. Kami adalah satu keluarga dan pertalian yang cukup utuh ini membuatkan kami bertahan bersama."

    Bagaimanapun saat ditanya tentang sampai bila mereka akan bertahan bermain muzik bersama, Levine seperti memberi bayangan mereka tidak akan bermain muzik sehingga tua seperti mana yang dilakukan band-band lain.

    Katanya, dia percaya bahawa Maroon 5 sudah berada di kemuncak dan tidak mustahil bubar selepas melahirkan sebuah lagi album yang tidak diketahui bila akan diterbitkan.

    "Pada satu tahap nanti, saya mahu memberi fokus kepada hal lain dan saya tidak tahu sama ada saya mahu meneruskan kerjaya ini atau tidak apabila usia kami telah mencecah 40 atau 50 tahun. Saya tidak melihat kami akan menjadi seperti Rolling Stone," jelas Levine.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kelangsungan Voices From The South 2011

    Posted:

    Kelangsungan Voices From The South 2011

    Kelangsungan Voices From The South 2011

    Oleh JAGATHESWARY NARAYANAN
    n.jagatheswary@kosmo.com.my


    ROTHIAH (tiga dari kiri) merasmikan Voices From The South 2011.


    SETELAH empat tahun berlalu, program Radio Bicarawara Voices From The South masih menjadi sorotan menarik dan mengisi lagi carta rancangan saluran radio TraXXFM 90.3MHz.

    Masih kekal dengan format yang sama, ia dipertingkatkan dengan paparan isu yang lebih informatif, interaktif serta global untuk tatapan audiens tempatan.

    Program yang mempunyai pendekatan seperti forum perdana itu difahamkan terus disajikan atas respons positif yang diterima sejak ia diperkenalkan pada tahun 2008.

    Setiausaha Gerbang Maklumat Selatan-Selatan (SSIG), Asmawar Samat memberitahu, keunikan program radio bicarawara itu adalah ia akan melibatkan penyertaan yang membabitkan wakil-wakil kerajaan dari negara-negara selatan yang berpusat di Kuala Lumpur.

    "Mereka akan mengupas dan berkongsi informasi serta pendapat yang bernas mengenai isu-isu yang melanda di negeri-negeri berkenaan.

    "Ia termasuklah isu politik, ekonomi, sosial, teknologi, pelancongan, budaya dan sebagainya," ujar Asmawar pada majlis pelancaran yang berlangsung di Hotel Crystal Crown, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Sejak ia diperkenalkan, program tersebut telah disertai kira-kira 28 buah negara dan wakilnya. Pada tahun ini pula, sepuluh lagi negara bakal menyertainya.

    Antaranya, Brazil, Brunei Darussalam, Kemboja, Ghana, Indonesia, Kyrsgyztan, Laos, Maldives, Myanmar dan Peru.

    Asmawar turut memberitahu, pengisian program itu sememangnya luas dan berat, maka untuk menjadikan ia lebih interaktif serta menarik, ia diselaraskan dengan perbincangan dua hala yang disampaikan dalam keadaan lebih santai, sesuai untuk semua lapisan penonton.

    Ujarnya lagi, perbincangan mengenai isu-isu pembangunan penting dalam membina hubungan diplomatik bersama negara-negara selatan secara tidak langsung mengutarakan idea untuk mengelakkan mana-mana konflik antara negara.

    Durasi program itu adalah 45 minit dan ia ke udara setiap Rabu bermula pada minggu kedua April ini sehingga hujung tahun di saluran radio TraXXFM 90.3MHz.

    Turut hadir pada majlis pelancaran itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dr. Rothiah Omar.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Yovie & Nuno tak kecil hati

    Posted:

    Yovie & Nuno tak kecil hati

    Yovie & Nuno tak kecil hati

    Oleh HARYATI KARIM


    YOVIE & NUNO bergambar dengan Pengarah Urusan Sony Music Malaysia, Adrian Lim pada majlis pelancaran album terbaru mereka, The Winning 11.


    LAGU Menjaga Hati boleh dikatakan sebagai lagu pembawa tuah buat band dari Bandung, Indonesia, Yovie & Nuno. Lagu itu telah berjaya membawa mereka menembusi pasaran Malaysia pada tahun lalu.

    Band yang sememangnya sinonim dengan lagu-lagu romantis itu juga cukup popular di kaca televisyen apabila single kedua yang berjudul Dia Milikku daripada album The Special One menjadi lagu tema sinetron popular Cinta Kirana yang ditayangkan di Astro Ria pada tahun lalu.

    Meskipun lagu mereka ligat diputarkan di stesen radio tempatan, namun, masih ramai peminat muzik tempatan yang tidak mengenali siapakah Yovie & Nuno.

    Bagaimanapun, perkara itu tidak membuatkan band yang dianggotai oleh Yovie Widianto (Yovie-keyboard), Pradikta Wicaksono (Dikta-vokal), Dudy Oris (Dudy-vokal) dan Muchamad Ahadiyat (Diat - gitar) gentar untuk meluaskan sayap muzik mereka.

    Terang Yovie ketika ditemui pada majlis pelancaran album keempat mereka, Winning 11 di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini: "Apa yang penting, pendengar muzik Malaysia suka dan menerima muzik kami, itu sudah satu kepuasan buat kami. Jika tidak, hari ini kami tidak akan berada di sini."

    Akui Yovie, populariti lagu Menjaga Hati sememangnya cukup kuat, justeru itu mereka mengambil masa yang lama untuk membikin album Winning 11 iaitu dari Disember 2009 sehingga Mei 2010 dengan harapan lagu-lagu yang dihasilkan lebih hebat daripada lagu tersebut.

    "Ternyata kelewatan itu ada hikmah sebaliknya apabila lagu-lagu hits album baru ini terhasil pada saat-saat akhir pembikinan album ini seperti lagu single pertama yang berjudul Manusia Biasa," ujar Yovie selaku ketua band.

    Berbicara mengenai maksud di sebalik judul album Winning 11, jelas Yovie, judul itu dipilih berdasarkan jumlah lagu yang terpilih untuk dimuatkan dalam album itu.

    Memberitahu mempunyai sebanyak 40 buah lagu, namun hanya memilih 11 sahaja yang terbaik, kata Yovie: "Jadi, lagu-lagu yang terpilih itu merupakan lagu-lagu yang menang. Sebab itu album ini diberi judul Winning 11 sebagai simbolik.

    Telah dipasarkan sejak Julai tahun lalu di Indonesia, namun disebabkan kesibukan mengadakan konsert jelajah di 70 buah kota, baru kini mereka bertandang ke Malaysia untuk menjalani rangka promosi album tersebut.

    "Saya rasa, ini masa yang tepat untuk kami melancarkan album serta membuat rangka promosi di Malaysia selepas di Indonesia sendiri, lagu Manusia Biasa telah dimuat turun sebanyak dua juta kali," jawabnya yang turut memberitahu ada menyimpan hasrat untuk mengadakan konsert di Malaysia jika mempunyai peluang.

    Album yang kini sudah berada di pasaran memuatkan lagu-lagu seperti Tak Setampan Romeo, Sampai Akhir Waktu, Manusia Biasa, Merindu Lagi, Malam Mingguku, Pada Hari Ini, Yang Pertama, Mengejar Mimpi, Cerita Untuk Dunia, Indahnya Berdua dan Manis.

    Dua lagu daripada album ini iaitu Tak Setampan Romeo sempat menjalani penggambaran video muzik di Milan, Itali, dan lagu Merindu Lagi di Amsterdam, Belanda dan Paris.

    Sekitar bulan Mei depan band ini sekali lagi akan berangkat ke Eropah untuk mengadakan persembahan dan menjalani pembikinan video muzik di sana.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: Rap

    Posted: 02 Apr 2011 01:37 AM PDT

    Harian Metro: Rap


    Tak kisah bawa watak pembantu

    Posted: 01 Apr 2011 06:53 AM PDT

    LARIS...walaupun namanya kurang popular, Fateen banyak terima tawaran berlakon.
    LARIS...walaupun namanya kurang popular, Fateen banyak terima tawaran berlakon.

    WATAK pesakit sopak yang menjadi mangsa penderaan ibu tiri dan berkahwin dengan orang tua dalam drama bersiri Raksasa, lima tahun lalu, mula memperkenalkan nama Puteri Fateen Nasuha Shamsudin sebagai pelakon pelapis di negara ini.

    Kepercayaan diberi pengarah apabila ditawarkan memegang watak utama dalam Puteri Salju ala cerita dongeng Snow White juga meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

    Namun itu belum cukup kuat untuk membawa nama Fateen duduk sebaris dengan pelakon popular tanah air. Bagaimanapun, watak gadis lurus bendul, Cici dalam drama bersiri Kau dan Aku musim kedua, mengubah segalanya.

    Drama yang disiarkan di Astro Ria itu berjaya melonjakkan namanya. Malah ke mana saja dia pergi, nama Cici melekat di hati peminat. Justeru, Fateen memutuskan nama komersialnya dalam bidang lakonan juga ditukar kepada Puteri Chichi kerana orang lebih mengenalinya dengan nama itu daripada nama sebenarnya.


    "Saya berharap pengarah dan produser drama dan filem juga boleh menerima nama baru saya ini. Saya juga lebih selesa jika orang panggil saya nama Puteri Chichi pula selepas ini," katanya.


    Berkongsi pengalamannya berlakon dalam drama bersiri Kau dan Aku 2 itu, Fateen mengakui cukup seronok berlakon di samping bintang yang digilap daripada program realiti TV popular, Akademi Fantasia (AF) iaitu Akim, Mila, Hafiz, Aril, Ika Nabila, Anith Aqilah dan ramai lagi.

    "Saya tidak ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan mereka kerana masing-masing memberikan kerjasama terbaik dalam siri itu.

    "Saya juga sudah menjadi sebahagian daripada keluarga Kau dan Aku 2 walaupun saya tidak terbabit dalam musim pertama yang berlangsung di Jakarta, Indonesia, dua tahun lalu.

    "Masing-masing membantu memperbaiki kelemahan masing-masing dan melengkapi antara satu sama lain di lokasi penggambaran," katanya.

    Fateen berkata, sekalipun namanya tidak sepopular artis seperjuangannya, tawaran berlakon tidak pernah putus diterimanya saban bulan. Dua daripada adiknya, Puteri Alia Natasya, 14, dan Puteri Asyura Nur Ain, 8, juga berlakon drama.

    "Saya sudah tujuh tahun berlakon tapi serius dalam bidang seni baru lima tahun. Saya bersyukur kerana rezeki murah dalam bidang lakonan.

    "Cuma publisiti saja yang kurang kerana saya tidak tahu saluran yang tepat untuk mendapatkan publisiti di akhbar. Saya juga banyak ditawarkan watak pembantu dalam drama tapi saya tak kisah asalkan ia karakter berlainan dan tetap meninggalkan kesan pada penonton di luar sana," katanya.

    Selain drama bersiri muzikal Kau dan Aku 2, Fateen turut berlakon dalam drama bersiri Gemilang arahan Kabir Bhatia, Juvana dan juga Samson Delaila yang diterajui Fasha Sandha.

    Dalam Samson Delaila, dia bawa watak Delaila yang juga lakonan Fasha Sandha ketika kecil. Dalam Gemilang pula, dia bawa watak pembantu Dahlia yang juga pelajar kepada Tiz Zaqyah. Dia juga berlakon dalam siri komedi Cik Ah Cik Nin juga di Astro.

    Selain itu, dia turut ditawarkan watak heroin dalam Puteri Salju bergandingan dengan pelakon kacak Fizo Omar. Tidak ketinggalan, dia berlakon dalam siri Rempit vs Impak Maksima dan Seputeh Qaseh Ramadan.

    Terbaru, Fateen turut ditawarkan watak pembantu dalam filem arahan Aziz M Osman, Azura 2011 yang diterajui Shah Jazsle dan Neelofa.

    "Saya memang sudah lama nak bekerja dengan Aziz dan akan menggunakan peluang keemasan itu sebaik mungkin. Saya juga tidak ingin menghampakan harapan abang Aziz.

    "Watak saya juga kawan baik kepada Neelofa yang juga heroin dalam filem itu. Penggambaran babak saya juga belum dimulakan lagi. Saya juga berharap filem Azura 2011 adalah permulaan yang positif buat saya melangkah ke layar perak," katanya.

    Apapun rintangan, Fateen tidak pernah putus asa untuk mengukuhkan namanya di persada seni tempatan. Katanya, dia berlakon kerana minat yang cukup mendalam dan bukan untuk mengejar glamor semata-mata.

    "Masih banyak lagi ilmu dalam bidang lakonan yang saya nak belajar. Saya juga impikan untuk bekerja dengan lebih ramai pengarah yang bagus seperti Erma Fatima danShuhaimi Baba tetapi buat masa ini belum ada peluang lagi. Saya juga belum ditawarkan watak antagonis dan sering ditawarkan watak 'imej baik' saja," katanya.

    Karier nyanyian pula, kata Fateen, yang juga anak kedua daripada empat beradik itu, nampaknya tidak berjalan seperti diharapkan. Fateen akur yang rezekinya lebih murah dalam bidang lakonan.

    "Saya memang minat menyanyi dan bermula dalam bidang nyanyian dulu. Saya juga tidak pernah lupakan karier nyanyian dan impian untuk bikin single atau album penuh satu hari nanti," katanya.

    Kini, karier seni Fateen juga bakal diuruskan syarikat pengurusan bakat, Snift
    Sdn Bhd, selama setahun.

    Fateen berharap, karier seninya lebih teratur selepas diuruskan Snift.

    "Saya juga masih boleh cari projek berlakon sendiri walaupun sudah terikat dengan mereka. Saya menaruh harapan menggunung karier seni lebih menyerlah dan mantap pada tahun ini," katanya.

    Dalam perkembangan lain, Fateen mengakui kisah cintanya dengan si dia juga sudah berakhir setahun yang lalu.

    Dia kini berstatus solo dan belum bertemu penggantinya lagi.

    "Kami putus pada tahun lalu dan saya anggap tiada jodoh.

    "Saya juga masih belum bertemu pengganti dan keutamaan saya sekarang pada karier seni terlebih dulu daripada memikirkan soal pengganti.

    "Terus terang, hidup saya tidak sunyi dan masih ada kawan rapat dalam bidang seni seperti Akim, Aril AF dan Amar (Anak Wayang)," katanya.

    PROFIL

    NAMA SEBENAR: Puteri Fateen Nasuha Shamsudin
    TARIKH LAHIR: 12 Disember 1990
    ASAL: Kuala Lumpur
    PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    KERJAYA: Penyanyi dan pelakon
    STATUS: Bujang
    KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik.
    TELEFILEM / DRAMA BERSIRI: Selain Raksasa, Fateen juga cukup terkenal menerusi lakonannya dalam Puteri Salju, Rempit VS Impak Maksima dan yang sedang hangat ditayangkan, drama komedi, Cik Ah Cik Nin, Kau dan Aku musim kedua
    FILEM: Azura 2011

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Rezeki berganda

    Posted: 01 Apr 2011 06:47 AM PDT

    MONODRAMA Rebab Berbisik pernah dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 2008 tetapi ketika itu sambutannya agak kurang memberangsangkan. Barangkali kerana pemilihan tarikh yang tidak kena.

    Tahun ini, sekali lagi Rebab Berbisik bertandang ke IB dan peluang dapat 'masuk' sekali lagi ke IB apabila Maher Zain tidak jadi mengadakan konsert di kompleks seni itu pada tarikh berkenaan. Tawaran itu ibarat orang mengantuk disorongkan bantal.

    Rezeki berganda buat Rebab Berbisik apabila sambutan kali ini di luar dugaan. Pementasan monodrama selama tiga hari bermula 8 April itu disambung sehari lagi pada 11 April.

    Tiket pada 9 dan 10 April habis dibeli JW United Corporation Sdn Bhd dan Institut Terjemahan Negara manakala Yayasan Pink Tringle membuat tempahan semua tiket pada 11 April.


    Monodrama itu akan menampilkan satu-satunya Pak Yung yang ada di negara kita iaitu Rosnan Rahman yang akan memegang empat watak sekali gus sebagai Pak Su Mat, seorang pencinta dan penggiat seni makyung, Mek Ning iaitu isteri kepada Pak Su Mat dan dua anak pasangan itu, Mimi dan Azri.


    Menurut Rosnan, Rebab Berbisik mula dipentaskan di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka pada 2007. Kemudian monodrama arahan Rahimidin Zahari itu turut dibawa ke negeri lain dan dipentaskan di pusat pengajian tinggi awam.

    "Tujuan saya dan Rahimidin membawa 'masuk' Rebab Berbisik ke universiti bukan setakat ingin buat persembahan saja tetapi kami mahu mencurahkan ilmu mengenai kebudayaan kita kepada pelajar di sana.

    "Waktu itu kumpulan kami hanyalah saya, Rahimidin, seorang jurusolek dan empat pemuzik. Kami bergerak ke seluruh negara dengan satu kereta," katanya.

    Untuk pementasan kali ini, Rosnan mengakui perlu bekerja keras dari segi tenaga, stamina dan penyampaian.

    "Tenaga saya perlu sampai kepada penonton dan pementasan itu dibuat di Lambang Sari yang memuatkan 282 orang kerana monodrama perlukan sepenuh tumpuan penonton dan saya sendiri perlu hadir dekat dengan mereka.

    "Untuk pementasan kali ini, saya perlu membuat persediaan yang lebih rapi kerana ia dibuat di lokasi yang sangat berprestij dan khalayaknya juga bukan sebarang audien. Saya tidak boleh menjatuhkan nama baik IB dan Rahimidin. Corak persembahan saya sangat artistik di pentas yang begitu ringkas," katanya.

    Akui Rosnan, cabaran besar tentunya membawakan watak Pak Su Mat berusia 70-an sedangkan dia sendiri baru 30-an.

    "Dari mula hingga akhir saya membawakan watak Pak Su Mat, suara dan gerak laku kena konsisten. Kemudian, saya terpaksa pula menukar perwatakan menjadi wanita yang sarat hamil dan seterusnya menjelmakan watak Mimi dan Azri di pentas.

    "Saya akan pastikan dalam proses pertukaran itu, penonton dapat terus memberi tumpuan kepada setiap watak itu. Pementasan itu berlangsung selama sejam setengah," katanya.

    Rosnan yang juga penggiat seni makyung bagaimanapun agak kecewa kerana generasi hari ini tidak mahu lagi memperjuangkan seni tradisional itu. Kalau ada pelajar yang belajar seni makyung, itu pun bukan kena mahu meneruskan perjuangan orang lama tetapi kerana hendak lulus periksa.

    "Saya ada buka kelas makyung tetapi tidak ramai yang datang. Kalau ada pun, cuma mampu bertahan dua tiga hari saja," katanya.

    Justeru, ketika Rosnan membawakan watak Pak Su Mat, dia berkeluh kesah mengenai keadaan itu.

    Rebab Berbisik mengisahkan emosi Pak Su Mat dan Mek Ning yang juga primadona makyung terkenal pada zaman kegemilangan seni itu suatu ketika dulu.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    ads