Isnin, 6 Jun 2011

04 di tanjung kling - Google Blog Search

04 di tanjung kling - Google Blog Search


Satiraku Sendiri: Kenangan <b>Di</b> Shah&#39;s Beach Resort, <b>Tanjung Kling</b>.

Posted: 03 Jun 2011 05:25 PM PDT

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga berbengkel selama seminggu di Shah's Beach Resort (SBR). Minggu yang sangat mengujakan serta memberi impak yang sangat besar kepada aku. Ya, sangat terkesan kata-kata yang dilontarkan oleh para fasilitator yang juga merupakan penulis-penulis mapan dah punya nama di arena sastera negara. Banyak benda dan perkara yang dipelajari daripada mereka serta rakan-rakan MPR 2011 yang lain.

Semuanya bermula tatkala Kak Zeti menghubungi aku ketika menjawab soalan kuiz PKK Dr. Meor. Dapat panggilan daripada DBP. Teruja! Dimaklumkan aku terpilih sertai MPR ini. Alhamdulillah, tak sia-sia percubaan selama ini, berhasil untuk detik-detik terakhir ini.

Lupakan kisah yang lepas. Sekarang, kenangan hanya tinggal kenangan. Aku dan mereka sudah pun berjauhan kini. Namun, tanggungjawab dan amanah yang terpikul, tetap menyatukan kami. Insya Allah, kita ada harapan itu. Dapat kawan yang sangat mesra, kepala layan dan sebagainya. Serba serbi hebat. Semuanya punya kejayaan masing-masing. Aku turut cemburu... Kalian bertuah...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


Kisah <b>Di</b> Sebalik Nama <b>Alor Gajah</b> - Chalet Hj. Mahawa Pengkalan <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2009 07:52 PM PST

SESIAPA yang memasuki Melaka dari sempadan Negeri Sembilan, sudah pasti akan melalui Alor Gajah, satu daerah yang terkenal dengan kisah pahlawan Naning, Datuk Dol Said yang menentang British dalam Perang Naning pada 1832.Singgah menjamu selera pastinya antara hidangannya adalah masakan Minang, resipi warisan penduduknya kerana Alor Gajah pada mulanya dikatakan didiami oleh orang Minangkabau pada kurun ke-12."Jangan terkejut kalau dengar pertuturan penduduk di sini lebih kepada loghat orang Negeri Sembilan. Ramai di sini mengamalkan adat Pepatih, tak sama dengan orang Melaka yang mengamalkan adat Temenggong," kata seorang penduduk Malek Yahya, 40.Nama Alor Gajah pula diambil daripada tabiat sekumpulan gajah liar Daerah Alor Gajah yang banyak menyimpan sejarah kononnya diketuai seekor gajah putih yang gemar melalui alur di sebatang sungai dan penduduk menamakan bandar ini sebagai Alor Gajah.


Dari kawasan belantara, kini Daerah Alor Gajah seluas 66,302 hektar meliputi 16 pekan kecil dan 31 buah mukim terus membangun dengan penekanan utama sektor perindustrian, pelancongan, pertanian dan pendidikan.Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, Durian Tunggal dan Pulau Sebang adalah nama pekan kecil yang sedang dibangunkan oleh kerajaan.Alor Gajah yang bersempadan dengan daerah Tampin, Negeri Sembilan merupakan antara pintu masuk utama dari Lebuhraya Utara Selatan ke negeri ini sekaligus menjadikannya daerah "penyambut" tetamu kepada pelawatnya."Dulu sebelum adanya Lebuhraya Utara Selatan, nak lintas jalan di sini pun susah banyak kereta, lori dan bas. Inilah jalan utama untuk pergi ke bandar Melaka-Muar hingga Johor Baharu (dari Kuala Lumpur/negeri utara)," kata Malek yang rumahnya berhampiran jalan tersebut yang telah dinaiktaraf kepada empat lorong.
Pembinaan jalan empat lorong Simpang Ampat-Melaka-Muar itu memudahkan lagi perjalanan selain menjana pertumbuhan pusat perniagaan, perindustrian dan perumahan.ALOR GAJAH KAYA PRODUK PELANCONGANDaerah Alor Gajah sememangnya kaya dengan tarikan pelancong tetapi jumlah mereka yang berkunjung ke sini tidaklah sesesak di Bandar Hilir dan Ayer Keroh yang lazimnya dilihat pada hujung minggu dan cuti persekolahan.Tanjung Bidara, Pengkalan Balak, Pantai Telok Gong dan Pantai Kemunting adalah lokasi menarik untuk berkelah bagi mereka yang mengemari keindahan pantai.Bagi mereka yang ingin melihat penyu bertelur eloklah berkunjung ke Pantai Kemunting dan di situ juga terdapat Muzium Penyu dan Pusat Pengurusan Penyu Melaka, sebuah pusat yang bertanggungjawab memelihara dan membiak haiwan yang semakin pupus khususnya spesies penyu karah.Bagi penggemar burung, bolehlah berkunjung ke Hutan Rekreasi dan Persinggahan Burung Tanjung Tuan untuk melihat ribuan burung hijrah yang singgah di situ secara bermusim lazimnya pada Februari hingga Mac.Di sini juga terdapat lokasi melihat anak bulan dan planetarium Balai Cerap Al-Khawarizmi di Pengkalan Balak, produk baru yang memberi kelainan kepada pelawatnya.Daerah ini juga mempunyai kawasan rekreasi menarik seperti Dataran Alor Gajah, Empangan Rekreasi Durian Tunggal, Taman Rama-Rama Durian Tunggal, Taman Tema Air A'Famosa Resort, Safari World di A'Famosa, Taman Burung di Durian Tunggal, Taman Rekreasi Bukit Beringin, Taman Rekreasi Lubok China, Taman Keretapi di Pulau Sebang (Stesen Keretapi) dan Kompleks Air Panas Gadek.Daerah ini juga mempunyai tempat bersejarah yang menarik untuk dilawati antaranya peninggalan Kota Belanda, Rumah Api Tanjung Tuan, Muzium Daerah Alor Gajah dan bangunan lama seperti masjid yang struktur binaannya yang unik dan masih utuh.Tarikan terbaru, D-Paradise Tropical Fruit World & Aboriginal Native Village di Kampung Brisu yang ditanam dengan kira-kira 800 spesies pokok buah-buahan.PELANCONGAN, PENDIDIKAN BANTU ALOR GAJAHPelancongan pendidikan, satu daripada 12 sub sektor pelancongan yang diperkenalkan kerajaan dalam menarik ramai pelancong ke negeri ini, dilihat akan menjadi daya penarik pelawat ke daerah ini.Untuk itu, beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) diwujudkan yang bukan sahaja menawarkan peluang untuk para pelajar meneruskan pelajaran malah keluarga yang datang menjenguk anak-anak mereka juga akan mengambil kesempatan untuk melawat lokasi pelancongan, membeli belah serta menjamu selera.Antara IPT terbaru yang dibina ialah Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) di Kuala Sungai Baru yang setakat ini mempunyai pelajar 2,600 orang dan kapasitinya adalah 5,000 pelajar.IPT lain ialah Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) di Lendu, Kolej Universiti Teknologi Kebangsaan Malaysia (KUTKM) di Durian Tunggal, Pusat Matrikulasi Londang, Kolej Risda, Institut Yayasan Alor Gajah, Akademi Laut Malaysia (ALAM) dan Universiti Kuala Lumpur.Pusat Latihan pula ialah Pusat latihan RELA di Sungai Udang, Pusat Giat MARA, Kem Bina Negara Hutan Percha, Pusat Rakan Muda, Pusat Latihan RISDA di Ayer Paabas, ADTEC Technology Centre, Institut Teknologi Kejuruteraan Kimia Malaysia (MICET) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).KEMUDAHAN LALUAN DIPERTINGKATKANBagi mengoptimumkan faedah daripada sumber pelancongan ini, kerajaan negeri juga sedang berusaha mempermudahkan pelancong untuk sampai ke destinasi berkenaan termasuk memperbesarkan jalan sedia ada dan membina jalan baru.Antaranya ialah membina jalan raya empat lorong dari Simpang Empat (Alor Gajah) ke bandaraya Melaka dan hujung tahun ini akan siap hingga Sungai Rambai/Kesang, Muar.Pembinaan jalan empat lorong dari Ayer Keroh ke Sungai Udang akan membolehkan ramai pelancong pergi ke Masjid Tanah, Kuala Linggi dan kawasan lain di daerah itu dengan cepat.Pembinaan jalan di sepanjang persisiran pantai Selat Melaka iaitu dari Kuala Linggi ke Masjid Tanah dan Klebang juga akan membolehkan kawasan sepanjang persisiran pantai dikunjungi dengan lebih mudah.Pendek kata, Alor Gajah yang dahulunya menyimpan banyak rahsia sejarahnya kini bukan setakat ingin berkongsi sejarah silamnya malah menawarkan destinasi menarik untuk setiap pengunjung

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


::iNFO:LEDANG:: ~Sumber Berita Warga Ledang~: MEDAN SELERA SEPI

Posted: 15 Feb 2011 10:08 PM PST


Oleh Jamaludin Husin

LEDANG

: Kira-kira 10 tahun lalu, Medan Selera Taman Rekreasi Kesang, di sini, pernah menjadi tumpuan sebahagian besar penduduk dan begitu popular sebagai lokasi bersantai serta tempat menjamu selera di daerah ini dan Muar.

Kedudukannya di tepi Sungai Kesang, bersempadan dengan Pekan Sungai Rambai, Melaka mewujudkan pemandangan persekitaran menarik dan mudah dikunjungi orang ramai termasuk pemandu kenderaan dari kedua arah iaitu Muar-Melaka.

Namun, keadaannya kini sunyi sepi dan semakin dilupakan kerana semua gerai di medan selera kawasan rekreasi itu sudah tidak beroperasi lagi menjadikannya lengang tanpa pengunjung.

Ia berbeza dengan keadaan di sepanjang tebing sungai di sebelah Sungai Rambai yang sentiasa ceria, lebih-lebih lagi pada waktu malam kerana kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai, termasuk penduduk di daerah ini dan Muar.

Pembangunan pesat yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Melaka di sepanjang tebing sungai di Sungai Rambai termasuk pembinaan landskap, gerai makanan dan minuman, menarik minat pengunjung untuk menjamu selera dan bersantai di situ, berbanding di Medan Selera Kesang.

Wujudnya situasi berbeza itu menyebabkan peniaga yang pernah berniaga di situ meninggalkan perniagaan mereka yang semakin hari semakin merosot yang bukan saja menjejaskan pendapatan, malah menanggung kerugian.

Tinjauan mendapati kawasan rekreasi dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk surau, tandas awam, padang permainan, petak meletak kenderaan dan pondok wakaf itu sentiasa lengang dan tidak dikunjungi orang ramai kecuali sekali sekala pemandu singgah untuk membuang air di tandas awam di situ.

Beberapa bangku di depan gerai didapati banyak yang rosak, manakala keseluruhan meter elektrik di dinding lebih 20 gerai sudah dicabut disebabkan bekalan dipotong apabila peniaga tidak lagi berniaga di situ.

Tinjauan juga mendapati beberapa bahagian dinding bangunan gerai diconteng, sekali gus mencemarkan pemandangan, selain mengurangkan minat orang ramai untuk beriadah dan bersantai di kawasan rekreasi itu.

Seorang bekas peniaga yang pernah berniaga minuman dan makanan di kawasan rekreasi itu, Mohd Zin Jaafar, 40, berkata kunjungan orang ramai menjamu selera di situ agak menyedihkan.

Beliau mendakwa, kedudukan bangunan gerai yang membelakangkan jalan raya turut menjejaskan perniagaan peniaga, disebabkan pemandangan orang ramai terutama pemandu kenderaan terlindung, menyebabkan mereka tidak singgah menjamu selera di situ.

"Justeru, tidak hairanlah apabila ramai peniaga yang gulung tikar dan menutup perniagaan disebabkan mereka mengalami kerugian besar, apabila pelanggan tidak berkunjung ke gerai mereka.

"Saya hanya mampu bertahan selama kira-kira setahun berniaga di situ dan terpaksa menutup kedai, apabila pelanggan semakin hari semakin merosot sehingga tidak mampu membayar sewa selain mengalami kerugian teruk," katanya.

Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Sal, 51, berkata beliau pernah membuka butik dan menjual hasil kraf tangan dengan menyewa sebuah gerai di kawasan rekreasi itu selepas ia dibuka pada awal 2000.

Bagaimanapun, katanya,selepas enam bulan berniaga, dia terpaksa menutup perniagaannya kerana kurang mendapat sambutan walaupun terpaksa menanggung kerugian lebih RM30,000.

Penduduk tempatan, Mustafa Long, 63, berkata ketika medan selera itu mula beroperasi, keadaannya begitu membanggakan dan beberapa peniaga pernah mendakwa mampu memperoleh pendapatan menggalakkan.

Beliau berkata, pelanggan juga datang daripada pelbagai kaum, ketika itu semua kedai beroperasi dan peniaga serta pihak berkuasa tempatan (PBT) turut menganjurkan pelbagai persembahan seperti pertandingan karaoke, deklamasi puisi serta majlis sambutan Aidilfitri dan sambutan Hari Kemerdekaan di pentas khas disediakan di kawasan rekreasi itu.

"Ia sekali gus menarik lebih ramai pengunjung datang menjamu selera bersama ahli keluarga, tetapi lama kelamaan medan selera itu semakin sepi daripada kunjungan orang ramai.

"Tambahan pula pembukaan Lebuhraya Alor Gajah/ Melaka/Jasin (AMJ), lima tahun lalu menjadikan kawasan rekreasi Kesang terus tertinggal daripada arus kenderaan yang jarang menggunakan jalan Muar-Kesang ke Melaka," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Anak Muar di Selangor, Mohd Fuad Mohd Amin, 51, menyarankan bangunan gerai di Taman RekreasiKesang dijadikan lokasi perniagaan berpusat dengan menjual buah-buahan, hidupan laut seperti kupang, kerang dan siput serta ikan masin.

Katanya, langkah itu juga dapat mengurangkan kegiatan perniagaan di gerai yang berselerak di bahu jalan yang bukan saja menjejaskan pemandangan tetapi boleh mengganggu lalu lintas.

"Bagi menarik pengunjung, pihak berkuasa perlu memasang papan tanda bersaiz besar di sepanjang jalan menuju ke kawasan rekreasi itu bertujuan mempromosikan perniagaan berpusat yang memasarkan beraneka barangan bagi menarik pengunjung.

"Langkah itu dapat mengelak kawasan rekreasi itu terus menyepi dan terpadam daripada ingatan orang ramai sekali gus merugikan wang rakyat," katanya.

Mohd Fuad berkata, gerai berpusat seumpama itu banyak terdapat di laluan masuk di bandar utama seperti di Kuantan, Pahang dan di beberapa kawasan lain di Kelantan.

SUMBER: BERITA HARIAN, 16 FEBRUARI 2011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads