Jumaat, 22 Julai 2011

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jul 2011 11:40 PM PDT

URL Sumber Asal :-

CheOtot Blogspot....: Borang Night Fun Ride <b>Tanjung Bidara</b>

Posted: 14 Jun 2011 06:56 AM PDT

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.... Kepada semua rakan2, pelanggan yang dihormati... Satu karnival sukan komuniti Dun Tanjung Bidara akan berlansung pada 8-9 Julai 2011 dengan pertandingan seperti Futsal,Bola JAring, Sepak Takraw, Badminton, Karaoke dan Berbasikal. Kepada peminat2 berbasikal aktiviti Night Fun Ride akan diadakan pada 9hb jam 8.30 malam di Kompleks Japerun Tanjung Bidara dengan menyediakan pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk 3 buah basikal berjenama Polygon berharga RM2000. Jangan ketinggalan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di umbai - Google Blog Search

04 di umbai - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di umbai</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2011 09:15 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Limastiga Homestay <b>di Umbai</b> Melaka | PakJi.com

Posted: 21 Jun 2011 01:47 PM PDT

Limastiga Homestay

Homestay Limastiga terletak di Umbai amat sesuai untuk mereka yang datang bersama keluarga ke Melaka. Homestay memberi maksud penginapan bersama tuan rumah, mempunyai persamaan dengan Bed and Breakfast yang popular di Barat. Terletak hanya 15 minit dari Bandar Hilir Limastiga menawarkan kadar penginapan yang selesa serendah RM80 seorang. Homestay ini terdiri dari 3 buah banglo di atas satu tapak sama berkonsepkan rumah tradisional Palembang yang dikenali sebagai Limas. Kemasan di dalam yang ringkas lagi eksklusif dengan kemudahan yang dijaga rapi seperti bilik air, kolam renang, bilik tidur yang luas, ruang tamu dan dapur menambahkan daya penarik bagi mereka yang inginkan pengalaman homestay di Melaka atau mencari penginapan murah tetapi selesa.

Limastiga Homestay
Address: 2046 Jalan Bukit Tembakau, 77300 Umbai, Melaka
Hubungi Siti untuk tempahan di 012-6237687 / 012-6581381
Fax no: 06-2832082
email: limastiga@gmail.com

Search Terms:

  • Limastiga Umbai Melaka
  • umbai homestay
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di durian tunggal</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jun 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di durian tunggal</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jun 2011 12:00 AM PDT

Assalam bloggers / readers,

Just a quick update untuk hari ni.

Hari ni adalah hari memenuhi undangan majlis perkahwinan kengkawan.

Lokasi yang di tuju adalah durian tunggal.

Cik Izah ade 2 jemputan dan nasib baik dua-dua nye kat durian tunggal. So takyah lah berpusing jauh-jauh. (padahal sesat jugak mulanye...huhuhu).

Oh ya sempat la amik gambau dengan pengantin tapi tak banyak. Rumah yang kedua tak sempat amik gambau dengan camera sendiri sebab mase tu pengantin sibuk bergambau gek.

 Bersama puan katy yang gojes. (ni umah pertama yang gi..)


Bersama cik Nurul a.k.a adik cik Izah. (on the way nak gi umah yang kedua)

Cam dibagitau tadi, tak sempat posing sakan dengan pengantin kat umah kedua sebab mereka sangat bizi bergambau. tapi tengok la kalau pengatin ade upload gambau kat fb ke nanti cik Izah cilok...hehehehe

Sekian update hari ni.

p/s: naseb baik tak salah umah tadi. mane taknye ade 2 lagi kenduri kawen kat tempat yang same. adehhh

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung tuan</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jun 2011 03:37 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Malacca probes sunken treasure thefts - WET & HOT NEWS <b>...</b>

Posted: 29 Jun 2011 11:41 PM PDT

30 Jun. 2011 at 06:41 Expeditions

Portuguese galleon


By R.S.N. Murali - The Star

The state Museum Authority has been ordered to get more evidence on reports that hundreds of underwater artefacts from dozens of shipwrecks off the Tanjung Tuan coast here have been stolen by relic hunters.

Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said the evidence was crucial for the state government to file a police report on the alleged theft of these submerged treasures.

"I will ask the relevant authorities to conduct a probe in a bid to get more proof for the police and also to execute legal action against the culprits.

"There were reports that irresponsible individuals had gone underwater to take away the national treasures that are worth billions.

"But information on such thefts remains vague due to lack of eye-witnesses," he said after flagging off participants of the Perodua Eco-Challenge 2011 at the Melaka International Motorsport Circuit in Ayer Keroh here yesterday.

A special night vision camera will be mounted at the top of the lighthouse in Tanjung Tuan to prevent more of these relics from being stolen, said Mohd Ali.

There were claims by maritime industry players that hundreds of these undersea artefacts had been looted since the late 1990s.

One mariner, who only wanted to be identified as Toh, said treasures such as Chinese blue and white porcelain, brassware and coins were stolen from the shipwrecks.

Last month, the state government announced a billion-ringgit offer to salvage companies to retrieve treasures from sunken ships along the Malacca coastline.

There were no takers and Toh believed the lukewarm response was due to the fact that not many priceless artefacts were left.

At least 13 merchant and war vessels are known to have sunk in the Malacca sea on the Spice Route more than 500 years ago.

No comments

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai udang</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jul 2011 12:22 PM PDT

URL Sumber Asal :-

@Dungun 河口の町: Sarang <b>di Sungai Udang</b>

Posted: 10 Jul 2011 10:56 PM PDT

Sarang apakah ini?

Aku agak lama mencari-cari sarang ini. Sungguh payah untuk menemui sarang ini. Berlainan pada tahun 80an ke awal 90an dahulu. Agak banyak. Sekarang agak risau kalau-kalau haiwan ini telah pupus.

Pencarian aku berakhir di Kampung Sungai Udang. Hanya sarang-sarang sahaja yang dapat ditangkap gambar. Haiwan yang bersarang di tepi sungai kecil ini tidak aku ketemui. Sarang pun jadilah. Apakah nama haiwan ini disebut di Terengganu?

Haiwan tersebut namanya Udang Ketok. Bukan udang ketok laut. Ini sarang udang ketok darat. Gemar membuat sarang di tepi sungai kecil, kawasan berpaya dan alur. Udang Ketok ini berwarna putih merah, badannya panjang tirus dan mempunyai sepit kiri dan kanan seperti ketam.

Kini sungguh sukar sekali untuk mencari bagi menangkap gambar haiwan ini. Malah sarang-sarang yang ada hanya sedikit. Aku risau kalau-kalau ia pupus di Dungun ini. Haiwan yang dahulunya banyak bersarang di Jalan Lembah dan Sungai Buaya. Budak-budak sekarang kenalkah haiwan ini? Nanti kalau aku berjaya menangkap gambar haiwan ini, aku kongsikan di sini. Kalau boleh ada pihak yang mewartakan haiwan ini sebagai haiwan lindungan. Harap-harap haiwan ini ada yang diternak di Zoo. Ada ke?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jul 2011 12:00 AM PDT

Medan Selera

Taman Rekreasi Sungai Rambai menjadi tumpuan untuk warga DUN Sungai Rambai dan kawasan sekitar untuk berekreasi. Didirikan sejak lebih 10 tahun lalu, Taman Rekreasi Sungai Rambai banyak melalui perubahan dan pembangunan. Taman Rekreasi Sungai Rambai Terletak betul-betul di sempadan Daerah Ledang dan Daerah Jasin. 

Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam dan fasiliti seperti taman permainan, trek jogging, pentas, tandas awam. medan selera, wakaf, tempat letak kereta dan sebagainya, Taman Rekreasi Sungai Rambai tidak putus-putus dikunjungi oleh penduduk di sini untuk beriadah dan menjamu selera.

Selain terkenal dengan budaya dan cara hidup masyarakat Jawa Melaka, Sungai Rambai juga terkenal dengan kelazatan makanan seperti Roti John, Mee Hailam, Mee Bandung dan lain-lain. Keenakan makanan di medan selera Sungai Rambai turut menarik pengunjung-pengunjung dari sekitar Melaka, Johor dan lain-loain yang melalui jalan lama Muar - Melaka.

Pentas

Taman Rekreasi Sungai Rambai turut menjadi pusat kegiatan setempat seperti rekreasi, pertandingan kayak, marhaban, nasyid, koir dan lain-lain. Dengan terbinanya pentas di tebing Sungai Kesang dan gelanggang futsal di kawasan berdekatan, masyarakat tempatan sedikit sebanyak dapat meluangkan masa senggang mereka di sini.

Tugu atau signboard? Terdapat sedikit kekeliruan identiti di sini. Mungkin tugu kot.

Dahulunya Taman Rekreasi Sungai Rambai turut dikenali sebagai Taman Buaya. Riqq pun tidak pasti tentang nama ini. Taman Rekreasi ini dahulunya dikatakan ada menempatkan beberapa ekor buaya sebagai tarikan pengunjung namun tidak lama kemudian telah dipindahkan ke Taman Buaya Ayer Keroh. Kesahihan fakta ini boleh diragui kerana pada waktu itu Riqq belum dilahirkan. 

Keadaan papan tanda yang tidak memuaskan hati jika dipandang...urgh, ade kulat ke apa tu?? Bengkek!

Selain untuk tujuan rekreasi dan sukan, Taman Rekreasi Sungai Rambai juga menjadi tempat keraian untuk sambutan Ambang Merdeka dan Ambang Tahun Baru setiap tahun. Sambutan meriah secara kecil-kecilan disertai persembahan tarian, Dondang Sayang dan sebagainya sedikit sebanyak dapat menjadikan Taman Rekreasi Sungai Rambai satu kawasan ataupun pusat tumpuan bagi masyarakat di disini.

Selamat Datang ke Majlis Perbandaran Jasin? Bila masa ada bangunan MPJ di sini? Jika nak buat ayat sebegini, tulislah Selamat Datang ke Kawasan Tadbiran Majlis Perbandaran Jasin! Ayat yang sepatutnya, Selamat Datang ke DUN Sungai Rambai, Majlis Perbandaran Jasin. 

Hujung minggu lepas Riqq berkesempatan untuk mengunjungi Taman Rekreasi Sungai Rambai untuk melihat keadaan di sana namun berasa sedikit hampa dengan Majlis Daerah Jasin Kerana sudah terlalu lama tidak menukar papan tanda 'Selamat Datang ke Melaka' pada pintu gerbang kereta lembu Sungai Rambai Tersebut.

Landskap yang sama berpuluh-puluh tahun yang lalu tanpa sebarang perubahan, walhal nurseri Zali Garden hanya di seberang jalan

Jika diperhatikan, keadaan papan tanda tersebut sudah tidak memuaskan dengan kekotoran dan tulisan yang tidak cantik dipandang walhal ramai pemimpin dan menteri datang ke sini untuk meninjau. Apa yang berlaku pada Majlis Daerah Jasin? Mengapa tidak menaik taraf pintu gerbang tersebut setelah sekian lama telah digunakan?

Rumputnya dah lebih tinggi dari pokok, buat pasu sebegini memang sukar untuk diselenggarakan.

Selain itu, keadaan landskap disini turut menyedihkan. Pokok-pokok bunga kelihatan tidak berbaja dan dipangkas elok. Rumput-rampai memenuhi pasu dan papan tanda Sungai Kesang juga hampir jatuh. Tambah menyedihakan, keadaan dan fasiliti Taman Rekreasi ini sepatutnya setanding dengan Taman Rempah di Melaka Tengah. Jika MBMB dan MPHTJ mampu membina landskap yang indah dan terjaga mengapa tidak MPJ?

Sempadan Daerah Ledang

Adakah kawasan tadbiran MPJ terlalu besar sehingga tidak dapat menyelenggara DUN-DUN yang berada di pinggiran? Jika keadaan ini terus berlaku, banyaklah DUN-DUN lain yang berpotensi untuk dimajukan akan ketinggalan dan dipandang sepi. Tindakan segera harus diamabil bagi mengatasi masalah ini kerana masyarakat tidak putus-putus merungut.

Riqq bukannya ingin menyalahkan pihak MPJ namun mereka seharusnya memikirkan cara bagaimana untuk memajukan industri pelancongan di Daerah Jasin ini kerana Daerah Jasin adalah yang paling corot dalam hal pelancongan sedangkan jika dilihat banyak tarikan pelancongan seperti homestay, rumah-rumah tradisional, sebuah muzium (sedangkan di daerah lain memiliki berpuluh-puluh muzium dan galeri), hutan rekreasi, taman rekreasi dan sebagainya.

Mungkin sudah tiba masanya MPJ bangkit dan sedar dari lamunan dan mimpi. Kita sudah jauh ketinggalan daripada daerah-daerah lain. Peruntukan yang adil untuk setiap DUN serta pemantauan daripada pihak MPJ amat dihargai. Jika susah-susah, sila lepaskan DUN-DUN di Jasin Pantai ini dariapa tadbiran MPJ. 

Beberapa tahun yang lepas Riqq ada terdengar ura-ura pembentukan Daerah Merlimau yang meliputi kawasan-kawasan Jasin Pantai namun tiba-tiba MPHTJ pula yang terbentuk. MPJ, fikir-fikirkanlah untuk kemajuan Melaka dan daerah-daerah lain. Bukan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. 

Jadi bagi anda yang melaui jalan lama Muar - Melaka, jom datang berkunjung ke Taman Rekreasi Sungai Rambai. Jangan lupa mencuba keenakan Roti John di sini!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search

Posted: 12 May 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search

Posted: 12 May 2011 12:00 AM PDT

Japerun Sungai Rambai rai pihak bantu pembangunan

Japerun Sungai Rambai rai pihak bantu pembangunan

JASIN 11 Mei - Beberapa agensi kerajaan, syarikat swasta dan media tempatan diraikan pada majlis penghargaan kepada pihak terlibat yang banyak membantu dalam usaha membangunkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai dalam tempoh tiga tahun lalu.

Anugerah dan penghargaan daripada Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Sungai Rambai itu disampaikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Muhammad sempena majlis Tiga Tahun Berlalu DUN Sungai Rambai di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Datuk Yusof Jantan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin.

Antara media yang menerima penghargaan ialah Utusan Malaysia, Melaka Hari Ini, Sinar Harian, Astro Awani, Berita Harian dan Harian Metro.

Penerima Anugerah Khas diberikan kepada Pegawai Daerah Jasin, Roslan Eusoff dan Murad, diikuti Anugerah Pegawai Terpuji kepada Juruteknik Kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) Jasin, Mohd. Yusof Abdullah.

Anugerah Pegawai Harapan pula diberikan kepada Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan negeri, Lim Chow Beng; Juruteknik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Jasin, Muh Hardian Abd. Hamid dan Pegawai DUN MPJ, Ismail Ibrahim.

Turut sama ialah Penyelia Kemas Jasin, Juminah Sidi dan Penyelia Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Seri Mutiara, Sarah Sabrah.

Anugerah Agensi Cemerlang Japerun Sungai Rambai turut diberikan kepada PKNM, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri, Pejabat Tanah dan Derah Jasin, MPJ, JKR, Ibu Pejabat Polis Daerah, Pejabat Belia dan Sukan Daerah, JPS negeri dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Rambai Tengah pula dipilih sebagai pimpinan kampung paling aktif dalam DUN berkenaan di samping JKKK Batu Gajah Pasir yang diiktiraf sebagai kampung harapan.

Sementara itu, Hasan ketika ditemui berkata, anugerah itu adalah sebagai tanda penghargaan Japerun Sungai Rambai kepada semua pihak yang banyak membantu dalam usaha membangunkan kawasan tersebut sebagai Zon Gerbang Selatan.

"Saya begitu bangga dengan sumbangan tenaga dan idea semua pihak termasuk media cetak dan elektronik yang banyak membantu merealisasikan segala perancangan di Sungai Rambai sehingga ia begitu dikenali hari ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

ads