04 di durian tunggal - Google Blog Search |
Tercampak atas rumah orang di Jalan Gangsa, <b>Durian</b>,<b>Tunggal</b> Posted: 10 Nov 2012 05:14 PM PST ALOR GAJAH – Kemalangan di Jalan Gangsa, Durian,Tunggal, semalam menyebabkan tempat duduk sebuah motosikal tercampak atas bumbung sebuah rumah….. Dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi itu, motosikal jenis Yamaha Lagenda ditunggangi Lim Wee Meng, 21, dari arah pekan Durian Tunggal ke bandar Melaka bertembung dengan pacuan empat roda dipandu Mah Ah Lek, 62, dari arah bertentangan. Bukan itu saja, pacuan empat roda terbabit turut dirempuh sebuah lori dari belakang. Mangsa dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan sebelum hilang kawalan, lalu memasuki laluan bertentangan sebelum berlaku pertembungan menyebabkan dia mati serta merta di tempat kejadian. Sementara itu, saksi kemalangan, Ali Ahmad, 43, berkata, ketika kejadian dia berada di kedai makan berdekatan sebelum terdengar bunyi dentuman dan berlari untuk melihat. "Saya lihat mangsa sudah tercampak di tepi jalan, kirakira dua meter dari motosikalnya. Manakala, tempat duduk motosikal tercampak ke atas bumbung sebuah rumah\ penduduk," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian. Menurut Ali, dia bersama orang ramai mendekati mangsa hendak membantu, bagaimanapun mangsa cedera parah di kepala dan tidak memberi sebarang tindak balas ketika dipegang. Katanya, pacuan empat roda dipandu seorang warga emas berhenti di tengah jalan, namun tidak mengalami sebarang kecederaan. "Melihat keadaan mangsa tidak sedarkan diri dan mengesyaki sudah meninggal dunia, anak saya mengambil selimut dan menutupi mayat yang dalam keadaan pakaian sudah koyak," katanya. Sementara itu, bapa mangsa, Lim Lai Heng, 52, menyedari kemalangan itu ketika dalam perjalanan menghantar anak sulungnya ke klinik berhampiran. "Semasa dalam perjalanan, saya terserempak dengan kemalangan dan mula berasa tidak sedap hati apabila melihat motosikal seakan-akan milik anak saya atas jalan. "Bila saya selak selimut yang menutupi tubuh mangsa kemalangan, sangkaan saya benar anak saya meninggal dunia, |
You are subscribed to email updates from di durian tunggal - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |