Rabu, 30 Januari 2013

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


Kempen Derma Darah <b>di</b> Hospital Pantai <b>Ayer Keroh</b>

Posted: 14 Jan 2013 06:00 PM PST

Salam 1 Malaysia.

Anda beramai² di jemput untuk bersama² menderma darah secara PERCUMA :D

Tempat : Lobi New Wing, Hospital Pantai Ayer Keroh.
Tarikh : 17 Januari 2013 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi - 4.00 petang.


 p/s : Hubungi kaunter pertanyaan Hospital Pantai untuk maklumat lanjut 06-231 9999 ext. 2415.
 

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di klebang</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Jan 2013 09:11 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

~We Gain & We Spent~: Coconut Shake <b>Klebang</b>, Melaka

Posted: 12 Jan 2013 03:57 AM PST

                     

Famous coconut shake klebang! Ramai gile orang mai sini. Lagi sekali aku bangga tengok Melayu berjaya.
Ni trip pendek aku kat Melaka hari tuh. 1 malam cukop untuk kami meronda2 sakan. Memang dah agak lama nak rasa coconut shake nih. Tapi asik la terlepas pandang. So kali ni aku betui2 tak mo terlepas rasa ayaq special ni.

Seperti biasa, google map membantu kami. Dari Naza Talyya kami terus ke sini. Ia dibuka pada pukul 1230 tengahari sampai petang. Tutup pula, jika perlu. Means tak tutup la kalau tak ada emergency, agaknye!

Sampai2 je memang slam gile. Ramai orang. Dah la tuh aku tatau cemana cara dorang serve. 1st time la katakan. Memule kami parking di luar, which is di tepi jalan klebang tuh. Betul2 bersebelahan Caltex. Sekali turun kereta tengok ada petunjuk yang tulis luar tuh untuk tapau sahaja. Nak makan situ harus masuk ke dalam. Le.. Baru kami tahu. Siap ada parking lot kat dalam tuh. Tak perlu la parking di gigi jalan raya yang busy.

So jom masuk kreta semula and drive ke dalam. Parking mudah!


Ini la tanda yang kami baru nampak selepas kami parking dan turun di kawasan tapau. Sabor je la kan? Padan la laki aku cakap, nape semua Q? Mana kerusi meja nak makan? Gulp!

Suke gambar 2 beranak ni. Happy moment plak aku tengok. IKLAN jap.
Ni aku snap masa balik.. Masa kami sampai tak dan nak snap. Orang terlalu ramai. So aku nak kejar seat. lol. Kang tak dapat seat kang haru jadik nye. Dah la panas berdenting masa tuh. Bayangkan la ada group motor besar konvoi kat situ. Menjela2 la parking dorang. Dah la tuh ingat 1 group. Rupa2nya mai lagi group lain masa tuh. Lagi la aku rasa nervous untuk dapat kan seat. Tamak haloba mood on. Ahaks! Ye la takkan nak mencangkong kat bawah tuh if seat penuh. Nak tapau tak chill weh!
Cara nya mudah. Masuk2 kedai je terus duduk, dalam 30-40saat (maybe less) depa datang terus dengan coconut shake nya.. Memule aku dapatkan seat utk hubby and aku pegi kat depa and tanya, nak kena order kat uols ke, ataupon uols dtg amik order? Katanya haqaq duduk je dlu. Nanti kami hantar. Aku memang suka bertanya sambil buat muke nerd gile! Kalau duduk panas2 tunggu benda yang tak tatau apa jadi, tidak la aku namenye tu. So kalau ada orang duduk je, bertepek2 la coconut shake die bawak dalam dulang untuk kita, sebut je nak brapa gelas. SIAP!

Bagus kan depa? Laju gils! Walaupon cust ramai!
Itu la shaker and blender nye. Blakang mamat tuh ada bentangan meja yang besar and panjang. So kat situ dorang terus buat coconut shake dalam gelas2 kosong tuh. Laju!
Genap 5tahun mamat ni kerja aku rasa dah bole jadi body builder dah. Dah la kat depan mata aku je, punya cekap die buat kerja. Supsap supsap tangan dia pantas duk nenyeh natang2 tuh semua. Memang laju and non stop. No wonder la!
Selain coconut shake, dorang pon ada letak food kat tengah2 kedai ni. Kuih muih, pulut kuning, nasi lemak t*tek, and ada cucur2. Ramai yang cakap nasi lemak t*tek die sedap. Tapi masa tuh kami dah full plak breakfast di Naza Talyya. So kami tak amik la makanan2 berat tuh. Kami hnya amik kuih muih je.
Putih, bersih, suci, murni je aku tengok budak coconut shake ni. Memang menyelerakan. Siap plak die letak isi kelapa kat dalam tuh. Di blend skali tapi tak hancur. Masih bole rasa and gigit2. Hubby kata ok2 jer, memang macam tuh coconut shake yang die penah rasa before, cuma isi kelapa tuh kat sini terlalu kasar kata nya. Menganggu konsentrasi nak telan bila haus!

Yang aku plak tak kena pada tekak. Aku rasa biasa2 je. Aku dah boleh agak rasa dia camtu walaupon aku tak pernah minum before ni dimana2 pon. So tak la wow sangat. AKU KATE, orang lain.. lain la rasa, kan? Tekak masing2. Tapi memang ok la. Sedap la. Cute and wangi vanilla ice cream tuh terasa!


Ini plak kuih muih yang aku amik masa tuh. Apam polkadot ni aku cubit je. Lepas tuh aku tak usik dah. Huhuhuhu. Saje amik ingat laki aku suke. Sbb apam biasa tuh die suke. Ni die takmo plak. Huhuhuhu. Aku lagi la xlayan sangat kuih2 ni. X gemar. Aku gemok sebab lauk and nasik! ngehngehngehngeh! lain2 kureng.

Setiap Kuih muih RM0.40
Coconut Shake RM1.50 without ice cream.
Coconut Shake RM2.00 with ice cream.

So sekian. Mari cuba mari cuba!

Famous Coconut Shake Klebang
(landmark-caltex petrol station)
1230pm-630pm daily.
Friday 2pm-630pm.
Tel 6013-3994061

Lepas je minum2 kami terus ke Jusco Mlk. Cuci mata.

View coconut shake klebang in a larger map

04 di umbai - Google Blog Search

04 di umbai - Google Blog Search


Tempat Makan Wajib <b>di</b> Melaka @Ikan Bakar Parameswara <b>Umbai</b>

Posted: 25 Nov 2012 05:21 AM PST

Memang kalau pi Melaka tak sah kalau tak singgah di Umbai untuk menikmati masakan berasaskan makanan laut, salah satu daripada tempat menarik di Melaka. Kat Umbai ni lebih kurang 13 kilometer dari bandar. Kat sini memang banyak restoran yang menjual ikan bakar tapi yang paling besar dan ramai pengunjung ialah Ikan Bakar Parameswara. Ianya terletak dihujung sekali.
Ni le menu yang ada dan juga harga bagi masakan kat sini. Secara keseluruhan ianya lebih murah dari di Kuala Lumpur ataupun di Bagan Lalang, lebih kurang separuh harga.
Mula-mula pilihlah ikan atau hidupan laut yang berkenan di hati pas tu bagi kat diaorang untuk ditimbang dan juga kena order masakan apa yang kita nak.
By the way, nak masuk untuk makan di Umbai ni, parking dikenakan bayaran sebanyak RM1.
Selepas order makanan pas tu diaorang bagi nombor dengan benda alah besi tu untuk diletak atas meja. Then order le pula minuman.
Nak tahu alamat Parameswara? Ianya terletak di Medan Ikan Bakar, Pengkalan Pernu, Umbai, 75450 Melaka. Boleh call 06-261 6106 ataupun boleh e-mail ikanbakarparameswara@yahoo.com.
Lepas order air dan juga nasi, diaorang ada tanya nak tak buah-buahan. Kalau nak diaorang akan letak atas meja. Untuk buah-buahan ni ianya berharga RM4.00. Memang OK juga, ada tembikai, jambu dan epal.
Kitaorang order tomyam @RM9.00. Rating saya bagi 7.5, tak rasa sangat macam tomyam tapi macam sup aja. Tapi OK gak sebab Afiqah enjoy makan benda alah ni.
Seperti biasa, sotong goreng tepung memang menjadi kegemaran saya. Tengoklah sotong tu memang nampak sedap, tak macam sesetengah tempat yang mana bentuknya macam cekodok. Kitaorang ambil seekor aja, yang medium. Maklumlah makan untuk dua dewasa dan satu kanak-kanak. Danish lebih prefer makan makanan lain. Sotong ni tepungnya tak garing sangat maybe untuk elakkan sotong jadi kenyal. Yang ni saya bagi rating 8.3 out of 10. Percaya tak harga sotong ni hanya RM3.80?
Pas tu kitaorang order ikan siakap masak masam manis. Ikan ni sederhana besar, memang kenyang betul untuk makan dua orang. Maybe next time datang sini kitaorang order, sotong, udang dan juga ketam. Ikan memang garing dan rasanya memang sedap, tak rasa macam tanah. Yalah sesetengah ikan macam rasa tanah aja, tapi yang ni boleh dikatakan sempurna. Rating saya bagi 8.1 out of 10.  Harganya adalah RM23.40, tak sampai sekilo.
Ni sosnya, pilihlah yang mana satu berkenan.
Memang kenyang makan kat sini, nak jalan pun terasa malas aja.
Semua sekali termasuk air, buah-buahan dan naasi adalah RM51. Memang OK. Lain kali datang Melaka, nak singgah lagi di Ikan Bakar Parameswara yang bertempat di Umbai.

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


Blog Naim: Picnic <b>di Tanjung Tuan</b>, Blue Lagoon ! Awesome Day.

Posted: 22 Jan 2013 12:00 AM PST

3 hari sebelum operation adalah saat2 genting yang perlu diperuntukkan dengan sehabis baik memandangkan beberapa bulan lepas operation berlangsung, aku akan berkabung di rumah sepanjang hari. Maka, agenda percutian tanpa malam dirancang dengan baik bersama 5 orang sekawan Ripo, Cimam, aku, box dan Mum. Maaf, nama mereka sangat tidak menarik dan tidak komersial utk dihebahkan..apatah lagi utk berkenalan. hahaha.
Mungkin ramai yang tertanya tanya, "Where is actually d location of Blue Lagoon"
Kalau tuan tuan sekalian tahu lokasi Port Dickson, maka insyaAllah perjalanan tuan tuan ke Tanjung Tuan juga tidak jauh daripada situ. Jika memandu dari Melaka, Tanjung Tuan ini terletak sebelum sampai ke Pantai Teluk Kemang, PD. Ianya tersorok di belakang sebuah Kem Tentera yang terletak di sebelah kiri jalan. Hanya mereka yang cekap memandu dan bijak menggunakan Papa-go sahaja akan berjaya sampai ke kawasan misteri ini. Jadi, jangan lepaskan peluang..! Ayuh selongkar misteri di sini.
Tapi sebelum tu, sukalah saya untuk berkongsi beberapa perkara. Sebenarnya, pantai Tanjung Tuan ni adalah kawasan Teluk..ianya tidak lah besar dan lapang macam Pantai Teluk Kemang..tapi saya jamin, kepuasan mandi di sini lebih seronok memandangkan sy sendiri telah merasainya, ehemm, harap anda jelezz. 
Seronok betul mandi kat sini, sebab kita berpeluang pergi sampai ke tengah-tengah pantai..kira-kira 2-3 KM dari jarak tepi pantai sebab keadaan air yang cetek dan sesuai utk kanak2. Tapi utk orang dewasa pun seronok. Air kat sini, jernih bak air yang keluar dari mata ikan duyung. Sungguh boleh nampak ke dasar laut. Sesuai utk peminat Snorkeling !
Memandangkan kami berlima ini datang tanpa persediaan BBQ ataupun masak memasak. Jadi, hadir kami ke sini sekadar memenuhkan ruang2 waktu yang ada. Kami pun berjalan di tepi2 kawasan berbukit dan berbatu untuk sampai ke suatu kawasan persisiran pantai yang lain. Di situ, kawasannya seperti x pernah diteroka manusia. Sungguh kami bangga jadi manusia pertama jejak di situ ! hahaha. Percaya ke?
Sudah jauh ke tengah laut, matahari pulak naik menegak sehingga menyebabkan kulit mula berasa seperti dibakar. Inilah orang kata SunBurn. Mujur awal2 aku da pakai Losyen kulit. haha. 
Kemudian, projek NKRA kami bermula dengan pembinaan Istana Pasir terbesar dengan 100% gunakan bahan semula jadi yang ada di sekitar kawasan pantai. Maklumlah, masa kecik2 dulu x mampu nak buat Sand Castle besar2...main2 pasir kene roboh dek air...kasihann...
Sudah penat main pasir, penat berpanasan dan berlumuran dengan peluh..pastinya tekak menjadi kering kontang dan perut memainkan lagu 60 an.. Sangat klasik ! Arghh laparnya.. Teringin benar pancing ikan lalu panggang kat situ jugak. Tapi ikan semua size bilis sajee..apo nak buekk. haha.
Mujurlah wujud manusia seperti aku yang rajin membeli makanan..kami berlima pun menyantap 2 bungkus Twisties dan sebungkus Potato Chips..perghh..nikmat yang x terkata..sungguh pantas bak pirana dapat makanan..cukuplah sekadar mengalas perut sebelum menjamu juadah yang lebih lengkap..
Setelah menyantap semua hidangan ekspress ini..maka bermulalah sessi fotografi bajet2 gempak dengan Sand Castle buatan kami berlima ! Nampak keghairahan kanak2 berusia 20 tahun kat bawah ni. Hahaha. Maklumlah, cuti semester baru bermula..masa untuk lupakan kenangan Final Exam yang mengerikan..jadi, waktu bersama kawan2 ni adalah waktu Release Tension yang bagus...di samping terus menerus melaksanakan aktiviti Rohani  !!
Pukul 3 petang kami pun beredar mencari Masjid terdekat utk bersihkan diri dan solat. Dah selesai solat, maka kami pun menyantap juadah yang lebih menyelerakan..dan pulang ke Melaka dalam keadaan yang sangat meletihkan.. Masing2 terkulai layu di pusara..tidur sepanjang dalam kereta.. Tabik spring diberikan kepada Encik Ripo kerana terpaksa bersengkang mata memandu keretanya..apa nak buat..adat driver..memang kene tahan mata..kawan2 lain sedap ketiduran..
Begitulah kisah suka duka aku dan D Brothers walaupun x cukup ahli..masih ramai lagi yang belum bercuti.. Blue Lagoon meninggalkan satu lagi sejarah yang terukir nama kita.. ewahh. 
Kepada pembaca, jangan lepaskan peluang menarik ini utk berkunjung ke Pantai Tanjung Tuan atau Blue Lagoon. Semoga perjalanan anda selamat sampai dan pulang. Selamat bercuti ! :)

04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai udang</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Jan 2013 11:23 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Udang</b> galah makin pupus <b>di Sungai</b> Muda | Darulaman &#39;Dot&#39; My

Posted: 12 Dec 2012 08:01 PM PST

Mungkin ramai tidak menyedari sepanjang Sungai Muda bermula di Bumbong Lima hingga muara sungai di Kampung Kuala Muda di sini, merupakan antara lokasi kegemaran kaki pancing udang galah.

Saban malam puluhan pemancing mencuba nasib dan mereka tidak pula pulang dengan tangan kosong sebaliknya berjaya menaikkan hasil sungai itu.

Malah, pada musim tertentu, udang galah boleh didapati dengan banyaknya di sepanjang Kampung Bakau Tua, Pulau Mertajam, Teluk Manan dan Kampung Permatang Bendahari.

Tapi itu semua dulu, sebaliknya sekarang selepas projek tebatan banjir dijalankan sepanjang sungai itu, spesies itu didapati berkurangan.

Kekurangan udang galah jenis sepit berwarna biru di sungai ini turut menjejaskan pendapatan nelayan sungai kecil yang bergantung hidup kepada hasil sungai.

Seorang nelayan, Mohd Appandi Aman, 32, berkata, pendapatan nelayan sepertinya terjejas teruk apabila udang galah semakin berkurangan sejak kebelakangan ini.

"Saya percaya antara punca yang menyebabkan berlakunya fenomena sedemikian ialah kerana habitatnya terganggu disebabkan projek tebatan sungai yang sedang dijalankan sekarang.

"Selain itu, pembiakan udang galah di sini juga didapati terancam apabila pokok nipah dan semak samun yang menjadi tempatnya berlindung selama ini dibersihkan untuk projek itu," katanya.

Mohd Appandi berkata, kegiatan memancing udang galah di sini sekarang dirasakan membuang masa sahaja kerana hasilnya tidak berbaloi dengan masa dihabiskan.

Sementara, Bustaman Mat Dali, 42, yang menetap di Kampung Pulau Mertajam pula berkata, kegiatan projek tebatan dan pembinaan lebih 10 jeti di sepanjang sungai itu menyebabkan laluan sungai mengecil, sekali gus mengurangkan jumlah udang galah di kawasan berkenaan.

"Kita nelayan di sini bukan menghalang pembangunan tetapi, kesannya menjejaskan pendapatan yang selama ini menjadi punca utama nelayan di sini.

"Selain udang galah, turut mengalami kepupusan ialah ikan gelama, duri, semilang dan ketam nyior serta udang sungai membuatkan sebahagian besar nelayan sungai terpaksa mengeluarkan modal besar menyediakan kelengkapan ke laut mencari pendapatan," katanya.

Menurutnya, kini kawasan sepanjang sungai di empat kampung itu bukan lagi menjadi hobi kaki pancing menyebabkan suasananya tidak semeriah dahulu.

Seorang lagi nelayan, Mat Abu Seman, 45, berkata, masalah kekurangan hasil sungai di kawasan itu perlu diberi perhatian segera agar nelayan sungai terus dapat hidup di samping kaki pancing dapat meneruskan hobi mereka.

sinar

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


Menyampaikan Ceramah Penerangan Rakyat <b>di</b> DUN <b>Sg Rambai</b> <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2013 07:39 PM PST

Sg Rambai, 20 Januari 2012 – Saari telah diundang oleh MTD PAS Sungai Rambai untuk menyampaikan ceramah penerangan rakyat yang telah diadakan di Kg Permatang Tulang, Melaka.

Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka, Pn Kintan Man menyampaikan ceramah mengenai agenda wanita yang bakal di bawa oleh Pakatan Rakyat jika berjaya menawan Putrajaya

Pesuruhjaya PAS Melaka, En Adly Zahari menyampaikan ceramah mengenai penyelewengan jutaan wang zakat negeri Melaka di bawah pentadbiran Ali Rustam telah digunakan untuk menyelamatkan kroni Umno-BN

Saari menyampaikan ceramah mengenai demokrasi yang telah berjaya di bawa oleh Pakatan Rakyat di negeri Selangor yang mana ianya kini dapat dirasai oleh penduduk Selangor dengan pelbagai program kebajikan yang telah dilaksanakan

Sebahagian penduduk yang hadir mendengar ceramah yang disampaikan

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


BLOG MELAKA: <b>di negeri melaka</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jan 2013 03:15 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PRESTASI KEWANGAN KERAJAAN <b>NEGERI</b>, 2011: <b>MELAKA</b> <b>...</b>

Posted: 12 Dec 2012 11:14 PM PST

Tidak ada negara di dunia ini bertaraf Utopia. Tidak ada negara yang sempurna dan indah seperti syurga yang sering digambarkan kepada kita. Namun ingin saya tegaskan buat sekian kalinya bahawa, pada keseluruhannya, Melaka jauh lebih baik dari Kelantan!

Berdasarkan 32 indikator OECD, YAB Dato' Sri Najib, PM Malaysia telahpun mengisytiharkan Melaka sebagai negeri maju tepat pada 20:10 20/10 2010. Sehingga kini, hanya Melaka, di kalangan negeri-negeri di Malaysia, yang mencapai tahap tersebut.

Kedudukan ekonomi Melaka, yang merangkumi petunjuk seperti kadar pertumbuhan GDP, nilai GDP per kapita, purata pendapatan isi rumah bulanan, kadar pengangguran, kadar kemiskinan dan kadar inflasi, jauh lebih cemerlang dari Kelantan.

Gejala sosial di Kelantan, sekalipun digelarkan sebagai Serambi Mekah, jauh lebih tinggi dan meluas berbanding Melaka.

Baru-baru ini, terdapat pihak-pihak tertentu yang ingin mengangkat Kelantan dengan membandingkan negeri itu dengan Melaka dari segi kedudukan kewangan kerajaan negeri. Seolah-olah hebat sungguh negeri berkenaan.

Seperti biasa, diakui bahawa memang ada aspek tertentu kewangan kerajaan negeri Kelantan atau negeri-negeri lain yang mengatasi Melaka. Contohnya, hasil kerajaan negeri Kelantan pada tahun 2011, sebanyak RMRM427.5 juta, melebihi hasil kerajaan negeri Melaka (RM271.8 juta). Namun, berdasarkan beberapa petunjuk kewangan yang kritikal, kedudukan kewangan Melaka, seperti jadual di bawah, jauh lebih baik dari Kelantan.

PRESTASI KEWANGAN KERAJAAN NEGERI, 2011:
MELAKA MENDEPANI KELANTAN

NO.

BUTIRAN

MELAKA

( RM JUTA )

KELANTAN

( RM JUTA )

1.

AKAUN HASIL DISATUKAN

3.4

- 438.4 (DEFISIT)

2.

BAJET ( MENGURUS DAN PEMBANGUNAN )

- 86.99

 (DEFISIT)

-141.53 (DEFISIT)

3.

HUTANG AWAM

865.9

1,140

4.

TUNGGAKAN BAYARAN HUTANG

126.5

179.8

SUMBER : LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

( NEGERI MELAKA DAN KELANTAN ), 2011

Terbukti di bawah kepimpinan sekarang yang sudah berusia 22 tahun, Kelantan mengalami masalah kewangan yang kronik di mana (a) akaun hasil disatukan mencatakan defisit yang besar (-RM438.4 juta), (b) defisit bajet yang berterusan (-RM141.5 juta), (c) hutang awam yang melebar kepada RM1,140 juta dan (d) tunggakan bayaran hutang yang meningkat kepada RM179.8 juta.

Justeru diserahkan kepada rakyat Kelantan untuk mengatasi masalah kewangan yang kronik ini serta masalah-masalah lain yang juga besar seperti kadar kemiskinan yang sepuluh kali ganda lebih tinggi dari Melaka, gejala sosial yang merebak dan menular serta isu bekalan air bersih yang berpanjangan selama 22 tahun dan pembangunan Lembah Sireh yang merugikan rakyat.

Mengikut perumpamaan orang Cina, ikan busuk dari kepala. Maka tentulah masalah-masalah kronik di atas berpunca dari kepala. Oleh itu, perlulah kepala berkenaan ditukar.

Dari segi kepimpinan, amat jelas rakyat Kelantan tidak ketandusan pemimpin yang berkaliber seperti Datuk Seri Haji Mohd Ali Mohd Rustam (DAR). Dato' Seri Mustapa Mohamad atau Tok Pa adalah antara pemimpin Kelantan yang jauh lebih cemerlang dari pemimpin Kelantan sekarang! Sesungguhnya Kelantan berpotensi untuk menjadi negeri maju di bawah Tok Pa, seperti mana Melaka di bawah DAR.

Di bawah konsep 1Malaysia, kita sokong semua negeri di negara tercinta ini maju, bersih dan indah sepertimana Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknoloji Hijau.

'Bersihnya' Kelantan Serambi Mekah...!

'Bersihnya' Kelantan Serambi Mekah…!

Indah dan bersihnya Sg Melaka

Indah dan bersihnya Sg Melaka

Indah dan cantiknya Taman Seribu Bunga yang berguguran

Indah dan cantiknya Taman Seribu Bunga yang berguguran

This entry was posted on December 13, 2012, 3:14 pm and is filed under Ekonomi. You can follow any responses to this entry through RSS 2.0. You can leave a response, or trackback from your own site.

ads