Ahad, 12 Mei 2013

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


The Scribe A Kadir <b>Jasin</b>: Melayu DAP Cabar Cina BN <b>di</b> Raub

Posted: 01 May 2013 12:13 AM PDT


[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]
KETIKA meninjau kawasan Parlimen Raub, Pahang, terlintas dalam fikiran saya adakah pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini mencerminkan 1Malaysia atau satu lagi contoh transformasi politik semasa?
Raub adalah di dalam negeri Perdana Menteri Kerajaan Sementara (Caretaker Government), Mohd Najib Tun Abdul Razak. Secara tradisinya ia adalah kawasan Barisan Nasional yang diwakili oleh MCA walaupun DAP kuat.
Pada PRU 2008, calon BN ialah Ng Yen Yen yang mendapat 18,078 undi manakala pencabarnya, Abu Bakar Lebai Sudin (DAP) mendapat 15,326 undi.
Kali ini, secara agak "mysterious", Ng yang dilihat sebagai seorang menteri yang cergas dan berkesan, mengambil keputusan mengundur diri daripada bertanding. Sebagai ganti, BN memilih Hoh Khai Mun, yang sebelum ini ahli Dewan Undangan Negeri Bilut dalam kawasan Parlimen Bentong.
Yang menjadikan pertandingan kali ini menarik adalah pencabar BN ialah seorang Melayu DAP yang berprofil tinggi, iaitu Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang dalam tempoh 2004-2008 adalah Adun BN Pulau Manis dalam kawasan Parlimen Pekan.                                              Populariti PM teras BN
Dalam konteks itu, Raub mencabar kedudukan BN sebagai parti penyandang dan menaikkan prestij DAP sebagai pencabar. Hatta mengalami majoriti yang lebih rendah pun sudah berupa satu tamparan kepada BN kerana Raub adalah kawasan tradisional BN dan terletak di dalam negeri Perdana Menteri.
Peluang Mohd Sabri mencatat sejarah sebagai calon Melayu DAP pertama di Pahang mengalahkan BN tidak boleh ditolak begitu sahaja. Mohd Sabri nyata lebih berwibawa daripada Abu Bakar, calon DAP 2008.
Ahli Parlimen Melayu DAP terakhir ialah Allahyarham Ahmad Nor yang menang kerusi Bayan Baru dalam PRU 1990. Adakah Mohd Sabri boleh menjadi pewaris legasi itu?
Daripada aspek perangkaan, Raub boleh dianggap sebagai kerusi seimbang dari segi kaum dan sokongan kepada BN dan DAP. Pada PRU kali ini, ada 54,320 pemilih berdaftar terdiri daripada 49.8% Melayu, 40.3% Cina, 6.5% India dan 3.1% Orang Asli.
Daripada tiga DUN dalam kawasan Raub, dua dimenangi BN (Batu Talam dan Dong) (diperbetulkan) dan sebuah oleh DAP (Tras) pada PRU 2008.
                                                   Roket Menang DUN Tras 2008
 
Yang merumitkan BN adalah Mohd Sabri sebagai bekas pemimpin Umno sekian lama tentulah mempunyai maklumat terperinci mengenai kelemahan dan kekuatan Umno serta kebaikan dan keburukannya.
Kemudian ada drama sampingan yang cukup menarik. Mohd Arif yang juga seorang blogger disokong oleh bekas isterinya (juga seorang blogger) yang mendedahkan dalam blognya yang dia adalah orang Umno dan menggunakan blog itu untuk menyokong BN walapun sekali-sekala kritikal terhadap BN.
Dalam rencana mengenai bekas suaminya, dia antara lain, menulis: "Ya Allah..Please help Mohd Ariff Sabri Bin Haji Abdul Aziz win BIG in the PRU 13 in Raub Parliament P080, Pahang.
"Please make him the first Malay Parliamentarian from DAP for Raub, Pahang and bestow him the guidance to be one of the great Malaysian leaders around..Ameen."

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


inilah kisah kami..: Bercuti <b>di Klebang</b> Beach Resort, Melaka!!!

Posted: 02 Apr 2013 08:32 PM PDT

Pada 29 dan 30 Mac 2013 yang lalu, kami sekeluarga bersama-sama dengan ibu mertua saya telah sama-sama bercuti di Melaka. Kebetulan pula musim cuti sekolah. Dapatlah saya, suami, anak-anak dan ibu mertua saya berehat dan bersantai di Melaka.
Kami menginap di Klebang Beach Resort. Lama betul tak datang ke mari. Banyak dah perubahan dan bilik juga dah ditukar dengan perabot baru.
Untuk makluman semua pembaca, di sinilah Hari Keluarga RAIS di adakan buat kali pertama pada tahun 2003. Dan telah berlangsung Family Day RAIS ini sebanyak 4 kali di Klebang Beach Resort ini...
Rasanya, kalau nak buat sekali lagi di sini untuk tahun 2013 pun okay. Bukannnya apa, kawasannya agak kecil, mudah untuk mengawal kanak-kanak di sini...
Tapi, apa pun ini hanya cadangan, selebihnya terserahlah kepada suami saya selaku Pengerusi Tetap Hari Keluarga RAIS ini....
Kami check-in di Klebang Beach Resort pada petang 29 Mac 2013, dan di sebelah malamnya pula kami menikmati jamuan makan malam di Medan Ikan Bakar di Umbai.
Keesokan harinya kami semua bersiar-siar dan bershopping di Dataran Pahlawan di Bandar Melaka... taknak cerita lebih-lebih lagi... jom kita layan gambar!!

Sauasana sebelum pergi ke Melaka....
Melayan karenah anak-anak di swimming pool
Suami saya bersama Dzafran Amri...
5 orang lelaki di dalam hidupku....
Ya Allah... bulatnya Dzafrannn!!!
Bergambar bersama Dzafran..
Dzafran selepas mandi ....
Suasana kami semasa check-out...
Sebelum meninggalkan hotel.. kami bersarapan dulu...
Dzafran menikmati sup bersama Wan nya...
Danish Amri dengan senyuman manisnya...
Jom gerak ke Melaka.....!!!!!
Di Menara Taming Sari...
Petugas yang menjaga pengunjung pening kepala untuk mengawal DanishDhafir dan Dzaqwan yang tak reti duduk diam....
"Dik.. tolonglah Dik... duduklah diam-diam, tempat ni bahaya dik!!" tension je brother tuh!
Suasana di dalam Kabel Car untuk naik ke menara!
Suasana di persekitaran Menara Taming Sari...
Dzafran tenang bersama Abah dan Wan nya menanti di bawah...
Bergambar bersama ibu mertua di perkarangan Menara Taming Sari...
Selesai di Menara Taming Sari.. kami pun masuklah ke dalam Mall di Dataran Pahlawan... sementara saya dan Ibu Mertua saya berjalan sambil bershopping... 5 lelaki dalam hidup saya i.e Suami dan anak-anak... lepak-lepak di Starbuck.. perghh... jangan main-main....Starbuck tuh!!
Ini posing sebelum minum!!!
Satu lagi posing sebelum minum!!!
Ini muka selepas minum... suami saya kata... PAHIT GILERRR!!!
Pun... muka kelat menahan pahit!!!
Sebelum pulang ke Seremban sempat berposing di hadapan Restoran Upin & Ipin
Demikianlah tadi coretan percutian kami pada cuti persekolahan baru-baru ini... so jumpa lagi di lain masa... bye bye!!
Disediakan oleh : Ungku Norhayati (Noi/Yat)

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


Rozmal bin Malakan: Projek Amal Tandas Surau <b>di Lubok China</b> <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2013 01:42 AM PST


Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan akan mengadakan Program Khidmat Kesihatan Percuma untuk penduduk di Kg Baru Semin, Lubok China, Rembau pada Ahad 24 Februari 2013.
Dalam pada masa yang sama juga Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan sedang mengumpul dana untuk membina tandas 4 pintu untuk Surau Kg Baru Semin. Bangunan surau telah pun digunakan namun tandas masih belum dibina.
Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan untuk pembinaan tandas Surau Kg Baru Semin ini bolehlah disalurkan melalui akaun berikut :
Nama Akaun : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan
No Akaun : 05012010047905
atau boleh hubungi Sdr Rozmal bin Malakan, Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di talian 012-2267406 , e-mel rozmal@yahoo.com
Sumbangan juga boleh disalurkan ke akauan Maybank , No Akaun 155126945930

BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search

Posted: 06 May 2013 01:11 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Posted:

[unable to retrieve full-text content]

ads