Kenduri Kawin <b>Di</b> Taman Peruna, <b>Sg</b>. <b>Udang</b>, Melaka Posted: 22 Feb 2013 04:00 PM PST Sabaq je la.. citer dah basi kot.. ektiviti sempena cuti Chinese New Year (CNY) hari tu.. saya bercuti sebab ke majlis kenduri kawin sepupu di Taman Peruna, Sg. Udang, Melaka. Selepas kenduri sepupu bulan Disember hari tu.. kali ni berkumpul lagi sanak saudara sebelah mak saya.. tapi mak saya tak pergi.. ayah, adik bongsu, saya dan en. suami je yang pergi :) Ini mak long saya a.k.a tuan rumah.. paklong saya tak berapa sihat.. Haa.. ni la pak long saya.. masa pagi kenduri ada buat Marhaban.. sebabnya mengikut pengerusi yang berucap.. Marhaban di kawasan perumahan situ paklong saya yang asaskan.. sebab paklong saya asai dari Kedah.. dia yang perkenalkan.. walaupon paklong sakit mereka nak jugak buat sebagai tanda penghargaan buat paklong sebagai pengasasnya.. paklong saya ni pencen Pegawai Kagat dari Kem Terendak ;) Ni masa malam kenduri.. kaum Hawa.. sambil buat keja sambil nyembang.. Yang lain pon sebab ada telur pindang.. sinonim la kalau area Johor dan Melaka buat kenduri ada telur pindang kan.. nak buat telur pindang ni amik masa yang agak lama dan memerlukan pelbagai daun kayu untuk merebusnya.. bezanya cuma warna dan rasa dari telur biasa :) Yang lelaki kat luar buat BBQ.. cuma bakar ayam sikit, ikan sikit.. pastu ada otak-otak kempas yang ditempah khas oleh abang sepupu.. sebab dia yang buat catering untuk kenduri rumah mak sendiri.. jimat2.. yang lain2 tu biasa la.. ada bihun goreng, kek coklat dan kuih muih.. untuk mereka yang bertandang malam tu :)
Keesokan paginya, saya sibuk sikit sebab menolong akak2 sepupu sediakan makanan pengantin untuk sesi makan beradap.. so, tak dapat la nak kongsi kemeriahannya :)
Ni la pengantinnya.. sepupu saya.. tua setahun je dengan saya.. isteri orang Selangor.. semoga jodoh uols berkekalan. amin :) Ni kak sepupu merangkap kak pengantin lelaki Saudara dari Taman Tunku Jaafar dan Sri Sendayan, Seremban bersama ayah saya :) En. suami dan saudara dari Seremban juga..Cukup sekadar untuk berkongsi.. guna catering ni lain sikit meriahnya.. tak macam kat kampung :) |