Sabtu, 18 Jun 2011

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


Perjumpaan Pertama <b>di</b> Kem Hutan Rekreasi <b>Ayer Keroh</b> Melaka - Blogger

Posted: 28 May 2011 01:52 AM PDT

Ketua Sekretariat Induk bersama Ketua Pengarah JLKN

VVIP yang hadir pada majlis perasmian


kepulanggan Timbalan Menteri Pertahanan

antara AJK kem peringkat Zon C, D & E yang hadir


buat pertama kalinya kami menjejakkan kaki ke Kem PLKN Hutan Rekreasi Ayer Keroh & juga menyertai progam Sekretariat Induk Alumni PLKN.. program selama 2 hari 1 malam 2 telah mempertemukan kami dengan wakil-wakil Sekretariat peringkat kem dari negeri Selangor, Negeri Sembilan Melaka & Johor.. proram yang bermula pada pukul 8 malam pada 1.4 itu di isi dengan pelbagai aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan kami diperingkat kem & juga induk.. selepas perasmian oleh Timbalan Menteri  Y.B Datuk Dr. Haji Abdul Latif Ahmad kami diberi penerangan ringkas berkenaan akiviti yang akan dijalankan keesokan harinya..

selepas solat subuh kami sepatutnya perlu berkumpul dipadang kawad untuk melakukan aktiviti PT pagi.. hujan renyai pada pukul 6.30 pagi telah membatalkan aktiviti itu.. tepat pukul 8.30 kami telah berkumpul didewan untuk bersarapan sebelum meneruskan sesi brain storming untuk mencari cara terbaik bagi mengumpulkan 15000 peserta bagi program Himpunan Anak 1 Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil pada 3.7.2011 ini.. selain itu kami juga diberi peluang untuk menonjolkan diri bagi dipilih untuk mewakili Sekretariat Alumni Peringkat Negeri.. kami di negeri Melaka diamanahkan untuk mencari 1200 orang peserta (300 orang bagi setiap kem X 4 Kem di Melaka).. beberapa cadangan serta soalan telah diberikan & juga dijawab oleh mereka di pihak induk.. selesai semua aktiviti yang dirancang kami telah dibenarkan untuk pulang kerumah masing-masing.. apa-apa pn segala pengalaman & tanggungjawab akan aku laksanakan dengan baik.. semoga segala yang dirancang akan berjalan dengan baik & sempurna..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


GERAM <b>di</b> Pasar Besar <b>Jasin</b> « Dewan Pemuda PAS Melaka

Posted: 05 Jun 2011 05:52 PM PDT

Jasin, 5/5/2011- Gerakan Anak Muda Melaka (GERAM) bersama rakan pakatan rakyat meneruskan kempen jelajah ke seluruh negeri Melaka bagi mendapatkan tandatangan penduduk Melaka sebagai tanda membantah kenaikan harga air oleh kerajaan negeri di bawah Syarikat Air Melaka Berhad (S.A.M.B).

 

Petugas GERAM mendapatkan tandatangan peniaga di Pasar Besar Jasin

 Jelajah kali kedua di Pasar Besar Jasin semalam mendapat sambutan menggalakkan dari rakyat yang rata-rata tidak berpuas-hati dengan kenaikan bil air tersebut.

Seorang peniaga kedai runcit, Lim Pin Seng 65 yang di temui di pasar besar tersebut mengeluh dengan kenaikan tersebut.

"Setiap hari harga barang naik, dulu minyak naik, kemudian air naik dan sekarang elektrik pula naik, ini sangat membebankan saya sebagai peniaga yang sudah lama berniaga di sini" katanya yang sudah 10 tahun berniaga.

Petugas GERAM meminta tanda tangan seorang pengunjung Pasar Besar Jasin

Ada pengunjung yang di temui tidak sedar akan kenaikan bil air sejak 1 April lalu memandangkan notis rasmi tidak di keluarkan oleh S.A.M.B.

"Saya langsung tak tahu dan tak di maklumkan tentang kenaikan air, sedar-sedar terpaksa membayar lebih walaupun penggunaan hampir sama setiap bulan" ujar Yusof Ahmad dari Jasin.

Kadar lama tariff air adalah 55 sen bagi setiap meter padu untuk 1-15 meter padu pertama, 85 sen bagi setiap meter padu untuk 15.1 – 40 meter padu berikutnya dan RM1.33 sen untuk setiap meter padu berikutnya.

Manakala kadar baru pula ialah 55 sen bagi setiap meter padu untuk 15 meter padu pertama, 85 sen bagi setiap meter padu untuk 15.1 – 30 meter padu berikutnya, 0.95 sen bagi setiap meter padu untuk 30.1 – 35 meter padu berikutnya dan RM1.45 sen bagi setiap meter padu berikutnya. Kenaikan sebanyak 20% berbanding sebelumnya.

YB Tey Kok Kiew, ADUN Banda Hilir bersama petugas GERAM bergambar di Pasar Besar Jasin

Sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong telah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Melaka Berhad (S.A.M.B) bagi mendapatkan maklum balas tentang ariff baru air dan jawapan yang di berikan adalah di sebabkan arahan dari pusat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di umbai - Google Blog Search

04 di umbai - Google Blog Search


My Small World: Makan Time - Ikan Bakar Parameswara <b>di Umbai</b>

Posted: 12 Jun 2011 05:00 PM PDT


Kerang bakar
Pencicah. i cicah udang, kerang dan ikan dengan pencicah ni
My Dania dengan tudung baru Fareeda Kids pilihan Dania. Kemain lagi nak beli tudung yang dia pilih jer...
Dekat sangat tepi pantai
Tempat makan kat sini
Permandangan sekitar ikan bakar
Makan dalam bot pun boleh
Geram tengok sotong2 nih
Ikan fresh ni...ikan...err err???
Udang
Tempat makan kami. Ikan Bakar Parameswara

Malam yang pertama tu kengkonon nak pekena ikan bakar ler. Malam tu kebetulan malam minggu. Makkk aiii....jalan jam sepanjang ke ikan bakar tu. We alls pergi selepas Maghrib. Nampaknya kena tangguh malam selepasnya. We all bertolak pukul 5.30pm. Namanya pun musafir, gunakan sebaiknyalah solat jama' tu. Jangan jama' tak yah sudahlah. Masa we alls tiba tu, dah ramai yang berada kat kawasan tu. Nak masuk kena bayar parking RM1. Kalau nak pergi makam apa tah kena RM5. Makam tu terletak di pulau dan kena naik speed boat ke sana yang berharga RM100. Ambik ko...nak pergi lawat makam waktu malam pun boleh. Sape berani dak?.

My hubby sibuk beratur nak order makanan. Bagi i tak syiok sebab takde Mr ketam lar...i memang teringin nak makan ketam fresh fresh tu. Takde ketam, hubby i order ikan jaket, udang dan kerang untuk makan bertiga. Ummi Dania sibuk snap sana snap sini gambar kat tepi muara ni. Sunset masa tu terlupa nak ambik gambar sebab tengah makan. Hehehehe...Sampai terlupa tu..

Lupa nak cerita, sepanjang ikan bakar ni banyak je gerai2 makan ikan bakar tapi Parameswara ni yang paling famous sebab terletak betul2 tepi pantai. Ramai orang kat sini. Boleh je makan kat kedai lain kan. Up to you alls tapi permandangan kat Parameswara yang paling besh. Selain pada tu ada jer gerai2 jual anak2 patung la, memacam lar.....haaa get ready le mak pak sedia duit jer....he he he.

****tercapai impian nak sampai sini...hehehe

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di ramuan china - Google Blog Search

04 di ramuan china - Google Blog Search


lokan melaka: Majlis Maulidur Rasul Kariah <b>Ramuan China</b> Besar

Posted: 15 Mar 2011 10:47 PM PDT




Pada 12 Mac yang lalu,  perarakan Maulidurrasul telah diadakan di Masjid Ramuan China Besar sempena menyambut hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.   

Majlis tersebut turut sama dimeriahkan oleh Datuk Wira Abu Seman Bin Yusuf, YB Amiruddin Bin Yusuf, Datuk Penghulu Dun Ayer Limau, Pengerusi JKK Ramuan China Besar Hj Mansur Bin Rahim, warga IKBN, dan warga Kg. Ramuan China Besar dan Paya Lebar.

Setibanya di masjid, peserta perarakan dapat mendengar ceramah oleh imam besar masjid Negara.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


MUAR KINI: Rumah peniaga musnah

Posted: 09 Jun 2011 07:37 AM PDT

MUAR - "Saya tidak menyangka panahan petir telah menyebabkan rumah ibu saudara saya musnah terbakar," demikian pengakuan saksi kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Parit Raja, Pagoh, di sini, semalam.

Mahzan Abdul Manaf, 46, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.10 petang, dalam keadaan hujan lebat yang disusuli dengan dua panahan petir sangat kuat.

Menurutnya, semasa kejadian dia berada dalam rumahnya yang terletak kurang daripada 50 meter di belakang rumah ibu saudara.

"Sejurus selepas :panahan petir ini menyebabkan bekalan elektrik di rumah saya turut terputus.

"Selepas 10 minit berada dalam rumah tanpa bekalan elektrik memaksa saya keluar ke beranda hadapan rumah kerana kurang selesa dengan keadaan rumah yang agak panas," katanya kepada Sinar Harian.

Mahzan berkata, sebaik berada di hadapan rumah, dia terhidu bau hangit yang kuat tetapi tidak tahu dari mana puncanya.

"Kerana bimbang, saya memeriksa seluruh rumah dan lega apabila mendapati keadaan rumah selamat kerana kesemua suis dan plug elektrik rumah telah ditutup sebaik sahaja bekalan elektrik terputus.

"Tetapi, saya terkejut apabila keluar semula dari rumah apabila melihat kepulan asap hitam keluar dari bumbung rumah ibu saudara," katanya.

Menurutnya, melihat keadaan api mula marak dia segera bertindak menghubungi pihak bomba kerana bimbang api merebak ke rumah berhampiran.

Mangsa kebakaran, Asiah Taib, 50, berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana berniaga kedai makan di Machap.

"Saya mendapat berita rumah terbakar selepas dihubungi saudara mara dan bergegas pulang ke rumah.

"Sejak berniaga di Machap, saya tinggal di sana dan hanya balik ke rumah ini sekurang-kurangnya seminggu sekali," katanya.

Menurutnya, meskipun terkejut dengan insiden yang berlaku itu, tetapi Asiah bersyukur kerana tiada anak-anak yang tinggal di rumah berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar berkata, sebaik menerima laporan seramai sembilan anggota bomba dengan dua jentera bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba keadaan api semakin marak dan rumah berkenaan telah terbakar sebanyak 80 peratus.

"Pihak bomba mengambil masa 10 minit untuk memadamkan api bagi mengelakkan api daripada merebak ke rumah berhampiran.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Sinar Harian
9 Jun 2011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


I Love Seremban: A main stop for birds to rest - <b>Tanjung Tuan</b> <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2011 06:54 AM PDT

WHAT are raptors? TheyRaptors are birds of prey and include hawks, eagles, falcons, vultures and owls. They are found in all continents except Antarctica.

The migratory raptors that pass Tanjung Tuan originate from north Asia — Eastern Siberia, Kamchatka, north-eastern China, the Korean peninsula and Japan. As autumn approaches in September, they will make the perilous journey south from their country of origin into Southeast Asia through the so-called East Asian Flyaway. 

From late January till March or April, they will once again make the return journey.

Last year, 71,000 raptors were counted in Tanjung Tuan over a 44-day period. 

Tanjung Tuan is the nearest landfall across the Straits of Malacca from Indonesia and is therefore important for the birds to rest or catch thermals before continuing on their journey north. 

Due to its importance to migratory birds, Tanjung Tuan has been designated by Birdlife International as an Important Bird Area.

The Malaysian Nature Society has been actively conserving Tanjung Tuan Forest Reserve by promoting Raptor Watch Week yearly by organising guided walks in the forest and on the seashore as national eco-tourism events. 

Among the more regularly sighted raptors in Tanjung Tuan are the oriental honey buzzard, black Baza, Japanese sparrowhawk, Chinese goshawk and grey faced buzzard.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN <b>BUKIT KATIL</b>: Kenyataan Media : PAS <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2011 08:36 AM PDT

BUKIT KATIL, 13 Jun: PAS Kawasan Bukit Katil mengucap tahniah kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka yang baru iaitu Adly Zahari.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata PAS Kawasan sentiasa komited untuk membantu Pesuruhjaya Negeri Melaka yang bagi memacu perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat di negeri Melaka.

"PAS Kawasan memberikan sokongan penuh atas perlantikan beliau dan percaya Adly berupaya untuk memimpin PAS negeri dengan baik.

"Dengan pengalaman dan karisma yang ada pada beliau saya yakin PAS Melaka akan lebih maju dan mantap berjuang seiring dengan DAP dan PKR di Melaka," kata Yusof.

Semalam Presiden PAS telah mengumumkan bahawa Adly Zahari dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka yang baru menggantikan Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.

Yusof berkata, dengan tenaga, ilmu dan pengalaman serta kenalan yang ramai, beliau yakin Adly mampu mentadbir dan mengepelai jentera PAS Melaka pada Pilihanraya Umum akan datang dengan lebih baik.

"PAS Bukit Katil sentiasa menyokong penuh sesiapa juga yang dilantik oleh Presiden untuk memimpin PAS Negeri, kita akan bekerja secara berpasukan bagi memimpin PAS Negeri dan Kawasan sebagai persediaan untuk kita menggantikan Umno yang semakin lama semakin tenat," kata Yusof.

Berusia 40 tahun, Adly berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dari UTM merupakan bekas Jurutera dan pentadbir beberapa syarikat korporat sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Beliau kini seorang ahli perniagaan yang berjaya. Berasal dari Durian Tunggal Melaka, beristeri dan mempunyai 6 orang cahaya mata.

Pernah diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Setiausaha PAS Negeri, AJK Dewan Pemuda PAS Negeri. Sekarang ini beliau juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Beliau merupakan anak muda yang komited kepada perjuangan di mana sebaik sahaja tamat pengajiannya beliau bertugas sepenuh masa di Pejabat Perhubungan PAS Melaka selama beberapa tahun.

Berpengalaman bertugas di bawah beberapa orang Pesuruhjaya antara Ustaz Jalaluddin Abdul Wahid, Haji Omar Baba dan Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.

Beberapa orang pemimpin kawasan yang ditemui yakin pengalaman dan komitmen beliau kepada PAS selama ini menjadi teras kepimpinan beliau bagi membawa PAS Melaka ke era gemilang pasca Pilihanraya Umum ke 13.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/78-negeri-melaka/3768-pas-bukit-katil-ucap-tahniah-pada-adly

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


Kisah Si Tembam: Kehidupan <b>di</b> UITM <b>ALOR GAJAH</b>

Posted: 15 Jun 2011 03:07 AM PDT

Assalammualaikum

wah lame nye tak update blog en en :P

hahaha urmm ..

mcm nak cite ek ?stat dari first week aku kat sini (uitm) la kan ..

first week siswa dan siswi ade program MDS iaitu Minggu Destini Siswa , program nie mcam orentasi la kan :p

hahaha seyusly! mase program ni mmg penat .. rase cam nak blik jerk ! fed UP! penat nk mampus ...dengan kaki melecet :P hahaha kene jalan jauh2 wokkk .. but yg memenatkan la yang best ! thanks to "abg abg " senior sebab beri tunjuk ajar ! korunk da best la ! :P hahaha

urm then diteruskan nan minggu yang kedua aku disini :)

minggu ni aku da masuk kuliah ! mmg sesi perkenalan la kan :P mlm lak ade sesi induksi di kolej masing2.. sumpa cuak bile kene tye nan senior dgn macam macam soalan :D hehe .. then aku mule la dapat ramai kawan kawan bru ! best wookk ..roommate aku Alhamdulillah okey ! but dorunk nie suke bertengkar tahu tak ! sebabnya masing masing nk mng :P hahaha .. urkkk! senior2 kat sini lak semua baik baik :) dorunk ade cara tersendiri untuk mengajar junior2 agar tak kurang ajar ! :)

minggu ketiga aku kat sini ..aku rase bertambah semangat nk belajar + penat gile meyh ..jalan jauh2 :) hahaha .. urk takpe takpe pengalaman :D sini best ! ade COOL BLOG ! hahaha .. urkk .. setelah lame bernasyid kat sekolah .. kali ni aku mencuba lagi di peringkat U :D hheeh ... Alhamdulillah diterima walaupun suara ni mcm katak semput :P hahaha

ALAMAK! gambar tak banyak meyh ...maklum la .. camera tak bawak :P hahaha btw ! byk gile dugaan aku duk sini :) handset due due rosak kene hujan ! cam cipan !!! hahaha kaki berparut sebab jatuh time ujan ! terbaikkkk :P ahahahah

aku rase ni jerk la kowt .. sebab tak tahu nk cite ape lagi :) laju plak broadband rinie ! pelik2! hahaha

makan makan di dewan laksamana ! :)



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


once i talk: Review Karnival Udara Antarabangsa <b>Sungai Rambai</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2011 08:32 PM PDT

Assalamualaikum.

Minggu lepas (10-12 Jun 2011) telah berlangsung Karnival Udara Antarabangsa Sungai Rambai Melaka 2011 bertempat di Air Strip Kampung Tasek, Sungai Rambai Melaka. Karnival tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka. Ramai pengunjung yang datang ke tapak karnival tersebut bagi menyaksikan sendiri dengan lebih dekat pesawat-pesawat ringan. Aku sempat la juga pergi ke Karnival tu. Dekat je dengan rumah aku. 

Sepanjang karnival tu, pengunjung-pengunjung berpeluang untuk turut sama terbang dengan menaiki pesawat ringan yang ada di situ. Ada juga pertunjukan akrobatik udara. Ok la, jom layan sedikit gambar yang adik aku snap guna kamera handset. hihi..


Ada banyak lagi gambar yang aku nak kongsi, tapi tak larat nak upload banyak-banyak. hihi. Cukup la ni je ok. Tunggu pula Karnival Udara Antarabangsa pada tahun depan. Diharap karnival yang akan dianjurkan pada tahun berikutnya akan lebih menarik.

Sekian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pasukan aerobatik tarikan Karnival Sg. <b>Rambai</b> | Bugil Bagus

Posted: 08 Apr 2011 08:14 PM PDT

JASIN 7 April – Ruang udara di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai bakal diwarnai kehadiran pesawat Cesna, Eagle, Christaine Eagle dan pesawat mikro sempena Sungai Rambai Melaka International Fly In 2011 dari 10 hingga 12 Jun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, karnival tersebut akan diadakan di Lapangan Terbang Microlight Sungai Rambai dekat sini menyediakan pelbagai acara menarik berkaitan rekreasi udara buat penduduk dan pengunjung.

Menurutnya, antara tarikan utama ialah pertunjukan pasukan aerobatik dari Persekutuan Udara Malaysia (MSAF) yang menggunakan pesawat jenis Eagle di samping aksi dua juruterbang persendirian dari Thailand yang menggunakan pesawat Christaine Eagle serta Extra 300.

"Karnival kali kedua dianjurkan ini bertujuan menarik minat masyarakat terutama golongan belia menyertai sukan udara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan prapelancaran Sungai Rambai International Fly In 2001 di Lapangan Terbang Microlight Sungai Rambai di sini hari ini.

Sempena pelancaran tersebut dua pesawat jenis Cesna daripada Kelab Penerbangan Diraja Selangor yang berpengkalan di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi mendarat di sini.

Dua pesawat tersebut dipandu oleh juruterbang Kapten Norhisham Kasim dan Kapten Farid Rahman.

Mengulas lanjut, Hasan berkata, karnival tersebut turut menarik penyertaan daripada tiga negara jiran iaitu Singapura, Indonesia dan Thailand.

Katanya, program tersebut turut menyaksikan ramai penggiat sukan penerbangan dan rekreasi udara dari dalam serta luar negara berkampung di situ untuk menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang karnival itu.

"Orang ramai berpeluang melihat dari dekat pelbagai pesawat ringan selain mereka turut berpeluang merasai pengalaman menaiki pesawat yang disediakan," ujarnya.

Dipetik dari Utusan Malaysia


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


ar.rashidin: Dua Hari <b>Di Negeri</b> Pahlawan, <b>Melaka</b> Bandaraya Bersejarah

Posted: 10 Jun 2011 10:45 AM PDT

SEPANJANG dua hari bersantai di d'Village Resort Ayer Keroh, Melaka meninggalkan kenangan manis kepada 150 warga Kelab Keluarga Perdana/MKSB yang menyertai konvoi 40 kereta dari Seri Gombak, Selangor menuju ke Melaka Bandaraya Bersejarah.
Antara kenangan manis ialah memeriahkan sukaneka membabitkan penyertaan kanak-kanak, lelaki dan wanita di dalam pelbagain acara seperti baling buah kelapa, belon air, tarik tali, lari dalam guni dan sebagainya.
Pada sebelah malamnya pula diadakan majlis penyampaiaan anugerah kepada staf cemerlang, wartawan, stokis dan ejen produk serta acara kemuncak Anugerah Perdana 2011.
Hos majlis makan malam itu dikemudikan pelakon, pengacara terkenal Pian Cecupak yang Berjaya memberi mood yang segar kepada tetamu sekalipun acara mengambil masa sehingga jam 12.30 malam.
Tidak dapat disangkal lagi, Pengarah Urusan Kumpulan MKSB, Sdr Zulkafli Wahab dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana 2011 yang diumumkan oleh Dr Khairil Azhar.
Hadiah disampaikan Pengerusi Kumpulan Perdana/MKSB, Puan Rohida Daud berupa pakej menunaikan umrah bersama isteri, wang tunai, trofi, hamper dan wang tunai.
Tidak syak lagi pada tahun hadapan program anjuran Kelab Keluarga Perdana/MKSB akan diadakan lagi sekiranya lebih banyak penaja yang sanggup berjasa menaja program ini seperti mana komitmen oleh One Drops Perfumes, Aura Life, Kasturi Syifaa' dan sebagainya termasuk individu yang menyumbang hamper serta tenaga.
Sebelum check-out, ada kalangan ahli konvoi mengambil peluang mengunjungi Bandar Hilir Melaka, Zoo Negeri Melaka, menaiki kereta kuda dan sebagainya. Sesungguhnya, pengalaman yang manis sukar dipadamkan di dalam memori kepada setiap orang yang mengikuti program ini.
Insya-Allah, jumpa lagi tahun hadapan.












































Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kini <b>Negeri Sembilan</b> pula menjadi &#39;target <b>...</b> - 26 Melayu <b>Di</b> Raja

Posted: 12 Jun 2011 04:13 PM PDT

Pakatan Rakyat sedang mengintai peluang untuk memenangi kerusi-kerusi tahttp://www.dromoz.com/image/sketch/sk44ab5857e85ba196626947.jpgmbahan di Negeri Sembilan. Ketua Umum PKR, Anwar telah melakukan lawatan ke Negeri Sembilan untuk memperkuatkan usaha PKR menambah kerusi di dalam PRU yang akan datang ini. PAS juga jika mendapat kerusi tambahan PR Negeri Sembilan merasakan yang komponen PR akan berjaya memenangi pilihanraya yang akan datang ini.

Setakat ini BN sedang diwakili oleh 21 kerusi dan PR mempunyai 15 kerusi. Jika dibuat perkiraan PR hanya memerlukan 4 kerusi lagi untuk memenangi pilihanraya ini untuk mengambil alih kerajaan Negeri Sembilan. DAP hanya kalah di Chennah di dalam pilihanraya yang lalu tetapi memenangi kesemua 10 kerusi yang lain. PKR telah memenangi 4 kerusi dan PAS memenangi 1 kerusi. Jika kelima belas kerusi ini masih mampu dikekalkan oleh PR maka PR hanya memerlukan 4 kerusi lagi untuk membentuk sebuah kerajaan dengan 'simple majority'.

DAP seperti juga di mana-mana kerusi di bandar-bandar parti itu tidak mempunyai masalah untuk memenanginya. Malahan Chennah yang satu-satunya kerusi yang dimenangi oleh MCA akan jatuh ketangan DAP jika ada calun Melayu diletakan di kawasan itu. UMNO di kawasan ini juga berpecahan diantara Ketua Bahagian Rais Yatim dengan beberapa ADUN yang ada dalam kawasan itu. Rais di katakan tidak lagi mempunyai pengaruh seperti dahulu kerana orang Jelebu inginkan muka baru dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Banyak pemerhati politik yang menghubungi saya tetap mengatakan yang DUN Pilah akan dimenangi oleh PR kerana perpecahan di dalam UMNO dan pimpinan tempatan selain dari kelemahan ADUN kawasan itu sekarang. Ketua UMNO Bahagian itu dikatakan tidak berkemampuan untuk menyatukan pemimpin-pemimpin tempatan kerana beliau hanya menumpukan perhatian terhadap kontraktor-kontraktor tempatan yang menguasai barisan kepimpinan Bahagian tersebut.

Kawasan DUN Kelawang, Lenggeng, Linggi dan beberpa Kawasan lain seperti Jeram Padang merupakan idaman PR dan tidak terkejut jika PR boleh menembusi kawasan ini dengan adanya perasaan tidak berpuas hati dengan UMNO dan kepimpinan UMNO Negeri Sembilan pada hari ini. Di Dalam pilihanraya yang lepas BN diselamatkan kedudukannya oleh kawasan-kawasan yang mempunyai peneroka FELDA. Harus difahami bahawa NS mempunyai kawasan FELDA yang luas sekali selain dari Pahang dan Johor.

Kalaulah tidak ada kawasan FELDA yang banyak di Negeri Sembilan setengah pihak berpendapat N Sembilan memang kepunyaan PR secara mutlak di dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Di Negeri Sembilan kata ramai orang yang menghubungi saya, keadaan memang 50/50 dan pengundi di atas pagar 'can go either way'. Ianya bergantung kepada sejauh mana usaha PR berjaya menembusi kubu UMNO dan juga bagaimana UMNO bertindak menyelesaikan keadaan di Negeri Sembilan yang agak lemah kepimpinannya. Jika benar yang dirungutkan oleh rakyat ramai terhadap MBnya, saya rasakan menggantikan beliau dengan seorang pemimpin yang lain adalah jalan yang terbaik untuk dilakukan oleh UMNO. Sesungguhnya satu persoalan yang ada dalam setiap pilihanraya ialah, siapa yang akan menjadi MB selepas sahaja pilihanraya nanti? Ramai orang berpendapat Mohamad tidak boleh menjadi jawapan kepada masalah itu, kerana Mohamad adalah isu yang besar kepada pengundi-pengundi di negeri adat ini.

Mohamad Hasan tidak berkemampuan untuk mendapatkan kerjasama yang kuat dari kepimpinan Bahagian-bahagian UMNO dari Negeri Sembilan dan ini merupakan kekurangan yang sangat jelas menjadi penghalang kepada kemampuan UMNO untuk bertahan. Mohamad telah tewas di dalam pertandingan MKT kerana tidak di dukong oleh perwakilan dari NS sendiri. Malahan kedengaran 'soksek-soksek' dari pemimpin-pemimpin bahagian-bahagian NS tentang Mohamad dan ini amat membahayakan prestasi UMNO di dalam PRU nanti.

Kali ini tidak ada cukup masa dan ruang untuk menyatakan sebab-sebab kenapa Mohamad tidak mendapat kerjasama pimpinan-pimpinan UMNO bahagian. Elok dinyatakan di dalam posting-posting yang akan datang untuk mengetahui sebab yang menyebabkan MB ini tidak mungkin berjaya mempertahankan Negeri Sembilan di dalam PRU nanti jika beliau masih tidak mendapat sokongan padu dari pimpinan bahagian-bahagian di NS.

Seperti juga di negeri-negeri lain, NS juga tidak dapat lari dari isu nasional yang boleh menjejaskan prestasi UMNO yang sudah sedia terjejas di NS. PR akan memainkan isu 'bread and butter' kerana ini menyentuh naluri rakyat yang sudah sedia susah. Kenaikan harga bahan mentah seperti harga getah tidak boleh di jadikan isu yang menambah prestasi parti pemerintah.

Isu rasuah dan salah guna kuasa tetap menjadi isu pokok di dalam kempen pilihanraya dan ini merupakan isu nasional yang sangat mudah diterima oleh rakyat yang mengundi. Di tambah pula dengan ketiadaan kegiatan di cawangan UMNO sejak beberapa tahun yang lalu menyebabkan UMNO di rasakan amat jauh dari pandangan rakyat. Keadaan ini dirasakan di mana-mana di seluruh negara.

Dalam pada itu beberapa pemimpin bahagian telah memberitahu yang Mohamad masih merayu untuk kekal satu penggal lagi sabagai MB NS. Dalam isu ini ada beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum mengambil apa-apa keputusan berhubung dengan siapa yang bakal menerajui kerajaan NS.

Tentunya persoalan siapa yang akan menjadi MB penggal yang akan datang adalah persoalan yang lazim kerana siapa yang akan memegang jawatan yang penting itu boleh mempengaruhi sokongan rakyat di dalam PRU itu nanti. Mohamad sudah pasti wajar diganti. Tetapi persoalan lain pula yang timbul. Jika Mohamad dialih dan dianjak, siapa pula yang akan menggantikan beliau yang agak 'viable'?

Di dalam pilihanraya yang lalu 50 peratus dari penyandang ADUN telah diganti oleh Mohamad dan kebanyakkan yang diganti merupaka mereka yang secara relatifnya lebih baik dari mereka yang dikekalkan. Tindakan Mohamad menggantikan ramai yang berpontensi itu tentulah didasarkan kepada politik peribadi beliau sendiri. Ramai pemimpin-pemimpin yang mendapat sambutan ramai dihindar oleh Mohamad untuk dijadikan calun. Mohamad lebih cenderung untuk mengambil mereka yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan tugas dan dijadikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan pula.

Itu sebabnya kerajaan Negeri Sembilan mengikut pandangan orang ramai di bawah merupakan satu kerajaan yang lemah dan tidak berkemampuan. Dengan barisan Exco yang ada ianya hanya menampakan Mohamad sahaja yang celik dan yang lainnya hanyalah dijadikan sebagai 'yes man' semata-mata. Mohamad kekurangan sisik politik kerana beliau merupakan seorang ahli korporat.

Itu sebabnya beliau merasakan beliau adalah pemimpin yang datang dari 'paradise' dan dengan mudah sahaja beliau memandang rendah pada pemimpin lain yang ada di sekeliling beliau. Itu sebabnya kita mendengar ayat-ayat yang melambangkan sifat sombong beliau seperti orang itu dan orang ini tidak 'mendalamkan air'. Hanya beliau sahaja yang boleh mendalamkan air. Orang lain semuanya bodoh dan tolol pada pandangan beliau. Memang benar kata orang tua-tua dahulu, 'kerana mulut badan binasa'.

Saya menyebut ini kerana perkataan seperti ini tidak sepatutnya keluar dari mana-mana pemimpin apatah lagi jika perkataan itu di dengar oleh mereka yang mempunyi asas adab dan adat. Walau bagaimanapun beliau telah berjaya meletakan diri beliau sebagai pemimpin yang tidak boleh dialih dan dianjak kerana beliau telah membuat persediaan dengan menurunkan calun-calun 'lame-duck' di dalam pilihanraya umum yang lalu.

Samada calun-calun pilihan beliau itu mampu untuk bertahan di dalam PRU yang akan datang sama-samalah kita lihat. Tugas kita ialah untuk memberikan kemenangan kepada mereka walaupun kita tahu meletakan kembali calun-calun pilihan beliau itu merupakan risiko yang amat berat untuk dipikul oleh pekerja-pekerja dan pembantu pilihanraya itu nanti.

PR di sebelah sana bijak menggunakan isu-isu tempatan ini. Isu kemampuan Mohamad sebagai MB merupakan isu yang begitu laris dan nampaknya diterima oleh rakyat semua kaum. Isu dan slogan 'welfare state' anjuran PAS juga telah menunjukan banyak respon yang positif bagi parti itu. Itulah sebabnya pemimpin UMNO tidak berhenti-henti memainkan isu perubahan wadah PAS itu setiap hari dan waktu.

Isu yang dibawa oleh PAS ini merupakan isu yang 'islamic' dan ianya tidak lari dari asas memperjuangkan islam itu. Hanya pihak yang merasakan ketakutan sahaja yang akan terus menggunakan isu ini terhadap PAS. Bagi PAS isu yang dimainkan terhadap mereka ini tidak membuatkan mereka mengelabah kerana bidasan terhadap parti itu memang lumrah sejak parti itu wujud dahulu.

Malahan jika ada pihak yang membidas parti itu tentang isu ini ianya akan menambah keyakinan ramai terhadap parti itu kerana rakyat beranggapan jika PAS dikatakan tidak baik itulah sebenarnya yang baik. Ini merupakan perang psikologi UMNO yang sentiasa gagal. Jika buruk kata pemimpin kita terhadap PAS rakyat akan mengambil persepsi sebagai baik.

Isu negara berkebajikan ini setidak-tidaknya akan membawa peralihan atau 'swing' terhadap sokongan rakyat terhadap PAS dan ianya sudah pasti memberikan impak yang lebih terhadap kaum bukan Melayu. Dalam piliharaya yang lepas BN telah mendapat 52 peratus sokongan dan PR pula mendapat 48 peratus dari 1.02 juta rakyat NS.

Bagaimana pucuk pimpin untuk melakukan perubahan di NS hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kepada pucuk pimpinan, pandai-pandailah membuat pertimbangan yang boleh meletakan BN di NS dengan seimbang untuk mencari 'point of reconciliation' di antara mengekalkan Mohamad dan menggantikan beliau di dalam pilihanraya nanti.

Jika tersalah langkah bersedialah kita untuk hidup di bawah pentadbiran baru yang belum tentu buruknya. PR telah mempunyai pengalaman memerintah dan prestasinya tidak pula banyak kekurangannya. Melayu, Cina India nampaknya berpuas hati di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan.

Hanya kita di dalam BN yang menafikannya kerana kepentingan politik kita. Saya faham memang perit untuk menerima hakikat yang kemampuan kita bukan tidak boleh di gugat oleh pihak lain. Saya pun merasakan keperitannya tetapi sebagai sebuah negara yang demokratik apa pun kehendak rakyat mesti kita turuti.

Tentunya ramai yang marah dengan pandangan saya ini, tetapi apakan daya, saya ini seorang yang lemah dan tidak mampu menolak hakikat yang benar yang berlaku di hadapan mata kita.

That's it.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads