Selasa, 9 Ogos 2011

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


Tinta Seorang Serikandi: Kembara Al-Falak, <b>Tanjung Bidara</b>, Melaka

Posted: 02 Aug 2011 09:54 PM PDT

Program Kembara Al-Falak ini dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula 29-31 Julai 2011..Saya , Hajar Yusoff dan Fazri Lutfi wakil daripada UKM dijemput sebagai Fasi untuk program tersebut bagi membantu Ustaz Noh Farid dan Ustaz Nur Firdaus untuk handle slot LDK pengurusan organisasi. Selain program kembara Al-Falak, terdapat juga slot kursus kepimpinan untuk peserta KLiUC dan pesertanya seramai 40 orang termasuk SRC (Students Representative Council).
Selesai slot pengurusan organisasi, kami diberi peluang untuk mencerap Planet Zuhal. Planet Zuhal dipanggil Planet Saturn yang mempunyai gelang atau cecincin yang terdiri kebanyakkannya air batu dan sejumlah kecil serpihan batu-batan dan debu.Planet ini juga terdapat 60 bulan yang mengorbit pada pelnaet berkenaan. Subhanallah hebatnya kuasa Allah yang tidak mampu diatur oleh manusia.
Pada hari terakhir saya dalam prgram ini, saya dan fasi-fasi lain dikehendaki memantau setiap pergerakan kumpulan -kumpulan peserta. Pada hari tersebut program lebih kepada khidmat masyarakat kepada masyarakat di kampung Tanjung Bidara antaranya tolong keluarga angkat membersih halaman rumah dan sebagainya. Ni salah satu keluarga angkat yang turut mereka sertai.

Ini ketika mencerap anak bulan (hilal) untuk melihat anak bulan bagi menentukan tibanya awal Ramadhan untuk kite semua berpuasa pada esok hari...

p/s : semoga terikatan ukhwah yang terbina ini kekal selamanya..Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Kareem..Dimana kita diberi nafas baru untuk menjalani ibadat puasa dan amalan pahala dengan sebaik mungkin....
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di merlimau - Google Blog Search

04 di merlimau - Google Blog Search


Sugar, Spice and Everything Nice: Dah sampai <b>Merlimau</b>

Posted: 06 Aug 2011 10:59 PM PDT

Pada suatu Ahad yang permai, saya dan Ros bersiap-siap untuk keluar dari hostel  untuk keluar menuju ke destinasi yang asing bagi kami: Merlimau. Merlimau ialah sebuah nama tempat di Melaka. Mengapa nama tempat itu Merlimau, saya tidak tahu. Tapi rasanya macam ada orang bagitahu, di situ dulu ada kelas belajar silat. Silat tu nak kena mandi limau dulu sebelum belajar, agaknyalah. Mungkin kelas silat itu terkenal, maka tempat tu pun dinamakan Merlimau. Betul atau tidak cerita itu, tanyalah orang Merlimau. nyehehe. Kawan saya yang tinggal di Merlimau tu, namamya Liza. Pergilah serbu rumah dia dan tanya ok. (habislah kalau Liza tau ni mesti kena marah)

Jadi nak pergi ke rumah Liza tu, kami naik bas dari Bukit Beruang ke Melaka Sentral. Kemudian dari Melaka Sentral ke Merlimau. Kami naik bas Merlimau/Muar. Sekali harung. Dengar kata Muar dekat dengan Merlimau. Betul la tu. Siap boleh kongsi bas. Tambang pergi balik dalam RM10. OKlah. ^.^

Perjalanan ke Merlimau agak menarik. Ada satu tempat tu, sebelah kanan ada sawah padi. Sebelah kiri tak pasti ada sawah padi ke tak, sebab saya duduk belah kanan, jadi pandang kanan je haha! Memang lawa. Lepas tu, pakcik bas pulak pergi pasang radio Klasik Nasional. Segalanya di sini, menggamit kenangan~. Lagu semua old school. Lagu macam style lagu raya dulu2 tu. Feeling memang macam balik kampung. Best gila!

Matlamat nak ambil gambar sawah, tapi gambar apa ntah yang ditangkap
Di situ jugak, banyak betul papan tanda promosi Gerai Ikan Bakar. Berderet. Ros kata nak pergi Umbai lalu sinilah. Oh. Baru saya tahu. Jauh jugak nak pergi Umbai tu sebenarnya.
yeah. Nampak tu? Bilalah nak dapat makan  kat Umbai T.T lalu je dah
Selain Umbai, saya telah terkejut jumpa suatu papan tanda yang tak disangka-sangka ada di situ. Nak tangkap gambar, tak sempat sebab terkejut haha. Papan tanda apa?
Ya. Di situ ada Sekolah Henry Gurney, sekolah untuk budak-budak bermasalah disiplin dan pernah melakukan jenayah (kalau tak silap)
Dengar nama sekolah tu je dah takut. fuhh
Satu jam 30 minit kemudian, kami pun tiba di Merlimau. Pakcik bas turunkan kami depan deretan kedai. Liza datang jemput kami lepas sejam menunggu. hehe. Tak delah. 10 minit macam tu Liza datang jalan kaki nak jemput kami pergi rumah dia. Bestnya rumah dekat dengan kedai. Bila nak apa2 boleh jalan kaki je pergi. Tak payah susah2 start enjin kereta, reverse kereta, tukar gear 1, gear 2, gear tiga, huhu.
Sesampainya di rumah Liza, kami disambut dengan tangan terbuka oleh Mak Liza. Liza tinggal dengan mak ayah dia je. Tiga orang. Liza anak tunggal. Saya rasa mesti mereka suka menerima tetamu datang rumah supaya rumah meriah sikit. hehe.
Yang bestnya sampai2 je, Mak liza dah bagi arahan suruh relaks relaks. Siap suruh baring2 lagi. hehehe. Best!
Kami sampai tepat2 jam 12. Lunch time! Lauk mewah. *air mata bahagia* Bagi saya yang dah tiga minggu tak balik dan tak makan makanan home-cooked, ini ialah heaven. Bagi ros yang dah satu semester tak balik, ini mestilah paradise. hahahaha. 
Lauk-lauk yang dihidangkan adalah ikan goreng (seorang seekor), sambal udang (sangat banyak sambal dia. waaaa best!), sayur campur dan kari ayam (sangat sedap). Terliur pulak tulis ni time puasa. haha.
Lepas makan tambah dua kali, kami relaks2 depan TV. Rasa macam kat rumah sendiri. Dahlah angin banyak masuk. Mata syahdu je. Saya siap tidur kat situ mwahahha. Oh dan mak liza siap suruh kitorang tidur atas bantal sorang satu. terima kasih mak cik =')
Pukul 6, kami nak gerak balik dah. Sebelum tu, wajib ambil gambar depan rumah warisan Liza ni dulu. Rumah ni memang klasik tau! Rumah kayu! Siap ada tangga batu. Memang typical rumah Melaka.
Terima kasih sebab sudi ajak kami pergi rumah ko Liza!
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Homestay@Merlimau: Tempah Penginapan <b>di Merlimau</b>

Posted: 06 Jul 2011 06:38 AM PDT

Perlukan rumah bila ingin menjengok anak di Politeknik Merlimau?  Atau perlukan rumah untuk tetamu semasa majlis perkahwinan anak?  Kami ada rumah teres 3 bilik di MU dan juga rumah sebuah berdekatan rumah antik Merlimau.  Telefon 0173356924. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

ads