Isnin, 31 Mac 2014

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


interpretZZ (ini blog Tedi): Sakinah <b>di Tanjung Bidara</b>: bahagian 1

Posted: 24 Mar 2014 08:54 AM PDT

Ini kali pertama kami sekeluarga sampai di Tanjung Bidara







04 di ramuan china - Google Blog Search

04 di ramuan china - Google Blog Search


Memoriku.....My Memoirs: Kenangan manis <b>di Ramuan China</b> Besar

Posted: 13 Jul 2009 07:40 AM PDT

Anak-anak yang dahagakan maklumat tentang Allahyarham Usman Awang.

Bergambar dengan adik-adik yang terlibat dalam diskusi tentang Usman Awang selepas wacana dari panel. Kelihatan dari kiri, di tangga atas : Dr. Ibrahim, Tan Sri Aziz Tape, Datin Rashidah, saya, Dato' Kemala, Dato' A. Samad Said dan Tn. Hj. Mokhtar Yassin. Kelihatan juga salah seorang dari AJK IPM.

Lihatlah wajah-wajah generasi baru yang berjinak-jinak dengan sastera. Di sebelah saya ialah penyair terkenal, Dato' Kemala dari UPM, yang juga salah seorang teman akrab Usman Awang. Beliau menjadi salah seorang dari panel wacana tersebut. Kertas kerja yang beliau bentangkan sangat menarik.
Adik-adik sedang memilih buku Usman Awang yang di hadiahkan kepada mereka.

Bercerita sedikit tentang Usman Awang dan pengendalian UA Enterprises Sdn. Bhd. Bersama saya adalah panel wacana, dari kiri : Tan Sri Aziz Tape, Dr. Arbak dari UPM, Tn. Hj. Mokhtar Yassin Ketua I- IPM dan Dato' Kemala juga dari UPM.

Dari kiri : Datin Rashidah, saya, SN Dato' A. Samad Said dan Dr. Ibrahim Ghaffar sedang mendengar wacana yang di bentangkan oleh panel.


Hari keramat - 12 Julai 2009, telah di sambut di Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Melaka. Sebelum ini, saya tidak pernah dengar nama tempat ini, tetapi sekarang ia telah membina harapan supaya saya terus berjuang untuk memperkenalkan Usman Awang semula kepada anak-anak muda yang dahagakan pengetahuan tentang seorang insan bernama Usman Awang yang tidak pernah mereka kenal secara fizikalnya.

Pada pagi 11 Julai, jam 11 pagi, kami sekeluarga dengan sanak saudara dan beberapa orang teman akrab Allahyarham Usman Awang dan Allahyarhamah Hasnah Den, berkumpul, membaca Surah Yassin dan berdoa agar roh mereka dan roh-roh ibu-ibu dan bapa-bapa mertua kami adalah di dalam perlindungan Yang Maha Esa. Amin, amin, amin.

Saya gembira dalam kesedihan. Bukan senang untuk kami berkumpul di rumah arwah ayah dan mak yang sekarang di diami adek bongsuku, Maya, suami dan anak-anaknya. Lebih-lebih lagi apabila beberapa teman akrab arwah ayah dapat hadir bersama.

Iman Karmyla, anak sulong Maya yang menyambut hari lahirnya ke 8 pada 10 Julai, memotong kek harijadinya. Iman adalah cucu yang terakhir di sambut Allahyarham Usman Awang. Selepas acara kenduri arwah itu, saya dan suami, Rahim, berkejar ke Melaka untuk acara seterusnya.

Apabila kami akhirnya ternampak papan tanda yang tertulis RAMUAN CHINA BESAR, barulah kami faham. Dalam sangkaan saya, mungkin acara ini di adakan di sebuah taman herba Cina atau di kawasan perkampungan orang-orang Baba dan Nyonya. Rupanya, tempat ini adalah sebuah perkampungan orang Melayu yang aman dan tenang. Di sini tiada kesibukan dan 'stress' seperti di kota. Hanya orang-orang biasa dengan kehidupan biasa mereka. Tetapi di sini, semangat dan minat pada seni dan sastera sangat dalam. Dari nenek tua yang masih boleh bersyair melalui ceritanya hingga anak-anak kecil yang berjinak dengan puisi, saya sungguh teruja.

Waktu kami tiba di sebuah rumah yang di panggil Villa Al-Ghaffur, Pak A. Samad Said sedang berucap di hadapan para sasterawan, cendekiawan, anak-anak dari kolej-kolej berdekatan dan orang-orang kampung. Pada malamnya, acara pementasan drama karya penulis dan dramatis terkenal tanahair, Dinsman, bertajuk "Menunggu Kata Dari Tuhan". Pelakon terkenal Sabri Yunus dapat mempersembahkan drama monolog ini dengan baik. Penghayatannya dalam walaupun keadaan pentas, fasilitas yang kurang dan gangguan anak-anak kecil berlari dan menangis, elemen-elemen yang tidak membantu keadaan, beliau masih dapat melanjutkan hasrat penulis dengan baik. Kata isteri Dinsman, Ella, yang hadir mewakili suaminya yang uzur ketika itu, lakonan Sabri lebih baik dari yang sebelum ini.

Kami juga membawa buku-buku terbitan UA Enterprises untuk di jual. Ella, dan anaknya Iman, membantu saya. Ella juga sedang menjual buku Dinsman pada waktu itu.

Keesokan harinya, 12 Julai, seperti hari sebelumnya, kami di sajikan makanan oleh tuan punya villa tersebut. Pagi itu kami sarapan dengan nasi lemak dan kuih kampung yang enak! Saya berkenalan dengan Tan Sri Abdul Aziz Tape, salah seorang teman seperjuangan arwah ayah sewaktu beliau berada di Melaka dahulu. Beliau menceritakan tentang hubungan mereka dahulu. Tetamu yang hadir untuk acara "Wacana Pemikiran SN Usman Awang" ialah : Dato' A. Samad Said dan isteri, Datin Rashidah, Dato' Kemala dan isteri Datin Pon Mariam, Dr. Ibrahim Ghaffar dan juga Dr. Arbak atau lebih dekat lagi katanya, panggil beliau cikgu dan Tn. Hj. Mokhtar Yassin selaku Ketua I - IPM.

Setelah selesai wacana dan sesi soal-jawab dengan para hadirin, majlis Tahlil untuk Allahyarham Usman Awang di adakan sebelum makan tengahari dengan lauk-pauk kampung.

Terima kasih kepada jawatankuasa acara - Encik Razali Endun selaku Ketua II, Encik Husin Embi - Setiausaha IPM, Cikgu Rani - pengacara, Encik Ghaffur (pemilik villa) dan jawatankuasa kerja yang lain. Tahniah dan syabas kepada mereka yang prihatin tentang perjuangan sastera tanahair.

Terima kasih kepada semua yang hadir, meraikan dan memberi penghormatan kepada Allahyarham Usman Awang, yang jika masih dengan kita, umurnya genap 80 tahun, hari ini.

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


Tentang Aku: Ngeteh <b>Di</b> Hentian Rehat & Rawat <b>Machap</b>

Posted: 23 Jun 2012 09:24 PM PDT

Ini cerita hari Khamis lepas ... perjalanan balik dari KL ke JB sungguh memenatkan ... terasa jauh sangat ... badan dah lenguh-lenguh duduk lama sangat ... padahal dah berhenti makan kat Hentian Rehat & Rawat Ayer Keroh (Jejantas) ... en.suami kata berhenti jap ler kat R&R Machap ... anak-anak pun nak mandi .. badan dah berlengas dengan peluh ... bagi segar sikit badan ... jadi kami pun berhenti rehat sebentar di R&R Machap tu ...
Selesai mandi-manda dan bersalin baju dan bersolat Isyak ... kami gi tengok-tengok kedai yang menjual barangan cenderahati ... wah .. banyak barangan yang menarik hati kami .. aku borong kerongsang panjang berjurai  atau dipanggil janggut oleh en.suami .. haha .. 3 bijik keronsang rm 10.00 ... cantik-cantik kerongsangnya ... rambang bijik mata aku .. haha .. beli 3 bijik jek la ... nanti kalau singgah lagi beli lagi .. haha ... en.suami beli sandal refleksi yang diperbuat daripada kayu ... aisy beli mainan pancing ikan .. aisy memang kalau pergi memana mesti nak beli mainan ... padahal kat kedai amoi tu berlambak mainan ... tak cukup-cukup ... hmmm ... belikan jek la ... kalau tak keluarlah muncung dan air mata ...
Sandal refleksi yang en.suami beli ... diperbuat daripada kayu ... memang selesa kaki lepas memakainya walaupun masa memakainya amatlah terseksa menanggung kesakitan .. haha ... sakit tapi bestttt ... try sendiri baru setuju dengan aku kannnn ... hehe 
Selesai membeli belah barangan cenderahati .. kami duduk lepak sambil menikmati roti bakar dan telur setengah masa di kedai makan yang disediakan di situ ... order air milo tarik dan neslo panas ... anak-anak tak nak makan .. dah kenyang makan ayam goreng KFC kat Ayer Keroh tadi ... ok lah .. mama dan abah jek yang makan ... anak-anak tengok tv ... cite Ameera kat tv3 ... khusyuk betul nengok .. cam best jek .. kalau kat rumah tak dipandang langsung cite ni .. haha ... 
Air milo tarik ni aku punya ... en.suami punya air neslo panas ... sengaja minta air panas-panas .. untuk memanaskan badan ... bagi segar sikit .. maklum la .. lepas ni nak drive lagi ...  ayen ngan aisy minum air coca-cola ... memang tu la air yang diaorang suka sangat ... sabo jek la 
Roti bakar 2 set ... aku order 2 set .. ingatkan en.suami nak makan roti bakar sekali rupanya dia nak makan telur setengah masak .. alamak .. makan sorang mana nak habis ni .. perut dah kenyang sebenarnya .. hehe .. nasib baik en.suami tolong habiskan .. hehe ...
Telur setengah masak yang dah diletak kicap dan lada sulah ... en.suami memang suka sangat makan telur setengah masak ni .. aku tak gemar sangat yang setengah-setengah masak ni .. kalau telur rebus masak buleh la telan .. hehe 
Aisy asyik tengok telur setengah masak abah dia jek .. nak ker???? abah dia suapkan dia sesuap .. lepas tu tak nak lagi dahhh ... hahaha ... tak sedap kata dia ... aku tampal koyok kat dada dia sebab dia batuk ... takut batuk-batuk pastu muntah pulak dalam kereta .. kalau tampal koyok kurang sikit dia batuk ... risiko muntah pun kurang lah jugak ... pandai tak aku .. hahaha
Kami menikmati hidangan yang ringkas ni dengan tenang .. tak yah tergopoh-gapah sangat ... bukan nak kejar apa pun ... pelan-pelan kata en.suami ... bukan jauh sangat lagi perjalanan kami ... dah masuk Johor dah lega la sikit ... hehe ... lepas ni bulan 12 pulak ke KL ... lama lagi .. leh kumpul tenaga banyak-banyak ... hehe ...

04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search


Che Hasrah: Utusan Online - Selatan

Posted: 20 Mar 2014 03:40 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Rimbunan Kaseh ubah nasib 97 keluarga

Posted: 19 Mar 2014 12:10 PM PDT

Oleh Nursuraya Zulkifli
utusanmelaka@utusan.com.my

Mohd. Khalil Yaakob melawat tapak penternakan ikan keli dan jadeperch dalam sangkar ketika melawat projek Rimbunan Kaseh Serkam di Jasin, Melaka, baru-baru ini.

JASIN 19 Mac - Apabila Projek Rimbunan Kaseh Serkam mula diperkenalkan, ramai yang tidak terfikir itu adalah satu model baharu yang diperkenalkan kerana dapat mengubah kehidupan golongan berpendapatan rendah menikmati kehidupan lebih selesa.

Jika sebelum ini, golongan tersebut terlalu bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tetapi kini nasib mereka sudah jauh berubah.

Kini, mereka tidak lagi memerlukan bantuan sebaliknya sudah boleh berbangga melalui Projek Rimbunan Kaseh yang merupakan penempatan baharu yang dibangunkan dengan industri pertanian dan penternakan bagi membela nasib serta mengeluarkan rakyat daripada garis kemiskinan.

Projek Rimbunan Kaseh Serkam adalah yang kedua selepas projek perintis pertama diperkenalkan di Tanjung Besar, Kuala Lipis, Pahang.

Projek Rimbunan Kaseh Serkam merupakan model transformasi masyarakat di kawasan luar bandar yang moden, memenuhi keperluan penempatan kehidupan komuniti, selain menjana ekonomi menerusi industri pertanian yang mengamalkan kaedah pertanian berteknologi tinggi.

Berkeluasan 14.164 hektar, projek di Serkam Darat itu merupakan sebahagian program transformasi ke arah memberi keselesaan kehidupan rakyat dalam suasana yang perkampungan abad ke-21, dilengkapi kemudahan infrastruktur dan sumber perekonomian baharu serba moden.

Terdapat dua bahagian pembangunan bagi projek Rimbunan Kaseh ini iaitu kawasan perumahan seluas 8.094 hektar dan 6.07 hektar untuk pertanian serta ternakan.

Projek tersebut dibiayai Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM24 juta bagi membangunkan infrastruktur dan prasarana yang merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru kerajaan untuk membasmi kemiskinan di negeri ini.

Sebanyak RM3 juta pula dibiaya oleh kerajaan negeri menerusi MAIM yang bertanggungjawab menyediakan tapak tanah.

Rimbunan Kaseh yang dibangunkan ini merupakan projek pembangunan khas bagi menaik taraf hidup keluarga miskin terpilih bagi membolehkan mereka menikmati kualiti hidup lebih baik.

Kini, Projek Rimbunan Kaseh di Serkam yang hampir setahun dibangunkan mula memperlihatkan hasil apabila berjaya mengubah kehidupan 97 peserta terdiri daripada penerima asnaf zakat MAIM menambah pendapatan pertanian moden.

Peserta melalui penglibatan dalam mengikat kontrak dengan syarikat IRIS Corporation Berhad menjadi petani moden selama lima tahun, melaksanakan kerja-kerja penternakan dan pertanian secara hidroponik yang disediakan di kawasan tersebut.

Bagi memudahkan lagi usaha yang dijalankan peserta, IRIS membeli hasil tanaman itu untuk dijual dan ini tidak menimbulkan masalah bagi peserta untuk memasarkan hasil tanaman serta ternakan.

Setiap peserta bukan sahaja disediakan perumahan selesa, bahkan turut diberi peluang bekerja di ladang moden yang dibangunkan, sekali gus mampu menjana pendapatan sekitar RM1,500 sebulan.

Dalam lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke tapak projek berkenaan awal Februari lalu, beliau melihat projek itu sebagai pemangkin kepada transformasi pertanian berdasarkan tiga paksi.

Tiga paksi penting itu ialah mentransformasikan pertanian menjadi sumber pendapatan tinggi kepada masyarakat luar bandar iaitu dengan menggunakan teknologi moden, meluaskan pasaran dan amalan pertanian yang baik seterusnya memberi pendapatan tinggi, khususnya kepada masyarakat miskin negara ini.

Ladang bersepadu projek Rimbunan Kaseh menggunakan sistem berteknologi tinggi seperti sistem autopots dan aquaponics bagi proses pembiakan ikan serta tanaman pertanian menjana hasil segar dan memberi pulangan lumayan.

Perladangan bersepadu yang dilaksanakan di bawah projek ini oleh IRIS menggunakan kaedah Iris Autopot System, Iris Aquaponic System, penternakan ikan serta penanaman padi menggunakan kaedah sustainable rhizosphere improvement innovations (SRI2).

Projek yang diusahakan ialah golden melon, halia, limau kasturi, ikan talapia merah, keli dan jadeperch (ikan yang tinggi kandungan Omega-3 dari Australia) serta tanaman padi Siraj (campuran benih beras Basmathi dan Jepun).

Projek ini juga memperlihatkan penggunaan teknologi yang bersesuaian dan terkini dalam industri pertanian yang mampu memberi hasil lebih banyak, bermutu dan kualiti lebih tinggi dan stabil.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman berkata, konsep projek Rimbunan Kaseh Serkam ini dilihat boleh diguna pakai untuk dibangunkan di kesemua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membantu golongan miskin di negeri ini.

Menurutnya, projek tersebut yang mula beroperasi sejak Mei tahun lalu telah diakui sebagai contoh terbaik di Malaysia kerana berjaya mencapai kejayaan dalam masa ditetapkan.

"Projek ini mewujudkan peluang pekerjaan dan membantu golongan yang berpendapatan rendah serta kurang bernasib baik keluar dari kepompong kemiskinan dan membina kehidupan lebih selesa.

"Ini memperlihatkan impak yang positif dalam pelbagai sudut, malah menjadi tumpuan baharu dalam agro-pelancongan di negeri ini," katanya ketika ditemui selepas mengiringi lawatan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke tapak projek Rimbunan Kaseh Serkam kelmarin.

Dalam pada itu, Hasan berkata, seiring dengan matlamat kerajaan negeri, Melaka Maju Negeri Berteknologi Hijau, usaha penambahbaikan perlu dipertingkat bagi memastikan projek pertanian dan ternakan ikan itu terus berdaya saing.

Katanya, aktiviti ekonomi di kawasan itu seharusnya dipelbagaikan dengan mewujudkan industri hiliran seperti pengeluaran produk sebagai contoh pemprosesan bebola ikan, pengetinan buah-buahan dan sebagainya untuk dikomersial dan dipasarkan dalam dan luar negara.

"Saya percaya peserta projek ini mempunyai masa depan cerah dan seperti digambar oleh pihak Iris Corporation Berhad yang bertanggungjawab melaksanakan projek pertanian di kawasan itu. Syarikat itu pasti mempunyai rancangan untuk terus membangunkan kawasan berkenaan," katanya.

Hidup peserta lebih baik, pendapatan meningkat

Posted: 19 Mar 2014 12:10 PM PDT

Tanaman golden melon yang menggunakan kaedah teknologi pertanian moden dalam projek Rimbunan Kaseh Serkam.

JASIN 19 Mac - Usaha kerajaan bagi mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan rakyat menerusi Projek Rimbunan Kaseh di Serkam dilihat membuahkan hasil.

Projek berkenaan memberi peluang kepada pesertanya yang merupakan penerima asnaf zakat dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berubah kepada kehidupan lebih baik.

Salah seorang peserta, Aswamati Kadir, 38, berkata, pendapatan yang diperolehnya sebagai petani di situ dapat membantu meringankan beban suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan bagi menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.

Katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan sebelum ini, kehidupan mereka sekarang berada tahap lebih baik, selain masa bekerja yang sangat teratur dan mempunyai masa lapang bersama keluarga.

"Syukur alhamdulillah kerana terpilih menjadi peserta Projek Rimbunan Kaseh ini memandangkan ramai yang memohon untuk bekerja di sini. Kehidupan rasa lebih selesa berbanding dahulu," katanya.

Bagi Husin Mohd. Jeffry, 36, pula, sejak menyertai Rimbunan Kaseh, kehidupannya sekeluarga lebih bermakna kerana mempunyai pendapatan tetap sebanyak RM1,500 sebulan.

"Jika sebelum ini, kami selalu bingung memikirkan wang sewa bulanan rumah, namun kini kami mampu hidup dengan lebih baik kerana mendapat sewa rumah yang murah iaitu serendah RM100, selain mendapat potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

"Pekerjaan dahulu gajinya RM1,200, selain bayaran sewa RM150, tetapi kini, gaji bulanan diperoleh ialah RM1,500 dan ini cukup untuk menampung hidupan isteri yang tidak bekerja dengan seorang anak," katanya.

Bagi Hadilah Hasan, 45, selain bekerja sebagai petani di ladang itu, dia juga mengambil inisiatif membuka kelas mengaji di rumahnya.

Ibu tunggal dengan enam anak itu berkata, usaha tersebut dilakukannya untuk berbakti kepada anak-anak asnaf yang berada di Taman Rimbunan Kaseh Serkam itu dengan menekankan pembangunan kerohanian.

"Kelas ini dibuka untuk kanak-kanak seawal usia tiga tahun hingga pelajar sekolah menengah yang berminat untuk belajar mengaji.

"Selain bekerja di ladang, ini adalah usaha yang mampu saya lakukan untuk membantu anak-anak bangsa dalam menerapkan pembelajaran agama," katanya.

Belajar konsisten rahsia kejayaan pelajar cemerlang STPM

Posted: 19 Mar 2014 12:10 PM PDT

TENGKU Shahiran Tengku Ruslan dijulang rakan-rakannya selepas memperoleh keputusan cemerlang peperiksaan STPM di SMK Dato Undang Musa Al-Haj, Jelebu, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/ABD. RAZAK AID

SEREMBAN 19 Mac - "Mengulang kaji secara konsisten serta dorongan ibu bapa merupakan kunci kejayaan saya memperoleh keputusan ini."

Demikian kata S. Sivaloyshini, 20, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Ampangan yang mencatat keputusan empat prinsipal A dan satu B+ bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013 di negeri ini.

"Setiap hari saya akan pastikan diri saya mengulang kaji pelajaran kerana mahu mendapatkan keputusan yang cemerlang.

"Kejayaan ini bukan sahaja menggembirakan diri saya, tetapi apa yang penting ialah ibu bapa saya," kata anak kepada seorang ejen insurans itu.

Sivaloyshini berharap keputusan itu akan menjadi tiket untuk dia melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang demi mencapai cita-cita menjadi seorang peguam kelak.

Pelajar SMK Dato Undang Musa Al-Haj di Jelebu, Tengku Shahiran Tengku Ruslan, 20, pula berkata, selain menjaga hubungan dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan serta pengurusan sekolah, kejayaan itu berikutan usahanya menjaga hubungan yang baik dengan Maha Pencipta.

"Bagi saya selain solat wajib, amalan mengerjakan solat sunat duha turut menjadi penyumbang dalam mengecapi kejayaan ini. Biasanya saya akan mengulangkaji pelajaran dua hingga tiga jam selepas solat Maghrib.

"Apa yang penting usaha serta komitmen yang konsisten setiap hari untuk mengulangkaji pelajaran perlu disemat dalam diri," kata anak keempat daripada enam beradik yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Sementara itu, pelajar SMK St. Paul, See Yan Teng, 20, memberitahu, dia amat gembira dan tidak menyangka mampu mencatatkan keputusan empat prinsipal A.

"Saya hanya menumpukan perhatian dalam kelas ketika guru mengajar dan selalu bertanya sekiranya tidak faham. Rakan-rakan juga banyak membantu ketika mengulang kaji bersama.

"Selain sokongan ibu bapa, kakak saya merupakan antara yang banyak membantu ketika mengulang kaji pelajaran, saya sering bertanya kepadanya jika tidak faham apa yang diajar di sekolah," kata pelajar jurusan sains itu.

Anak bongsu daripada dua beradik itu berhasrat untuk melanjutkan pengajian di universiti tempatan bagi mengejar cita-citanya menjadi seorang pakar nutrisi.

ads