Rabu, 27 Februari 2013

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


343 ekar tanah <b>di machap</b> – Land for sale Johore : Spesel.com

Posted: 04 Nov 2012 07:40 AM PST

Area:Simpang Rengam Property Type:Agricultural Price:RM20 580 000 Size:343Acres Title type:Leasehold Other info:Non Bumi Lot
343 EKAR TANAH DI MACHAP UNTUK DI JUAL

~TANAH PERTANIAN
~INTERNATIONAL LOT
~TANAH PAJAKAN 60 TAHUN
~BERDEKATAN EMPANGAN MACHAP DAN 4KM DARI
PLUS HIGHWAY
~BERADA DI TEPI JALAN BESAR
~70 EKAR TANAH ADA POKOK KELAPA SAWIT YANG ADA
HASIL DAN SELEBIHNYA ADA POKOK
KELAPA SAWIT TANAM SEMULA USIA 2 TAHUN LEBIH
~HARGA JUAL RM60k/ekar @ RM20,580,000

BERMINAT,SILA HUBUNGI/SMS;

EN.FAIZAL BIN MUSTAFFA
012-669484

admin

04 di ramuan china - Google Blog Search

04 di ramuan china - Google Blog Search


<b>Chinese</b> Clematis Root - Herba Semulajadi Malaysia - Herbal

Posted: 12 Dec 2011 12:00 AM PST

China Clematis Root adalah akar kering dan rimpang Clematis chinensis Osbeck., Clematis hexapetala Pall. atau Clematis manshurica Rupr. (Fam. Ranunculaceae).

Nama: Clematis China Root
Nama latin: Radix Clematidis
Lokasi: China

Gambaran keseluruhan

pedas dan masin di rasa, hangat di alam, ia bekerja pada saluran kandung kemih dan berhijrah sampai 12 saluran dan jaminan.

Menjadi pedas dan hangat untuk penyebaran exopathogens dan dingin, ramuan yang memiliki tindakan yang kuat menghilangkan angin-kelembapan, kliring stasis di saluran untuk meringankan arthralgia.

Sejak aksinya penyebaran yang kuat dan cenderung menyebabkan kecederaan pada tenaga vital, seharusnya tidak digunakan untuk masa yang lama.

Selain itu, juga mempunyai kesan kahak eliminasi dan pelunakan tulang ikan.

Sejarah: Clematis digunakan secara meluas oleh China untuk mengubati rematik angin-sejuk. Ini adalah ramuan yang berkesan untuk menghilangkan rasa sakit rematik dan simpulan.

Kerana sifat anti-rematik dan anti-diuretik digunakan untuk mengubati rematik dan keadaan penyakit rematik disebabkan oleh angin dingin dan kelembaban.

Keadaan ini boleh termasuk sakit rematik dan radang sendi, kejang, bengkak dan nyeri tetap atau penghijrahan, rasa, kejang-kejang punggung bawah, tendon, sendi atau lutut nyeri dan simpulan dan kerosakan motor.

Hal ini terutama kepada anda sakit rematik tubuh lebih rendah dan bagi pesakit yang mobiliti terganggu sebagai akibat dari rasa sakit dan sesak di pinggang, kaki dan kaki.

Ini ramuan China reserved dapat membantu merangsang aliran qi (tenaga) dan darah melalui meridian tubuh atau saluran tenaga sebagai ubat untuk menghilangkan rasa sakit dan ketidaknyamanan yang disebabkan oleh stagnasi cecair dan sirkulasi terhambat.

Kegunaan

* Menggalakkan peredaran meridian.
* Abraham mengusir angin dan kelembapan, mengeruk saluran dan mengurangkan rasa sakit: Untuk arthralgia taip angin-kelembapan, khususnya mereka yang mati rasa dan kejang otot.
* Dispersi limps dan menghidupkan kembali bengkak.
* Angin-basah sindrom obstruksi terwujud sebagai nyeri rematik, nyeri, nyeri dan mati rasa di sendi dan kerosakan motor.

Bahagian yang Digunakan

Akar atau rimpang

Tindakan

Untuk meringankan keadaan rematik, untuk menghilangkan hambatan agunan, dan mengurangkan rasa sakit.

Sumber

Akar dan rimpang dari semak trailing abadi, Clematic chinensis Osbeck. Atau C. hexapetala Pall. atau C. manshurica Rupr., Ranunculaceae keluarga.

Keselamatan

Tanaman ini merupakan kontraindikasi dalam seseorang dengan perlembagaan yang lemah.

Indikasi

1. Untuk arthralgia rematik, sakit sendi, kebas kaki, sering digunakan dalam kombinasi dengan akar ledebouriella, akar notopterygium dan Chuanxiong root untuk kliring struction stasis saluran untuk mengurangkan rasa nyeri.

2. Untuk tulang ikan kerongkong ditampal, herba ini digunakan dalam bentuk rebusan, menelan perlahan.

Chinese Clematis, Chinese Clematis kategori, sumber Chinese Clematis,Chinese Clematis tanaman, Chinese Clematis mengumpulkan dan memproses, Chinese Clematis ciri-ciri, komposisi kimia Chinese Clematis, fungsi Chinese Clematis, Chinese Clematis informasi, Chinese Clematis foto, Chinese Clematis gambar, video Chinese Clematis, Chinese Clematis akar, Chinese Clematis buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, akar kering

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


ZAKRI ALI: Dari MTD <b>Durian Tunggal</b> —

Posted: 09 Jan 2013 11:00 AM PST

04 di batu berendam - Google Blog Search

04 di batu berendam - Google Blog Search


RASEDY CANOPY: RASEDY <b>di Batu Berendam</b>

Posted: 24 Feb 2013 05:09 PM PST

Telah berlangsungnya cheritera cinta di antara Wahidah dan Ariff dengan ikatan dua hati yang bertakhta adat dan bersendikan sunnah Rasulullah SAW. Majlis tersebut telah diadakan di teratak  Encik Basiron bin Mat di Kg Batu 4, Batu Berendam.
Majlis Walimatul urus ini telah menggunakan perkhidmatan kami dan menjadikan warna Hijau + Cream sebagai tema ikatan kasih Nur Wahidah binti Basiron dengan pasangannya Mohd Ariff bin Hj Amat.

Majlis bermula dengan pertunangan adik kepada pasangan pengantin pada sebelah petang setelah kaum adam selesai menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran. Diikuti majlis akad nikah pengantin di sebelah malam. Alhamdulillah dengan sekali lafaz, pasangan ini telah bersatu dengan ikatan yang sah. Sebuah janji telah dimeterai dengan lafaz taklik oleh si suami.

Selesai majlis akad, pasangan ini dirai di atas pelamin yang indah. Dengan senyuman yang tersipu serta jelingan manja kedua-dua pasangan ini direnjis mawar dan ditepung tawar oleh sanak saudara, diikuti sesi bergambar.

Pada keesokan harinya iaitu Sabtu (23 Februari2013)  majlis ini diraikan dan dimeriahkan lagi dengan kahadiran saudara, kenalan dan sahabat handai.

Pada jam kurang lebih 1.00 petang acara yang dinantikan oleh para tetemu ialah perarakan pasangan pengantin bersama keluarga pengantin lelaki dengan iringan kompang oleh Kumpulan Kompang Kampung Batu Berendam.









04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


DJ - Perkahwinan : Lorong Hj. Hamid 2, <b>Sg</b>. <b>Udang</b> - DDeana <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2013 05:18 AM PST

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : ASMAA BINTI RAHIM ♥ MOHD KHALID BIN MD JIZET (ENCIK RAHIM BIN MOHD & PUAN FATIMAH BINTI DIN)
  • LOKASI : LORONG HJ. HAMID 2, SG. UDANG, KLANG
  • TARIKH : 5hb JANUARI 2013 (23 SAFAR 1434H)
---------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah... permulaan tahun baru 2013 ini telah pun memberi satu lagi peluang rezeki kepada saya. Hari ini saya baru sahaja selesai mengendalikan sebuah lagi majlis perkahwinan di Klang. Lokasinya sangat berhampiran dengan rumah saya iaitu hanya di Lorong Haji Hamid 2 iaitu di Jalan Selamat, Sungai Udang. Bekerjasama dengan team hari ini memang memudahkan saya maka saya mengambil keputusan untuk bertolak sedikit lewat. Ini kerana saya sememangnya yakin bahawa tiada kesesakan lalu-lintas yang perlu saya tempuhi. Sesampainya di sana, saya beramah-mesra terlebih dahulu dengan sanak-saudara tuan rumah yang ada kerana majlis akad nikah baru sahaja selesai. Selepas itu, saya dikhabarkan bahawa majlis doa selamat akan bermula dan akhirnya tugasan saya hanya bermula sekitar jam 12 tengah hari.
Tugasan saya hari sememangnya mudah kerana tiada aktiviti berkaraoke yang dijalankan. Maka, saya hanya perlu mengalu-alukan tetamu selain memutarkan lagu yang menceriakan lagi suasana. Pasangan mempelai tiba sekitar jam 2 petang. Jenuh juga pengantin perempuan menunggu pengantin lelaki tiba dan ketibaan pengantin lelaki diiringi oleh paluan kompang Sri Gadaong dari Telok Gadong Kecil. Pengantin lelaki terus disambut oleh pengantin perempuan dan kemudiannya diarak masuk untuk ke meja makan beradab. Sebelum sampai ke meja makan beradab, bacaan doa telah dilakukan bagi merahmati lagi perjalanan majlis.
Makan beradan berjalan lancar dan ada juga rakan dan taulan pasangan mempelai yang mengambil kesempatan untuk bergambar. Selesai sahaja upacara makan beradab, majlis diteruskan lagi dengan upacara memotong kek. Pada ketika itu, pengapit pengantin perempuan iaitu Puan Farisha telah datang menemui saya dan menulis satu ucapan buat pasangan mempelai untuk saya bacakan, yang mana berbunyi:
"Buat sahabatku,
Selamat Pengantin Baru dan selamat menempuh alam perkahwinan dan berbahagia hingga ke syurga. I love you so much Asmaa... sahabatku hingga ke syurga.
Buat Khalid,
Tahniah... jagalah Asmaa dengan baik. Dia antara wanita yang terbaik. Berbahagialah melayari bahtera alam perkahwinan ini hingga ke Jannah, Insya Allah."

Itulah dia antara bait-bait ayat yang telah saya bacakan untuk pasangan mempelai. Meskipun hujan turun dengan lebatnya serta membanjiri kawasan tugasan saya, saya tetap menjalankan tugasan saya sebaiknya. Majlis selesai sekitar jam 4 petang dan diharapkan semua pihak berpuas hati dengan khidmat yang telah saya berikan. Jom layan jap gambar-gambar pada hari ini :)


 Sekian dan wassallam~

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


beca gergasi <b>di</b> sempadan <b>sungai rambai</b> - suhaizan haji noh

Posted: 22 Sep 2012 10:41 AM PDT

SALAM PERJUANGAN

terlebih dahulu mengucapkn tahniah kpd pok teh dan mok teh yang telah berjaya terpilih utk menjadi sebahagian jemaah haji Malaysia tahun ini..

kami sekeluarga doakan semuga pok teh dan isteri selamat pergi, selamat menunaikn haji dan selmt pulang dan mendpt gaji yg mabrur.

Keluarga pok teh tinggal di parit sidang seman dan dlm perjlnn pulang sengaja masuk ke sempadan ledang utk melihat pembangunan Gerbang Selatan Sg Rambai..

Tahniah kpd YB Datuk Hassan Abd Rahman yg berjaya mengubah lanskp kearah yg lebih cantik sprt Laman Belia,river cruise, tangki air tengkolok dsb.

Namun sempat juga bergambar kenangan di beca gergasi di daerah Ledang....

TAHNIAH...



04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search


.: Umno <b>Serkam</b> Siap Untuk Ganggu Tamrin?

Posted: 06 Sep 2012 03:20 AM PDT


Pihak Umno Jasin dilaporkan sudah siap sedia untuk 'menganggu' ceramah Pas malam esok di Jeperun, Jasin yang melibatkan kehadiran sama Tamrin Ghafar Baba. Beberapa khemah kini sudah di pasanag berdepan dengan tempat program Pas di kampung berkenaan. Ia dipercayai untuk menganggu ceramah Pas. Kalau bukan untuk menganggu ceramah Pas untuk apa Umno memasang khemah dan mengadakan program di situ.

Bagaimana pun dalam satu sms Tamrin kepada saya sejam lalu beliau tetap akan datang berceramah malam esok seperti mana dirancangkan. "Saya akan datang juga untuk menjelaskan kekeliruan yang telah ditimbulkan oleh pihak Umno berhubung ceramah Matu Sabu yang dianggap memalukan keluarga Pak Ghabar," begitu kata Tamrin.

Beliau mengakui sebelum ini telah beberapa kali dia menolak jemputan untuk berceramah di kampung berkenaan kerana menghormati keluarganya terutamanya abang iparnya Ahmad Hamzah. Tetapi katanya kali ini beliau kena hadir memberi penjelasan apa sebenar yang berlaku dan tuduhan ke atas ceramah Mat Sabu itu satu kekeliruan.

Tamrin juga telah menghantar pesanan rengkas kepada Ahmad Hamzah bagi menjelaskan tindakannya itu dan sekligus memberi ingatan tegas. Pesanan rengkas itu berbunyi;

"Assalamulaikum Mat (Yb Datuk Mat Hamzah) saya memilih berceramah di Jasin kali ini selepas menolak jemputan di sana kerana mengambil kira kekeluargaan kita tetapi oleh kerana ahli-ahli keluarga membuat kenyataan akhbar maka saya tiada pilihan. Jika sekiranya Umno (BN Jasin) menganggu ceramah kami malam esok makan saya akan meningkat aktivi saya di Jasin. Terserahlah kepada you selaku pemimpin di sana. Salam..."

Syabas kepada Tamrin kerana tidak berganjak dan gentar dengan parti lamanya yang sudah mulai mengancam perjuangan barunya. Didoakan semoga Allah akan diberi kekuatan melawan apa juga ugutan dan ancaman kepadanya.

Dalam pada itu sama-sama kita berdoa semoga keluarga besar Allahyarham Pak Ghabar Baba tidak akan berpecah kerana wujudnya perbezaan pendapat di antara mereka berhubung perjuangan dalam politik. [wm.kl.6:19 pm 06/09/12]

Bina lebih banyak kelong <b>di Serkam</b>

Posted: 15 Aug 2011 05:49 PM PDT

Bina lebih banyak kelong di Serkam


Amran Mohd. Zan (kanan) menunjukkan ikan jenahak dan ikan kerapu bersaiz besar yang berjaya ditangkap di kawasan sekitar kelong miliknya.


JASIN 15 Ogos - Kelong memancing mampu menjadikan Serkam sebagai destinasi tumpuan orang ramai khususnya bagi kaki pancing dari luar negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Datuk Ghazale Mohamad (gambar) berkata, aktiviti memancing di atas kelong menjadi kegiatan yang semakin menarik perhatian dan boleh diketengahkan sebagai produk pelancongan baru di daerah ini.

Menurutnya, memandangkan Serkam terletak di kawasan pantai, ia merupakan antara kelebihan untuk membangunkan lebih banyak kelong.

''Ini bukan sahaja boleh menjadikan Serkam terkenal sebagai destinasi kaki pancing tetapi lebih penting lagi, nelayan boleh menjadikan aktiviti ini sebagai sumber pendapatan tambahan mereka.

''Kita cadang bantu pengusaha sedia ada untuk membaiki kemudahan yang ada di samping mengajak lebih ramai nelayan mengusahakan kelong memancing," katanya ketika dihubung di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, kelong memancing wajar dibangunkan memandangkan Serkam tidak mempunyai banyak produk pelancongan yang boleh ditonjolkan bagi menarik minat pelancong ke daerah itu.

Ghazale yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna berkata, setakat ini, kelong yang terdapat di Serkam diusahakan oleh pihak persendirian.

Sehubungan itu, katanya, persatuan nelayan di daerah itu dicadang mengemukakan surat permohonan bagi menaik taraf kelong sedia ada yang menternak kupang kepada kelong memancing.

''Dengan permohonan melalui persatuan nelayan mereka boleh mendapat peruntukan dari Jabatan Perikanan negeri dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri,'' ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, usaha untuk membangunkan kelong perlu dibuat sempurna dengan menyediakan kemudahan pelantar yang kukuh, kemudahan tempat tidur, dapur, tempat duduk dan tandas.

''Setakat ini, terdapat tiga kelong di Serkam iaitu dua di Kampung Pulai dan satu di Sempang,'' ujarnya.

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


Ceritaku untuk mu: <b>Lubok China</b>,Melaka

Posted: 19 Sep 2012 02:08 AM PDT

Lubuk Cina,letaknya di Melaka.Kalau orang Melaka,tak sampai lagi di Lubuk Cina...tak tahulah.Satu lokasi yang amat terkenal 26 tahun lampau dengan kelarisan jualan udang galahnya. Walau pun udang galah dipancing di Kampung Sungai Timun,Negeri Sembilan atau di Kampung Telok Berembang, Melaka.

Inilah buktinya...Lubuk Cina merupakan sempadan negeri Melaka dan Negeri Sembilan.26 tahun lepas tak ada susur jalan selepas jambatan ini.

Kalau dari Negeri Sembilan kita mesti terpandang papan tanda ini di sebelah kiri jalan sebelum menuju ke bulatan di depan Balai Polis Lubuk China.

Dulu....26 tahun lepas,ianya hanya bulatan semata-mata tiada pokok bunga ni.Lapang je boleh terus nampak Balai Polis Lubuk China ni. Sekarang dah lawa,ada pokok bunga dan papan tanda petunjuk arah jalan.

Maaflah...gambar sisi pula yang terambil,laju Abe Mat bawa motor. Inilah lokasi kediaman saya 26 tahun dulu. Jalan kaki ke sekolah. Ada basikal simpan,takut tayar basikal botak.Kalau nak ke SMK Lubuk China praktis bola jaring baru naik basikal,sebab jauh sikit dari rumah.

Pejabat pos masih dalam keadaan yang dulu. Kekal di lokasi yang sama seperti 26 tahun lepas.

Inilah sekolah saya dan kawan-kawan ( Saadiah,Sharifah Mashila dan Maizatul Akmar...sekadar mencatat beberapa nama) pernah menuntut ilmu hingga kami berjaya kini. Alhamdulillah,terima kasih kepada semua guru yang berusaha gigih ....mendidik kami tanpa jemu,semoga jasamu guru Allah saja yang membalasnya.

ads