Rabu, 27 Februari 2013

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


Ceritaku untuk mu: <b>Lubok China</b>,Melaka

Posted: 19 Sep 2012 02:08 AM PDT

Lubuk Cina,letaknya di Melaka.Kalau orang Melaka,tak sampai lagi di Lubuk Cina...tak tahulah.Satu lokasi yang amat terkenal 26 tahun lampau dengan kelarisan jualan udang galahnya. Walau pun udang galah dipancing di Kampung Sungai Timun,Negeri Sembilan atau di Kampung Telok Berembang, Melaka.

Inilah buktinya...Lubuk Cina merupakan sempadan negeri Melaka dan Negeri Sembilan.26 tahun lepas tak ada susur jalan selepas jambatan ini.

Kalau dari Negeri Sembilan kita mesti terpandang papan tanda ini di sebelah kiri jalan sebelum menuju ke bulatan di depan Balai Polis Lubuk China.

Dulu....26 tahun lepas,ianya hanya bulatan semata-mata tiada pokok bunga ni.Lapang je boleh terus nampak Balai Polis Lubuk China ni. Sekarang dah lawa,ada pokok bunga dan papan tanda petunjuk arah jalan.

Maaflah...gambar sisi pula yang terambil,laju Abe Mat bawa motor. Inilah lokasi kediaman saya 26 tahun dulu. Jalan kaki ke sekolah. Ada basikal simpan,takut tayar basikal botak.Kalau nak ke SMK Lubuk China praktis bola jaring baru naik basikal,sebab jauh sikit dari rumah.

Pejabat pos masih dalam keadaan yang dulu. Kekal di lokasi yang sama seperti 26 tahun lepas.

Inilah sekolah saya dan kawan-kawan ( Saadiah,Sharifah Mashila dan Maizatul Akmar...sekadar mencatat beberapa nama) pernah menuntut ilmu hingga kami berjaya kini. Alhamdulillah,terima kasih kepada semua guru yang berusaha gigih ....mendidik kami tanpa jemu,semoga jasamu guru Allah saja yang membalasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads