Rabu, 27 Februari 2013

04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search


.: Umno <b>Serkam</b> Siap Untuk Ganggu Tamrin?

Posted: 06 Sep 2012 03:20 AM PDT


Pihak Umno Jasin dilaporkan sudah siap sedia untuk 'menganggu' ceramah Pas malam esok di Jeperun, Jasin yang melibatkan kehadiran sama Tamrin Ghafar Baba. Beberapa khemah kini sudah di pasanag berdepan dengan tempat program Pas di kampung berkenaan. Ia dipercayai untuk menganggu ceramah Pas. Kalau bukan untuk menganggu ceramah Pas untuk apa Umno memasang khemah dan mengadakan program di situ.

Bagaimana pun dalam satu sms Tamrin kepada saya sejam lalu beliau tetap akan datang berceramah malam esok seperti mana dirancangkan. "Saya akan datang juga untuk menjelaskan kekeliruan yang telah ditimbulkan oleh pihak Umno berhubung ceramah Matu Sabu yang dianggap memalukan keluarga Pak Ghabar," begitu kata Tamrin.

Beliau mengakui sebelum ini telah beberapa kali dia menolak jemputan untuk berceramah di kampung berkenaan kerana menghormati keluarganya terutamanya abang iparnya Ahmad Hamzah. Tetapi katanya kali ini beliau kena hadir memberi penjelasan apa sebenar yang berlaku dan tuduhan ke atas ceramah Mat Sabu itu satu kekeliruan.

Tamrin juga telah menghantar pesanan rengkas kepada Ahmad Hamzah bagi menjelaskan tindakannya itu dan sekligus memberi ingatan tegas. Pesanan rengkas itu berbunyi;

"Assalamulaikum Mat (Yb Datuk Mat Hamzah) saya memilih berceramah di Jasin kali ini selepas menolak jemputan di sana kerana mengambil kira kekeluargaan kita tetapi oleh kerana ahli-ahli keluarga membuat kenyataan akhbar maka saya tiada pilihan. Jika sekiranya Umno (BN Jasin) menganggu ceramah kami malam esok makan saya akan meningkat aktivi saya di Jasin. Terserahlah kepada you selaku pemimpin di sana. Salam..."

Syabas kepada Tamrin kerana tidak berganjak dan gentar dengan parti lamanya yang sudah mulai mengancam perjuangan barunya. Didoakan semoga Allah akan diberi kekuatan melawan apa juga ugutan dan ancaman kepadanya.

Dalam pada itu sama-sama kita berdoa semoga keluarga besar Allahyarham Pak Ghabar Baba tidak akan berpecah kerana wujudnya perbezaan pendapat di antara mereka berhubung perjuangan dalam politik. [wm.kl.6:19 pm 06/09/12]

Bina lebih banyak kelong <b>di Serkam</b>

Posted: 15 Aug 2011 05:49 PM PDT

Bina lebih banyak kelong di Serkam


Amran Mohd. Zan (kanan) menunjukkan ikan jenahak dan ikan kerapu bersaiz besar yang berjaya ditangkap di kawasan sekitar kelong miliknya.


JASIN 15 Ogos - Kelong memancing mampu menjadikan Serkam sebagai destinasi tumpuan orang ramai khususnya bagi kaki pancing dari luar negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Datuk Ghazale Mohamad (gambar) berkata, aktiviti memancing di atas kelong menjadi kegiatan yang semakin menarik perhatian dan boleh diketengahkan sebagai produk pelancongan baru di daerah ini.

Menurutnya, memandangkan Serkam terletak di kawasan pantai, ia merupakan antara kelebihan untuk membangunkan lebih banyak kelong.

''Ini bukan sahaja boleh menjadikan Serkam terkenal sebagai destinasi kaki pancing tetapi lebih penting lagi, nelayan boleh menjadikan aktiviti ini sebagai sumber pendapatan tambahan mereka.

''Kita cadang bantu pengusaha sedia ada untuk membaiki kemudahan yang ada di samping mengajak lebih ramai nelayan mengusahakan kelong memancing," katanya ketika dihubung di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, kelong memancing wajar dibangunkan memandangkan Serkam tidak mempunyai banyak produk pelancongan yang boleh ditonjolkan bagi menarik minat pelancong ke daerah itu.

Ghazale yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna berkata, setakat ini, kelong yang terdapat di Serkam diusahakan oleh pihak persendirian.

Sehubungan itu, katanya, persatuan nelayan di daerah itu dicadang mengemukakan surat permohonan bagi menaik taraf kelong sedia ada yang menternak kupang kepada kelong memancing.

''Dengan permohonan melalui persatuan nelayan mereka boleh mendapat peruntukan dari Jabatan Perikanan negeri dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri,'' ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, usaha untuk membangunkan kelong perlu dibuat sempurna dengan menyediakan kemudahan pelantar yang kukuh, kemudahan tempat tidur, dapur, tempat duduk dan tandas.

''Setakat ini, terdapat tiga kelong di Serkam iaitu dua di Kampung Pulai dan satu di Sempang,'' ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads