04 di sungai udang - Google Blog Search |
DJ - Perkahwinan : Lorong Hj. Hamid 2, <b>Sg</b>. <b>Udang</b> - DDeana <b>...</b> Posted: 09 Jan 2013 05:18 AM PST ---------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------- Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Alhamdulillah... permulaan tahun baru 2013 ini telah pun memberi satu lagi peluang rezeki kepada saya. Hari ini saya baru sahaja selesai mengendalikan sebuah lagi majlis perkahwinan di Klang. Lokasinya sangat berhampiran dengan rumah saya iaitu hanya di Lorong Haji Hamid 2 iaitu di Jalan Selamat, Sungai Udang. Bekerjasama dengan team hari ini memang memudahkan saya maka saya mengambil keputusan untuk bertolak sedikit lewat. Ini kerana saya sememangnya yakin bahawa tiada kesesakan lalu-lintas yang perlu saya tempuhi. Sesampainya di sana, saya beramah-mesra terlebih dahulu dengan sanak-saudara tuan rumah yang ada kerana majlis akad nikah baru sahaja selesai. Selepas itu, saya dikhabarkan bahawa majlis doa selamat akan bermula dan akhirnya tugasan saya hanya bermula sekitar jam 12 tengah hari. Tugasan saya hari sememangnya mudah kerana tiada aktiviti berkaraoke yang dijalankan. Maka, saya hanya perlu mengalu-alukan tetamu selain memutarkan lagu yang menceriakan lagi suasana. Pasangan mempelai tiba sekitar jam 2 petang. Jenuh juga pengantin perempuan menunggu pengantin lelaki tiba dan ketibaan pengantin lelaki diiringi oleh paluan kompang Sri Gadaong dari Telok Gadong Kecil. Pengantin lelaki terus disambut oleh pengantin perempuan dan kemudiannya diarak masuk untuk ke meja makan beradab. Sebelum sampai ke meja makan beradab, bacaan doa telah dilakukan bagi merahmati lagi perjalanan majlis. Makan beradan berjalan lancar dan ada juga rakan dan taulan pasangan mempelai yang mengambil kesempatan untuk bergambar. Selesai sahaja upacara makan beradab, majlis diteruskan lagi dengan upacara memotong kek. Pada ketika itu, pengapit pengantin perempuan iaitu Puan Farisha telah datang menemui saya dan menulis satu ucapan buat pasangan mempelai untuk saya bacakan, yang mana berbunyi: "Buat sahabatku, Buat Khalid, Itulah dia antara bait-bait ayat yang telah saya bacakan untuk pasangan mempelai. Meskipun hujan turun dengan lebatnya serta membanjiri kawasan tugasan saya, saya tetap menjalankan tugasan saya sebaiknya. Majlis selesai sekitar jam 4 petang dan diharapkan semua pihak berpuas hati dengan khidmat yang telah saya berikan. Jom layan jap gambar-gambar pada hari ini :) Sekian dan wassallam~ |
You are subscribed to email updates from di sungai udang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan