Ahad, 26 Jun 2011

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


PERODUA buka pusat 3S <b>di Ayer Keroh</b> Malaysian News Berita Melayu <b>...</b>

Posted: 26 Jun 2011 09:02 PM PDT

June 27th, 2011 | by admin |

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) akan membuka pusat jualan, perkhidmatan dan alat ganti (3S), di Melaka bulan depan, kata Pengarah Urusannya Datuk Aminar Rashid Salleh.

Gosip skandal kasus PERODUA buka pusat 3S di Ayer Keroh

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


CHEMPAKA in the HOUSE: COCONUT SHAKE AT <b>KLEBANG</b> MELAKA..HAPPENING!!!

Posted: 13 Jun 2011 11:38 PM PDT

Assalammualaikum semua...

CITH nak promot satu minuman yang sedang 'ngetop' kat Melaka sekarang iaitu COCONUT SHAKE.ni pun pasal berjalan hari tulah baru tahu.sumbernya daripada Kak Cikku yang pernah mene'try' kat sini masa dia ada kerja di sini dulu.masa tu kata dia tak sefofular macam hari ni.apa COCONUT SHAKE?kelapa muda yang diblend bersama ais dan dicampur sekali dengan airnya.kat mana LOKASI? di tepi jalan besar Klebang bersebelahan dengan steyen minyak Caltex.dari jauh lagi dah nampak deretan kereta di kedua belah bahu jalan di sini,so tak susah nak cari.(foto diambil dari dalam kereta)memang sekali ingat rumah orang kawin tapi rupanya hanyalah sebuah warong tepi jalan yang memang happening yang menjadi tumpuan orang!bukan setakat plat kereta tempatan tapi juga kebanyakkannya dari luar Melaka.

hari Ahad lepas CITH pun menjadi sebahagian daripada orang yang sangat teruja nak mencuba COCONUT SHAKE ini.hasilnya?memang tak menghapakan walaupun terpaksa berjalan di panas terik-parking mak datuk jauhnya...tapi berbaloi.

dapat minum....emmmm slurp..slurp memang mengujakan.tengoklah 2 beradik ni menghayatinya.(sampai lelap-lelap-menikmati...)coconut shake ni harganya taklah mahal mana pun.segelas RM2.00.ni termasuk 1 scop aiskrim di atasnya.ni kira speciallah! tak ada aiskrim tu kira biasa-biasa punyalah.dah jauh-jauh datang,kita pekenalah yang specialkan!

apa yang happening?:
1.sedap-terasa kelapa yang diblend tu lembut je masuk kat tekak ni.
2 seronok berkongsi dengan ramai orang yang datang.(kena beratur ramai...kalau minum kat sini tak payah beratur)3.ada jual nasi lemak yang comel.makan 1 sure tak cukup.(tapi CITH tak makan ni.pekena coconut shake je)dan juga kuih muih lain.

waktu operasi bergantung kepada bekalan aiskrim dan buah kelapa yang menjadi sumber utamanya.kalau cepat habis,cepatlah tutup warung.(bekalan kelapa muda...)apa pun COCONUT SHAKE memang sedap.bila lalu kat tekak tu rasa...emmmm sejuk,lembutnya isi kelapa tu..waduh bikin jatuh cinta lagi ni! hihi....

ALAHAI...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


Komuniti <b>Sungai Udang</b> River Ranger: MATHEMATICS CAMP <b>DI</b> TAMAN <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2011 05:33 PM PDT






Pada 17 Mac 2011 yang lalu PKA Masjid Darul Muttaqin dengan kerjasama JKKK Sungai Udang dan River Ranger Sungai Udang telah mengadakan program Mathematics Camp di Taman Pertanian Malaysia Shah Alam. Seramai 83 orang pelajar berusia diantara 13 hingga 17 tahun telah menyertai program tersebut. Program sehari itu diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan betapa seronoknya mempelajari subjek matematik disamping berinteraksi dengan alam sekitar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti permainan paintball, berkayak, maths quest dan penjagaan alam sekitar walaupun hujan turun dengan agak lebat pada waktu tengahari. Program tersebut berakhir sekitar jam 6.00 petang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Tranungkite Online v11 - Maksiat <b>di Negeri Sembilan</b> mengundang bala

Posted: 22 Jun 2011 04:00 AM PDT

Oleh: amkns

"

SEJARAH membuktikan umat terdahulu dibinasakan Allah SWT akibat maksiat yang dilakukan. Iblis diusir oleh Allah daripada syurga kerana maksiat yang dilakukan. Begitu juga kisah umat Nabi Nuh yang tenggelam dilanda banjir juga kerana maksiat.

 

Firman Allah yang bermaksud: Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan. (al-Qamar: 11 dan 12)

 

Allah menenggelamkan Firaun dan tentera-tenteranya juga kerana maksiat dan dosa-dosa yang dilakukan (rujuk ayat 40 surah al-Qasas).

Begitu juga yang berlaku terhadap kaum Lut yang mengingkari hukum dan ketetapan Allah. Orang lelaki dari kaum Lut mengamalkan seks songsang sesama lelaki iaitu liwat atau homoseksual. Perbuatan ini amat dilaknat oleh Allah.  

Allah menghantar malaikat Jibrail kepada kaum Lut dan malaikat Jibrail menggunakan hujung sayapnya mengangkat perkampungan mereka dan menghempaskan kembali ke bumi (rujuk ayat 74 surah al-Hijr).  

Selain itu, Allah juga telah melenyapkan Kaum Ad dan kota mereka yang hebat itu (rujuk ayat sembilan surah al-Ahzaab).

Selanjutnya adakah kita tidak mengambil iktibar terhadap musibah akibat maksiat yang dilakukan oleh kaum Bani Israel. Allah memberikan gambaran tentang hukuman yang dikenakan terhadap Bani Israel. 

Allah berfirman yang bermaksud: Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di Segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (Sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. (al-Israk: 5). 

Berdasarkan kisah-kisah umat yang telah dihukum oleh Allah, tentu sekali kita dapat menganalisis atau muhasabah diri tentang dosa-dosa atau maksiat yang telah dilakukan sama semalam, kelmarin atau dosa-dosa 100 tahun yang lalu. Semuanya menjadi sebab musabab malapetaka yang perlu kita hadapi selagi kita keseluruhannya tidak memohon taubat kepada Allah.  

Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bila terjadi maksiat di kalangan umatku, maka Allah akan memberikan azabnya untuk semua (riwayat Ahmad)." 

Oleh yang demikian, sewajarnya kita merenung pengertian yang tersurat dan yang tersirat daripada hadis tersebut. Ini kerana secara realitinya memang berlaku terhadap umat yang terdahulu, kerana akibat dosa yang telah mereka lakukan mengakibatkan umat telah binasa dan dihukum oleh Allah.

 

Dalam satu kisah peperangan, setelah tentera Muslim menewaskan pasukan musuh dan menawan Qubrus dengan mengalahkan tentera Rumawi, keseluruhan tentera Islam bergembira merayakan kemenangan. Tetapi Abu Dardak seorang sahabat besar menangis.

 

Apabila ditanya mengapa beliau dalam kesedihan, Abu Dardak menjawab: "Aku menangisi umat yang telah melakukan kemaksiatan dan Allah telah meminggirkan mereka."

 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0622&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

 

PANTAI MAKSIAT

Harian Metro 20 Jun 2011

 

PORT DICKSON: Biarpun berada di tempat tumpuan awam, segelintir pasangan remaja dikesan tidak segan silu melakukan adegan tidak senonoh di pantai berhampiran Batu 3, Bagan Pinang, di sini, sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa pengunjung.

 

Malah, aktiviti berkelah di tepi pantai sepatutnya dijadikan medan mengeratkan hubungan kekeluargaan, namun pengunjung disajikan dengan adegan bercumbu pasangan kekasih. Bukan saja duduk berdua-duaan di kawasan terpencil dan gelap, namun pasangan terbabit berpelukan dan bercumbu.

 

Tinjauan Metroplus mendapati kebanyakan mereka bukan saja berkunjung dan melakukan aktiviti tidak bermoral terbabit pada waktu siang, sekali gus membawa pada waktu tengah malam sehingga awal pagi di persisiran pantai mahupun di dalam kereta.

 

Penduduk tempatan mendakwa, kebanyakan pasangan berusia 20-an termasuk pelajar kolej swasta dari daerah ini mahupun negeri lain selalu berkunjung ke situ antara jam 5 petang hingga ke awal pagi.

 

Pengunjung, Nourzita Hamidon, 34, berkata dia tidak selesa berkelah dengan keluarga apabila melihatkan aksi melampau segelintir pasangan yang dipertontonkan kepada kanak-kanak.

 

"Mereka bukan saja beraksi dengan liuk badan yang memalukan, malah turut berpakaian tidak sopan hingga memperlihatkan alur dada dan punggung ketika duduk bersama pasangan.

 

"Malah, anak-anak pernah bertanya mengenai cara pemakaian mereka yang terdedah dan kelakuan sumbang pasangan terbabit," katanya.

 

Katanya, sejak kawasan jalan pantai itu dinaik taraf dengan kemudahan letak kereta, ia sering dipenuhi kenderaan yang berhenti khususnya malam minggu, sekali gus pengunjung lain merakamkan adegan manja pasangan kekasih di dalam kenderaan.

 

Seorang lagi pengunjung dikenali sebagai Harun, 42, berkata kawasan berkenaan kadangkala tidak sesuai dijadikan lokasi kunjungan mereka yang sudah berkeluarga kerana khuatir adegan tidak senonoh itu dilihat kanak-kanak.

 

Katanya, pihak bertanggungjawab perlu melakukan pemantauan dan rondaan berterusan bagi membendung gejala itu yang semakin berleluasa dan mengundang rasa tidak senang di kalangan pengunjung.

 

http://www.hmetro.com.my/articles/Pantaimaksiat/Article/

"Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search


homestay baru <b>di serkam</b> pantai melaka dibuka untuk… « Manakedai&#39;s Blog

Posted: 17 Jun 2011 10:59 AM PDT

homestay baru di serkam pantai melaka dibuka untuk di sewa! banyak lokasi menarik di sini, makam tun teja, perigi portugis, rumah tradisional penghulu mad natar dll, medan ikan bakar banyak, kelong pancing ikan pon banyak di sini.. rasai kedamaian jiwa di sini http://ping.fm/CLqrl

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


kesahchemija: part 6 : regarding my life (isteri cerdik yang soleha)

Posted: 26 Jun 2011 12:05 AM PDT

hai semua,,, moga riang ria sentiasa memandangkan tak lama lagi nak berpuasa dan kemudiannya raya,, huhuhuu

online punya la online rupanya ada assignment tak siap lagi,,,'isteri cerdik yang soleha' hehehhe

bahan-bahan rujukan semuanya bukannya ada lam internet, semuanya kena cari lam buku teks sekolah menengah.. kalau tiada kena la pergi ke pustaka mentelaah,, huh!! pustaka nilam tiada buku berkenaan maka kena la pergi ke pustaka lain...

oklah, nak bersiap sedia balik ke hostel,, bai kawan-kawan,,lain hari lain masa, che mija update entry k,, i like silent reader like uol ,, <3

tenkiu sudi baca

tamat lagi satu kesah^^,)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads