Jumaat, 30 September 2011

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


14 Kampung <b>Di Jasin</b> Kutip Sumbangan

Posted: 05 Sep 2011 04:46 AM PDT

JASIN – Penduduk di Sungai Rambai di sini mengutip RM1,400 untuk keluarga jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, yang terbunuh di Somalia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Hassan Abdul Rahman, berkata sumbangan itu adalah sebagai tanda sokongan moral terhadap pengamal media khususnya BernamaTV.

"Sumbangan ikhlas ini adalah hasil kutipan daripada penduduk 14 kampung yang terdapat di dalam kawasan Sungai Rambai sebaik sahaja berita kematian Allahyarham disebarkan oleh media," katanya selepas satu majlis tahlil kepada Noramfaizul bersama penduduk kampung dan wartawan di sini, hari ini.

Sumbangan itu disampaikan kepada Ketua Biro BERNAMA Melaka, Mohamad Bakri Darus, untuk diserahkan kepada keluarga Allahyarham.

Hassan berkata, beliau masih ingat pertemuan pertamanya bersama allahyarham ialah apabila beliau dijemput oleh BernamaTV untuk ditemu ramah dalam satu siaran lansung sempena Sukan Malaysia ke-13 pada tahun lalu. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

04 di umbai - Google Blog Search

04 di umbai - Google Blog Search


makan ikan bakar <b>di Umbai</b>, Melaka | peh! sodap weh~ nak lagi bole <b>...</b>

Posted: 30 Sep 2011 12:11 AM PDT

pas balik dari JB..yong and family uncle yong pergi makan malam di Umbai Melaka..eh asyik cerita JB je..takde cerita lain ke?? heheh nak buat cemana..yang ni cerita yang ada sekarang..cerita lain next entri la ek..kena ikut turutan :P hehehe
Makanan kat sini sedap ek..selama 2 tahun yong tinggal di Merlimau..sekali pon yong tak pernah makan di Umbai ni tau..kesian kan?? pas dua tahun habis belajar.baru dapat makan kat sini :) syukur diberi kesempatan :) so jom tengok apa yang kami order!


sambal udang..fuh! fresh nih


aspalela~ eh asparagus ler..bole tahan :)
kedai ni tak berapa ingat la nama dia..Paremeswara kot nama dia..kemain panjang lagi haa kena beratur kalo nak amik ikan.. mujur berbaloi.. kan? 
korang pernah makan disini?? 

you are everything…! » Blog Archive » Makan-makan <b>di Umbai</b> <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2011 05:08 AM PDT

Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 18-08-2011

Assalamualaikum and hi peeps,

Apa khabar korang semua? hope korang sihat je okay,

Nampaknya, lama Ima tak menulis dalam diary Ima ni kan,

So, today, Ima update pasal makan kat Umbai..

Dekat Umbai ni, semua jenis seafood ada, yang korang tak pernah 

memang sedap sehingga menjilat jariii beb.

Enjoy the pictures,

ketam…emmm…fresh !

 Okey, jenis-jenis siput,

 Sepahat yang dah dimasak.

 Sotong…Urggghhh..

 Udang goreng butter..errmmm…

 Sotong goreng tepung.

 Udang lagi,

 Sotong….lagi….

 Ikan 3 rasa,

 penat dah nak bg tau ape,

Ketam.

Okey, tu saje…sebenarnye banyak lagi kitorang makan,

tu je yang sempat snap. okey?

haha, to be continued.

04 di merlimau - Google Blog Search

04 di merlimau - Google Blog Search


@sykn&#39;s Blog : ( &#39;&#39;} {&#39;&#39; )

Posted: 22 Sep 2011 09:31 AM PDT

Assalamualaikum~

Masih dalam bulan Syawal 1432H : Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir & Batin.
Alhamdulillah, raya kali ni dapat dirai bersama keluarga dan sanak-saudara seadanya.

- Pertama kali Syawal 1432H dirai sebagai isteri ( ayat lazim =P )
Selalunya yang diceritakan kawan dan kenalan, pertama kali raya sebagai suami isteri ni, Raya-1 akan disambut di kampong halaman mertua yakni sebelah suami. Hmmm kalau itulah yang dipandang sebagai kebiasaan yang dimestikan seterusnya menjadi 'Default' bagi mereka yang baru bergelar suami isteri, bila Raya-1 dirai di desa si isteri maksudnya, mesti adalah yang tak kena …..si isteri ni dominan ke?? tak jugak. Apapun terpulanglah pada timbang minda masing2…….;)

Raya-1 kami berdua sambut di kampungku di Tg Rambutan. Mertua yang cadangkan. Terkejut jugak. Mental ni dah bersiap sedia kalau kena balik beraya di Merlimau. Katanya, tahun nie, anak-anak yang bekeluarga beraya di rumah mertua masing-masing. Tahun depan kita berkampung di Merlimau. Jangan risau katanya.Anak-anak bujang masih ada, tambahan pula sanak saudara rumahnya berdekatan. Jadi, menantunya ok ajer. .SHRL pun ok ajer. No issue. Rezeki tu ;). Terima kasih M.i.L. Tahun depan insya allah , kita berkampung di Merlimau. Apo lagik, seminggulah di Tg.Rambutan~
Jadi rutin biasa setiap kali menjelang Aidilfitri bagi family Pak Abu ( anak2 buah jiran panggil Pak Abu /Tok Abu/ Pakcik Abu) Raya -1 konvoi ke Bota Kanan-Kiri dan Raya-2 ke Utara tapi tahun ni ke Taiping instead of Perlis, sebab Tok Wan ada di rumah Mak Lang di sana.

- 1432H, titik tolak permulaan Syawal dirai tanpa kehadiran Tok Yam yang sudah selamat kembali ke Rahmatulla, dalam bulan May lepas. Al-Fatihah.
Setua usia yang mencecah 90 tahun, tahun-tahun lepas, tak pernah tidak, periuk kuali pasti penuh dengan kuah kacang daging, ketupat palas dan menu wajib laksa hasil air tangan arwah dan makcik serta maksu. Kini rumah usang di Kuala Perlis yang dulu riuh dengan derap kaki cucu-cicit yang berkejaran bermain bunga api, membilang duit raya kini sunyi sepi. Dapur kecik yang sesak dengan anak2 dan mak2 dara sibuk membuat ketupat palas kini tak berasap malah tersusun rapi tepi dapur arang tu. Takpelah, arwah berehat aman di alam sana. Tok Wan kan ada.Moga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang Allah sayang.Amin.

Ok, tak nak sedih-sedih..yang hidup terus ke hadapan, yang tiada didoakan .
Teringin nak buat rumah terbuka di rumah yang kami sewa di Bukit Jalil, tapi rumahnye comel , tak selesa pulak nanti tetamu yang datang, takkan datang makan pastu balik, mestilah nak stori-mori kan…walau apapun sempena hari raya, rumah sentiasa terbuka untuk diziarahi….., dan lately, hujung minggu akan datang dalam bulan syawal mungkin akan kerap balik Melaka, memandangkan F.i.L baru sahaja discaj dari Hospital Melaka, maka haruslah diziarahi.….
insya allah, moga rezeqi dipermudahkan supaya dapat mendiami rumah sendiri tahun depan, insya allah…….amin~ ;)

Note: genap umurku 29 tahun. Berseorangan di hotel revalodge Ipoh atas urusan kerja. En S call tepat 12 malam. "Happy birthday isteri abang! Moga panjang umur...bertambah rezeki, dan dirahmatiNYA alwayss "...syukur, ungkapan ringkas namun begitu bermakna dan buatku happy...;))..Ok Goodnite!

04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


Mahkamah Tentera Ambil Tindakan | Beliafun Blogging 2010 - 2011

Posted: 15 Sep 2011 12:34 AM PDT

KUALA LUMPUR – Hukuman ke atas anggota tentera yang didapati bersalah kerana terlibat dalam penagihan najis dadah akan ditentukan oleh Mahkamah Tentera.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad menegaskan, kerajaan tidak berkompromi dalam kes seperti itu kerana mereka merupakan anggota pasukan beruniform.

"Tiada kompromi terhadap tentera yang menagih dadah. Apabila sudah terbukti melalui ujian air kencing positif dadah kesemua mereka akan didakwa di Mahkamah Tentera.

"Mahkamah akan menentukan sama ada mereka digantung tugas atau dibuang daripada perkhidmatan tentera," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kes empat anggota tentera yang berpakaian seragam ditahan di sebuah ladang kelapa sawit disyaki menagih dadah kelmarin.

Jelas Abd. Latiff, anggota tentera yang melakukan kesalahan seperti menagih dadah mesti melalui prosedur undang-undang yang ditetapkan dan bakal dihadapkan ke Mahkamah Tentera.

Kosmo! semalam melaporkan mengenai empat anggota tentera berpakaian seragam ditahan bersama 41 penagih dadah di belakang Penjara Sungai Udang, Melaka disyaki sedang menagih dadah.

Empat yang ditahan itu, tiga daripada mereka adalah anggota komando dari Kem Sungai Udang yang berusia antara 23 hingga 29 tahun.

Antara yang turut ditahan dalam operasi dinamakan Ops Tapir itu ialah penganggur, pengawal keselamatan, buruh dan penduduk tempatan yang berusia antara 18 hingga 57 tahun.

Sementara itu, 46 orang yang ditahan di Sungai Udang kelmarin direman selama 14 hari sehingga 26 September ini mengikut Seksyen 49(1)(b) Akta Penagih Dadah 1983 dan Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Kosmo! yang melakukan tinjauan di 'sarang ladang' semalam mendapati kawasan berkenaan lengang dan tiada sebarang kelibat penagih dadah melepaskan gian di situ.

Malah tiada sebarang motosikal dilihat memasuki kawasan itu berbanding hari-hari sebelum ini apabila puluhan buah motosikal dilihat memasuki kawasan itu setiap hari.

ads