04 di sungai udang - Google Blog Search |
Mahkamah Tentera Ambil Tindakan | Beliafun Blogging 2010 - 2011 Posted: 15 Sep 2011 12:34 AM PDT KUALA LUMPUR – Hukuman ke atas anggota tentera yang didapati bersalah kerana terlibat dalam penagihan najis dadah akan ditentukan oleh Mahkamah Tentera. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad menegaskan, kerajaan tidak berkompromi dalam kes seperti itu kerana mereka merupakan anggota pasukan beruniform. "Tiada kompromi terhadap tentera yang menagih dadah. Apabila sudah terbukti melalui ujian air kencing positif dadah kesemua mereka akan didakwa di Mahkamah Tentera. "Mahkamah akan menentukan sama ada mereka digantung tugas atau dibuang daripada perkhidmatan tentera," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Beliau berkata demikian mengulas kes empat anggota tentera yang berpakaian seragam ditahan di sebuah ladang kelapa sawit disyaki menagih dadah kelmarin. Jelas Abd. Latiff, anggota tentera yang melakukan kesalahan seperti menagih dadah mesti melalui prosedur undang-undang yang ditetapkan dan bakal dihadapkan ke Mahkamah Tentera. Kosmo! semalam melaporkan mengenai empat anggota tentera berpakaian seragam ditahan bersama 41 penagih dadah di belakang Penjara Sungai Udang, Melaka disyaki sedang menagih dadah. Empat yang ditahan itu, tiga daripada mereka adalah anggota komando dari Kem Sungai Udang yang berusia antara 23 hingga 29 tahun. Antara yang turut ditahan dalam operasi dinamakan Ops Tapir itu ialah penganggur, pengawal keselamatan, buruh dan penduduk tempatan yang berusia antara 18 hingga 57 tahun. Sementara itu, 46 orang yang ditahan di Sungai Udang kelmarin direman selama 14 hari sehingga 26 September ini mengikut Seksyen 49(1)(b) Akta Penagih Dadah 1983 dan Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah. Kosmo! yang melakukan tinjauan di 'sarang ladang' semalam mendapati kawasan berkenaan lengang dan tiada sebarang kelibat penagih dadah melepaskan gian di situ. Malah tiada sebarang motosikal dilihat memasuki kawasan itu berbanding hari-hari sebelum ini apabila puluhan buah motosikal dilihat memasuki kawasan itu setiap hari. |
You are subscribed to email updates from di sungai udang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan