Ahad, 4 Mac 2012

04 di batu berendam - Google Blog Search

04 di batu berendam - Google Blog Search


Ariffin Mutalib: Coconut Shake Yang Lazat Berkim <b>di Batu Berendam</b>

Posted: 03 Mar 2012 09:06 PM PST

Coconut Shake yang di Goncang

Orang selalu akan bercakap tentang coconut shake di klebang, Melaka. Pernahkah korang rasa coconut shake selai klebang? Ha, ada juga tempat lain yang sama hebat dan sama sedap seperti di klebang iaitu di Batu Berendam, Melaka. Minum kat situ setelah penat main futsal @ berjalan memang amat menyegarkan dan mengiurkan.

Agak-agak korang nak try sendiri buat coconut shake ni, boleh la cuba ye dirumah.

Bahan-bahan ( lebih kurang 5 org minum )
- 1 biji kelapa muda (tuangkan air dan isinya)
- ais (untuk di blender)
- susu cair (depend kepada korang nak manis ke tak)
- aiskrim perasa vanila (nak coklat pon boleh tapi coklat la nanti)
- gula pasir sikit

Cara-cara
- masukkan isi kelapa dan air kelapa ke dalam blender. Kemudian blend lebih sehingga halus dan hancur
- kemudian, masukkan gula pasir dan susu cair mengikut kesesuaian anda dan blend sekali lagi
- nak lagi sedap blend sekali dengan ais
- letakkan ice krim diatasnya dan taburkan sedikit hiasan diatasnya.
- minum dan jangan lupa baca bismillah

psssttt..aku tak pernah cuba buat coconut shake ni. Resipi diatas aku tanya membe-membe je..selamat mencuba ya.

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


Kos Rawatan Mangsa Letupan Bom Ditanggung

Posted: 04 Mar 2012 12:12 AM PST

MELAKA — Kementerian Kesihatan dan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersetuju menanggung sepenuhnya kos rawatan dan perubatan Norasyikin Md Esa yang cedera parah selepas sebutir bom yang dihantar melalui satu bungkusan meletup di hadapan rumahnya di Kampung Ramuan China Besar, Lubok China di sini Isnin lepas.

Ketua Puteri UMNO Melaka Mas Ermieyati Samsudin berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga Ketua Pergerakan Puteri Umno.

"Bantuan ini diberikan kerana kementerian dan pergerakan amat bersimpati dan prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa lebih-lebih lagi mangsa adalah ahli pergerakan puteri cawangan Ramuan China Besar," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Besar Melaka di sini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan membantu Norasyikin, 27, daripada pelbagai aspek khususnya dalam menangani trauma yang dihadapi akibat kejadian itu.

Dalam kejadian 8.45 pagi Isnin lepas, Norasyikin cedera parah di jari, tangan, muka dan kaki selepas sebutir bom buatan sendiri yang berada di dalam bungkusan tertulis dengan nama abang wanita itu meletup ketika dipegang mangsa.— BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

ads