04 di lubok china - Google Blog Search |
Kos Rawatan Mangsa Letupan Bom Ditanggung Posted: 04 Mar 2012 12:12 AM PST MELAKA — Kementerian Kesihatan dan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersetuju menanggung sepenuhnya kos rawatan dan perubatan Norasyikin Md Esa yang cedera parah selepas sebutir bom yang dihantar melalui satu bungkusan meletup di hadapan rumahnya di Kampung Ramuan China Besar, Lubok China di sini Isnin lepas. Ketua Puteri UMNO Melaka Mas Ermieyati Samsudin berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga Ketua Pergerakan Puteri Umno. "Bantuan ini diberikan kerana kementerian dan pergerakan amat bersimpati dan prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa lebih-lebih lagi mangsa adalah ahli pergerakan puteri cawangan Ramuan China Besar," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Besar Melaka di sini. Beliau berkata, pihaknya juga akan membantu Norasyikin, 27, daripada pelbagai aspek khususnya dalam menangani trauma yang dihadapi akibat kejadian itu. Dalam kejadian 8.45 pagi Isnin lepas, Norasyikin cedera parah di jari, tangan, muka dan kaki selepas sebutir bom buatan sendiri yang berada di dalam bungkusan tertulis dengan nama abang wanita itu meletup ketika dipegang mangsa.— BERNAMA Iklan Teks:Berita Berkaitan: |
You are subscribed to email updates from di lubok china - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan