Selasa, 7 Februari 2012

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


Double - Y: [FOTO] #AmanKampus : Dari Kuala Pilah Kini <b>Di Ayer</b> <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2012 12:21 AM PST

Hari kedua 'Kembara Aman Kampus' dimulakan seawal jam 7.00 pagi di mana kumpulan mahasiswa ini dipecahkan kepada dua kumpulan. Hari ini kumpulan mahasiswa ini melakukan kerja-kerja kebajikan di mana kumpulan A secara bergotong-royong membersihkan kawasan perkuburan Kampung Mertang.

Tanah Perkuburan Kampung Mertang ini juga adalah tapak persemadian nenek kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur. Aktiviti gotong-royong ini turut disertai oleh pelajar dari Giat MARA Kuala Pilah.




Kehadiran kumpulan mahasiswa ke Kampung Mertang disambut baik oleh penduduk kampung malah ada yang 'marah' kerana kumpulan mahasiswa tidak memaklumkan akan kehadiran mereka lebih awal supaya sedikit persiapan dapat dilakukan oleh mereka.

Walaupun penduduk setempat tidak menjangkakan bahawa kampung mereka akan dikunjungi oleh kumpulan mahasiswa Aman Kampus, sedikit juadah tetap disediakan oleh penduduk kampung sebagai menghargai kehadiran mahasiswa ini ke kampung mereka.


Begitulah tingginya status mahasiswa di kalangan penduduk kampung, lebih-lebih lagi bila ada yang sanggup turun melakukan kerja-kerja sukarela di kampung-kampung mereka. Tapi imej mahasiswa kini tercalar dek kerana sikap segelintir mahasiswa 'radikal' yang membiarkan diri mereka dipergunakan oleh parti pembangkang.

Tiba di Ayer Keroh, Melaka

Kini Kembara Aman Kampus selamat tiba di Ayer Keroh Melaka :


 Ada mahasiswa ditengking, dimaki serta dihalau ketika sessi 'Info Siswa' - Laporan seterusnya bakal menyusul - lambat update Kuala Pilah 'broadband' slow.

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


Tanjung Bidara, Melaka | Jalan jalan <b>di Tanjung Bidara</b>, Melaka <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2012 05:06 AM PST

Salam..

Hari tu sempat gak jalan2 kat Pantai Tanjung Bidara, Melaka. Dapat pekena nasik  lauk ikan Patin fuhhh memang sodap. Kami sampai kat sana sekitar pukul 9am, org x brape nak ramai. Best jugak tgk family2 ngan karenah budak2 main air kat sini. Best !!

Sedikit info tentang Pantai ini.

Tanjung Bidara merupakan sebuah pantai yang terkenal di negeri Melaka, Malaysia dalam daerah Alor Gajah. Pantai Tanjung Bidara terletak bersebelahan dengan Kem Terendak, sebuah kem tentera. Pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka. Selain itu terdapat juga Pantai Padang Kemunting dan Pantai Pengkalan Balak yang

Pantai Pengkalan Balak pula merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara

Berdekatan pantai terdapat Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang menempatkan Balai Cerap, Planetarium, Pusat Latihan Falak dan Balai Cerap Robotik.

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


<b>Klebang</b> Centre Point meningkatkan taraf kehidupan dan ekonomi <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2012 04:49 AM PST

Pembangunan Klebang Centre Point di Klebang di kawasan seluas 4.6 hektar dijangka meningkatkan taraf kehidupan dan ekonomi penduduk setempat.

Hypermarket Econsave yang menelan kos sebanyak RM18 juta akan menjadi tunjang utama pembangunan ekonomi di kawasan ini berdasarkan sambutan orang ramai di gedung-gedung yang sama di seluruh negara,

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, pembinaan Econsave yang dijangka siap pada pertengahan tahun 2013 akan menjadi nadi penggerak utama di kawasan Klebang Centre Point.

"Hypermarket itu antara projek utama yang akan dibina di dalam kawasan pembangunan komersial di Klebang seluas 4.6 hektar itu,"katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian antara Kumpulan Liew Yin Yin dan Econsave Cash & Carry Sdn Bhd dan Majlis Pelancaran 'Klebang Centre Point'.

Perjanjian itu ditandatangani Pengarah Kumpulan Liew Yin Yin, Ir Don Liew Mun Hon dan Pengarah Eksekutif Econsave, Lai Sia Ling.

Roshid berkata, kerjasama strategik antara dua syarikat gergasi terbabit membuktikan kawasan bandar raya itu bakal menjadi tumpuan pelaburan pembangunan, ekonomi dan sosial.

"Bagi penduduk tempatan pula, pada permulaan, hypermarket ini akan menawararkan 150 peluang pekerjaan,"katanya.

Dalam pada itu, Roshidi berkata, sebuah hotel bajet juga akan dibangunkan yang akan menjadi titik permulaan kepada aspek pelancongan.

Selain hotel bajet, pihaknya turut menerima cadangan dan permohonan membuka sebuah restoran makanan segera pandu lalu di kawasan ini.

"Pada masa ini, pembinaan Sekolah Rendah Poi Lam sedang berjalan rancak dan ianya dijangka siap sebelum hujung tahun ini,"katanya.

Jelasnya, kedudukan Klebang Centre Point yang strategik ini bakal menjadi tumpuan para pengguna kerana ia dibina di laluan utama ke kawasan Meru Raya.

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


Wild Bird Club of Melaka: <b>Durian Tunggal</b> Wetlands Birdlist

Posted: 31 Jan 2012 11:25 PM PST


The Durian Tunggal Wetlands is a new birding site that we had identified. So far a few species of birds had been spotted as below :-

1. Bee-eater, blue-tailed
2. Bittern, cinnamon
3. Bittern, Yellow
4. Bulbul, yellow-vented
5. Cisticola, Zitting
6. Coucal, lesser
7. Crake, white-browed
8. Crow, house
9. Dove, peaceful
10. Dove, spotted
11. Duck- lesser whistling
12. Egret, little
13. Egret, cattle
14. Egret, intermediate
15. Egret, Great
16. Heron, purple
17. Heron, grey
18. Heron, little
19. Honey Buzzard, Oriental
20. Junglefowl, Red
21. Kingfisher, white-throated
22. Kingfisher, Common
23. Koel, asian
24. Iora, common
25. Myna, common
26. Myna, javan
27. Oriole, black-naped
28. Pigeon, Pink-necked green pigeon
29. Pipit, paddyfield
30. Plover, little-ringed
31. Pond-heron sps
32. Reed-Warbler, Oriental
33. Sandpiper, common
34. Sandpiper, wood
35. Shrike, brown
36. Snipe sps
37. Spiderhunter, spectacled
38. Prinia, Yellow-bellied
39. Starling, Asian glossy
40. Stint, long-toed
41. Sunbird, olive-backed
42. Swallow, pacific/house
43. Swamphen, grey-headed/purple
44. Triller, Pied
45. Watercock
46. Waterhen, white-breasted
47. Weaver, baya

We believe that more birds can be found here at Durian Tunggal Wetlands and the list will be updated from time to time.

Thank you.

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


bancuh: masalah lebih 10 tahun pun masih belum selesai...jenis <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2012 06:26 PM PST

diberitakan masalah pembiakan lalat di kawasan terbabit dah berlarutan sejak 10 tahun dah....malah sejak berpuluh tahun dulu, umno dan be end lah yg silih berganti menjadi wakil rakyat kawasan ni....apa ke hal...masalah dh dekat 10 tahun masih lagi belum selesai....kalau kena kt pembangkang, hangpa tujah macam2. Johor plak negeri keramat umno dari kepala sampai ke ekoq.....utamakan rakyat ka utamakan pangkat kalau camni punya cerita???? Penduduk minta campur tangan MB

NUSAJAYA - Penduduk daripada 14 perkampungan di Machap, Simpang Renggam, mendesak campur tangan Kerajaan Negeri dalam mencari kaedah penyelesaian segera selepas lebih 10 tahun menderita akibat masalah pembiakan lalat.

Penduduk Kampung Batu 6, Machap, Anuar Maslar berkata, penduduk tidak mampu lagi bersabar dengan masalah berkenaan.

Menurutnya, bagi mengurangkan serangan serangga itu dia terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri kira-kira RM300 untuk membeli perangkap lalat.

"Kita minta agar Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman datang sendiri ke kawasan Machap dan menyelami masalah yang dihadapi penduduk sejak sekian lama," katanya kepada Sinar Harian.

Anuar berkata, paling menyedihkan sekiranya mengadakan majlis keramaian, makanan yang disediakan dihurung lalat sekali gus mengundang perasaan malu khususnya kepada tetamu yang datang dari luar kawasan mukim berkenaan.

Selain kampung berkenaan, kampung yang terjejas akibat masalah lalat termasuk, Kampung Hj Noh, Kampung Mat Amin, Kampung Baru, Kampung Bukit Keremoiyang, Kampung Paya Palembang, Kampung Ulu Benut, Kampung Empangan, Kam­pung Perak, Kampung Sima dan Kampung Sri Jaya.

Semalam, kira-kira 40 penduduk perkampungan berkenaan hadir ke Pejabat Menteri Besar, Kota Iskandar, di sini, dalam usaha bertemu Abdul Ghani atau wakilnya untuk menyerahkan satu memorandum bantahan mengenai isu berkenaan, termasuk mengumpul 500 tandatangan.

Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak Masalah Alam Sekitar Machap, Abdul Rahman Maslar berkata, sebelum memorandum berkenaan diserahkan kepada pihaknya telah terlebih dahulu berjumpa pengarah dua agensi kerajaan pada 31 Januari lalu untuk membincangkan hal berkenaan.

sinarharian.com.my

04 di merlimau - Google Blog Search

04 di merlimau - Google Blog Search


Jasindaily Online: PESTA DAGING BABI <b>DI MERLIMAU</b> ?

Posted: 07 Oct 2011 04:26 AM PDT

Ibarat pesta. Itu suasana aktiviti penjualan daging babi bersalut madu secara terbuka di sebuah kawasan perkampungan di Bandar Merlimau, di sini, apabila lebih 100 pelanggan menyerbu sebuah lori membawa daging haiwan itu yang dijual pada harga serendah RM5 sekilogram.
Berbanding RM15 hingga RM18 di pasar basah, aktiviti menjual daging itu berhampiran rumah penduduk beragama Islam menimbulkan keresahan mereka yang mahu perbuatan itu dibendung pihak berkuasa. Justeru, mereka meminta Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) turun padang dan memantau keadaan itu serta mengambil tindakan tegas kepada peniaga sekiranya melanggar undang-undang.
Penduduk, Eby, 29, berkata kegiatan itu berlarutan sejak tiga bulan lalu apabila terdapat seorang 'ejen' yang memaklumkan kepada penduduk mengenai penjualan daging babi itu.
"Ejen terbabit akan pergi ke setiap rumah penduduk bukan Islam dan memberitahu 'pesta' menjual daging babi bersalut madu akan diadakan pada hari tertentu.
"Pelanggan dinasihatkan datang ke lokasi ditetapkan itu setengah jam lebih awal kerana menurut ejen terbabit, bekalan habis sekiranya mereka datang lewat," katanya.
Menurutnya, penjualan daging babi bersalut madu itu dilakukan peniaga menggunakan sebuah lori sejuk beku dan makanan berkenaan siap dibungkus selain bahagian tulang dan kaki serta kepala dijual berasingan.
"Keadaan ketika itu seperti pesta kerana orang ramai menyerbu lori terbabit untuk membeli bekalan daging babi bersalut madu itu," katanya yang juga pekerja swasta, ketika ditemui di sini, baru-baru ini.Tinjauan Metroplus ke satu lokasi penjualan daging babi itu, baru-baru ini mendapati, tidak kurang daripada 80 penduduk bukan Islam menunggu lebih setengah jam bagi mendapat bekalan daging itu.Sementara itu, jurucakap MPJ ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penjualan daging babi secara terbuka itu dan tindakan segera sudah diambil oleh anggota penguat kuasa bagi menghalang kegiatan terbabit.
"Kami sudah menghantar anggota penguat kuasa ke lokasi dilaporkan penduduk dan mendapati kegiatan itu berlaku. Kami bertindak menghalang pihak yang cuba menjualnya kepada orang ramai."MPJ akan sentiasa memantau supaya kegiatan seperti itu tidak berulang dan bersedia dengan tindakan tegas sekiranya ada pihak yang cuba melanggar undang-undang majlis," katanya yang mengesahkan menjual babi secara terbuka salah daripada segi undang-undang pihak berkuasa tempatan.

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


My Rainbow...: Makan <b>di</b> Melaka : <b>Alor Gajah</b>

Posted: 07 Dec 2011 07:57 PM PST

Assalamualaikum.....

Alahai.... x dapat nak jengah blog lama2. Maaflah kawan2. Ada yang x sempat kita jalan2 ke rumah blog masing2. Nanti dh lega, kita datang yer... Minggu nie agak sibuk dengan kerja pejabat. Dan minggu depan sepatutnya ada program yang dah menanti. Harap2, ada masa untuk kita jengah blog. Nak transfer gambar pun tak sempat lagi nie... Lagipun, kalau buat auto publish pun x leh caya. SELALUUU sangat terkena dgn blogspot nie, dah penat2 menaip entry utk auto publish, alih2 dia tak moh kuar plak. Dh make sure jadi 'scheduled' nnt bila bukak balik, jadik 'draft' pulak. Sudahnya, kita berserah jer.

Ok, entry hari nie berkenaan dengan kedai yang kita dgn hubby dan Adam selalu pergi utk makan kalau di Alor Gajah. Bukan x ada kedai lain, tapi kat sini kami selesa sikit. Lauk memenuhi selera dan rasa, ruang makan pun selesa, x semak dan kebersihan terjaga. Bukan nak cakap apa, tapi kita kalau pergi di food court kat bus stand tu, adoii tgk dapurnya mmg x lalu. Kat kedai nie, keadaan dapurnya, memang acceptable lagi. Bukan tu jer, harga makanan mmg berpatutan.

Inilah kedainya. Dah lama kedai nie agaknya. Tgklah signboardnya sampai dah pudar. Lokasi betul2 selepas roundabout utama Alor Gajah menuju ke Kelemak. Senang cerita, betul2 seberang pintu masuk balai polis Alor Gajah. Takkan miss punya. Masa ni, kita datang utk sarapan. Tgklah Adam. Mmg favourite dia sarapan dgn roti canai. Lauk pula dia suka asam pedas ikan pari. Ha. kat kedai nie masa tu pukul 9.00, lauk tgh hari dah mula keluar sikit2. heavenlah utk Adam makan roti canai cicah asam pedas ikan pari. Air Horlick tuuu... Seterusnya, nikmatilah pemandangan Adam menikmati ikan pari...hehehehehhe.
Antara deretan menu yang dah keluar.
Kalau pagi, memang ada macam2 sarapan. Semua nasi lemak berlauk, nasi goreng, mee, meehoon, roti canai, lontong, mee soto, mee rebus, mee kari... Sampai x tau nak pilih makan apa. Kalau sarapan, kira boleh skip lunchlah. Kenyang sampai ke petang ( err..pukul 2.00 tu petang gak kan... hehehehehhe).
So, sesiapa yang ke Alor Gajah, bolehlah cuba makan kat sini yer. Yer lah, manalah tahu, nak ke Melaka, baru sampai Alor Gajah dah lapar. Nak tunggu sampai ke Melaka, lambat lagi. Jangan risau, asam pedas kat sini memang sedap. Even mak dengan mommy pun suka tapau asam pedas kat sini..

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


Akak dibalik pintu: PEWARIS BUAYA PUTIH DIJUMPAI,TAK JAUH <b>...</b>

Posted: 03 Dec 2011 10:11 AM PST

Kami waris buaya putih
Mohd. Zin mendakwa mereka adalah keturunan keenam buaya putih yang terkenal di Lubok China, Negeri Sembilan.BUAYA putih memang wujud namun sangat jarang dijumpai. Spesies buaya albino ini tidak mempunyai pigmen melanin yang boleh menghitamkan kulit.

TATKALA bercerita mengenai buaya putih, ramai yang akan mengaitkan sejarah lisan turun-temurun berkenaan dengan alam mistik.

Buaya putih didakwa mempunyai kuasa sakti yang boleh memberi petunjuk mengenai sesuatu perkara yang akan berlaku malah ia juga dikatakan boleh berhubung dengan manusia.

Walaupun belum dapat dibuktikan dengan nyata kewujudan reptilia jenis ini di perairan negara, namun terdapat banyak cerita yang menyokong sisi hebat buaya putih.

Antaranya ialah kisah ulama terkenal, Tok Selehor di Tumpat, Kelantan, yang boleh berkomunikasi dengan buaya putih di sungai kampungnya.

Menurut cerita yang disampaikan, guru agama yang terkenal dalam bidang tasawuf itu dikurniakan kelebihan oleh Allah apabila dia boleh berinteraksi dengan buaya putih yang terdapat di Sungai Selehor sehingga masyarakat di sekitar kampung tersebut dapat menggunakan sungai tersebut tanpa sebarang gangguan mahupun rasa takut.

Dikhabarkan juga, buaya putih itu ditugaskan untuk menjaga keamanan di sungai tersebut yang mana sebelum itu sering berlaku ancaman dari buaya-buaya lain sehingga menyukarkan penduduk setempat keluar menjala, memancing dan mandi di sepanjang Sungai Selehor.

Buaya putih itu dikatakan masih ada di situ hingga ke hari ini.

Riwayat buaya putih tidak hanya disebut di Kelantan. Ia turut menjadi sebahagian daripada sejarah asal beberapa lokasi lain di negara ini seperti di Kuala Kubu Bharu di Selangor, Tasik Dayang Bunting di Pulau Langkawi dan Lubok China yang terletak di sempadan Negeri Sembilan-Melaka.

Baru-baru ini, penulis berpeluang bertemu dengan sebuah keluarga yang mendakwa mereka adalah waris kepada buaya putih di Lubok China, Negeri Sembilan.

Sarung buaya

Bukan sekadar mewarisi darah pemilik tubuh buaya putih, mereka juga boleh berkomunikasi dengan buaya putih yang menjelma dalam rupa nenek tua. Perantara utamanya hanya mahu dikenali Siti, 38.

"Alhamdulillah, ini anugerah Allah yang tidak ternilai. Saya dan kakak, biar saya namakannya sebagai D, dapat mendengar suara dari alam ghaib dan berinteraksi dengan mereka," kata Siti ketika ditemui di kediamannya di Lubok China.

Menurut bapanya, Mohd. Zin, 69, dia mula menyedari tentang salasilah buaya putih yang diwarisinya apabila arwah ibunya, pernah ditumpang tubuhnya oleh Nenek Putih pada tahun 1983.

"Nenek Putih asalnya manusia biasa. Kira-kira 500 tahun yang lalu, Putih jatuh ke dalam Sungai Linggi tetapi mayat wanita itu tidak ditemui.

"Sebelum itu, Putih sedang mengacau dodol sambil menyusukan anaknya di tebing sungai namun entah bagaimana dadanya terkena percikan dodol.

"Oleh kerana kepanasan, Putih meletakkan anaknya di tanah dan terus terjun ke sungai.

"Selepas menyedari kehilangan isterinya, suami Putih puas mencari namun jasad ibu muda itu tidak juga ditemui.

"Setelah berhari-hari hilang di sungai, pada satu malam, Putih muncul dalam mimpi suaminya.

"Dia meminta agar jangan mencarinya lagi kerana dia sudah bertukar menjadi buaya putih dan kini tinggal di alam ghaib," ujar Mohd. Zin.

Ibu kepada Mohd. Zin ialah cicit kepada Nenek Putih dan 28 tahun lalu, Nenek Putih pernah memasuki tubuh ibunya.

SEPANJANG didampingi Nenek Dayang, Siti juga diberi kelebihan untuk mengubati penyakit berunsur gangguan.

"Ketika itu, ibu saya merangkak-rangkak seperti buaya.

"Ibu saudara saya yang ketika itu tahu serba sedikit cerita bertindak menjadi orang tengah dan berdialog dengan Nenek Putih.

"Saya masih ingat lagi perbualan itu. Selepas memberi salam, ibu saudara saya mula bertanya, kenapa nenek datang?

"Jawabnya, nenek datang ni nak tengok anak cucu dalam kesusahan.

"Nenek datang dengan siapa?

"Nenek datang seorang.

"Datang naik apa nek? Nenek dari mana?

"Datang naik perahu. Nenek datang dari Sungai Linggi.

"Kenapa pula nenek menggigil-gigil ni?

"Nenek sojuk.

"Macam mana nenek nak balik ni?

"Cuba ekau tengok dalam kopai den (beg yang dianyam daripada rotan) yang tergantung kek tiang tu. Ado bondo dalam tu.

"Bila saya tengok dalam kopai, ada sebotol minyak merah dan apabila minyak itu dilalukan di hidung emak saya, emak saya beransur pulih," cerita Mohd. Zin yang menceritakan detik awal keluarganya mengetahui tentang kewujudan Nenek Putih dalam susur galur keluarga mereka.

Jelasnya lagi, itulah sejarah sebenar buaya putih Sungai Linggi.

"Sejarah ini diceritakan sendiri oleh Nenek Putih melalui sarungnya, iaitu tubuh Siti," kata Mohd. Zin.

Menjadi sarung bermakna badan wanita ini dipinjam oleh roh berkenaan dan digunakan sebagai perantara untuk berkomunikasi dengan alam nyata.

"Pada hari pertama Nenek Putih memasuki tubuh saya, kepala dan badan saya tidak berhenti bergoyang seperti buaya.

"Suara saya turut berubah dan badan saya membongkok seperti wanita yang sangat tua.

"Bukan setakat keluarga, saya juga takut dengan keadaan saya ketika itu.

"Apa tidaknya, bila nak bercakap, suara orang lain yang keluar, bila saya membaca al-Quran pun, suara Nenek Putih yang membacanya, bukan saya.

"Dalam keadaan bergoyang-goyang itulah Nenek Putih mengarahkan saya ke Sungai Linggi dan membaca surah Yasin di sana. Nenek Putih berjanji untuk menunjukkan dirinya selepas itu," kata Siti.

Mengaji

Enggan menunggu lama, dia dan beberapa ahli keluarganya bergegas ke Sungai Linggi.

"Di awal pembacaan, air sungai seakan bergelombang.

"Adik lelaki saya yang membaca Yasin suaranya tiba-tiba berubah menjadi sangat merdu. Lagu taranum yang dibawakan tidak pernah kami dengar sebelum ini. Suaranya sangat merdu," cerita D, yang sering bertindak menjadi penterjemah apabila penghuni alam ghaib memasuki tubuh adiknya.

"Menurut Nenek Putih, itu ialah suara pasangannya, seekor buaya jantan di alam ghaib," jelas D.

Bagai dikata, sebaik sahaja mereka selesai membaca surah Yasin, timbul buaya putih di tebing di seberang sungai.

"Warnanya putih keemasan, saiznya juga besar daripada buaya yang lain," tambahnya.

Selain Nenek Putih, Siti memberitahu, pendamping setia yang sentiasa berada bersamanya ialah Nenek Dayang.

Nenek Dayang merupakan ketua dayang istana ketika Zaman Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511.

Dalam pertemuan pada petang itu juga, penulis dan jurufoto sempat berbual-bual dengan penghuni alam ghaib yang menjadi teman Siti selama ini.

"Siapa sebenarnya nenek ini?

"Nama nenek Siti Fatimah. Nenek dulu kerja di istana sebagai ketua dayang semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

"Nenek meninggal dunia tidak lama selepas itu dan roh nenek diangkat ke alam ghaib.

"Nenek Putih yang ghaib menjadi buaya itu adalah anak saudara nenek," ujar Nenek Dayang yang muncul dalam tubuh Siti selepas diberi salam dan selawat sebanyak tiga kali.

Ketika Nenek Dayang memasuki tubuh sarungnya, memang boleh dilihat perbezaan antara dua karakter tersebut.

MOHD. ZIN turut mendakwa keluarganya tidak pernah diganggu ancaman buaya. - Gambar hiasan

Tutur kata dan intonasi Nenek Dayang lebih lembut. Riak wajahnya tidak sebujur wajah asal Siti dan pandangan matanya pula lebih redup.

"Kenapa nenek pilih Siti sebagai sarung nenek?

"Di alam ghaib, nenek boleh tengok semuanya. Kita tahu mana waris kita yang lurus jalan hidupnya.

"Nenek memang sudah lama tunggu Siti. Nenek juga sudah tahu, bapa sarung nenek ini akan berkahwin dengan ibunya dan melahirkan Siti," jelasnya.

Ditanya tentang kehidupan di alam ghaib, Nenek Dayang menjawab, hidup di alam sana sangat indah.

"Setiap masa diisi dengan zikir memuji Allah. Kalau manusia biasa boleh melihat keindahan dunia ghaib, mereka akan merasakan kemanisan ibadah.

"Mereka akan rasa lebih dekat kepada Allah dan tidak akan berhenti menyediakan bekalan untuk menuju akhirat yang kekal abadi," katanya penuh hemah.

Siti dan D pernah berjumpa dengan beberapa orang guru agama untuk bertanyakan perkara aneh ini namun sehingga hari ini mereka masih belum dapat jawapannya.

p/s...tak tahu nak komen apa..

ads