Jumaat, 19 Ogos 2011

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


Tinta Seorang Serikandi: Kembara Al-Falak, <b>Tanjung Bidara</b>, Melaka

Posted: 02 Aug 2011 09:54 PM PDT

Program Kembara Al-Falak ini dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula 29-31 Julai 2011..Saya , Hajar Yusoff dan Fazri Lutfi wakil daripada UKM dijemput sebagai Fasi untuk program tersebut bagi membantu Ustaz Noh Farid dan Ustaz Nur Firdaus untuk handle slot LDK pengurusan organisasi. Selain program kembara Al-Falak, terdapat juga slot kursus kepimpinan untuk peserta KLiUC dan pesertanya seramai 40 orang termasuk SRC (Students Representative Council).
Selesai slot pengurusan organisasi, kami diberi peluang untuk mencerap Planet Zuhal. Planet Zuhal dipanggil Planet Saturn yang mempunyai gelang atau cecincin yang terdiri kebanyakkannya air batu dan sejumlah kecil serpihan batu-batan dan debu.Planet ini juga terdapat 60 bulan yang mengorbit pada pelnaet berkenaan. Subhanallah hebatnya kuasa Allah yang tidak mampu diatur oleh manusia.
Pada hari terakhir saya dalam prgram ini, saya dan fasi-fasi lain dikehendaki memantau setiap pergerakan kumpulan -kumpulan peserta. Pada hari tersebut program lebih kepada khidmat masyarakat kepada masyarakat di kampung Tanjung Bidara antaranya tolong keluarga angkat membersih halaman rumah dan sebagainya. Ni salah satu keluarga angkat yang turut mereka sertai.

Ini ketika mencerap anak bulan (hilal) untuk melihat anak bulan bagi menentukan tibanya awal Ramadhan untuk kite semua berpuasa pada esok hari...

p/s : semoga terikatan ukhwah yang terbina ini kekal selamanya..Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Kareem..Dimana kita diberi nafas baru untuk menjalani ibadat puasa dan amalan pahala dengan sebaik mungkin....
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di umbai - Google Blog Search

04 di umbai - Google Blog Search


Medan Ikan Bakar <b>Umbai</b>. | Teratak Usang

Posted: 15 Jun 2011 01:30 AM PDT

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Pertama sekali, aku mohon maaf pada orang Melaka terutamanya peniaga-peniaga gerai makan di Umbai. Aku memang tak puas hati ketika makan di situ sewaktu bercuti ke Melaka dua tiga hari yang lepas. Aku kurang arif tentang pemakanan orang-orang Melaka di Umbai. Mungkin mereka tidak makan nasi atau makan nasi sedikit dan selebihnya meratah lauk, Wallahu'alam.

Kisahnya begini...

Lebih kurang jam 11.15 malam kami sekeluarga (10 orang) pergi ke Medan Ikan Bakar Umbai walaupun jauh dari tempat penginapan kerana Medan Ikan Bakar tersebut dikatakan terkenal dengan masakannya yang enak. Nak juga rasa keenakan masakan Melaka. Bukan senang nak ke Melaka kalau bukan ketika bercuti.

Belum sempat turun dan menutup pintu kereta, para pengusaha restoran di sana berebur-rebut menjemput dan menarik pelanggan untuk ke gerai mereka. Kami memilih salah satu kedai makan di sana. Menu yang dipesan, pastinya asam pedas ikan pari, ikan bakar, kerang bakar, sotong goreng tepung dan air minuman. Nak order masakan berasaskan sayur seperti sup sayur atau sayur campur, langsung tak ada. Pelik ni. Orang Melaka tak makan sayur ke?

Peniaga gerai tersebut menghidangkan sebesen nasi lemak yang dibungkus beserta sambal kicap (rasa-rasanya la) dan pinggan-pinggan kosong. Kemudian, air yang dipesan pun tiba diikuti sotong goreng tepung dan kerang bakar. Oleh kerana masakan lain belum lagi tiba, kami pun meratah makanan yang ada tu beramai-ramai. Dalam sejarah hidupku, aku order air dua kali dan habis 2 gelas besar sementara menunggu makanan yang dipesan tiba. Mungkin kekurangan pekerja untuk memasak kot, itu yang lambat.

Masakan yang ditunggu-tunggu pun sampai dan siap dihidang. Kami saling berpandangan dan hanya memerhatikan lauk seolah-olah seperti cerita P.Ramli, ambil bau je dulu...Pelayan atau peniaga gerai makan hilang entah ke mana. Masa mula-mula turun kereta, beriya-iya menjemput dan menarik pelanggan. Bila dah dapat pelanggan, ditinggalkan pula. Dah lama sangat menunggu, aku pun bertanya, "Kita kena makan lauk-lauk ni dengan nasi lemak ka? Kaa..nak meratah saja?"

Mak mertuaku pun bangun ke belakang untuk mencari peniaga tadi dan meminta/order nasi. Akhirnya nasi pun sampai. Aku sangkakan apabila order lauk-pauk sekali pakej dengan nasi. Rupanya nasi nak kena order asing. Hairan juga ni..Mungkinkah lauk-lauk yang dipesan itu dimakan dengan nasi lemak yang dihidangkan? Atau memang orang Melaka hanya meratah lauk sahaja? Patutla tak ada masakan berasaskan sayur. Kesian juga pada kanak-kanak. Kuah yang ada semuanya pedas-pedas. Nak kena tanya orang Melaka ni.

Baru pertama kali makan di Medan Ikan Bakar Umbai, jadi aku tak berapa tahu cara makan orang di situ. Sesiapa yang pernah makan di situ, boleh juga berkongsi pengalaman anda di sini.

Makanan di situ memang sedap tapi, layanan pelawaan kali pertama pun memuaskan, cuma yang tak puas hati apabila masakan yang diminta tidak ada dan tak dihidangkan dengan nasi putih. Aku bukan la cerewet sangat bab makan ni, dengan nasi lemak pun ok tapi jarang orang makan ikan bakar dan asam pedas dengan nasi lemak sejemput (sebungkus). Mungkin adat dan cara makan kita berbeza walaupun 1 Malaysia. Lain negeri, lain caranya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search


Bina lebih banyak kelong <b>di Serkam</b> - Utusan Malaysia Online <b>...</b>

Posted: 15 Aug 2011 05:49 PM PDT

Bina lebih banyak kelong di Serkam

Bina lebih banyak kelong di Serkam


Amran Mohd. Zan (kanan) menunjukkan ikan jenahak dan ikan kerapu bersaiz besar yang berjaya ditangkap di kawasan sekitar kelong miliknya.


JASIN 15 Ogos - Kelong memancing mampu menjadikan Serkam sebagai destinasi tumpuan orang ramai khususnya bagi kaki pancing dari luar negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Datuk Ghazale Mohamad (gambar) berkata, aktiviti memancing di atas kelong menjadi kegiatan yang semakin menarik perhatian dan boleh diketengahkan sebagai produk pelancongan baru di daerah ini.

Menurutnya, memandangkan Serkam terletak di kawasan pantai, ia merupakan antara kelebihan untuk membangunkan lebih banyak kelong.

''Ini bukan sahaja boleh menjadikan Serkam terkenal sebagai destinasi kaki pancing tetapi lebih penting lagi, nelayan boleh menjadikan aktiviti ini sebagai sumber pendapatan tambahan mereka.

''Kita cadang bantu pengusaha sedia ada untuk membaiki kemudahan yang ada di samping mengajak lebih ramai nelayan mengusahakan kelong memancing," katanya ketika dihubung di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, kelong memancing wajar dibangunkan memandangkan Serkam tidak mempunyai banyak produk pelancongan yang boleh ditonjolkan bagi menarik minat pelancong ke daerah itu.

Ghazale yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna berkata, setakat ini, kelong yang terdapat di Serkam diusahakan oleh pihak persendirian.

Sehubungan itu, katanya, persatuan nelayan di daerah itu dicadang mengemukakan surat permohonan bagi menaik taraf kelong sedia ada yang menternak kupang kepada kelong memancing.

''Dengan permohonan melalui persatuan nelayan mereka boleh mendapat peruntukan dari Jabatan Perikanan negeri dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri,'' ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, usaha untuk membangunkan kelong perlu dibuat sempurna dengan menyediakan kemudahan pelantar yang kukuh, kemudahan tempat tidur, dapur, tempat duduk dan tandas.

''Setakat ini, terdapat tiga kelong di Serkam iaitu dua di Kampung Pulai dan satu di Sempang,'' ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

ads