04 di umbai - Google Blog Search |
Medan Ikan Bakar <b>Umbai</b>. | Teratak Usang Posted: 15 Jun 2011 01:30 AM PDT Assalamualaikum, Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Salam 1 Dunia. Pertama sekali, aku mohon maaf pada orang Melaka terutamanya peniaga-peniaga gerai makan di Umbai. Aku memang tak puas hati ketika makan di situ sewaktu bercuti ke Melaka dua tiga hari yang lepas. Aku kurang arif tentang pemakanan orang-orang Melaka di Umbai. Mungkin mereka tidak makan nasi atau makan nasi sedikit dan selebihnya meratah lauk, Wallahu'alam. Kisahnya begini... Lebih kurang jam 11.15 malam kami sekeluarga (10 orang) pergi ke Medan Ikan Bakar Umbai walaupun jauh dari tempat penginapan kerana Medan Ikan Bakar tersebut dikatakan terkenal dengan masakannya yang enak. Nak juga rasa keenakan masakan Melaka. Bukan senang nak ke Melaka kalau bukan ketika bercuti. Belum sempat turun dan menutup pintu kereta, para pengusaha restoran di sana berebur-rebut menjemput dan menarik pelanggan untuk ke gerai mereka. Kami memilih salah satu kedai makan di sana. Menu yang dipesan, pastinya asam pedas ikan pari, ikan bakar, kerang bakar, sotong goreng tepung dan air minuman. Nak order masakan berasaskan sayur seperti sup sayur atau sayur campur, langsung tak ada. Pelik ni. Orang Melaka tak makan sayur ke? Peniaga gerai tersebut menghidangkan sebesen nasi lemak yang dibungkus beserta sambal kicap (rasa-rasanya la) dan pinggan-pinggan kosong. Kemudian, air yang dipesan pun tiba diikuti sotong goreng tepung dan kerang bakar. Oleh kerana masakan lain belum lagi tiba, kami pun meratah makanan yang ada tu beramai-ramai. Dalam sejarah hidupku, aku order air dua kali dan habis 2 gelas besar sementara menunggu makanan yang dipesan tiba. Mungkin kekurangan pekerja untuk memasak kot, itu yang lambat. Masakan yang ditunggu-tunggu pun sampai dan siap dihidang. Kami saling berpandangan dan hanya memerhatikan lauk seolah-olah seperti cerita P.Ramli, ambil bau je dulu...Pelayan atau peniaga gerai makan hilang entah ke mana. Masa mula-mula turun kereta, beriya-iya menjemput dan menarik pelanggan. Bila dah dapat pelanggan, ditinggalkan pula. Dah lama sangat menunggu, aku pun bertanya, "Kita kena makan lauk-lauk ni dengan nasi lemak ka? Kaa..nak meratah saja?" Mak mertuaku pun bangun ke belakang untuk mencari peniaga tadi dan meminta/order nasi. Akhirnya nasi pun sampai. Aku sangkakan apabila order lauk-pauk sekali pakej dengan nasi. Rupanya nasi nak kena order asing. Hairan juga ni..Mungkinkah lauk-lauk yang dipesan itu dimakan dengan nasi lemak yang dihidangkan? Atau memang orang Melaka hanya meratah lauk sahaja? Patutla tak ada masakan berasaskan sayur. Kesian juga pada kanak-kanak. Kuah yang ada semuanya pedas-pedas. Nak kena tanya orang Melaka ni. Baru pertama kali makan di Medan Ikan Bakar Umbai, jadi aku tak berapa tahu cara makan orang di situ. Sesiapa yang pernah makan di situ, boleh juga berkongsi pengalaman anda di sini. Makanan di situ memang sedap tapi, layanan pelawaan kali pertama pun memuaskan, cuma yang tak puas hati apabila masakan yang diminta tidak ada dan tak dihidangkan dengan nasi putih. Aku bukan la cerewet sangat bab makan ni, dengan nasi lemak pun ok tapi jarang orang makan ikan bakar dan asam pedas dengan nasi lemak sejemput (sebungkus). Mungkin adat dan cara makan kita berbeza walaupun 1 Malaysia. Lain negeri, lain caranya. |
You are subscribed to email updates from di umbai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan