Selasa, 28 Jun 2011

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


Buat homestay <b>di Jasin</b>, Melaka | Blog Zool Ligakampung

Posted: 27 Jun 2011 05:10 AM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ini saya telah menerima satu panggilan dari penyewa rumah bahawa beliau akan berpindah. Mula-mula agak terkedu sekejap kerana secara tiba-tiba namun setelah dimaklumkan bahawa mereka akan berpindah pada hujung bulan Julai atau awal Ogos, sedikit kelegaan terpancar di hati. Bukan apa, perlu menyediakan duit cagaran iaitu 2+1 tapi disebabkan ada tempoh lagi, maka saya dapat mencongak bajet. Nampak gayanya bulan ni dan seterusnya tiada lagi pertambahan RM200 untuk duit sewa sekaligus menambahkan lagi perbelanjaan bulanan.
Tapi tak mengapa, sebab tiba-tiba saya mendapat idea lain. Pernahkah anda mendengar perkataan 'homestay'? Kalau dialihbahasakan perkataan tersebut ianya 'tinggal rumah'. Tak berapa menarik pula alihbahasanya jadi definisi 'homestay' pada pendapat saya adalah 'rumah yang dijadikan tempat untuk persinggahan oleh pelancong'. Sebenarnya idea ini telah lama ada dalam otak ni tetapi memandangkan rumah masih disewa maka ianya hanya tinggal angan-angan.

Kenapa nak buat homestay? Kenapa tak cari orang untuk sewa je rumah? Kan bulan-bulan boleh masyuk berbanding buat homestay yang belum tentu jadi. Mungkin ini antara persoalan-persoalan yang sering timbul . Berikut merupakan beberapa sebab yang menyebabkan saya memilih untuk membuat rumah saya di Jasin sebagai homestay :-

1. Rumah tersebut hampir 3 tahun disewakan dan memang jarang sekali saya singgah kecuali kalau berlaku kerosakan. Inilah aset termahal saya jadi mungkin dengan menukar konsep sewa ke homestay saya boleh menghabiskan banyak masa disitu.
2. Konsep ini agak popular kini. Ramai pelancong yang datang kurang selesa dengan hotel atau resort terutamanya pelancong tempatan dari kampung-kampung. Rumah teres mungkin lebih selesa terutamanya dikalangan pengunjung yang ramai. Malahan ada seorang rakan saya yang mempunyai rumah homestay di Masjid Tanah yang berjaya dalam bidang ini.
3. Pendapatan sampingan yang lebih menguntungkan berbanding sewa. Kalau ikut sewa, hanya RM200 dikenakan pada setiap bulan tapi kalau buat homestay dengan baik, mungkin caj dalam sekitar RM80 sehari boleh dikenakan. Insyaallah kalau berjalan lancar, pendapatan homestay mampu membayar sewa bulanan dan sewa utiliti berbanding sewa rumah biasa. Cuma mungkin modal permulaan sedikit tinggi memandangkan perlu mendapatkan dapur, meja makan, set katil, tv dan beberapa peralatan lain. Tapi kalau pengurusan baik, insyallah berjaya dapat modal pulangan dalam tempoh singkat.
4. Bila buat homestay maka saya tidak perlu membuat perjanjian. Secara jujurnya, penyewa sebelum ini tiada perjanjian bertulis. Nasib baik beliau juga seorang yang baik dan jujur. Segala pembayaran dilakukan dengan baik. Kalau tidak, memang masak le. Berbeza dengan homestay, kita boleh menyimpan deposit dan kita boleh mengetahui bila penghuni akan keluar. Tapi itu tak bermakna tidak mengambil langkah berhati-hati, insyaallah akan ada perjanjian tak rasmi secara bertulis dan memegang maklumat penyewa bagi mengelakkan sebarang masalah berbangkit.
5. Lebih mudah sekiranya si Zool mempunyai perancangan untuk tinggal di sana. Almaklumlah umur pun dah lanjut dan sepatutnya dah hidup berjauhan dari ibu dan bapa. Mana tau tiba-tiba dalam masa terdekat ni si Zool ditakdirkan mendirikan rumahtangga maka senang bagi si ZOol untuk tinggal. Tak perlulah nak menghalau penyewa atau pergi menyewa tempat lain..

Okay cukuplah setakat ini. Mungkin akan dikemaskini tentang homestay 'Si Zool' lepas penyewa keluar dari rumah dalam tempoh sebulan lebih ni.. Buat masa sekarang sedang memikirkan dan mencari kaedah pelaksanaan untuk menjadikan rumah tersebut sebagai homestay. Harap-harap berjaya..

Sekian…

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :72
You can leave a response, or trackback from your own site.

Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini??

.

* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


Jalan-jalan <b>di</b> Masjid Tanah dan <b>Tanjung Bidara</b> - Hanya Sebuah <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2011 07:05 PM PDT

Assalamualaikum .. hari ni iera rajin nak meng hupdate blog ni,sementara masa masih ada ni sebelum  exam tak lama lagi. Entry ni sepatutnya update awal lagi,tapi memandangkan gambar baru diambil dari tuan badan,baru la boleh update.  Hari ahad 12 Jun hari tu iera gi jalan-jalan dengan kawan iera. Terima kasih yang tak terhingga kepada kawan iera a.k.a  jiran iera jugak  cik Muhd Akmal dengan abang Ikbal yang sudi bawak iera jalan-jalan. =)

Diorang teman iera pergi kenduri tunang kawan iera ,Irine Nadia Marcello tu. Tahniah tau irine,dah tunang dah dia ni. Happy for you dear. ^_^  Lepas sarapan,kiteorang gerak ke Masjid Tanah dalam pukul 12 macam tu,dah sampai Masjid Tanah pastu mula lah operasi pencarian rumah Irine. Tanya kat akak kerja kat Petronas tu,last2 dia bagi info yang kureng tepat,meliau mata kiteorang cari papan tanda semua sampai ke tempat nama dia  'Londang' . Ahh sudah,memang kiteorang dah sesat jauh ni,lepas semua sekolah taman bagai. Patah balik tanya orang lain,last2 jumpa pun. Tu pun majlis dah habis dah,segan je nak masuk rumah. Hee,sory irine. =p

Masuk2 je taman tu nampak abang Aizul Marcello dengan gagahnya membasuh pinggan mangkuk semua,hehe. Hai abang,segan nak tegur hari tu,iera cuma salam mak Irine je. =)  Jom tengok gambar iera dengan si gadis cantik jelita ni :

Hahaha,serius kaku gila bila amik gambar dengan irine ni,1st time jumpa la katakan.. =p

kerusi tu empuk bangat! suka-suka =)

Then kiteorang jalan ke Tanjung Bidara,serius lagi cantik dan bersih dari Klebang dengan Pantai Puteri tu,alang-alang kat sana,kiteorang amik gambar,makan aiskrim kon yang 50 sen tu, sedap! haha. 

dari kiri Akmal,Ikbal dan tuan punya badan,saya la.. ^_^

serius suka gambar candid ni. thanks mal.. =)




My shoes.. cantik la pulak bila shoot camni... ^_^

Dan jejaka hot pujaan ramai,ingin berkenalan? sila dail 0172345678.  berusia 23 tahun,single dan available .

Sekian sahaja nurkilan saya pada hari ini,semoga kita berjumpa lagi di waktu yang lain. hoho. 

p/s: lepas ni nak final exam dah. busy...... 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


ZAKRI ALI RANGKUTI: Tugu 1Malaysia <b>Di</b> Pantai <b>Klebang</b> Melaka <b>...</b>

Posted: 23 Jun 2011 03:30 AM PDT

Tugu: Pemuda PAS Melaka tuntut penjelasan

MELAKA, 22 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menggesa kerajaan negeri memberikan penjelasan tentang pembaziran yang berlaku di dalam pembinaan tugu 1Malaysia yang ditempatkan di Pantai Klebang.

Ketua penerangannya, Muhamad Aizat Bahrudin berkata, kos pembinaan tugu 1Malaysia tersebut bernilai RM352,000 iaitu semasa dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 4 Februari lalu.
Katanya, os tersebut meningkat tiga kali ganda berbanding harga pasaran iaitu RM100,000.

Tugu 1Malaysia tersebut dibina daripada tetulang besi dengan ketinggian 17.7 meter dan lebar 9.1 meter yang dibaluti dengan kanvas pada bahagian depan dan belakangnya dengan asasnya diperbuat daripada konkrit.

Manakala pada bahagian kiri kanannya ditutup dengan menggunakan aluminium nipis dan lantai pentas kecil di hadapannya ditutup dengan kayu lapis nipis beserta 15 unit tiang bendera di tepi tugu tersebut.

Pada waktu malam tugu tersebut diterangkan dengan cahaya lampu kalimantang yang jika dinilai secara kasar harganya tidak sampai RM5,000.

"Ini suatu yang pelik bagaimana kos tugu tersebut boleh mencecah RM352,000," ujarnya.

Beliau difahamkan pembaziran juga berlaku semasa majlis makan malam pelancaran tugu 1Malaysia tersebut di mana kos berjumlah RM600,000 telah digunakan semata-mata untuk menampung kos makan malam bersama Najib.

Katanya, hasil tinjauan setelah 16 bulan tugu tersebut dilancarkan, ia berada dalam keadaan yang menyedihkan yang mana terdapat kesan koyak pada kanvas tugu tersebut, pada bahagian lantai pentas tugu tersebut yang diperbuat daripada kayu telah patah dan terdapat kesan-kesan karat pada kerangka besi tugu tersebut (gambar kiri).

Ini, katanya suatu pembaziran yang ketara dilakukan oleh kerajaan negeri di saat rakyat negeri Melaka terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang.

"Bayangkan kos pembinaan dan kos makan malam tersebut sahaja sudah berjumlah RM952,000 iaitu satu jumlah yang mampu menampung orang-orang miskin di Melaka," katanya.

Baru-baru ini rakyat Melaka juga telah dibebani dengan kenaikan 20 % harga air yang meningkat bermula 1 April lalu.

Ia, ujarnya suatu lagi bebanan yang terpaksa ditanggung di saat kerajaan negeri sendiri mampu berbelanja besar untuk membina sebuah tugu yang tidak memberikan manfaat besar pada rakyat.

Katanya, kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Datuk Seri Ali Rustam seharusnya memikirkan tentang nasib rakyat yang terkesan dengan kenaikan pelbagai barang.

Sebelum ini, ujarnya pembinaan tugu 1Malaysia ini menjadi isu agama di mana pembinaan tugu tersebut dikhuatiri mengandungi unsur-unsur pemujaan.

"Sebelum ini juga dewan pemuda PAS Negeri Johor telah membangkitkan isu ini dengan menggesa kerajaan persekutuan menyatakan pendirian berkenaan tugu tersebut," katanya.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya juga berpendapat agar pembinaan tugu 1 Malaysia tidak di lakukan jika ia mengandungi unsur-unsur pemujaan yang membawa kepada syirik.

Beliau berkata, adalah malang bagi rakyat Melaka dengan pembinaan tugu 1Malaysia tersebut kerana rakyat bukan sahaja terpaksa menanggung bebanan hidup yang tinggi atas pembaziran ketara kerajaan negeri malah terpaksa menanggung risiko kemungkinan tergelincirnya aqidah umat Islam disebabkan pembinaan tugu tersebut andainya mengundang unsur-unsur pemujaan. -HD

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


Very Unlikely Gate away! Featuring <b>Tanjung Tuan</b> Lighthouse <b>...</b>

Posted: 31 May 2011 08:16 PM PDT

Tanjung Tuan Lighthouse. © 2010, Ady Hameme Nor Azman. All rights reserved.

Awesome pagi semua! (sebab aku buat post waktu pagi, so aku ucap awesome pagi, hehe). Post aku kali ni nak menceritakan satu Gate away yang very unlikely aku buat, especially ke Lighthouse yang tak la berapa famous. Pada tahun lepas, aku ada la jalan-jalan ke Port Dickson bersama my Boy-Bestest-Fren, Awie. Saja la, makan angin, release tension hiruk pikuk kota Kuala Lumpur. Aku dan Awie stay la semalam kat The Corus Hotel, PD. Not bad la hotel tu, tapi quite horror sebab masa tuh tak ramai yang stay situ. Hotel ni pun atas recommendation Asfahani, Eternity-Bestest-Fren aku. Nak dijadikan kisah, lepas lepak kat Corus, aku dan Awie pon berjalan-jalan. First Stop kami, very unlikely, Tanjung Tuan Lighthouse! Adeh!

Tanjung Tuan Lighthouse. © 2010, Ady Hameme Nor Azman. All rights reserved.

Ok guys, frankly, kami sampai ke tempat ni hanyalah secara kebetulan! Ya, kebetulan! Sedang Aku dan Awie meng-explore resorts dan hotels yang ada kat area PD dan Teluk Kemang, tetiba kami terjumpa Gate away nih! Betul, seriously ianya tidak dirancang! Sampai jek kami di Kaki Bukit Tanjung Tuan, agak kompius, sebab gate naik ke Lighthouse berkenaan tutup! Dalam ke-kompiusan kami, tetiba ada la sekumpulan Tourist dari Europe nak naik gak Bukit tu. Kami pun apa lagi, masing-masing "ceroboh" je la! Dah alang-alang sampai. Bak kata pepatah Melayu Moden, "Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke ketiak"! Kami pun mendaki Bukit Tanjung Tuan nih! memang gigih!

Tanjung Tuan Lighthouse. © 2010, Ady Hameme Nor Azman. All rights reserved.

Tanjung Tuan Lighthouse. © 2010, Ady Hameme Nor Azman. All rights reserved.

Perjalanan mendaki Bukit Tanjung Tuan tak ler lama mana, sekitar 30 minit. tapi scenery dia semasa mendaki, Masyallah, Heaven! Aku apa lagi, gatal tangan, lalu Snap! Snap! Snap! hehehe. Tak terpikir langsung pada masa tuh aku akan melawat Lighthouse yang entah mana hala entah. Langsung tak masuk kamus jalan-jalan aku! Tapi tu la, orang kata, menda spontan ni kadang-kadang menyeronokkan! First of all, kita tak tau apa yang menanti kita, so dah ada elemen surprize! kat situ! Ok, dah banyak aku berceloteh, silalah mengkeme semua menjamu mata melihat foto-foto Tanjung Tuan yang aku Snap! Snap! Snap! Enjoy! P/S: Mengkeme boleh jugak tgk foto-foto lain kat Flickr™ aku. Cer tengok..cer tengok..

Tanjung Tuan Lighthouse. © 2010, Ady Hameme Nor Azman. All rights reserved.

Tanjung Tuan Lighthouse. © 2010, Ady Hameme Nor Azman. All rights reserved.

Tanjung Tuan Lighthouse. © 2010, Ady Hameme Nor Azman. All rights reserved.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

STEVIA REBAUDIANA: PENANAMAN STEVIA <b>DI BUKIT KATIL</b>, MELAKA

Posted: 06 Jun 2011 02:53 AM PDT

BANTAHAN DI TERUSKAN <b>DI BUKIT KATIL</b> 24 Jun/22 Rejab

Posted: 24 Jun 2011 07:41 AM PDT

UTUSAN SUDAH MELAMPAU...

UMNO /BN JANGAN CUBA PERBODOHKAN KAMI...

KAMI SAYANG ISLAM...

Satu perhimpunan bantahan secara aman terhadap akhbar utusan yang semakin lama semakin hanyut lagi larut dalam fitnah serta mempersendakan agama.

"Utusan dengan sengaja mempermainkan hukum Islam ." kata Ustaz Kamaruddin yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin.

Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Ustaz Mohd Noor Omar mengingatkan betapa besarnya kemurkaan ALLAH pada yang pembawa fitnah serta mempersendakan agama,

"Muslimat juga tidak ketinggalan dalam demo yang membantah tentang sikap biadap Akhbar  Utusan .

Turut berucap pada demonstrasi tersebut ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Musa Mohammad dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil Jauhar Md Dawi.

Perhimpunan ini berjalan secara aman tanpa halangan dari pehak polis .Walaubagaimana polis sampai beberapa minit setelah perhimpuanna bersurai..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


Kisah Si Tembam: Kehidupan <b>di</b> UITM <b>ALOR GAJAH</b>

Posted: 15 Jun 2011 03:07 AM PDT

Assalammualaikum

wah lame nye tak update blog en en :P

hahaha urmm ..

mcm nak cite ek ?stat dari first week aku kat sini (uitm) la kan ..

first week siswa dan siswi ade program MDS iaitu Minggu Destini Siswa , program nie mcam orentasi la kan :p

hahaha seyusly! mase program ni mmg penat .. rase cam nak blik jerk ! fed UP! penat nk mampus ...dengan kaki melecet :P hahaha kene jalan jauh2 wokkk .. but yg memenatkan la yang best ! thanks to "abg abg " senior sebab beri tunjuk ajar ! korunk da best la ! :P hahaha

urm then diteruskan nan minggu yang kedua aku disini :)

minggu ni aku da masuk kuliah ! mmg sesi perkenalan la kan :P mlm lak ade sesi induksi di kolej masing2.. sumpa cuak bile kene tye nan senior dgn macam macam soalan :D hehe .. then aku mule la dapat ramai kawan kawan bru ! best wookk ..roommate aku Alhamdulillah okey ! but dorunk nie suke bertengkar tahu tak ! sebabnya masing masing nk mng :P hahaha .. urkkk! senior2 kat sini lak semua baik baik :) dorunk ade cara tersendiri untuk mengajar junior2 agar tak kurang ajar ! :)

minggu ketiga aku kat sini ..aku rase bertambah semangat nk belajar + penat gile meyh ..jalan jauh2 :) hahaha .. urk takpe takpe pengalaman :D sini best ! ade COOL BLOG ! hahaha .. urkk .. setelah lame bernasyid kat sekolah .. kali ni aku mencuba lagi di peringkat U :D hheeh ... Alhamdulillah diterima walaupun suara ni mcm katak semput :P hahaha

ALAMAK! gambar tak banyak meyh ...maklum la .. camera tak bawak :P hahaha btw ! byk gile dugaan aku duk sini :) handset due due rosak kene hujan ! cam cipan !!! hahaha kaki berparut sebab jatuh time ujan ! terbaikkkk :P ahahahah

aku rase ni jerk la kowt .. sebab tak tahu nk cite ape lagi :) laju plak broadband rinie ! pelik2! hahaha

makan makan di dewan laksamana ! :)



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


abi2201: MENGAPA ADA <b>SUNGAI DI</b> SYURGA?

Posted: 25 Jun 2011 05:13 AM PDT


Zaman budak2 dulu kat sekolah ustaz selalu cerita tentang syurga yang mengalir sungai di bawahnya.
Waktu itu aku tertanya-tanya kenapa setiap kali ustaz cerita tentang syurga mesti ada sebut sungai.... hari ini aku lebih faham mengapa syurga itu dijadikan sungai di dalamnya.... kerana SUNGAI ADALAH TANDA-TANDA KEDAMAIAN. Cuma.... sungai di syurga itu tidaklah seperti sungai di dunia ini...

Contoh ayat yang menjelaskan sungai di dalam syurga ;

Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal Yang tetap), Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai ; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya ; Allah redha akan mereka dan Mereka pun redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya
Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk mereka (di dalam syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya.
Sifat syurga Yang telah dijanjikan kepada orang-orang Yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. dan ada pula untuk mereka di sana Segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka.

Ketika Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w., baginda telah melihat sungai yang dinamakan Al-Kausar. Sungai ini dilingkari oleh bukit-bukit yang terdiri dari permata-permata dan tanahnya dari wangi-wangian yang paling wangi. Tepian sungai ini terdiri dari emas sedangkan anak-anak batunya dari mutiara.

--------
Sumber post ini adalah dari sumber sekunder, mohon maaf jika terdapat khilaf dan kritikan dari para pembaca adalah diharapkan.

http://www.quranflash.com/en/quranflash.html
http://www.ahmadhasyimi.com/?p=487
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8404.0

Setelah berpeluang menyusuri sungai... maka aku dapat memahami damai yang terdapat di sungai... ayuh ke Sungai Rambai Melaka untuk merasai kedamaian Sungai Kesang...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads